Introducing San Francisco

Wednesday, August 20, 2014

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Smpai Ke Syurga) : SENTIASA TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH



                     Sentiasa taat kepada perintah Allah.

SEBAGAI seorang Islam sememangnya mempunyai hasrat untuk pastikan kehidupan kita ini sentiasa taat kepada perintah Allah. Ini adalah tanda keimanan kita terhadap Allah. Jika kita tidak taat kepada perintah Allah bermakna lafaz syahadah yang kita ucapkan itu tidak dapat diterima Allah. Kerana kita belum lagi beriman. Ianya mesti diikuti dengan perbuatan untuk taat segala perintah Allah. Dalam kehidupan seharian kita perlu taat terhadap perintah Allah yang berkitan dengan yang wajib; sunat; harus, makruh dan haram. Bagi saya sering menggunakan istilah 5 prinsip hidup. Sungguhpun begitu secara realiti kehidupan adalah amat sukar bagi kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian. Kecuali bagi mereka yang tinggi darjat keimanan dan ketaqwaannya.

saya masih ingat kata-kata ustaz “ orang lelaki setelah menjadi suami sebenarnya menerima banyak tanggung jawab, Ia sebagai ketua keluarga perlu mempastikan isteri dan anak-anak memahami ilmu agama, mentaati perintah agama dan hidup dalam suasana Islam pada setiap masa”.

“ Adakah saya mampu menjadi suami sepertimana yang dituntut oleh Islam ?” ini adalah persoalan yang sering ada di dalam  minda saya  semenjak kahwin dulu.

“ Han setelah kahwin nanti, pastikan isteri dan anak-anak sentiasa mematuhi ajaran agama” ayah memberitahu kepada saya semasa kami berbincang tentang hari perkahwinan saya satu masa dahulu.

“ Insya Allah”. Respon ku kepada ayah.

Atas nasihat itulah saya bertekad untuk mempastikan isteri dan ank-anak  akan mematuhi semua ajaran Islam, terutamanya tentang solat. Pernah saya  memasang niat di hati untuk menjadi suami yang sentiasa mematuhi syariah, oleh itu saya berazam untuk mempastikan diri ini sentiasa mematuhi perintah agama. saya bertekad untuk menjadi suami dan bapa teladan bagi isteri dan anak-anak. Tetapi adakah saya mampu lakukannya ?. Persoalan ini sering bermain di minda bila mengenangkan tanggung jawab dan amah saya kepada keluarga,

“ saya mesti mepastikan diri ini mendirikan solat 5 waktu tanpa tinggal setiap hari. Barulah boleh menjadi suami contoh kepada isteri dan keluarga” bisik hati kecil, sebagai satu azam yang perlu saya tunaikan setelah menjadi suami dan bapa.

Untuk itu saya akan pastikan perkara wajib mesti di taati tidak boleh tidak kita engkar seperti  mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji. Manakala yang haram mesti ditinggalkan sepenuhnya seperti  meninggalkan solat,mencuri, berzina, mengumpat, menyakit hati orang lain, berdusta, menipu, mederhaki ibu bapa dan sebagainya.

Manakala yang sunat pula perlu diamalkan seboleh-bolehnya seperti memberi sedekah, membantu orang dalam kesusahan, memgandakan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat.

Perkara yang harus diberi kebabasan sama ada hendak melakukan atau tidak seperti mahu makan masakan berasaskan ikan dan sayuran atau makanan berasaskan daging merah atau daging puith. Aktivit lain yang harus seperti pergi melancung dalam negeri atau di luar Negara dan sebagainya.

Perkara yang makroh mesti utamakan untuk di tinggalkan seperti memakan makanan yang berbau sebelum pergi solat berjemaah seperti petai, jering, bawang putih dan sebagainya.Begitu juga merokok yang majority tok-tok guru di Malaysia sebelum ini mengatakan makroh , perlu ditinggalkan dan sememnya saya tidak pernah merokok.

Salah satu prinsip yang aku pegang dalam menerajui bahtera rumah tangga kami yang telah menjangkau usia lebih 34 tahun ialah memastikan semua ahli keluarga akan mematuhi perntah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian.  Sebagai ketua keluarga daku perlu memberi teladan kepada isteri dan anak-anak. Pegangan utama ku  adalah kita hidup hendaklah berpandukan kepada perintah Allah yang ditetapkan oleh Islam. Lima perkara yang ditetapkan oleh Islam perlu dipatuhi iaitu wajib; haram; sunat; harus dan makruh.

Saya  akan pastikan yang wajib akan dilakukan sepenuhnya dan begitu juga yang haram akan ditinggalkan sepenuhnya. Perkara yang sunat akan diusahakan untuk melakukannya pada setiap masa bila ada peluang dan keperluan. Perkara harus diberi kebabasan sama ada melakukannya atau tidak, manakala yang makruh saya akan cuba untuk tinggalkan.

Dalam menepati hasrat untuk mentaati perintah Allah dalam kehidupan seharian, kita perlu kepada pengetahuan ilmu agama yang mencukupi. Untuk itu kita perlu menuntut ilmu agama dari masa kesemasa. Jika mempunyai sikap telah mencukupi dengan ilmu yang ada, adalah satu kesilapan besar, kerana hakikat dalam kehidupan manusia kita perlu menimba ilmu sepanjang hidup kerana ilmu Allah itu adalah terlalu banyak dan ianya bertambah mengikut peredaran masa.

Cuba kita lihat sekeliling kita pada masa ini, kemajuan teknologi internet dan alatan komunikasi begitu pesat sekali. Anak cucu kita pada masa ini telah terdedah dengan kemajuan teknologi komunikasi dan budaya hiudup mereka telah dipengaruhi dengan suasana kehidupan dunia maya tanpa sempadan. Oleh itu kita sebagai warga tua perlu juga mempelajari ilmu berkaitan penggunaan alatan komunikasai terkini  supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka terutama apabila perlu berkomunikasi.

