Sentiasa taat kepada
perintah Allah.
SEBAGAI seorang Islam sememangnya mempunyai hasrat untuk pastikan
kehidupan kita ini sentiasa taat kepada perintah Allah. Ini adalah tanda
keimanan kita terhadap Allah. Jika kita tidak taat kepada perintah Allah
bermakna lafaz syahadah yang kita ucapkan itu tidak dapat diterima Allah.
Kerana kita belum lagi beriman. Ianya mesti diikuti dengan perbuatan untuk taat
segala perintah Allah. Dalam kehidupan seharian kita perlu taat terhadap
perintah Allah yang berkitan dengan yang wajib; sunat; harus, makruh dan haram.
Bagi saya sering menggunakan istilah 5 prinsip hidup. Sungguhpun begitu secara
realiti kehidupan adalah amat sukar bagi kita untuk sentiasa taat kepada
perintah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian. Kecuali bagi
mereka yang tinggi darjat keimanan dan ketaqwaannya.
saya masih ingat kata-kata ustaz “ orang lelaki setelah menjadi
suami sebenarnya menerima banyak tanggung jawab, Ia sebagai ketua keluarga
perlu mempastikan isteri dan anak-anak memahami ilmu agama, mentaati perintah
agama dan hidup dalam suasana Islam pada setiap masa”.
“ Adakah saya mampu menjadi suami sepertimana yang dituntut oleh
Islam ?” ini adalah persoalan yang sering ada di dalam minda saya
semenjak kahwin dulu.
“ Han setelah kahwin nanti, pastikan isteri dan anak-anak sentiasa
mematuhi ajaran agama” ayah memberitahu kepada saya semasa kami berbincang
tentang hari perkahwinan saya satu masa dahulu.
“ Insya Allah”. Respon ku kepada ayah.
Atas nasihat itulah saya bertekad untuk mempastikan isteri dan ank-anak
akan mematuhi semua ajaran Islam,
terutamanya tentang solat. Pernah saya
memasang niat di hati untuk menjadi suami yang sentiasa mematuhi
syariah, oleh itu saya berazam untuk mempastikan diri ini sentiasa mematuhi
perintah agama. saya bertekad untuk menjadi suami dan bapa teladan bagi isteri
dan anak-anak. Tetapi adakah saya mampu lakukannya ?. Persoalan ini sering
bermain di minda bila mengenangkan tanggung jawab dan amah saya kepada
keluarga,
“ saya mesti mepastikan diri ini mendirikan solat 5 waktu tanpa
tinggal setiap hari. Barulah boleh menjadi suami contoh kepada isteri dan
keluarga” bisik hati kecil, sebagai satu azam yang perlu saya tunaikan setelah
menjadi suami dan bapa.
Untuk itu saya akan pastikan perkara wajib mesti di taati tidak
boleh tidak kita engkar seperti
mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji. Manakala yang haram mesti
ditinggalkan sepenuhnya seperti meninggalkan solat,mencuri, berzina,
mengumpat, menyakit hati orang lain, berdusta, menipu, mederhaki ibu bapa dan
sebagainya.
Manakala yang sunat pula perlu diamalkan seboleh-bolehnya seperti
memberi sedekah, membantu orang dalam kesusahan, memgandakan kerja-kerja amal
untuk membantu masyarakat.
Perkara yang harus diberi kebabasan sama ada hendak melakukan atau
tidak seperti mahu makan masakan berasaskan ikan dan sayuran atau makanan
berasaskan daging merah atau daging puith. Aktivit lain yang harus seperti
pergi melancung dalam negeri atau di luar Negara dan sebagainya.
Perkara yang makroh mesti utamakan untuk di tinggalkan seperti
memakan makanan yang berbau sebelum pergi solat berjemaah seperti petai,
jering, bawang putih dan sebagainya.Begitu juga merokok yang majority tok-tok
guru di Malaysia sebelum ini mengatakan makroh , perlu ditinggalkan dan sememnya
saya tidak pernah merokok.
