Secara realiti dalam kehidupan “pasang niat “
adalah kunci utama dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasullah SAW “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana
Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti hasil dan natijah tindakan kita itu akan
berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Jika ini
berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana
sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala oleh-Nya.
Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerana
mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri
dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kenderaan kepada ahli keluarga
ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak
akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya…. Tetapi secara
realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.
“ Abang akan jadi suami yang terbaik untuk
ayang, doakan semoga niat murni abang ini dikabulkan Allah” bisik saya kepada
isteri pada malam pertama kami dahulu.
“ InsyaAllah. Jika niat abang begitu akan
dikabulkan oleh-Nya” isteri berada disebelah. Sambil memandang ke muka saya
dengan senyuman penuh pengharapan. Itulah janji saya kepada isteri yang
tercinta, semenjak mula dulu, dan selama-lamanya. Mungkinkah apa yang berlaku
kini sebagai hikmah Allah yang ingin menguji kesetiaan cinta kami.
Reflek kepada realiti kehidupan saya, semasa mula-mula
berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama
adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan
isteri. Dengan tersematnya niat sebegini,
mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa
itu telah ‘bercouple’ semasa sedang menuntut di universiti lagi.
“ Nik kenapa dengan you ini, asik keseorangan di
bilik asrama saja “ kata teman sebilik di asrama USM dahulu semasa saya di
tahun pertama.
“ Member you semua ada makwe, kenapa you tak
pasang satu” kata Lee yang berasal dari Johor. Dia mengikuti ijazah sains
computer manakala saya dalam bidang perumahan dan perancangan.
“ Maaf Lee, saya mempunyai perinsip yang berbeza
dengan mereka, jika saya minat seorang wanita
saya akan jadi calon isteri, bukan untuk bersosial”
“ Apa salahnya kita kawan dulu, untuk kenal hati
budi, kemudian boleh jadi isteri bila dah graduate nanti”
“ Lagipun di U ni ramai freshi yang cum-cum,
jangan lepas peluang Nik” Lee cuba menyakinkan aku supaya menerima pendapatnya.
“Sorry kawan, prinsip aku berlainan dengan you.
Aku di didik untuk mencintai wanita hanya untuk dijadikan isteri, bukan untuk
suka-suka, agamaku melarang bersosial antara lelaki dan wanita yang bukan
muhrim” Kata ku memberi penjelasan.
Lee memandang kepada ku dengan seribu persoalan menampakan dia memerlukan
penjelasan lanjut berhubung isu yang kami bincang itu.
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah
memberi hidayah sehinggakan saya mempunyai perinsip sebegitu semenjak remaja
lagi. Dan ianya masih bertahan sehinggalah saya berumah tangga.
Isteri yang dikahwini sekarang ini adalah wanita yang saya
sembunyikan keinginan kepadanya semasa bersama-sama menaiki bas untuk ke sekolah
sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak hanya jelingan mata dan senyuman sahaja yang
dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat saya
terhadap isteri sekarang ini disebabkan
oleh kecantikan rupa parasnya yang tiada tandingnya bagiku pada masa itu.
Kecantikannya yang mempunyai raut wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute)
dengan rambut ekar mayang, warna kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan
yang kurus ramping dengan ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya
sentisa terbayang dalam fikiran. Mirip
wajahnya yang ayu, kulit putih
melepak dan gayanya yang sopan. Mirip wajahnya sehampir-hampir sama dengan pelakon
filem dan drama popular pada tahu 80an.
“ Abang tahu tak, sebenarnya ayang dah jatuh
hati kat abang semasa kita sama-sama tunggu bas untuk ke sekolah dulu” isteri
memberitahu kepada ku pada malam pertama kahwin dahulu
“ Patutlah, bila abang duduk sebangku di atas
bas, ayang nampak malu-malu aja. ooo ada hati kat abang rupanya” saya berseloroh.
“ Ya lah, kalau tidak mana boleh kita kahwin”.sambil
taganya mencubit paha saya.
“ Adooh, sakitlah”.