Saya masih ingat, cucu  yang berusia empat tahun pernah memberi teguran kepada saya.
“Tok ayah, tunggulah dulu. Computer sedang loading tu”. Kata cucu apabila dia melihat saya cuba menekan butang key board computer. Ini terjadi semasa saya meziarah anak sulung  yang tinggal di Putrajaya satu ketika dulu.

Hati kecul saya terdetik, ah malunya aku, cucu yang usia 4 tahun lebih mahir computer berbanding datuknya yang  telah berusia emas. Inilah realiti kehidupan, kita akan ketinggalan ilmu jika tidak sentiasa update dengan peredaran masa. Lebih-lebih lagi kemajuan gajet komputer.

Oleh itu yakinlah bahawa untuk berjaya dalam kehidupan kita perlu mempunyai pemikiran yang positif, sentiasa kemaskini ilmu pengetahun berdasarkan perkembangan zaman. Itulah realiti kehidupan, bahawa setiap manusia perlu meningkatkan ilmu sepanjang hayat. Jika kita mempunyai sikap negetif dan malas untuk menimba ilmu saban masa maka kita akan ketinggalan dan sukar untuk hidup sempurna di sepanjang zaman.

Untuk mempastikan saya dapat menjadi suami dan juga bapa yang dapat dicontohi oleh isteri dan anak-anak, saya terpaksa meningkatkan ilmu agama saban masa.

Lebih-lebih lagi saya bukanlah berlatar belakang didikan sekolah  agama.  Di peringkat sekolah rendah hanya belajar di sekolah kebangsaan (1960-1966) dan memasuki sekolah menengah aliran English selama lima tahun.

Sunggupun begitu, saya bernasib baik kerana ayah berkelulusan sekolah pondok serta bertugas sebagai Penyelia Imam dan juga sebagai Naib Daftar Nikah . Bapa saya juga adalah seorang guru agama yang mengajar di beberapa buah masjid dan madrasah . Persekitaran kehidupan sebegini memboleh saya dididik dengan disiplin agama yang kuat, terutamanya berkaitan dengan amalan–amalan fardu yang di tuntut oleh Islam.

“ Betapa banyaknya ramhat Allah yang dikurniakan kepada kehidupan kita setiap detik, rahmat kehidupan, rahmat udara, rahmat air hujan, rahmat kesihatan, rahmat selera makan dan banyak lagi, tida terhitung banyaknya “ kata ayah kepada para jemaah di surau yang mendengar kuliah maghribnya.

“ oleh itu kita yang hidup di dunia ini perlulah menysukuri rahmat-Nya” sambung ayah dengan penuh bersemangat, Para Jemaah hanya mengangguk-angguk kepada tanda setuju.

‘ Allah bukannya mahu kita membayar semua rahmat-Nya itu, yang di suruh oleh-Nya ialah supaya kita sentiasa beribadat kepada-Nya. Melakukan segala suruhan-Nya dan menginggalkan segala larangan-nya”. Ayah menjelaskan lagi.

Kata-kata itu saya masih ingat sehingga kini, walaupun ayah telah tiada, kembali menemui pencipta-Nya lebih 15 tahun lalu. Kata-kata hikmah itulah yang menjadi pedoman hidup saya dalam beribadat kepada Allah. Kata-kata itu jugalah saya sentiasa berpesan kepada isteri dan anak-anak bila saya memberi peringatan kepada mereka tentang solat dan lain-lain ibadat yang perlu dilakukan.

Saya banyak menambah pengetahuan ilmu agama lebih kepada pendidikan tidak formal. Sebagai contoh, setelah  saya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, saya dan ayah sentiasa berbincang, bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu ekonomi, politik, agama, kebudayaan dan lain-lain isu yang releven dengan kehidupan seharian. Itulah cara ayah mentarbiah saya.

“ Dengan mengadakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahan, Kerajaan Malaysia akan dapat membasmi kemiskinan” kata saya kepada ayah, semasa kami berbincang tentang pembangunan Negara, semasa saya balik kampong cuti hari raya.

“ Kemiskinan mana boleh basmi” ayah memberi cadangan balas.

“ Telah menjadi lumrah alam, kaya lawan miskin, senang lawan susah, berharta lawan fakir”. “ Kita tidak boleh mengatakan dengan Perancangan Pembangunan Ekonomi, kemiskinan akan dapat di hapuskan” Ayah menyambung hujjahnya. Saya terdiam seketika, apabila ayah membantah cakap saya. Ada juga benar cakap ayah, Slogan “untuk membasmi kemiskinan” sebenarnya kurang tepat. Kerana kemiskinan adalah satu perbandingan yang relatif bukanya subjektif. Memang ada perbezaan diantara orang miskin di Bandar dengan orang miskin di desa. Jika di bandar, pendapatan RM2,000.00 telah dikatogarikan sebagai orang miskin. Tatapi di kampong ianya telah dianggap sebagai orang berada.

“Sepatutnya menggunakan perkataan “ untuk mengurangkan bilangan orang miskin” adalah lebih tepat” kata ayah, memberi cadangan balas.
“ Betul juga cakap wan tu” saya membalas pandangannya dengan memberi sokongan. Ayah nampak gembira bila pendapatnya di sokong.

Itulah situasi kami anak beranak apabila berbincang isu semasa, biasanya apabila saya balik kampong semasa cuti hujung semester atau cuti Hari Raya.