Salah satu prinsip yang aku pegang dalam menerajui bahtera rumah tangga
kami yang telah menjangkau usia lebih 34 tahun ialah memastikan semua ahli
keluarga akan mematuhi perntah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian. Sebagai ketua keluarga daku perlu memberi teladan
kepada isteri dan anak-anak. Pegangan utama ku adalah kita hidup hendaklah berpandukan kepada
perintah Allah yang ditetapkan oleh Islam. Lima perkara yang ditetapkan oleh
Islam perlu dipatuhi iaitu wajib; haram; sunat; harus dan makruh.
Saya akan pastikan yang
wajib akan dilakukan sepenuhnya dan begitu juga yang haram akan ditinggalkan
sepenuhnya. Perkara yang sunat akan diusahakan untuk melakukannya pada setiap
masa bila ada peluang dan keperluan. Perkara harus diberi kebabasan sama ada
melakukannya atau tidak, manakala yang makruh saya akan cuba untuk tinggalkan.
Dalam menepati hasrat untuk mentaati perintah Allah dalam
kehidupan seharian, kita perlu kepada pengetahuan ilmu agama yang mencukupi.
Untuk itu kita perlu menuntut ilmu agama dari masa kesemasa. Jika mempunyai
sikap telah mencukupi dengan ilmu yang ada, adalah satu kesilapan besar, kerana
hakikat dalam kehidupan manusia kita perlu menimba ilmu sepanjang hidup kerana
ilmu Allah itu adalah terlalu banyak dan ianya bertambah mengikut peredaran
masa.
Cuba kita lihat sekeliling kita pada masa ini, kemajuan teknologi
internet dan alatan komunikasi begitu pesat sekali. Anak cucu kita pada masa
ini telah terdedah dengan kemajuan teknologi komunikasi dan budaya hiudup
mereka telah dipengaruhi dengan suasana kehidupan dunia maya tanpa sempadan.
Oleh itu kita sebagai warga tua perlu juga mempelajari ilmu berkaitan
penggunaan alatan komunikasai terkini
supaya kita dapat bersama-sama dengan mereka terutama apabila perlu
berkomunikasi.
Saya masih ingat, cucu yang
berusia empat tahun pernah memberi teguran kepada saya.
“Tok ayah, tunggulah dulu. Computer sedang loading tu”. Kata cucu
apabila dia melihat saya cuba menekan butang key board computer. Ini terjadi
semasa saya meziarah anak sulung yang
tinggal di Putrajaya satu ketika dulu.
Hati kecul saya terdetik, ah malunya aku, cucu yang usia 4 tahun
lebih mahir computer berbanding datuknya yang
telah berusia emas. Inilah realiti kehidupan, kita akan ketinggalan ilmu
jika tidak sentiasa update dengan peredaran masa. Lebih-lebih lagi kemajuan
gajet komputer.
Oleh itu yakinlah bahawa untuk berjaya dalam kehidupan kita perlu
mempunyai pemikiran yang positif, sentiasa kemaskini ilmu pengetahun
berdasarkan perkembangan zaman. Itulah realiti kehidupan, bahawa setiap manusia
perlu meningkatkan ilmu sepanjang hayat. Jika kita mempunyai sikap negetif dan
malas untuk menimba ilmu saban masa maka kita akan ketinggalan dan sukar untuk
hidup sempurna di sepanjang zaman.
Untuk mempastikan saya dapat menjadi suami dan juga bapa yang
dapat dicontohi oleh isteri dan anak-anak, saya terpaksa meningkatkan ilmu
agama saban masa.
Lebih-lebih lagi saya bukanlah berlatar belakang didikan sekolah agama. Di
peringkat sekolah rendah hanya belajar di sekolah kebangsaan (1960-1966) dan
memasuki sekolah menengah aliran English selama lima tahun.