Begitulah ceritanya kami berdua, yang
masing-masing menaruh harapan, tapi malu untuk berkat-kata, namum dengan takdir
Allah akhirnya kami bersatu jua. Mungkinkah
ini adalah realiti apa yang diperkatakan bawa jodoh seseorang lelaki atau
perempuan telah ditentukan oleh-Nya di Luh Mahfuz lagi.
Perkenalan kami secara serious terjalin setelah
kami secara tidak sengaja, berjumpa pada
suatu malam di tempat Persembahan Pentas
di sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu bersama ibu dan keluarganya untuk menyaksikan
persembahan tersebut.
“ I rasa macam pernah jumpa you sebelum ini”. itulah perkataan pertama yang saya lafazkan
semasa memulakan perbualan di malam itu.
“ Pagi tadi kita jumpa dekat stadium kan” jawab
dia dengan mengukir senyum kepada saya
“ You
kerja di mana” tanya saya kembali, setelah teguran mendapat jawapan.
“ I kerja di Teenas Travel, You pula kat mana”
jawab dia sambil melihat kepada saya.
“ I belum kerja lagi, masih menuntut. Sekarang
ini I buat practical di JKR” jawab saya sepontan sebagai membalas soalan dia. Di
dalam hati saya begitu gembira sekali, kerana gadis yang saya impikan sebelum
ini telah dapat saya tegur dan dia memberi
respon yang positif. Itulah detik pertama kami mula mengenali antara satu sama
lain secara lebih dekat.
Keesokan harinya pada waktu rehat tengah hari,
saya bergegas ke stadium untuk mencari tempat kerja gadis yang saya jumpa malam
tadi, Rohani namanya. Bila saya tiba di
stadium, saya lihat dia sedang berada di kaunter. Pada hari itu dia memakai baju kebaya berwana
kuning susu dan berkain batik jawa, kelihat dia begitu cantik dan ayu sekali.
“ Assalamualaikum,” saya meberi salam sebaik
sahaja berada di depan kaunter.
“Waalaikumussalam” jawab dia ringkas sambil
meberi senyuman.
“ Jumpa you cari pejabat I”
“ Dah dekat sini, memang mudah jumpa” jawab ku
sambil memerhati kecantikan gadis yang ada di depan ku. Hati mula terasa
berdebar-debar, degupan jantung semakin kuat. Saya rasakan sesuatu yang luar
biasa bila berhadapan dengan dia pada masa itu. Maklumlah sebelum ini saya
tidak pernah bercakap dengannya, Cuma jelingan mata sahaja dan menyimpan
perasaan di dada. Mukingkah ini dikatakan cinta yang telah mula memutik di jiwa
terhadap gadis yang saya idamkan selama ini.
Selepas pertemuan di pejabatnya itu, kami telah
beberapa kali bejumpa dan makan bersama di waktu rihat tengah hari. Seninggalah
pada suatu petang selepas waktu pejabat. Kami minum di sebuah restoran “Santo
Restaurant”. Semasa kami sedang minum petang bersama dan berbual-bual. Enatah
macam mana saya telah meluahkan perkataan ini kepada dia.
“ I nak buat you sepecial girlfriend, ok tak”.
Sambil mata saya merenung ke matanya yang ayu itu.Kelitahan ada perubahan di
wajahnya dan nampak tangannya sedikit mengigil.. Mungkin dia terkejut dengan
luahan perasaan saya.
“ Betul ke
ni” jawabnya ringkas, sambil memandang tepat kepada saya dengan seribu
makna.
“ Memang betul, I serious ni” saya membalas
soalanya dengan penuh bersemangat untuk memberi keyakinan kepadanya.
“ Ok, tapi I ni bukan berpelajaran tinggi macam
you, student univesiti, I cuma SPM aje, nanti tak sepadan pula” dia mebalas dengan memerhati ke dalam mata saya..
“ Itu bukan ukurannya, yang penting you
betul-betul mahu” saya memberi keyakinan kepadanya yang saya memang serious
untuk memperisterikannya.
Semenjak pertemuan itu, kami sering berjumpa dan
makan bersama di waktu rehat tengah hari, kerana pejabat tempat saya jalani
praktikal tak sampai satu kilometer dari pejabat Teenaz Travel.