Daripada perbicangan sebegini membuatkan saya mendapat ilmu, terutamanya tentang hukum hakam agama Islam, kerana apabila ayah beruhujjah sesuatu isu dia akan memberi nas dari Al-Quran atau hadis untuk menyakinkan pendapatnya. Itulah stail ayah berhujjah, stail pengajian pondok yang dia ikuti semasa muda dahulu.

Situasi perbincangan sebegini memang menjadi rutin apabila saya balik ke kampong semasa U cuti. Semasa perbincangan saya lebih menjurus kepada pemikiran akadamik berdasarkan hujah-hujah ekonomi dan sains sosial, manakala ayah lebih menjurus kepada pemikiran keagamaan berdasarkan nas-nas al Quran dan hadis. Sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran seumpama ini menjadikan saya lebih matang dalam memahami dan mendalami hukum hakam agama dari masa ke semasa.

Suasana sebegini telah tiada lebih 15 tahun lalu setelah ayah telah meninggal dunia. Ianya hanya menjadi kenagan dalam hidup saya. Ianya jadi teladan kepada saya dalam usaha memberi didikan dan pembelajaran kepada anak-anak dan cucu-cucu saya.
`
Dalam keluarga kami, telah menjadi amalan lazim untuk mengambil berat tentang amal ibadat dalam kehidupan seharian. Amalan solat  dititik beratkan. bermula solat subuh, zohor, asar, magrib dan isyak telah menjadi kelaziman untuk saya melakukannya secara berjemaah di masjid atau di surau,  paling tidak melakukan solat berjemaah dengan isteri dan keluarga di rumah.
Bagi mempastikan anak-anak mengerjakan solat lima waktu, saya dan isteri akan sentiasa mengigati mereka , boleh dikatakan setiap waktu bila peluang kami berkomunikasi dengan anak-anak.

“Abang dah solat” terdengar suari isteri dari dalam bilik sebaik saja abang melalui pintu bilik tidur kami. Kadangkala saya menggunakan peluang untuk menasihati anak-anak semasa dia datang untuk mendapatkan wang saku semasa untuk ke sekolah.

“ Ini duit sekolah, solat jangan tinggal abang” ungkapan sebegini biasa keluar dari mulut saya semasa memberi duit kepada anak-anak. Alhamdulilah cara ini menampakkan ada kesan positif terhadap amalan solat dalam keluarga kami.

Sungguhpun begitu, setelah anak meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing, mereka mula sibuk dengan kerjaya, menyebabkan solat bejemaah sudah agak sukar untuk dilakukan di rumah, oleh itu tumpuan saya lebih kepada melakukan solat berjemaah di masjid.

Sesuai dengan ajaran sunnah supaya kita berkawan dengan anak-anak bila mereka dah berumur 18 tahun ke atas. Untuk itu saya mengambil pendekatan mensihati anak-anak tentang solat dan mentaati perntah Allah melalui kaedah persahabatan dan kawan. Apa yang saya dan isteri lakukan ialah ialah memberi nasihat keada anak-anak semasa ada perjumpaan keluarga umpamanya masa makan bersama untuk meraikan Hari Lahir saya atau isteri,

“ Dady ucapkan banyak-banyak terima kasih kepad semua anak-anak dedy yang disayangi” saya memberi sedikit ucpan kepada anak-anak semasa kami makan di sebuah restoran.
“ Dady berpuas hati kerana anak-anak semua dapat menjadi insan yang baik, terutamanya dalam hal solat, dady dapati kesemua anak dady lakukannya. Cuma kadangkala dady nampak ada yang solat di akhir wakatu, perkara ini tidak patut di amalkan kerana dia adalah satu perbuatan yang mengambarkan kita meperkecilkan kebesaran Allah. Selaras dengan ungkapan Allah Huakbar kita patut segerakan solat 5 waktu, solat di awal wakatu. Yang lebih baik solat berjemaah di masjid.” Saya memberi nasihat kepada anak-anak.

“ Ok, dady juga pada malam ini memebri peluang kepada ana-anak untuk mengkritik atau memberi pandangan balas berhubung dengan stail dady mengurus keluarga”.
sayal memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap.

“Along ucapkan terima kasih kepad dady dan mama yang sentiasa memberi perhatian kepada kami, Cuma kadangkala cara dady memdidik agak keras sikit, dan ada kalanya agak panas barang” anak sulung perempuan saya memberi pandangan peribadinnya..

“ Terima kasih along” saya membalas.

“Yang penting anak-cucu dady semua sentiasa solat dan patuhi ajaran agama, itulah yang diharapkan”.nasihat saya.

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran isteri dan anak-anak  membaca Al-Quran, saya telah mengaji seorang guru Al-Quran di rumah dengan jadual pengajian tiga kali seminggu. Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada keluarga kami  untuk menjadi orang yang celik Al Quran walaupuan tidaklah pakar tilawah atau hafazan.

Setelah anak-anak kami menamatkan pengajian masing-masing di kolej dan universiti, mereka mula membawa haluan masing-masing. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk memperingati anak-anaknya tentang keperluan solat serta kepatuhan semua syariat agama, sekali sekala saya anak menggunakan kecanggihan kemajuan teknologi telefon bimbit untuk mengingati mereka melalui pesanan SMS. Saya bertindak menghantar secara berkala SMS untuk mengingati anak-anak kami  tentang kepenting solat yang perlu disegerakan pada waktunya. Tindakan berkomunikasi melalui SMS yang saya amalkan ini memperlihatkan perkembangan positif terhadap anak-anak kami.

Alhamdulilah, Hidayah Allah yang memberi istikomah kepada saya dalam mentaati perintah Allah, telah menjadi ikutan kepada isteri dan juga anak-anak.

