Intipati khutbah Jumaat : 16/1/2015
FITRAH INSAN:
Ihwanul Muslimin.
Sudah menjadi sunattullah bahawa setiap detik, saat, masa
akan berlalu. Hari akan berganti hari, tahun akan berganti tahun tanpa kita
sedar. Begitulah fitrah alam yang menjai temapt tinggal kita selama ini.umur
dunia kini semakin meningkat tua dan begitulah juga umur kita bertambahnya
usia. Selayaknya membuat kita menjadi insan yang lebih bernilai di sisi Allah
swt. Nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Allah yang bersifat sementara ini
adalah satu anugrah yang sangat bernilai bagi seseorang hamba yang mengetahui
arti kehidupan sebagai satu ibadah. Firman Allah swt didalam surah Alzaraiat
ayat 50:
Yang ertinya: “(katakanlah wahai Muhammad) : Maka
segerakanlah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat).sesungguhna
aku diutuskan Allah kepada kamau, sebagai pemberi amaran yang nyata”
Secara fitrahnya kita sebgai manusia tidak boleh dipisahkan
dengan sifat kemanusiaan itu sendiri sebagai manusia yang dimuliakan oleh Allah
SWT
Firman Allah bererti: ( sesungguhnya kami telah mencipta
manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Berdasar ayat ini, kita memahami
bahawa manusaia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah swt kerana pada fitrahnya manusia adalah makhluk social yang berfikiran waras,
rasional, tepat, benar dapat membuat penilaian antara yang baik dan yang buruk.
Mengulas perkara ini, Dr. Wahibah Al Zihli dalam tafsirya Al Munir menyatakan
mansia adalah sebaik-baik kejadian kerana kerana diberikan anggota yang
sempurana. Makan dengan tangan mempunyai keistimewaan dengan ilmu, pemikiran ,
tutur bicara serta mampu mengurus kehidupan. Segala kelebihan ini memungkin kan
manusia menjadi khalifah yang berkusa di atas muka bumi ini sebagaimana di
kehendaki oleh Allah swt.
Kepentingan manusia menjaga fitrah diri ini sememangnya
medapat perhatian serious daripada Rasulullah SAW dan baginda bersabda “ setiap
anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah (suci) tetapi ibu bapa lah yang
menentukan anak itu yahudi, nasrani atau majusi”. (HR; Ahmad)
Justru itu, berdasarkan fitrah insani ini, maka menjadi
kewajiban kita sebagai umat islam untuk bermahasabah tentang hakikat diri
sendiri. Hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah SWT kerana
dikiri dan kanan kita ada dua malaikat yang sentiasa menulis setiap gerak geri
dan perbuatan kita di dunia ini.(CCTV Allah).
Sabda Rasulullah saw “
Orang-orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk
hari selepas kematian. Sementaa orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa
nafsunya serta berangan-angan teerhaadap Allah dengan angan-anagan (yang
banyak)” (HR : Al Tarmizi)
Sesiapa yang bermahasabah tetang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan
masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan mungkar, menyibukkan diri
dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk melakukan kejahatan. Mereka akan
mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kebatialan.
Marilah kita menghisab diri samada tugas kita selama setahun
sebelum ini atau tahun-tahun sebelumnya berada dilandasan fitrah manusia
sebagai hamba-Nya yang beriman atau kita masih berada didalam lembiah kemaksiatan
dan noda semata-mata menurut hawa nafsu yang bersarang di jiwa ?
Berhati-hati dan berwaspadalah kita, kerana kadang –kala kita
lupa perbuatan dan tindak tanduk kita secara tidak sedar boleh meruntuhkan
agama dan melemahkan umat islam. Apatah lagi perbuatan yang didorong oleh imosi
dan nafsu semata. Janganlah sekali kita terperangkap dengan permainan
musuh-musuh islam.
Firman Allah “ Demi masa , sesunguhnya manusia itu dalam
kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan merekaa pula
berpesan-pesan dengan kebenara serta berpesan dengan sabar “ (Al Ars).
Sumber : MAIK
0 comments:
Post a Comment