Setelah hampir tamat masa pratikal saya di Kota
Bharu, saya telah memaklumkan kepada kedua-dua orang tua tentang hasratku untuk mencari pasangan hidup
setelah tamat pengajian di U nanti yang hanya lebih kurang setahun lagi. Bapa
dan ibu setuju dengan cadangan saya,
lebih-lebih lagi mereka berdua telah mendapat maklumat tentang perhubungan kami
dari kak saya yang tinggal di kuaters tentera tidak jauh dari kuaters penjara
tempat bapa Rohani bertugas,.
“ Ayahnda telah mengatur untuk masuk memimang
dalam sebulan lagi, semoga anaknda tidak
menjadi halangan dan diharapkan anaknda beri tumpuan kepada pelajaran di
semester akhir ini semoga anaknada beroleh kejayaan” . Saya begitu gembira
sekali apabila menerima surat yang hantar oleh ayah dari kampong. Keputusan itu
agak memeranjatkan juga, kerana mereka telah memberi restu dan terus membuat
persiapan untuk pergi meminang.
Tindakan itu mungkin mereka merasakan sudah tiba
masanya bagi saya untuk berumah tangga kerana tempuh penjagian di U telah
hampir tamat. Mereka juga mungkin terasa perlu disegerakan memandangkan sebelum
ini saya tidak pernah membuat perhubungan secara serious dengan mana-mana
gadis. Juga mungkin ibu telah merancang
perkhawinan kami di percepatkan memandangkan umur telah melewati 28
tahun pada tahun 1980.
Kami mengenali hatibudi
masing-masing semasa tempoh pertunangan selama satu tahun lebih sahaja, itu pun
berjumpa dua tiga kali sahaja secara bersemuka , selebihnya adalah melalui
surat, disitulah diluahkan segala perasaan kami untuk mengenali dengan lebih
dekat bagi mencari keserasian. Mungkin faktor
jarak tempat tinggal yang menjadi penghalang,
si dara di Kota Bharu, Kelantan dan si teruna
di USM Penang.
Jika diimbas kembali
niat saya pada mula kahwin dahulu, terdapat juga kelemahan diri ini yang jahil
tentang tuntutan agama, kerana pada mula pasang niat itu, masih ada niat ego
orang muda yang inginkan isteri yang cantik, yakni cantik rupa paras lebih diutamakan, kemudian barulah diikuti
dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan keluarga dan budi pekerti. Sedangkan
dalam nasihat agama Islam kepada bakal suami supaya memberi keutamaan kepada
ilmu agama dan amalannya, kemudian barulah diikuti dengan kencantikan, kekayaan
dan kekeluragaan.
Mungkinkah kecacatan
yang dialami oleh isteri setelah kami berkahwin dan hidup bahagia bersama lebih
20 tahun, merupakan satu peringatan oleh Allah bahawa jika kamu memilih
kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan kekal lama dan Dia boleh
mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti terhdap diri ini yang ada
juga tersasar niat yang mendahulu kecantikan, kini dia menjadi kenyataan
sebagai satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan kencantikan oleh saya
sebelum ini sudah menjadi seorang wanita yang cacat.
Bila ini telah berlaku
membuatkan saya amat sensitif apabila melihat orang yang cacat yang biasa
dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Sedarlah wahai insan mereka juga adalah
makhluk ciptaan Allah. Dia tidak diminta dilahirkan cacat – bukan salah ibu
mengandung. Oleh itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang cacat atau OKU
dengan memberi peluang kepada mereka untuk sama-sama menikmati kebebasan
kehidupan seperti orang normal. Bagi Allah rupa paras, sempurna atau cacat
bukan menjadi batu ukur status seseorang. Allah menilai manusia berdasarkan
keimanan dan ketaqwaan. Mereka yang tinggi nilai ketaqwaan adalah yang disanjung
oleh Allah. Mereka inilah yang akan dimasukkan kedalam syurga Allah yang penuh
dengan kenikmatan.
Bila dikenang kembali
terhadap niat yang dipasang dahulu ada juga unsur mengikut hawa nafsu, kini
Allah tunjukkan kebesaran kekuasaan-Nya untuk mengubah segala kejadian insan.