Sepanjang tempuh perkahwinan sehingga hari ini saya tidak pernah memukul isteri, tidak pernah berlaku sebarang krisis yang besar, hubungan kasih sayang  suami isteri sentiasa membara dan kebahagian sentiasa segar , ini adalah berpunca  dari hasrat untuk mendapat keredaan Allah samada di dunia dan akhirat. Mungkin Allah telah memberi hidayahNya kepada keluarga kami atas niat dan semangat kami yang sentiasa condong kepada mentaati perintah Allah. Kandangkala kita mendengar berlaku penderan suami terhadap isteri, bila mendengar berita  sebegini saya tidak dapat bayangkan apakah jenis manusia yang bergelar suami yang mempunyai sifat begis dan ganas itu. Bayangkanlah  orang yang dicintainya bila berlaku sedikit kesilapan terus memukul dengan seteruk-teruknya, sedangan dalam keadaan biasa isterilah tempat suami memandu kasih asmara, tempat melempas rindu dan nafsu. Adakah adil hanya dengan sedikit masalah dia dibelasah sebegitu rupa. Tindakan sebegini adalah amat bertetangan dengan syariat dan sunnah. Nabi adalah suami contoh yang amat berlemah lembut dengan isteri-isterinya. Jika mahu mengajar isteripun Islam mempunyai tatacara yang ditetapkan. Inilah akibatnya bila suami itu jahil tentang hukum agama, melakukan isteri sesukan hati dan mengikut nafsu amarah.

Disamping solat, membaca Al-Quran setiap hari telah menjadi rutin bagi saya dan isteri, manakala anak-anak akan turut sama membacanya pada hari-hari tertentu. Dengan kemajuan teknologi Quran digital dan  Pen Membaca  Al Quran. Saya di ilhamkan oleh Allah untuk menggunakan alat ini bagi memperlancarkan cara membaca Al-Quran dan juga memahami isi kandungan Al Quran. Kerana sebelum ini saya hanya boleh membaca Al-Quran secara sederhanan sahaja, tidak seperti para qari yang dapat membaca dengan fasih dan memahami hukum tajwid sepenuhnya/

“ Bacaan tu tak betul” kata ayah kepada saya semasa membaca Yasin untuk datuk yang sedang sakit satu masa dulu. Saya rasa malu pada diri sendiri apabila di tegur ayah, walahal pada masa itu sedang menutut di universiti. Itulah jadinya apabila kita lebih tekankan tentang ilmu akadamik, tapi kesampingkan ilmu agama.

Bermula pada peristiwa itu saya telah tekad untuk membelajar membaca Al-Quran supaya dapat memperbetulkan tajwidnya. Untuk itu saya menggunakan pelbagai kaedah bagi memperlancarkan bacaan dari masa ke semasa.

Alhamdulilah niat tu telah dikabulkan oleh Allah. Kini saya telah boleh membaca dengan fasih. Lebih-lebih lagi dengan pengguna alatan teknologi canggih mutakhir ini, seperti Pen Pebaca Al-Quraan telah menambah minat keluarga kami untuk terus membaca Al-Quran. Amalan membaca Al-Quran telah menjadi agenda rutin oleh saya dan isteri. Kini kami mula menghayati isi kandungan Al-Quran pula dengan menggunakan Pen Pembaca Al-Quran untuk mendengar dan menghayati terjemahan isi  kandungan Al-Quran yang telah di rekod secara MP3.  Penghayatan Al-Quran melalui kaedah ini dapat memahami dengan lebih baik dan dapat mengelakkan perasaan mengantuk semasa mendengarnya. Teladan yang lakukan oleh kami berdua, alhamdulilah sekarang ini mula di ikuti oleh anak-anak pula, Syukur kupanjatkan kepada Mu Ya Rabil Alamin.

Sungguhpun kita telah berusaha sebaik mugkin untuk mendapat keredaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian, tetapi sebagai manusai biasa kita akan diuji oleh Allah. Saya sendiri telah diuji dengan beberapa peristiwa yang boleh mengugat keimanan dan intergriti kita sebagai seorang Islam yang taat kepada hukum-hakam agama. Jika dihalusi dalam lambaran nota kehidupan seorang insan, biasanya insan itu akan kecundang bila terlibat dengan kewangan. Jika corak hidup kita seharian untuk bergaya dan mempamirkan kita sebagai orang yang mempunyai wang dan berstatus tinggi, sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan harian dan bulanan yang agak besar, kadang kala kita membelanja lebih dari apa yang diperolehi pada bulan berkenaan, jika ini berlaku kita terpaksa membelanja dengan cara berhutang sama ada melalui pinjaman bank, pinjaman dari kawan atau kad kredit.

Hal ini juga berlaku dalam kehidupan saya, dimana saya telah menggunakan kad kredit untuk menampung kekurangan perbelanjaan bila berlaku pada satu-satu bulan, insedin sebegini tidaklah kerap sangat berlaku. Dalam tempoh hampir 15 tahun mengurus perbelanjaan untuk menampung keperluan keluraga saya telah berhutang dengan kad kredit lebih kurang RM 40K. kini ianya menjadi bebanan kepada saya untuk menjelaskan baki hutang kad kredit berkenanan yang tinggal lagi sebanyak RM15,000.00 . Setelah dibuat perundingan dengan pihak bank saya terpaksa membayar ansuran bulan lebih RM 500 sebulan.

Inilah akibatnya jika kita engkar perintah Allah. Islam mengharamkan riba tetapi kita masih buat mudah dan terlibat samada secara senganja atau tidak sengaja. Akibatnya mengalami penderitaan untuk membayar buga riba yang begitu menekankan itu. Sesungguhnya setiap larangan yang ditetapka oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.