Sunggupun begitu, saya bernasib baik kerana ayah berkelulusan
sekolah pondok serta bertugas sebagai Penyelia Imam dan juga sebagai Naib Daftar
Nikah . Bapa saya juga adalah seorang guru agama yang mengajar di beberapa buah
masjid dan madrasah . Persekitaran kehidupan sebegini memboleh saya dididik
dengan disiplin agama yang kuat, terutamanya berkaitan dengan amalan–amalan
fardu yang di tuntut oleh Islam.
“ Betapa banyaknya ramhat Allah yang dikurniakan kepada kehidupan
kita setiap detik, rahmat kehidupan, rahmat udara, rahmat air hujan, rahmat
kesihatan, rahmat selera makan dan banyak lagi, tida terhitung banyaknya “ kata
ayah kepada para jemaah di surau yang mendengar kuliah maghribnya.
“ oleh itu kita yang hidup di dunia ini perlulah menysukuri
rahmat-Nya” sambung ayah dengan penuh bersemangat, Para Jemaah hanya
mengangguk-angguk kepada tanda setuju.
‘ Allah bukannya mahu kita membayar semua rahmat-Nya itu, yang di suruh
oleh-Nya ialah supaya kita sentiasa beribadat kepada-Nya. Melakukan segala
suruhan-Nya dan menginggalkan segala larangan-nya”. Ayah menjelaskan lagi.
Kata-kata itu saya masih ingat sehingga kini, walaupun ayah telah
tiada, kembali menemui pencipta-Nya lebih 15 tahun lalu. Kata-kata hikmah
itulah yang menjadi pedoman hidup saya dalam beribadat kepada Allah. Kata-kata
itu jugalah saya sentiasa berpesan kepada isteri dan anak-anak bila saya
memberi peringatan kepada mereka tentang solat dan lain-lain ibadat yang perlu
dilakukan.
Saya banyak menambah pengetahuan ilmu agama lebih kepada
pendidikan tidak formal. Sebagai contoh, setelah saya melanjutkan pelajaran di peringkat
universiti, saya dan ayah sentiasa berbincang, bertukar-tukar pendapat tentang
isu-isu ekonomi, politik, agama, kebudayaan dan lain-lain isu yang releven dengan
kehidupan seharian. Itulah cara ayah mentarbiah saya.
“ Dengan mengadakan Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahan,
Kerajaan Malaysia akan dapat membasmi kemiskinan” kata saya kepada ayah, semasa
kami berbincang tentang pembangunan Negara, semasa saya balik kampong cuti hari
raya.
“ Kemiskinan mana boleh basmi” ayah memberi cadangan balas.
“ Telah menjadi lumrah alam, kaya lawan miskin, senang lawan
susah, berharta lawan fakir”. “ Kita tidak boleh mengatakan dengan Perancangan
Pembangunan Ekonomi, kemiskinan akan dapat di hapuskan” Ayah menyambung
hujjahnya. Saya terdiam seketika, apabila ayah membantah cakap saya. Ada juga
benar cakap ayah, Slogan “untuk membasmi kemiskinan” sebenarnya kurang tepat.
Kerana kemiskinan adalah satu perbandingan yang relatif bukanya subjektif.
Memang ada perbezaan diantara orang miskin di Bandar dengan orang miskin di
desa. Jika di bandar, pendapatan RM2,000.00 telah dikatogarikan sebagai orang
miskin. Tatapi di kampong ianya telah dianggap sebagai orang berada.
“Sepatutnya menggunakan perkataan “ untuk mengurangkan bilangan
orang miskin” adalah lebih tepat” kata ayah, memberi cadangan balas.
“ Betul juga cakap wan tu” saya membalas pandangannya dengan
memberi sokongan. Ayah nampak gembira bila pendapatnya di sokong.
Itulah situasi kami anak beranak apabila berbincang isu semasa,
biasanya apabila saya balik kampong semasa cuti hujung semester atau cuti Hari
Raya.
Daripada perbicangan sebegini membuatkan saya mendapat ilmu,
terutamanya tentang hukum hakam agama Islam, kerana apabila ayah beruhujjah
sesuatu isu dia akan memberi nas dari Al-Quran atau hadis untuk menyakinkan
pendapatnya. Itulah stail ayah berhujjah, stail pengajian pondok yang dia ikuti
semasa muda dahulu.