Pengajaran yang amat mendalam kepada diri yang hina ini bahawa kita
hendaklah sentiasa ikhlas apabila memasang sesuatu niat untuk lakukan
sesuatu bagi mendapat keredaan oleh
Allah.
Mujurlah pada awal
kahwin dahulu telah juga disemat niat dikalbu bahawa saya akan menjadi suami
yang terbaik kepada isteri dan anak-anak serta cuba sebaik mungkin untuk
menjadi seorang insan yang disenangi oleh keluarga dan ipai duai. Niat ini
Alhamdulillah Allah telah makbulkan walaupun tidak 100%. Ini saya luahkan kerana Allah telah memberi
kesabaran, ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal kepada saya untuk
menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini telah menjangkau
tempoh masa hampir 15 tahun.
Hidayah Allah membuatkan
terdengar suara-suara pujian dari sanak saudara bahawa aya mampu bersabar untuk
menjaga isteri yang sakit lumpuh dan perlu dicontohi oleh keluraga yang lain.
Sebenarnya pujian sebegini membuat saya lebih takut dan khuatir untuk
menerimanya, kerana kita belum tahu masa depan kita adakah ianya akan sentiasa
baik seperti hari ini atau hari semalam atau hari-hari sebelumnya. Kerana
sejarah telah mencatatkan banyak cerita kejayaan seseorang pada mulanya dan
setelah meniti kemuncak kejayaan dia
mula lupa diri dan akhirnya kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi hingga
akhirnya dia mula dikutuk dan dikeji. ‘Ya Allah aku momohon supaya Engaku
jauhkanlah sifat sebegini terhadap diriku dan keluarga serta sahabat karib ku’.
AminYa Rabil Alamin.
Sungguhpun begitu
terdengar juga rungutan seorang dua ipai
dua yang merasa iri hati terhadap kemampuan saya menjaga isteri yang sakit dan juga menyebabkan ibu mertuasaya telah menetap di rumah kami hampir 15 tahun,
kerana dia begitu rapat dengan isteri saya. Perasaan tidak puas hati ini timbul
kerana bila mererka mengajak ibunya untuk berziarah ke rumah mereka , pelawaan
itu sering di tolak dengan alasan dia tidak sanggunp meninggalakn anak
perempuanya yang sakit lumpuh keseorangan, jika mertua ku pergi pun hanya untuk
semalam dua sahaja. Membuatkan mereka mula sedikit renggan berhubung dengan
kami. Namun begitu daku diberi hidayah oleh
Allah untuk menjadi isu sebegini sebagai isu kecil yang pasti dihadapi
dalam kehidupan kita. Allhamdulilah salitulrahim kekeluargaan dapat saya
kekalkan.
Kadang kala kita telah
pasang niat dengan begitu baik sekali untuk menjadi suami, yang beriman dan bertaqwa, dapat membimbing keluarga
menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang menentukan pencapainnya adalah
Allah Yang Maha Berkuasa.Manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentetukan
pencapaiannya.
Pengajaran dan iktibar:
1. “Faktor kebahagian rumah
tangga amat bergantung kepada niat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Jika niat berkhwin untuk mendapat keredaan Allah, akan mebuahkan sikap yang
terpuji diantara suami dan isteri. Pergaulan dalam melayari bahtera rumah
tangga akan didasarkan kepada hukum yang di gariskan oleh al-Quran dan Hadis.
Rumah tangga akan mendapat keberkatan dan hidayah Allah. Perhubungan
kekeluargaan sentiasa ceria dan aman damai . “Perkahwinan akan berkekalan
sehingga ke akhir hayat – InsyaAllah”.
2. Perkenalan atau
pergaulan yang melapau diantara teruna dan dara semasa alam perkenalan dan
pertunangan , boleh menyebabkan berlakunya perasaan anti klaimik setelah mereka
berumah tangga. Situasi ini akan menyebabkan mudah berlaku perbalahan bila ada
masalah dalam rumah tangga dan akhirnya mudah menjurus kepada perceraian. Bila perceraian
berlaku, anak-anak akan jadi mangsa dan
berkemungkinan akan menjejaskan pencapain akadamik mereka dan seterusnya
menjadikan masa depan mereka agak muram. Banyak kes perpisahan suami isteri
yang mengakibatkan anak yang kurang mendapat belaian kasih sayang ibu bapa,
akan terjebat dengan penyalahan gunaan dadah atau lain-lin masalah sosial .