Sekarang ini saya mula insaf dan sedar bahawa seseorang ketua keluarga perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengurus kewangan keluarga. Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan amalan riba, dalam kes ini saya telah gagal untuk memastikan wang yang dinbelanjakan untuk keluraga tidak trerlibat dengan riba. Mungkinkah musibah yang saya hadapi ini juga sebagai balasan Allah terhadap dosa-dosa saya itu.

“ Ya Allah hamba mu ini memohon ampun dan bertaubat di atas segala kesilapan dan kealpaan sehingga melangar perintah Mu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat”. Amin Ya Rabil Alamin

Pengajaran dan iktibar:

1.    Pengetahuan asas ugama adalah penting bagi suami  selaku ketua keluarga,kerana ianya akan digunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak kearah jalan yang redahi Allah.Ini adalah satu amanah yang perlu ditanggung oleh setiap suami. Jika gagal akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tuntusan supaya bapa memberi kemudahan kepada anak-anak untuk menintut ilmu adalah amat penting dalam Islam.

2.    Suami yang mempunyai  pengetahuan agama, dapat memimpin keluarga untuk  mendapat keredaan Allah sama ada di dunia dan juga di akhirat. Suami yang mendisiplinkan dirinya dengan mentaati perintah agama disepanjang kehidupanya akan Berjaya menjadi teladan kepada isteri, anak-anak dan semua keluarga.Pemimpin sebegini akan membawa keluarga untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

3.    Suami isteri yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk keluarga dalam mengharumi kehidupan, akan memperolehi keberkatan dan hidayah Allah, kehidupan keluarga sentiasa ceria dan dihormati oleh jiran dan masyarakat. Lebih baik lagi sekiranya suami mempuyai insiatif untuk memahami isi kandungan Al Quran dan membaca terjemahannya, kemudian mengambil instif untuk mengamalkan segala panduan dan ajaran yang digariskan oleh Allah itu dapat dijelmakan dalam kehidupan reality seharian. Kaedah inilah yang dillakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sezaman dengannya.

4.    Suami yang mepunyai pengetahuan agama akan dapat menempuh segala cabaran dan ujian Allah dengan penuh sabar dan mampu mempertahankan kerukunan rumah tangga  dan hubungan baik suami isteri sehingga ke akhir hayat. Kerana ilmu agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan akan memperolehi jalan yang selamat dan terbaik dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran Allah. Orang yang tinggi keimanan dan ketaqwaan akan menjadi orang yang sabar dalam menghadapi semua dugaan Allah.

5.    Sebagai seorang saumi yang hidup dizaman internet dan peralatan komunikasi yang canggih, perlu mempunyai kemahiran untuk mempergunakan kemajuam teknologi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan dan juga mendidik ahli keluarga. Ini memperlihatkan pentingnya seoerang suami menambah ilmu pada setiap masa. Pembelajaran sepanjan hayat.

6.    Kemahiran merancang dan mengurus kewangan keluarga adalah satu skil yang perlu ada bagi seorang suami yang ingin menjadi suami mithali yang cemerlang. Jika suami tidak pandai mengatur kewangan akan menjadikan puca pendapatan keluarga berlaku ketidak cukupan dan ia akan mendorong kepada ketua keluarga untuk berhutang. Jika si isteri pula mempunyai sifat suka memaksa dan mendesak suami membeli itu dan ini tanpa mengira kemampuan kewangan suami akan mengakibatkan suami membuat pinjaman dari pihak lain. Jiak tidak diuruskan secara bijaksana akan menjadi seorang yang berhutang. Silap-silap percaturan suami akan menjadi seorang yang muflis setelah tak berdaya lagi menjelaskan hutang pihak bank atau pemberi pijaman.\

Wallahu alam.



Tuesday, August 19, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Ke Syurga) : PASANG NIAT UNTUK JADI SUAMI TERBAIK



Secara realiti dalam kehidupan “pasang niat “ adalah kunci utama dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasullah SAW  “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti  hasil dan natijah tindakan kita itu akan berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Jika ini berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala oleh-Nya. Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerana mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kenderaan kepada ahli keluarga ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya…. Tetapi secara realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.

“ Abang akan jadi suami yang terbaik untuk ayang, doakan semoga niat murni abang ini dikabulkan Allah” bisik saya kepada isteri pada malam pertama kami dahulu.
“ InsyaAllah. Jika niat abang begitu akan dikabulkan oleh-Nya” isteri berada disebelah. Sambil memandang ke muka saya dengan senyuman penuh pengharapan. Itulah janji saya kepada isteri yang tercinta, semenjak mula dulu, dan selama-lamanya. Mungkinkah apa yang berlaku kini sebagai hikmah Allah yang ingin menguji kesetiaan cinta kami.

Reflek kepada realiti kehidupan  saya,  semasa  mula-mula berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan isteri. Dengan tersematnya niat  sebegini, mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa itu telah ‘bercouple’ semasa sedang menuntut di universiti lagi.

“ Nik kenapa dengan you ini, asik keseorangan di bilik asrama saja “ kata teman sebilik di asrama USM dahulu semasa saya di tahun pertama.

“ Member you semua ada makwe, kenapa you tak pasang satu” kata Lee yang berasal dari Johor. Dia mengikuti ijazah sains computer manakala saya dalam bidang perumahan dan perancangan.

“ Maaf Lee, saya mempunyai perinsip yang berbeza dengan mereka, jika saya minat  seorang wanita saya akan jadi calon isteri, bukan untuk bersosial”
“ Apa salahnya kita kawan dulu, untuk kenal hati budi, kemudian boleh jadi isteri bila dah graduate nanti”
“ Lagipun di U ni ramai freshi yang cum-cum, jangan lepas peluang Nik” Lee cuba menyakinkan aku supaya menerima pendapatnya.

