Introducing San Francisco

Tuesday, August 26, 2014

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke Syurga) : AMALKAN MAKAN BERSAMA ISTERI DAN KELUARGA



  Amalkan makan bersama isteri dan keluarga setiap hari.
                                                                                                                                       
Amalan makan bersama keluarga adalah salah satu tradisi dalam masyarakat Melayu, saya masih ingat semasa kecil dahulu, semasa bekunjung di rumah nenek kami di wajibkan makan bersama pada setiap kali waktu makan. Pada suatu hari semasa saya masih tidur tiba-tiba kedengan suara di luar bilik.
“ bangun, bangun, bangun masa sarapan pagi” suara nenek memanggil anak-cucu untuk  berserapan pagi.
Menjadi kebiasaan di rumah nenek mereka akan bersarapan setiap hari pada jam 8 pagi. Rutin demikian dijadual kerana pada jam 8.30 pagi datok akan ke bendang membawa keluar binatang ternakan dan juga menyirami sayuran. Itulah sember pendapatan atok saya, Kisah ini berlaku lebih 51 tahun dahulu samasa saya berumur 10 tahun.

Amalan datok nenek kita dahulu sebenarnya mempunyai banyak hikmah dan manafaatnya dalam membentuk sesebuah keluaraga yang bahagia. Sungguhpun begitu peredaran masa dan corak kerja yang sentiasa berubah-rubah telah menyebabkan amalan turun temurun dahulu seperti makan bersama keluarga pada setiap kali masa makan telah mula di tinggalkan. Ia adalah disebabkan ahli keluarga serprti bapa, ibu dan anak-anak mempunyai jadual harian yang sibuk. Lebih-lebih lagi jika mereka yang tinggal di banar metropolitan seperti kula Lumpur.

Dalam keluarga saya amalan makan bersama masih di kekalkan sehingga kini. Pada masa mula-mula kahwin dahulu, makan bersama adalah satu cara untuk menandakan cinta dan kasih sayang suami isteri.
“ uup, buka luas-luas, sempit sangat lah mulut ayang ni” saya meminta isteri semsa menyuap nasi semasa kami belum mempunyai anak dahulu.
“ Abang ni, mana boleh ayang buka luas, kan mulut ini kecil aja’. Jawab isteri.
“ Ya lah mulut ayang memang cantik macam anak patung” saya mengusik.
“ nasi abang suap sedaplah”
“ mana tidak kan abang in pakar segala-galanya “ saya bergurau.
Isteri tersenyum simpul melihat lagak saya, diikuti dengan cubitan manja di paha saya,
" aduuuu, sakit lah ayang'.

Sausana sebegini dah menjadi kelaziman bagi  kami semasa kami makan bersama pada setiap hari, terutamnya di waktu makan malam.

Bila kami mempunyai  anak, amalan makan bersama ini masih diteruskan. Sekali sekala kami makan secara “berjemaah”. Iaitu makanan seperti nasi dan lauk pauk di hidang bersama dalam sebiji dulang yang besar. 
 " Malam ni kita makan berjemaah" isteri memberitahu anak-anak.
“ Yeeh, yeh makan Jemaah”. Anak lelaki saya Idan melompat tanda keriangan bila ibunya beritahu tentang makan malam.
“along makan Jemaah malam ni”, idan memberi tahu kakaknya
“ along nak duduk dekat dady, idan duduk dekat mama” along respon panggilan adiknya semasa kami bersiap untuk makan malam kira-kira 30 tahun lalu.
Manu malam itu ialah nasi putih, gulai kari ikan dan sayur goring.
“ Bismillah” Kami empat bernak mula makan.

Semasa makan masing-masing ambil nasi dan lauk yang ada di hadapan masing-masing. Kami makan secara bersela mengelilingi dulang yang penuh dengan nasi dan lauk pauk. Itulah suasana masa makan kami apabila kami makan bersama secara berjemaah.
" Ini along punya" kak long memberi tahu adiknya.
' Ok. idah nak yang ni". adiknya mencelah.
" Makan elok-elok  along , idan'. ibunya bersura.
" baik ma" serenak mereka menjawab
 
Waktu makan bersama bukan saja menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh  kita perlehi ketika makan bersama ialah: 
  Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera. 
  Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air kosong.
  Belajar adab sopan - Kalau kita perhatikan, adab di meja makan kini semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran mahupun sambung mengadap permainan komputer.

Ketika inilah kita boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan.

Tahukah kita, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.
  Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan anak-anak. Antara topik yang boleh kita tanyakan ialah peristiwa menarik di sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau mengenai kawan rapatnya.

Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga kita secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.
  Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru dan tahu mengenai adab di meja makan.

Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.
  Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka - Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar.

Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama. 


  Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
  Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.
  Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
  Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula
.
Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Allah dan mengeratkan hubungan salitulrahim di kalangan keluarga. Elakkan berbual perkara yang melalaikan atau perkara yang boleh mengakibatkan isteri terasa teringgung semasa makan. Jangn sekali-kali marah kepada isteri atau anak-anak semasa makan.

Saya meyakinkan bahawa amalan ini telah sayamalkan semenjak mereka mula kahwin sehingga sekarang ( lebih 34 tahun).  Kecuali jika suami tidak sempat balik makan dirumah kerana ada urusan luar.  Katanya amalah sebegini dapat mengeratkan perhubungan suami isteri dan keluarga. Disamping itu makan bersama akan menjimatkan makanan terutama lauk-pauk kerana dengan makan bersama setiap orang dalam ahli keluarga dapat merasa semua menu makanan , jika ianya banyak , setiap orang boleh makan lebih, sebaliknya jikak menu sedikit, masing-masing dapat makan sedikit untuk merasai kenikmatan menu tersebut.

Semasa makan bersama ini juga dapat terapkan budaya makan yang betul sebagaimana di ajar oleh budaya orang Melayu yang sayamalkan oleh datuk nenek moyang kita, dan juga dapat menerapkan cara makan yang sayajar oleh sunnah Rasulallah SAW. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi teguran kepada anak-akan jika didapati mereka makan secara gelojoh, suka mendahuli menu yang sedap walaupun letaknya agak jauh dari tempat duduknya. Kerana Islam mengajar kita makan secara bersopan, dahulukan menu yang berada dihadapan kita, tidak kira sama ada ianya kita suka atau tidak, kemusayan barulah diikuti mengambil menu-menu lain yang agak jauh dari pinggan kita.

Pengajaran dan iktibar:

1.  Amalan makan bersama sayantara suami dan isteri serta anak-anak akan melahirkan suasana hubungan mesra dalam keluarga. Lebih-lebih lagi hubungan suami isteri, semasa makan adalah masa yang paling harmoni dalam benak pemikiran seseorang, kerana pada masa makan kita akan memberi fokus terhadap makanan yang berada di hadapan kita, lebih-lebih lagi semasa perut keroncong kelaparan. Bila sahaja  makanan berada di hadapan kita, lebih-lebih lagi yang dimasak oleh isteri, kita akan merasa begitu bersyukur kepada Allah yang telah memudahkan rezeki untuk megalas perut yang sedang lapar. Kesyukuran juga akan dipanjangkan secara tidak langsung oleh minda dibawah sedar bahawa kita banyak berterima kasih kepada isteri atau ibu kepada anak-anak kita yang berpenat lelah dan bersusah payah menyediakan menu yang sentiasa “best “ untuk dimakan oleh ahli keluarga.

2.   Si isteri atau si ibu semasa makan bersama keluarga yang melihat suasana selera makan yang ditunjukkan oleh semua keluarga, sudah pasti merasa dirinya dihargi oleh keluarga mereka kerana menu makan yang dimasak untuk keluarga dapat membuka selera makan.. Suasana dan perasaan sebegini akan melahirkan suasana kerharmonian rumah tanagga mereka dan matlamat untuk menjadikan “rumahku syurgaku ‘ akan tercapai, insya Allah.

3.    Bagi anak-anak pula, amalan makan bersama ini akan memberi kesedaran dan sikap berterima kasih kepada ibu dan bapa mereka yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk mempastikan semua anak-anak dapat makanan, pakaian dan lain-lain keperluan disediakan secukupnya. Makan bersama keluarga juga merupakan medan ilmu bagi anak-anak bagi mepelajari tatacara makan yang dianjurkan oleh Islam dan adat nenek moyang terun temurun. Menjadikan anak-anak yang berbudi pekerti mulia dengan bimbingan kedua ibu bapa mereka.





KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke Syurga) : SERING BERGURAU SENDA



1   Sering bergurau senda.
Bagi pasangan yang baru sahaja di ijabkabulkan adalah perkara biasa untuk bergurau senda diantara sumi dan isteri, maklumlah mereka baru sahaja dapat mengenali secara hakiki di antara satu sama lain, dapat mengenali hati budi secara zahir dan batin. Lebih-lebih lagi masih dalam suasana kemeriahan dan kegairahan berbulan madu, semuanya manis-manis belaka, hatta bau kentutpun dikatakan wangi.
Suasan gurau senda di antara suami dan isteri sepatutnya di kekalkan pada bila-bila masa, kerana ianya bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah SAW, di samping dapat mengekalkan semarak cinta dan kasih sayang suami isteri. Untuk itu kita perlu contohi baginda Rasulullah SAW untuk terus mengekalkan susanan ceria dan bergurau senda.
Kita perlu meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak dalam mendapat pedoman yang paling  tepat untuk mengauli dan bermesra bersam isteri dan keluarga kita. 
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah SAW senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lain. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata:" Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah SAW kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Situasi sebegini tergambar kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap isterinya.
Raulullah SAWi adalah insan  yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah SAW hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah SAW mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya, sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Rasululah SAW pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya berbicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda:

 “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."

Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga dan Rasulullah SAW   telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”                                     
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah  SAW terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya).
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah SAW memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumah tangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Perilaku sentiasa bermesra, bergurau senda dan sentuhan kasih sayang dengan isteri ini merupakan amalan yang telah diamalkan  semenjak mula kami berkahwin sehingga kini.  Tindakan ini diibaratkan sebagai usaha untuk recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami.

Biasanya saya akan lakukan perkara ini setiap malam sebelum kami tidur, kebiasaanya saya akan bercerita untuk memberi suasana ceria kepada isteri, kadang kala saya memuji kecantikan isteri,
“ Ayang kelihatan cantik malam ni. Lebih muda dari semalam” saya mengusik isteri.
“ Ada apa-apa ke tu bang, puji melabung je” isteri membuka mulut sambil mecubit sayang di paha saya.
“ tak kan tak faham lagi, biasa-biasa lah” saya jawab selamba .
“Heeeh, abng ni, tak puas, puas”. Isteri menjawab sambil memegang erat tangan saya

Dan selepas itu akan diikuti dengan pelukan mesra. Tindakan ini akan menyebabkan isteri menjadi bertambah manja dan selalui mengasihi  suami.

Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu,  untuk  melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Saya mengatakan bahawa perbuatan  memeluk isterinya sering dilakukan kerana saya pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika kita memeluk isteri dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebabkan keluarnya hormone yang boleh menguatkan imun tubuh seseorang untuk mengindar dari dijangkiti oleh penyakit. Mengikut kajian, satu pelukan akan menyebabkan tambah panjang umur 5 minit, dengan izin Allah.

Bagi saya masa yang paling berkualiti untuk begura senda dengan isteri ialah semasa kita bersama isteri untuk bersiap sedia tidur malam. Semasa ini kita telah meletakkan matlamat untuk tidur dengan lena dan disebelah kita di temani oleh isteri tercinta. Oleh itu tindakan bergurau senda dan bermesra dengan isteri sebelum kita tidur akan menjadikan minda kita tenang dan dapat tidur dengan lena.
Jika kita tidur dengan suasana keringan dan penuh emosi cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita itu tidur yang berkualiti. Sausana ceria semasa mula hendak tidur diikuti dengan bacaan Basmallah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa tidur. InsyaAllah tidur kita akan menjadi satu tidur yang selesa tanpa di ganggui oleh mimpi ngeri, bila kita bangun esok pagi akan merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.

Pengajaran dan iktibar:

1.    Mengadakan gurau senda diantara suami dan isteri dapat mengurangkan stress yang dialami oleh suami dan isteri. Gurau senda akan melahirkan suasana persekitaran keluarga yang riang dan ceria. Suasana keriangan ini akan mebuahkan satu keadaan perhubungan yang bahagia diantara suami dan isteri dan seterusnya akan terbawa-bawa kepada anak-anak.

2.    Gurau senda suami dan isteri adalah satu sunnah yang dituntut oleh Islam. Perbuatan gurau senda itu akan dapat melahirkan suasana ceria dan kasih sayang diantara suami dan isteri. Ikatan hubungan batin akan bertamah kuat bila diikuti dengan gurau senda saban masa.

3.   Gurau senda suami isteri jika dilakukan semasa waktu hendak tidur akan membolehkan tidur kita menjadi satu tidur yang berkualiti kerana dimulai dengan perasaan gembira dan ceria masa hendak tidur. Tidur yang berkualiti akan membolehkan proses recaj tenaga yang diperlukan oleh anggota tubuh badan semasa kita tidur akan menjadi lebih baik. Bila kita bangun keesokannya akan dapat merasakan satu kesegaran yang amat sangat.

4.    Suami yang sering begurau senda dengan isteri dan anak-analk adalah suami yang penyayang dan mencintai keluarga. Suami yang sering bergurau senda dengan isteri adalah suami yang romantis. Tindakan melahirkan suasana romantis dalam menjalin hubungan denggan isteri adalah satu tindakan yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika kita amalakan sifat romatis ini di dasarkan kerana ianya sunnah Nabi SAW maka setiap perbuatan kita itu adalah dikira pahala.. Bukankan ini adalah satu tindakan yang bijak bagi memperolehi kejayaan di dunia dan kenikmataan dari ganjaran pahala di akhirat.
Powered by Blogger.