Situasi perbincangan sebegini memang menjadi rutin apabila saya
balik ke kampong semasa U cuti. Semasa perbincangan saya lebih menjurus kepada
pemikiran akadamik berdasarkan hujah-hujah ekonomi dan sains sosial, manakala
ayah lebih menjurus kepada pemikiran keagamaan berdasarkan nas-nas al Quran dan
hadis. Sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran seumpama ini menjadikan
saya lebih matang dalam memahami dan mendalami hukum hakam agama dari masa ke
semasa.
Suasana sebegini telah tiada lebih 15 tahun lalu setelah ayah
telah meninggal dunia. Ianya hanya menjadi kenagan dalam hidup saya. Ianya jadi
teladan kepada saya dalam usaha memberi didikan dan pembelajaran kepada
anak-anak dan cucu-cucu saya.
`
Dalam keluarga kami, telah menjadi amalan lazim untuk mengambil
berat tentang amal ibadat dalam kehidupan seharian. Amalan solat dititik beratkan. bermula solat subuh, zohor,
asar, magrib dan isyak telah menjadi kelaziman untuk saya melakukannya secara
berjemaah di masjid atau di surau,
paling tidak melakukan solat berjemaah dengan isteri dan keluarga di
rumah.
Bagi mempastikan anak-anak mengerjakan solat lima waktu, saya dan
isteri akan sentiasa mengigati mereka , boleh dikatakan setiap waktu bila
peluang kami berkomunikasi dengan anak-anak.
“Abang dah solat” terdengar suari isteri dari dalam bilik sebaik
saja abang melalui pintu bilik tidur kami. Kadangkala saya menggunakan peluang
untuk menasihati anak-anak semasa dia datang untuk mendapatkan wang saku semasa
untuk ke sekolah.
“ Ini duit sekolah, solat jangan tinggal abang” ungkapan sebegini
biasa keluar dari mulut saya semasa memberi duit kepada anak-anak. Alhamdulilah
cara ini menampakkan ada kesan positif terhadap amalan solat dalam keluarga
kami.
Sungguhpun begitu, setelah anak meningkat dewasa dan mempunyai
kerjaya masing-masing, mereka mula sibuk dengan kerjaya, menyebabkan solat
bejemaah sudah agak sukar untuk dilakukan di rumah, oleh itu tumpuan saya lebih
kepada melakukan solat berjemaah di masjid.
Sesuai dengan ajaran sunnah supaya kita berkawan dengan anak-anak
bila mereka dah berumur 18 tahun ke atas. Untuk itu saya mengambil pendekatan
mensihati anak-anak tentang solat dan mentaati perntah Allah melalui kaedah
persahabatan dan kawan. Apa yang saya dan isteri lakukan ialah ialah memberi
nasihat keada anak-anak semasa ada perjumpaan keluarga umpamanya masa makan
bersama untuk meraikan Hari Lahir saya atau isteri,
“ Dady ucapkan banyak-banyak terima kasih kepad semua anak-anak dedy
yang disayangi” saya memberi sedikit ucpan kepada anak-anak semasa kami makan
di sebuah restoran.
“ Dady berpuas hati kerana anak-anak semua dapat menjadi insan
yang baik, terutamanya dalam hal solat, dady dapati kesemua anak dady
lakukannya. Cuma kadangkala dady nampak ada yang solat di akhir wakatu, perkara
ini tidak patut di amalkan kerana dia adalah satu perbuatan yang mengambarkan
kita meperkecilkan kebesaran Allah. Selaras dengan ungkapan Allah Huakbar kita
patut segerakan solat 5 waktu, solat di awal wakatu. Yang lebih baik solat
berjemaah di masjid.” Saya memberi nasihat kepada anak-anak.