“Sorry kawan, prinsip aku berlainan dengan you. Aku di didik untuk mencintai wanita hanya untuk dijadikan isteri, bukan untuk suka-suka, agamaku melarang bersosial antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim” Kata ku  memberi penjelasan.
Lee memandang kepada ku  dengan seribu persoalan menampakan dia memerlukan penjelasan lanjut berhubung isu yang kami bincang itu.

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah memberi hidayah sehinggakan saya mempunyai perinsip sebegitu semenjak remaja lagi. Dan ianya masih bertahan sehinggalah saya berumah tangga.

Isteri yang  dikahwini sekarang ini adalah wanita yang saya sembunyikan keinginan kepadanya semasa bersama-sama menaiki bas untuk ke sekolah sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak hanya  jelingan mata dan senyuman sahaja yang dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat saya terhadap isteri  sekarang ini disebabkan oleh kecantikan rupa parasnya yang tiada tandingnya bagiku pada masa itu. Kecantikannya yang mempunyai raut wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute) dengan rambut ekar mayang, warna kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan yang kurus ramping dengan ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya sentisa terbayang dalam fikiran. Mirip  wajahnya  yang ayu, kulit putih melepak dan gayanya yang sopan. Mirip wajahnya sehampir-hampir sama dengan pelakon filem dan drama popular pada tahu 80an.

“ Abang tahu tak, sebenarnya ayang dah jatuh hati kat abang semasa kita sama-sama tunggu bas untuk ke sekolah dulu” isteri memberitahu kepada ku pada malam pertama kahwin dahulu
“ Patutlah, bila abang duduk sebangku di atas bas, ayang nampak malu-malu aja. ooo ada hati  kat abang rupanya” saya berseloroh.
“ Ya lah, kalau tidak mana boleh kita kahwin”.sambil taganya mencubit paha saya.
“ Adooh, sakitlah”.

Begitulah ceritanya kami berdua, yang masing-masing menaruh harapan, tapi malu untuk berkat-kata, namum dengan takdir Allah akhirnya kami bersatu jua.  Mungkinkah ini adalah realiti apa yang diperkatakan bawa jodoh seseorang lelaki atau perempuan telah ditentukan oleh-Nya di Luh Mahfuz lagi.

Perkenalan kami secara serious terjalin setelah kami  secara tidak sengaja, berjumpa pada suatu malam  di tempat Persembahan Pentas di sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu  bersama ibu dan keluarganya untuk menyaksikan persembahan tersebut.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini”.  itulah perkataan pertama yang saya lafazkan semasa memulakan perbualan di malam itu.
“ Pagi tadi kita jumpa dekat stadium kan” jawab dia dengan mengukir senyum kepada saya
 “ You kerja di mana” tanya saya kembali, setelah teguran mendapat jawapan.
“ I kerja di Teenas Travel, You pula kat mana” jawab dia sambil melihat kepada saya.
“ I belum kerja lagi, masih menuntut. Sekarang ini I buat practical di JKR” jawab saya sepontan sebagai membalas soalan dia. Di dalam hati saya begitu gembira sekali, kerana gadis yang saya impikan sebelum ini telah dapat saya tegur dan  dia memberi respon yang positif. Itulah detik pertama kami mula mengenali antara satu sama lain secara lebih dekat.

Keesokan harinya pada waktu rehat tengah hari, saya bergegas ke stadium untuk mencari tempat kerja gadis yang saya jumpa malam tadi, Rohani namanya. Bila saya  tiba di stadium, saya lihat dia sedang berada di kaunter. Pada  hari itu dia memakai baju kebaya berwana kuning susu dan berkain batik jawa, kelihat dia begitu cantik dan ayu sekali.

“ Assalamualaikum,” saya meberi salam sebaik sahaja berada di depan kaunter.
“Waalaikumussalam” jawab dia ringkas sambil meberi senyuman.
“ Jumpa you cari pejabat I”

“ Dah dekat sini, memang mudah jumpa” jawab ku sambil memerhati kecantikan gadis yang ada di depan ku. Hati mula terasa berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Saya rasakan sesuatu yang luar biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini saya tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa terhadap gadis yang saya idamkan selama ini.

Selepas pertemuan di pejabatnya itu, kami telah beberapa kali bejumpa dan makan bersama di waktu rihat tengah hari. Seninggalah pada suatu petang selepas waktu pejabat. Kami minum di sebuah restoran “Santo Restaurant”. Semasa kami sedang minum petang bersama dan berbual-bual. Enatah macam mana saya telah meluahkan perkataan ini kepada dia.

“ I nak buat you sepecial girlfriend, ok tak”. Sambil mata saya merenung ke matanya yang ayu itu.Kelitahan ada perubahan di wajahnya dan nampak tangannya sedikit mengigil.. Mungkin dia terkejut dengan luahan perasaan saya.
“ Betul ke  ni” jawabnya ringkas, sambil memandang tepat kepada saya dengan seribu makna.
“ Memang betul, I serious ni” saya membalas soalanya dengan penuh bersemangat untuk memberi keyakinan kepadanya.
“ Ok, tapi I ni bukan berpelajaran tinggi macam you, student univesiti, I cuma SPM aje, nanti tak sepadan pula” dia mebalas  dengan memerhati ke dalam mata saya..
“ Itu bukan ukurannya, yang penting you betul-betul mahu” saya memberi keyakinan kepadanya yang saya memang serious untuk memperisterikannya.

Semenjak pertemuan itu, kami sering berjumpa dan makan bersama di waktu rehat tengah hari, kerana pejabat tempat saya jalani praktikal tak sampai satu kilometer dari pejabat Teenaz Travel.