Berkesudahan menjadi penagih tegar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat
dan Negara.
3. Faktor kecantikan rupa
paras semasa memilih pansangan hidup janganlah dijadikan faktor yang utama,
kerana kecantik sesorang boleh berubah dalam sekelip mata jika dikehendaki oleh
Allah contohnya ratu cantik yang digilai oleh ramai pemuda boleh jadi hodoh
sekelip mata jika mukanya terkena asid atau terlibat dalam kemalangan. Oleh itu
jangan jadi alasan sangat untuk memilih wanita yang cantik. Lebihlah kepada
kepetingan wanita yang mempunyai ilmu keagamaan dan budi pekerti yang mulia.
Sifat ini adalah lebih kekal lama dan akan memberi banyak manafaat dalam
kehidupan berumah tangga. Isteri yang soslehah akan menyenangkan hati suami dan
dapat mendidik anak-anak ke jalan syurga.
4. Mengikut statistik
perceraian yang dikeluarkan oleh Majlis-majlis Agama di seluruh Malaysia,
bilangan peceraian dikalangan suami isteri di Malaysia adalah agak tinggi,
dikatakan setiap hari berlaku 6 peceraian.
Hampir 80% perceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang mendapat restu
keluarga semasa kahwin dahulu. Kenapa hal ini berlaku, mungkinkah kerana mereka
ini telah lama mengenali di antara satu sama lain yang menyebabkan sukar
mencari jalan bagi mencapai persefamanan bila timbul sesuatu isu atau boleh
jadi kerena suami dan isteri tidak mempunyai pengetahuan yang cujup untuk
mengurus rumah tangga mereka.
5. Dalam realiti kehidupan
kebolehan atau pencapaian yang dilakukan oleh seseorang itu, tidak semestinya
akan mendapat pujian dan sokongan oleh semua pihak, malah sudah pasti ada yang
meremehkan kebolehan seseorang kerana mereka membuat penilaian berdasarkan
persepsi berbeza. Bagi si pelaku pula jika dia melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah dan telah
dipastikan ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah, maka kita perlu
bersyukur walaupun tidak dipuji dan disanjungi oleh ramai orang. Mendapat
keredaan Allah adalah lebih penting daripada mendapat penghargaan manusia di
dunia ini.
6. Islam menilai kedudukan
seseorang adalah mereka yang tinggi nilai iman dan taqwa adalah mereka yang
berjaya dalam kehidupannya. Mereka inilah yang akan mendapat tempat di syurga
yang penuh dengan kenikmataan. Oleh itu setiap insan perlulah menggunakan
kehidupan dunia ini untuk mendapat keredaan Allah dengan meningkatkan keiman
dan ketaqwaan.
7. Bila kita ikhlas dalam
melakukan sesuatu kerja, ianya akan menjadi mudah, kerana orang yang ikhlas
sentiasa mendapat pertolongan dari Allah kerana mereka ini membuat sesuatu
kerja bukan untuk di puji oleh manusia, tetapi dilakukannya kerana ada perasaan
tanggung jawab dan takut kepada azab Allah jika tidak dilakukan segala amah
Allah kepadanya. Orang yang ikhlas dapat memempuh ujian dengan tabah dan
dedikasi, kerana dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Bila ditimpa
musibah dia akan bersabar kerana dia yakin dengan penuh kimanan bahawa Allah
berikan musibah itu sebagai ujian bagi meningkatkan lagi tahap keimanan dan
ketaqwaan. Orang yang ikhlas yakin bahaw Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemurah
dan Maha Penyayang. Dia akan mengantikan sesuatu musibah itu dengan nikmat yang
lebih baik daripada sebelumnya. Untuk itu kita perlu sabar menanti masa akan
tiba segal rahmat dan nikmat Allah itu. “Allah bersama-sama orang yang sabar.
0 comments:
Post a Comment