Setelah
Dr stephen Carr Leon (DS) berada 3 tahun
di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada
beberapa perkara yang menarik dapat beliau perhatikan untuk dijadikan tesis
beliau, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang
tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang,
kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di
mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh
kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman
di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan
sedang beliau menghitung hari untuk pulang ke California beliau terfikir apakah
sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa
tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah
manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka
beliau pun tergerak membuat tesis untuk Phd, di samping kebaikan untuk umat
sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang beliau
lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan
data-data yang setepat mungkin.
Antara
data-data yang dia kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal
untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi dia cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum
lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di
Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali dia
perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan
bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama,
Dr Stephen sungguh hairan kerana teman dia yang mengandung sering membawa buku
metamatik dan bertanya kepada DS beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya,
oleh kerana dia memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang Dr
Stephen bantu rakannya. Dia bertanya kepada teman wanitanya, adakah ini untuk
anak kamu? TW menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
Perkara ini membuat Dr S tertarik untuk mengikut perkembangan TWnya. Berbalik
kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu TW membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak. Seperkara lagi yang Dr S perhatikan ialah pemakanan TW yg mengandung gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa
kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan
otak anak di dalam kandungan.
Menurut TW ini adalah adat
orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semcam kewajipan untuk
ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika Dr S diundang
untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang dia perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan
dia perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang
adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka
akan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan
terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan
buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi
atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa
ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Di Israel,
merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan
sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah
mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel,
siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan
akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi
yg cacat otak (bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui
oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil
perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah
sendiri..!).
Perhatian DS selanjutnya
ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan
awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak
ikan (code lever oil). Pada pengamatan Dr S, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak
dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan
sejak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat
meningkatkan lagi kecerdasan (IQ) kanak-kanak dan sudah tentu akan menjadikan
budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang
(semacam senaman untuk otak) sebab itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri
dari kaum Yahudi.
Seterusnya dalam darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi DS, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh Dr S katakan 6 tahun
kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah
ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi
kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman D S, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus
sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk pekrhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian D S menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini
murid-murid ditekan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta
produk, segala projek mereka walau pun kadangkala kelihatannya lucu dan
mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,
perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi, Politeknik
dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.
DS sungguh terperanjat melihat mereka
begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di
universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan
mempraktikkannya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar
setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah
kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat
milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di
dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di
Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara
orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan
menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka
dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti
Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna
dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Lihat orang orang Jepun, mereka
sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang
Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi
(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!. Berpusat di New York, Dewan
perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes
(sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa
akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan
yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell
Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut
dan beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar
di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan
wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori DS,
melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan
semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal
adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan
matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg
baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan
otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih
anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan
konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg
bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke generasi si perokok. Lawatan DS ke Singapura pada tahun 2005 amat
memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah
sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini
bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! DS puji sekali sikap
pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia
walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah
merokok dapat melahirkan generasi dengu, DS telah menemui beberapa bukti
menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja
anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda
akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat
di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu
sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri.
Di dalam tesis DS ini, dia tidak
akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga
diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi DS itu isu politik dan
survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan
generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil
dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
DS kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat DS lihat sendiri tentang
cucu dia, ini setelah dia mengajar
anak dia melalui program yg telah dia nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun
(cucu DS) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah
mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'. Selamat sejahtera dan semuga kita
dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia
sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Sumber : Dr Stephen Carr Leon
1 comments:
Semoga dapat pengajaran daripada amalan mereka untuk jadi bijak.
Post a Comment