Setelah hampir tamat masa pratikal saya di Kota Bharu, saya telah memaklumkan kepada kedua-dua orang tua  tentang hasratku untuk mencari pasangan hidup setelah tamat pengajian di U nanti yang hanya lebih kurang setahun lagi. Bapa dan ibu  setuju dengan cadangan saya, lebih-lebih lagi mereka berdua telah mendapat maklumat tentang perhubungan kami dari kak saya yang tinggal di kuaters tentera tidak jauh dari kuaters penjara tempat bapa Rohani bertugas,.

“ Ayahnda telah mengatur untuk masuk memimang dalam sebulan lagi, semoga anaknda tidak  menjadi halangan dan diharapkan anaknda beri tumpuan kepada pelajaran di semester akhir ini semoga anaknada beroleh kejayaan” . Saya begitu gembira sekali apabila menerima surat yang hantar oleh ayah dari kampong. Keputusan itu agak memeranjatkan juga, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat persiapan untuk pergi meminang.

Tindakan itu mungkin mereka merasakan sudah tiba masanya bagi saya untuk berumah tangga kerana tempuh penjagian di U telah hampir tamat. Mereka juga mungkin terasa perlu disegerakan memandangkan sebelum ini saya tidak pernah membuat perhubungan secara serious dengan mana-mana gadis. Juga mungkin ibu telah merancang  perkhawinan kami di percepatkan memandangkan umur telah melewati 28 tahun pada tahun 1980.

Kami mengenali hatibudi masing-masing semasa tempoh pertunangan selama satu tahun lebih sahaja, itu pun berjumpa dua tiga kali sahaja secara bersemuka , selebihnya adalah melalui surat, disitulah diluahkan segala perasaan kami untuk mengenali dengan lebih dekat bagi mencari keserasian. Mungkin  faktor jarak tempat tinggal  yang menjadi penghalang, si dara di Kota Bharu, Kelantan  dan si teruna di USM Penang.

Jika diimbas kembali niat saya pada mula kahwin dahulu, terdapat juga kelemahan diri ini yang jahil tentang tuntutan agama, kerana pada mula pasang niat itu, masih ada niat ego orang muda yang inginkan isteri yang cantik, yakni cantik rupa paras  lebih diutamakan, kemudian barulah diikuti dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan keluarga dan budi pekerti. Sedangkan dalam nasihat agama Islam kepada bakal suami supaya memberi keutamaan kepada ilmu agama dan amalannya, kemudian barulah diikuti dengan kencantikan, kekayaan dan kekeluragaan. 

Mungkinkah kecacatan yang dialami oleh isteri setelah kami berkahwin dan hidup bahagia bersama lebih 20 tahun, merupakan satu peringatan oleh Allah bahawa jika kamu memilih kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan kekal lama dan Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti terhdap diri ini yang ada juga tersasar niat yang mendahulu kecantikan, kini dia menjadi kenyataan sebagai satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan kencantikan oleh saya sebelum ini sudah menjadi seorang wanita yang cacat.

Bila ini telah berlaku membuatkan saya amat sensitif apabila melihat orang yang cacat yang biasa dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Sedarlah wahai insan mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah. Dia tidak diminta dilahirkan cacat – bukan salah ibu mengandung. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang cacat atau OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama menikmati kebebasan kehidupan seperti orang normal. Bagi Allah rupa paras, sempurna atau cacat bukan menjadi batu ukur status seseorang. Allah menilai manusia berdasarkan keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang tinggi nilai ketaqwaan adalah yang disanjung oleh Allah. Mereka inilah yang akan dimasukkan kedalam syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.

Bila dikenang kembali terhadap niat yang dipasang dahulu ada juga unsur mengikut hawa nafsu, kini Allah tunjukkan kebesaran kekuasaan-Nya untuk mengubah segala kejadian insan. Pengajaran yang amat mendalam kepada diri yang hina ini bahawa kita hendaklah  sentiasa ikhlas  apabila memasang sesuatu niat untuk lakukan sesuatu bagi mendapat  keredaan oleh Allah.

Mujurlah pada awal kahwin dahulu telah juga disemat niat dikalbu bahawa saya akan menjadi suami yang terbaik kepada isteri dan anak-anak serta cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang disenangi oleh keluarga dan ipai duai. Niat ini Alhamdulillah Allah telah makbulkan walaupun tidak 100%.  Ini saya luahkan kerana Allah telah memberi kesabaran, ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal kepada saya untuk menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini telah menjangkau tempoh masa hampir 15 tahun.

Hidayah Allah membuatkan terdengar suara-suara pujian dari sanak saudara bahawa aya mampu bersabar untuk menjaga isteri yang sakit lumpuh dan perlu dicontohi oleh keluraga yang lain. Sebenarnya pujian sebegini membuat saya lebih takut dan khuatir untuk menerimanya, kerana kita belum tahu masa depan kita adakah ianya akan sentiasa baik seperti hari ini atau hari semalam atau hari-hari sebelumnya. Kerana sejarah telah mencatatkan banyak cerita kejayaan seseorang pada mulanya dan setelah meniti kemuncak  kejayaan dia mula lupa diri dan akhirnya kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi hingga akhirnya dia mula dikutuk dan dikeji. ‘Ya Allah aku momohon supaya Engaku jauhkanlah sifat sebegini terhadap diriku dan keluarga serta sahabat karib ku’. AminYa Rabil Alamin.