“ Ok, dady juga pada malam ini memebri peluang kepada ana-anak
untuk mengkritik atau memberi pandangan balas berhubung dengan stail dady
mengurus keluarga”.
sayal memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap.
sayal memberi peluang kepada anak-anak untuk bercakap.
“Along ucapkan terima kasih kepad dady dan mama yang sentiasa
memberi perhatian kepada kami, Cuma kadangkala cara dady memdidik agak keras
sikit, dan ada kalanya agak panas barang” anak sulung perempuan saya memberi
pandangan peribadinnya..
“ Terima kasih along” saya membalas.
“Yang penting anak-cucu
dady semua sentiasa solat dan patuhi ajaran agama, itulah yang diharapkan”.nasihat saya.
Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran isteri dan anak-anak membaca Al-Quran, saya telah mengaji seorang
guru Al-Quran di rumah dengan jadual pengajian tiga kali seminggu. Alhamdulillah
saya amat bersyukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada keluarga
kami untuk menjadi orang yang celik Al
Quran walaupuan tidaklah pakar tilawah atau hafazan.
Setelah anak-anak kami menamatkan pengajian masing-masing di kolej
dan universiti, mereka mula membawa haluan masing-masing. Oleh itu saya
mengambil inisiatif untuk memperingati anak-anaknya tentang keperluan solat serta
kepatuhan semua syariat agama, sekali sekala saya anak menggunakan kecanggihan
kemajuan teknologi telefon bimbit untuk mengingati mereka melalui pesanan SMS.
Saya bertindak menghantar secara berkala SMS untuk mengingati anak-anak kami tentang kepenting solat yang perlu disegerakan
pada waktunya. Tindakan berkomunikasi melalui SMS yang saya amalkan ini
memperlihatkan perkembangan positif terhadap anak-anak kami.
Alhamdulilah, Hidayah Allah yang memberi istikomah kepada saya
dalam mentaati perintah Allah, telah menjadi ikutan kepada isteri dan juga anak-anak.
Sepanjang tempuh perkahwinan sehingga hari ini saya tidak pernah
memukul isteri, tidak pernah berlaku sebarang krisis yang besar, hubungan kasih
sayang suami isteri sentiasa membara dan
kebahagian sentiasa segar , ini adalah berpunca
dari hasrat untuk mendapat keredaan Allah samada di dunia dan akhirat.
Mungkin Allah telah memberi hidayahNya kepada keluarga kami atas niat dan
semangat kami yang sentiasa condong kepada mentaati perintah Allah. Kandangkala
kita mendengar berlaku penderan suami terhadap isteri, bila mendengar
berita sebegini saya tidak dapat
bayangkan apakah jenis manusia yang bergelar suami yang mempunyai sifat begis
dan ganas itu. Bayangkanlah orang yang
dicintainya bila berlaku sedikit kesilapan terus memukul dengan
seteruk-teruknya, sedangan dalam keadaan biasa isterilah tempat suami memandu
kasih asmara, tempat melempas rindu dan nafsu. Adakah adil hanya dengan sedikit
masalah dia dibelasah sebegitu rupa. Tindakan sebegini adalah amat bertetangan
dengan syariat dan sunnah. Nabi adalah suami contoh yang amat berlemah lembut
dengan isteri-isterinya. Jika mahu mengajar isteripun Islam mempunyai tatacara
yang ditetapkan. Inilah akibatnya bila suami itu jahil tentang hukum agama,
melakukan isteri sesukan hati dan mengikut nafsu amarah.
Disamping solat, membaca Al-Quran setiap hari telah menjadi rutin
bagi saya dan isteri, manakala anak-anak akan turut sama membacanya pada hari-hari
tertentu. Dengan kemajuan teknologi Quran digital dan Pen Membaca Al Quran. Saya di ilhamkan oleh Allah untuk menggunakan
alat ini bagi memperlancarkan cara membaca Al-Quran dan juga memahami isi
kandungan Al Quran. Kerana sebelum ini saya hanya boleh membaca Al-Quran secara
sederhanan sahaja, tidak seperti para qari yang dapat membaca dengan fasih dan
memahami hukum tajwid sepenuhnya/
“ Bacaan tu tak betul” kata ayah kepada saya semasa membaca Yasin
untuk datuk yang sedang sakit satu masa dulu. Saya rasa malu pada diri sendiri
apabila di tegur ayah, walahal pada masa itu sedang menutut di universiti.
