Sunday, October 5, 2014

INTIPATI KHUTBAH HARI RAYA AIDIL ADHA.



INTIPATI KHUTBAH HARI RAYA AIDIL ADHA:

·         Umat Islam di kehendaki mengseimbangkan kehidupan antara keperluan kebendaan, keperluan fizikal, dan keperluan rohani.
·         Hari Ulang Tahun memperingati kesempurnaan ISLAM;
Allah berfirman mahfun-Nya: “Pada hari ini Ku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat Ku kepaa kamu dan Aku reda ISLAM itu menjadi agama kamu” (al – Maidah : ayat 3).

·    Pada 9 Zulhijah, di Padang Arafah, Makah Al-Mukaramah, berjuta umat Islam yang datang daari seluruh dunia, mereka berada dalam satu perhimpunan raya untuk menyempurnakan ibadat haji. Mereka mamakai pakaian seragam putih, bagi mengambarkan hati yang suci bersih dan ikhlas. Bagi merealisasikan dan memupuk semangat dan perasaan perpaduan, persaudaraan “ ukhwah Islamiah” bagi mengajar dan mendidik agar mereka dapat menghilangkan perbezaan warna kulit, kaum, bangsa dan keturunan.

Sabda Rusulullah SAW yang maksudnya:
“ Wahai manusia, sesungguhnya Tuhanmu hanya satu. Sesungguhnya bapa mu ada satu. Ingatlah tidaklah orang arab itu lebih utama daripada orang ajam (bukan arab). Dan orang ajam tidak lebih utama daripada orang arab. Dan tidak lebih utama orang berkulit merah daripada orang berkulit hitam . orang berkulit merah daripada orang berkulit hitam dan tidklah lebih utama orang merah daripada orang berkulit hitam dan kamu harus tahu kecuali dengan taqwa”.

Para tetamu Allah yang berada di Mekah sentiasa mengungkapkan lafaz talbiah: “Laibaikallah humalaibaik, labaika la sari kala kala baik, alhamdu wanikmata lakawal mulk la sari kalak”.

Lafaz talbiah itu merupakan ikrar, janji setia, seseorang hamba kepada Tuhannya, untuk terus patuh, taat yang tidak berbelah bagi, sejati dan abadi, tanpa syarat terhadap  Allah dalam segala hal. Manakala kita di sini tidak melafazkan talbiah, tetapi kita melafazkan takbir, tahlil dan tahmid.  Kita akan gemakan desepanjang hari-hari tasyrid. Ia buka sekadar ucapan di bibir, tetapi dapat menghidupkan hati. Dapat membangunkan jiwa, betapa besar dan agung-Nya Allah SWT dan betapa kecilnya, kerdilnya kita bila berhadapan dengan kekuasaan Allah, betapa tiada daya  upaya kita untuk menghancurkan kekuatan musuh-musuh Islam dengan memberi kemenengan pula kepada orang-orang Islam yang berpegang teguh dengan tali Allah yang terus tabah mengibar panji-panji Islam melainkan kekuatan Allah swt.

·         Setiap kali kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sudah pasti kita mengulang tayang kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi  Ibrahim A.S.  yang taat perintah Allah tanpa dolak dalih. Kisah Siti Hajar ibu mithali yang menapikan sentiman keibuan demi menjunjung titah perintah Allah, dan kisah seorang anak bernama Ismail yang  tahan sabar dalam menghadapi ujian , menempuh kematian semata-mata untuk mencari keredaan Allah. Betapa agongnya perjuangan dan pengorbanan yang di tunjukkan oleh keluarga mithali ini.

·         Contoh yang ditujukkan oleh keluarga mithali ini perlu kita hayati. Kita perlu meletakkan ketaatan kepada Allah melebehi dan mengatasi segala-gala yang lain. Kita perlu benar-benar melaksanakan janji kita dalam doa iptitah “ sesugguhnya semabahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya tertumpu bagi mendapat keredaan Allah. Tuhan mentadbir seluruh alam”.

·         Alah sebenarnya tidak menginginkan darah dan daging korban haiwan yang disembelih dijadikan korban. Tetapi yang dinilai-Nya adalah keikhlasan hati. Allah berfirman yang maksudnya: “ Daging dan darah haiwan korban itu tidak sekali-sekali akan sampai kepada Allah tatapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa daripada kamu”.

·         Nabi Ibrahim A.S. mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT lantaran baginda telah dengan ikhlas mengorbankan anakndanya Ismail A.S.  Begitulah kita kalau ingin mendapat keredaan Allah SWT, memperolehi kejayaan dan mendapat kedudukan yang tinggi lagi mulia, kita harus berani berkorban samada harta benda, waktu, fikiran dan jiwa raga.

·         Kita tidak mungkin dapat mengerjakan ibadat haji jika kita tidak sanggup mengorbankan harta, masa, tenaga dan perasaan. Kita tidak mungkin dihormati masyarakt jika kita tidak berani mengorbankan tenaga, fikiran dan harta untuk turun ke padang bagi melayani keperluan masyarakat, sebagaiman yang dilakukan oleh para ulama’dan para pemimpin.

·         Nikmat Hari Raya Qurban tidak mungkin dapat dirasakan kalau hanya kita berjaya mengorbankan haiwan lembu,kambing dan sebagainya, tetapi kita sendiri masih tidak mengorbankan hawa nafsu. Nikmat Hari Raya Qurban hanya akan benar-benar terasa kalau kita sambutnya dibawah sulsuhan wahyu sehingga kita lahir sebagai orang-orang yang bertaqwa.

·         Kita mendapati ada orang begitu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh keluarga andainya berlaku kematian, tatapi tidak begitu bimbang tentang apa yang akan dijawab terhdapat soalan Mukar dan Nakir di dalam kubur.

·         Rasulullah SAW mengigatkan kita melalui sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah mencerai beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan berda di hadapan matanya. Dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Mana-mana orang yang akhiratnya menjadi harapannya. Nescaya Allah akan mempersatukan urusannya serta menjadikan rasa cukup didalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh”. ( hadis riwayat Madjah).

·         Oleh kerana kita terlalu mengejar keduniaan dan kebendaan, menyebabkan kebanyakan kita dikelilingi dengan hutang sehinggakan ada yang di istiharkan muflis. Muflis di dunia masih mempunyai peluang untuk dipulih kembali, tetapi kebanyakan kita tidak begitu peduli tentang kemungkinan akan di istiharkan muflis di akhirat kelak kerana ketiadaan amal ibadat semasa hidup di dunia. Muflis di akhirat tak mungkin dapat di pulihkan, dan kita akan di azab di neraka selama-lamanya.

Wallahu alam.

0 comments:

Powered by Blogger.