Sungguhpun begitu terdengar juga rungutan seorang  dua ipai dua yang merasa iri hati terhadap kemampuan saya menjaga isteri yang sakit  dan juga menyebabkan ibu mertuasaya  telah menetap di rumah kami hampir 15 tahun, kerana dia begitu rapat dengan isteri saya. Perasaan tidak puas hati ini timbul kerana bila mererka mengajak ibunya untuk berziarah ke rumah mereka , pelawaan itu sering di tolak dengan alasan dia tidak sanggunp meninggalakn anak perempuanya yang sakit lumpuh keseorangan, jika mertua ku pergi pun hanya untuk semalam dua sahaja. Membuatkan mereka mula sedikit renggan berhubung dengan kami. Namun begitu daku diberi hidayah oleh  Allah untuk menjadi isu sebegini sebagai isu kecil yang pasti dihadapi dalam kehidupan kita. Allhamdulilah salitulrahim kekeluargaan dapat saya kekalkan.

Kadang kala kita telah pasang niat dengan begitu baik sekali untuk menjadi suami, yang  beriman dan bertaqwa, dapat membimbing keluarga menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang menentukan pencapainnya adalah Allah Yang Maha Berkuasa.Manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentetukan pencapaiannya.

Pengajaran dan iktibar:

1.    “Faktor kebahagian rumah tangga amat bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Jika niat berkhwin untuk mendapat keredaan Allah, akan mebuahkan sikap yang terpuji diantara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah tangga akan didasarkan kepada hukum yang di gariskan oleh al-Quran dan Hadis. Rumah tangga akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah. Perhubungan kekeluargaan sentiasa ceria dan aman damai . “Perkahwinan akan berkekalan sehingga ke akhir hayat – InsyaAllah”.

2.    Perkenalan atau pergaulan yang melapau diantara teruna dan dara semasa alam perkenalan dan pertunangan , boleh menyebabkan berlakunya perasaan anti klaimik setelah mereka berumah tangga. Situasi ini akan menyebabkan mudah berlaku perbalahan bila ada masalah dalam rumah tangga dan akhirnya mudah menjurus kepada perceraian. Bila perceraian  berlaku, anak-anak akan jadi mangsa dan berkemungkinan akan menjejaskan pencapain akadamik mereka dan seterusnya menjadikan masa depan mereka agak muram. Banyak kes perpisahan suami isteri yang mengakibatkan anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang ibu bapa, akan terjebat dengan penyalahan gunaan dadah atau lain-lin masalah sosial . Berkesudahan menjadi penagih tegar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat dan Negara.

3.    Faktor kecantikan rupa paras semasa memilih pansangan hidup janganlah dijadikan faktor yang utama, kerana kecantik sesorang boleh berubah dalam sekelip mata jika dikehendaki oleh Allah contohnya ratu cantik yang digilai oleh ramai pemuda boleh jadi hodoh sekelip mata jika mukanya terkena asid atau terlibat dalam kemalangan. Oleh itu jangan jadi alasan sangat untuk memilih wanita yang cantik. Lebihlah kepada kepetingan wanita yang mempunyai ilmu keagamaan dan budi pekerti yang mulia. Sifat ini adalah lebih kekal lama dan akan memberi banyak manafaat dalam kehidupan berumah tangga. Isteri yang soslehah akan menyenangkan hati suami dan dapat mendidik anak-anak ke jalan syurga.

4.    Mengikut statistik perceraian yang dikeluarkan oleh Majlis-majlis Agama di seluruh Malaysia, bilangan peceraian dikalangan suami isteri di Malaysia adalah agak tinggi, dikatakan setiap hari berlaku  6 peceraian. Hampir 80% perceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang mendapat restu keluarga semasa kahwin dahulu. Kenapa hal ini berlaku, mungkinkah kerana mereka ini telah lama mengenali di antara satu sama lain yang menyebabkan sukar mencari jalan bagi mencapai persefamanan bila timbul sesuatu isu atau boleh jadi kerena suami dan isteri tidak mempunyai pengetahuan yang cujup untuk mengurus rumah tangga mereka.

5.    Dalam realiti kehidupan kebolehan atau pencapaian yang dilakukan oleh seseorang itu, tidak semestinya akan mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak, malah sudah pasti ada yang meremehkan kebolehan seseorang kerana mereka membuat penilaian berdasarkan persepsi berbeza. Bagi si pelaku pula jika dia melakukan  sesuatu pekerjaan itu kerana Allah dan telah dipastikan ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah, maka kita perlu bersyukur walaupun tidak dipuji dan disanjungi oleh ramai orang. Mendapat keredaan Allah adalah lebih penting daripada mendapat penghargaan manusia di dunia ini.

6.    Islam menilai kedudukan seseorang adalah mereka yang tinggi nilai iman dan taqwa adalah mereka yang berjaya dalam kehidupannya. Mereka inilah yang akan mendapat tempat di syurga yang penuh dengan kenikmataan. Oleh itu setiap insan perlulah menggunakan kehidupan dunia ini untuk mendapat keredaan Allah dengan meningkatkan keiman dan ketaqwaan.

7.    Bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja, ianya akan menjadi mudah, kerana orang yang ikhlas sentiasa mendapat pertolongan dari Allah kerana mereka ini membuat sesuatu kerja bukan untuk di puji oleh manusia, tetapi dilakukannya kerana ada perasaan tanggung jawab dan takut kepada azab Allah jika tidak dilakukan segala amah Allah kepadanya. Orang yang ikhlas dapat memempuh ujian dengan tabah dan dedikasi, kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bila ditimpa musibah dia akan bersabar kerana dia yakin dengan penuh kimanan bahawa Allah berikan musibah itu sebagai ujian bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan. Orang yang ikhlas yakin bahaw Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia akan mengantikan sesuatu musibah itu dengan nikmat yang lebih baik daripada sebelumnya. Untuk itu kita perlu sabar menanti masa akan tiba segal rahmat dan nikmat Allah itu. “Allah bersama-sama orang yang sabar.
Powered by Blogger.