Itulah jadinya apabila kita lebih tekankan tentang ilmu akadamik, tapi
kesampingkan ilmu agama.
Bermula pada peristiwa itu saya telah tekad untuk membelajar
membaca Al-Quran supaya dapat memperbetulkan tajwidnya. Untuk itu saya
menggunakan pelbagai kaedah bagi memperlancarkan bacaan dari masa ke semasa.
Alhamdulilah niat tu telah dikabulkan oleh Allah. Kini saya telah
boleh membaca dengan fasih. Lebih-lebih lagi dengan pengguna alatan teknologi
canggih mutakhir ini, seperti Pen Pebaca Al-Quraan telah menambah minat
keluarga kami untuk terus membaca Al-Quran. Amalan membaca Al-Quran telah
menjadi agenda rutin oleh saya dan isteri. Kini kami mula menghayati isi
kandungan Al-Quran pula dengan menggunakan Pen Pembaca Al-Quran untuk mendengar
dan menghayati terjemahan isi kandungan
Al-Quran yang telah di rekod secara MP3.
Penghayatan Al-Quran melalui kaedah ini dapat memahami dengan lebih baik
dan dapat mengelakkan perasaan mengantuk semasa mendengarnya. Teladan yang
lakukan oleh kami berdua, alhamdulilah sekarang ini mula di ikuti oleh
anak-anak pula, Syukur kupanjatkan kepada Mu Ya Rabil Alamin.
Sungguhpun kita telah berusaha sebaik mugkin untuk mendapat
keredaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian, tetapi sebagai manusai biasa
kita akan diuji oleh Allah. Saya sendiri telah diuji dengan beberapa peristiwa
yang boleh mengugat keimanan dan intergriti kita sebagai seorang Islam yang
taat kepada hukum-hakam agama. Jika dihalusi dalam lambaran nota kehidupan
seorang insan, biasanya insan itu akan kecundang bila terlibat dengan kewangan.
Jika corak hidup kita seharian untuk bergaya dan mempamirkan kita sebagai orang
yang mempunyai wang dan berstatus tinggi, sudah pasti akan melibatkan
perbelanjaan harian dan bulanan yang agak besar, kadang kala kita membelanja
lebih dari apa yang diperolehi pada bulan berkenaan, jika ini berlaku kita
terpaksa membelanja dengan cara berhutang sama ada melalui pinjaman bank,
pinjaman dari kawan atau kad kredit.
Hal ini juga berlaku dalam kehidupan saya, dimana saya telah
menggunakan kad kredit untuk menampung kekurangan perbelanjaan bila berlaku
pada satu-satu bulan, insedin sebegini tidaklah kerap sangat berlaku. Dalam
tempoh hampir 15 tahun mengurus perbelanjaan untuk menampung keperluan keluraga
saya telah berhutang dengan kad kredit lebih kurang RM 40K. kini ianya menjadi
bebanan kepada saya untuk menjelaskan baki hutang kad kredit berkenanan yang
tinggal lagi sebanyak RM15,000.00 . Setelah dibuat perundingan dengan pihak
bank saya terpaksa membayar ansuran bulan lebih RM 500 sebulan.
Inilah akibatnya jika kita engkar perintah Allah. Islam
mengharamkan riba tetapi kita masih buat mudah dan terlibat samada secara
senganja atau tidak sengaja. Akibatnya mengalami penderitaan untuk membayar
buga riba yang begitu menekankan itu. Sesungguhnya setiap larangan yang
ditetapka oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya.
