Hakikat Kehidupan Penuh Cabaran Dan Dugaan.
Semua manusia yang hidup di dunia
mahukan suasana kegembiraan dan kesengangan pada setiap masa. Jika boleh semua
oraang mahu sihat , banyak wang, kaya raya, selang linang dalam kehidupan
mereka pada setiap zaman.
Namun hakikat realiti kehidupan
sebenar tidak akan panas sepanjag musin, hujan akan pasti akan tiba, hidup kita
tidak akan sentiasa sihat, sakit pasti akan dirasai bila masa berlalu. Kadang
kala kita akan rasai masa depan kita begitu tidak pasti. Kerana manusia hanya
mampu merancang tetapi ketentuan Allah mengatasi perancanga kita.
Kenapa ini semu berlaku, kerana
ianya adalah sunatullah. Setiap insan yang hidup di dunia ini akan di uji
dengan pelbagai ujian oleh Allah.
"Apakah manusia mengira mereka
diciptakan hanya sebagai permainan dan kamu tidak akan dikembalikan kepada
Allah, Maha suci Allah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Dia pemilik Arasy
yang Maha Tinggi...."
" Dan sesungguhnya tidaklah
aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu..."
Kini tahulah kita hakikat kehidupan manusia akan di uji dari
masa ke semasa.
Cuba kita hayati cerita ini. “ Seorang hamba Allah telah pergi menangkap
ikan. Semasa menurunkan pukatnya dia menyebut Nama Allah. Dia hanya mendapat
seekor ikan yang kecil, kemudian terlepas pula. Seorang lagi juga pergi menangkap
ikan tetapi menyebut mentera2 yang syirik, dia mendapat tangkapan yang banyak.
Lantas malaikat bertanya tentang hal tersebut kepada Allah SWT. Lalu dibukakan
tirai masa depan dan diperlihatkan kepada malaikat tentang anugerah yang
diberikan kepada kedua-dua hamba tersebut. Ternyata yang menyebut nama Allah
mendapat ganjaran yang amat besar di akhirat dan yang menyebut nama Taghut
mendapat siksaan dan penghinaan diakhirat. Itulah hakikat kehidupan seorang
yang mukmin, ganjaran yang besar menantinya di sana.
Ajaib urusan seorang mukmin.
Apabila dikurniakan Allah kebaikan, Dia memuji Allah dan bersyukur. Apabila
ditimpakan musibah, dia memuji Allah dan bersabar. Begitulah sifat seorang
mukmin yang beriman dan taqwa akan sentiasa mendkati dirinya dengan Allah saban
masa,
Jika kita mencari ketenangan dalam
kehidupan dunia, ketengangan itu apabila kita mengingati Allah. Jika kita
mencari kesenangan, tiada kesenangan dalam kehidupan dunia melainkan penuh
cubaan dan pancaloba. Seorang mukmin adalah seorang yang berjaya dalam
kehidupan kerana seluruh kehidupannya yang penuh ujian diletakkan di atas
landasan keredhaan Allah.
Jika kita putus asa menghadapi
cabaran hidup ini, seolah-olah kita mengharapkan mati sahaja kerana kehidupan
ini diciptakan penuh dengan ujian dan dugaan. "Dialah yang menciptakan
kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakan yang baik amalannya"
Surah Al Mulk ayat 2.
Sahabatku setinggi mana pun
perjuanganmu, jangan ditinggalkan perjuangan yang tinggi....menegakkan kalimah
Allah. Perjuangan untuk menghayati islam sebgai Addin. Seluruh kehidupannya berpaksi kan kepada Al Quran dan Sunnah.
Sahabat, perjuangan kita masih
panjang ...tapi kehidupan kita sudah dipenghujungnya. Ayuh...bersegera kita
menyahut seruan Allah.
Sahabat, seindah mana engkau
menghiasi dunia ini, dunia ini tidak akan menjadi syurga bagi kita, dunia tetap
dunia yang penuh suka dan duka.
Sahabat ku Alam-alam yang telah kita lalui, sedang
dilalui dan akan lalui :
Alam ruh
====> Alam Rahim => Alam Dunia => Alam barzakh =======>
Kiamat =================> Mahsyar =======> Syurga/Neraka
Sahabat ku, bersabarlah, perjuangan
kita hampir selesai. Taman-taman syurga dan kehidupan penuh nikmat menantimu di
sana.
KENAPA
INSAN DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-rang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-rang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Sumber
: artikel internet.
0 comments:
Post a Comment