Sekarang ini saya mula insaf dan sedar bahawa seseorang ketua
keluarga perlu mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mengurus kewangan
keluarga. Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan amalan
riba, dalam kes ini saya telah gagal untuk memastikan wang yang dinbelanjakan
untuk keluraga tidak trerlibat dengan riba. Mungkinkah musibah yang saya hadapi
ini juga sebagai balasan Allah terhadap dosa-dosa saya itu.
“ Ya Allah hamba mu ini memohon ampun dan bertaubat di atas segala
kesilapan dan kealpaan sehingga melangar perintah Mu. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Penerima Taubat”. Amin Ya Rabil Alamin
Pengajaran dan iktibar:
1. Pengetahuan asas ugama
adalah penting bagi suami selaku ketua
keluarga,kerana ianya akan digunakan untuk mendidik isteri dan anak-anak kearah
jalan yang redahi Allah.Ini adalah satu amanah yang perlu ditanggung oleh
setiap suami. Jika gagal akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tuntusan supaya
bapa memberi kemudahan kepada anak-anak untuk menintut ilmu adalah amat penting
dalam Islam.
2. Suami yang
mempunyai pengetahuan agama, dapat
memimpin keluarga untuk mendapat keredaan
Allah sama ada di dunia dan juga di akhirat. Suami yang mendisiplinkan dirinya
dengan mentaati perintah agama disepanjang kehidupanya akan Berjaya menjadi
teladan kepada isteri, anak-anak dan semua keluarga.Pemimpin sebegini akan
membawa keluarga untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
3. Suami isteri yang
sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk keluarga dalam mengharumi
kehidupan, akan memperolehi keberkatan dan hidayah Allah, kehidupan keluarga
sentiasa ceria dan dihormati oleh jiran dan masyarakat. Lebih baik lagi
sekiranya suami mempuyai insiatif untuk memahami isi kandungan Al Quran dan
membaca terjemahannya, kemudian mengambil instif untuk mengamalkan segala
panduan dan ajaran yang digariskan oleh Allah itu dapat dijelmakan dalam
kehidupan reality seharian. Kaedah inilah yang dillakukan oleh junjungan besar
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sezaman dengannya.
4. Suami yang mepunyai
pengetahuan agama akan dapat menempuh segala cabaran dan ujian Allah dengan
penuh sabar dan mampu mempertahankan kerukunan rumah tangga dan hubungan baik suami isteri sehingga ke
akhir hayat. Kerana ilmu agama sebagai panduan dalam menjalani kehidupan akan
memperolehi jalan yang selamat dan terbaik dalam menghadapi apa jua dugaan dan
cabaran Allah. Orang yang tinggi keimanan dan ketaqwaan akan menjadi orang yang
sabar dalam menghadapi semua dugaan Allah.
5. Sebagai seorang saumi
yang hidup dizaman internet dan peralatan komunikasi yang canggih, perlu
mempunyai kemahiran untuk mempergunakan kemajuam teknologi dalam menjalinkan
hubungan kekeluargaan dan juga mendidik ahli keluarga. Ini memperlihatkan
pentingnya seoerang suami menambah ilmu pada setiap masa. Pembelajaran sepanjan
hayat.
6. Kemahiran merancang dan
mengurus kewangan keluarga adalah satu skil yang perlu ada bagi seorang suami
yang ingin menjadi suami mithali yang cemerlang. Jika suami tidak pandai
mengatur kewangan akan menjadikan puca pendapatan keluarga berlaku ketidak
cukupan dan ia akan mendorong kepada ketua keluarga untuk berhutang. Jika si
isteri pula mempunyai sifat suka memaksa dan mendesak suami membeli itu dan ini
tanpa mengira kemampuan kewangan suami akan mengakibatkan suami membuat
pinjaman dari pihak lain. Jiak tidak diuruskan secara bijaksana akan menjadi
seorang yang berhutang. Silap-silap percaturan suami akan menjadi seorang yang
muflis setelah tak berdaya lagi menjelaskan hutang pihak bank atau pemberi
pijaman.\
Wallahu alam.
0 comments:
Post a Comment