1 Amalkan makan bersama
isteri dan keluarga setiap hari.
Amalan makan bersama
keluarga adalah salah satu tradisi dalam masyarakat Melayu, saya masih ingat
semasa kecil dahulu, semasa bekunjung di rumah nenek kami di wajibkan makan
bersama pada setiap kali waktu makan. Pada suatu hari semasa saya masih tidur
tiba-tiba kedengan suara di luar bilik.
“ bangun, bangun, bangun masa sarapan pagi”
suara nenek memanggil anak-cucu untuk
berserapan pagi.
Menjadi kebiasaan di
rumah nenek mereka akan bersarapan setiap hari pada jam 8 pagi. Rutin demikian
dijadual kerana pada jam 8.30 pagi datok akan ke bendang membawa keluar
binatang ternakan dan juga menyirami sayuran. Itulah sember pendapatan atok
saya, Kisah ini berlaku lebih 51 tahun dahulu samasa saya berumur 10 tahun.
Amalan datok nenek kita
dahulu sebenarnya mempunyai banyak hikmah dan manafaatnya dalam membentuk
sesebuah keluaraga yang bahagia. Sungguhpun begitu peredaran masa dan corak
kerja yang sentiasa berubah-rubah telah menyebabkan amalan turun temurun dahulu
seperti makan bersama keluarga pada setiap kali masa makan telah mula di
tinggalkan. Ia adalah disebabkan ahli keluarga serprti bapa, ibu dan anak-anak
mempunyai jadual harian yang sibuk. Lebih-lebih lagi jika mereka yang tinggal
di banar metropolitan seperti kula Lumpur.
Dalam keluarga saya amalan
makan bersama masih di kekalkan sehingga kini. Pada masa mula-mula kahwin
dahulu, makan bersama adalah satu cara untuk menandakan cinta dan kasih sayang
suami isteri.
“ uup, buka luas-luas,
sempit sangat lah mulut ayang ni” saya meminta isteri semsa menyuap nasi semasa
kami belum mempunyai anak dahulu.
“ Abang ni, mana boleh
ayang buka luas, kan mulut ini kecil aja’. Jawab isteri.
“ Ya lah mulut ayang
memang cantik macam anak patung” saya mengusik.
“ nasi abang suap
sedaplah”
“ mana tidak kan abang
in pakar segala-galanya “ saya bergurau.
Isteri tersenyum simpul
melihat lagak saya, diikuti dengan cubitan manja di paha saya,
" aduuuu, sakit lah ayang'.
" aduuuu, sakit lah ayang'.
Sausana sebegini dah
menjadi kelaziman bagi kami semasa kami makan bersama pada setiap hari, terutamnya
di waktu makan malam.
Bila kami mempunyai anak, amalan makan bersama ini masih
diteruskan. Sekali sekala kami makan secara “berjemaah”. Iaitu makanan seperti
nasi dan lauk pauk di hidang bersama dalam sebiji dulang yang besar.
" Malam ni kita makan berjemaah" isteri memberitahu anak-anak.
“ Yeeh, yeh makan
Jemaah”. Anak lelaki saya Idan melompat tanda keriangan bila ibunya beritahu
tentang makan malam.
“along makan Jemaah
malam ni”, idan memberi tahu kakaknya
“ along nak duduk dekat
dady, idan duduk dekat mama” along respon panggilan adiknya semasa kami bersiap
untuk makan malam kira-kira 30 tahun lalu.
Manu malam itu ialah
nasi putih, gulai kari ikan dan sayur goring.
“ Bismillah” Kami empat
bernak mula makan.
Semasa makan
masing-masing ambil nasi dan lauk yang ada di hadapan masing-masing. Kami makan
secara bersela mengelilingi dulang yang penuh dengan nasi dan lauk pauk. Itulah
suasana masa makan kami apabila kami makan bersama secara berjemaah.
" Ini along punya" kak long memberi tahu adiknya.
' Ok. idah nak yang ni". adiknya mencelah.
" Makan elok-elok along , idan'. ibunya bersura.
" baik ma" serenak mereka menjawab
" Ini along punya" kak long memberi tahu adiknya.
' Ok. idah nak yang ni". adiknya mencelah.
" Makan elok-elok along , idan'. ibunya bersura.
" baik ma" serenak mereka menjawab
Waktu makan bersama bukan saja
menjadi saat penting untuk membina ikatan keluarga, malah tanpa anda sedari ia
turut mempunyai manfaat besar terhadap kesihatan. Antara kelebihan yang boleh kita perlehi ketika makan bersama ialah:
Tabiat makan anak menjadi lebih baik - Ia dapat mengekang masalah berat
badan berlebihan di kalangan anak-anak. Bagaimana? Biasanya ketika makan
bersama, ibu bapa akan berusaha menyediakan sajian seimbang yang secara tidak
langsung boleh merangsang anak-anak untuk mendapat khasiat pemakanan yang
diperlukan. Paling penting, sajian yang disediakan di rumah jauh lebih rendah
kandungan lemak, gula dan garam berbanding makanan segera.
Tabiat makan ibu bapa juga menjadi lebih baik - Pada ketika inilah ibu
bapa perlu menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan
atau ikutan anak-anak. Ini termasuklah makan sayur, buah-buahan dan minum air
kosong.
Belajar adab sopan - Kalau kita perhatikan, adab di meja makan kini
semakin hilang terutama di kalangan generasi muda. Ramai anak-anak lebih suka
menikmati makanan di depan televisyen. Jika makan di meja, ada yang
tergesa-gesa menghabiskan makanan kerana mahu menonton rancangan kegemaran
mahupun sambung mengadap permainan komputer.
Ketika inilah kita boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. Ini termasuklah mengajar anak-anak menyiapkan meja makan, makan perlahan-lahan (dan kunyah makanan hingga lumat sebelum ditelan) serta melatih mereka mengemas selepas siap makan. Pastikan anda suami isteri juga mematuhi peraturan yang anda tetapkan.
Tahukah kita, perlakuan anak-anak sebenarnya mencerminkan perlakuan kita di rumah? Justeru itu, janganlah kita mempamerkan tingkah laku yang kurang menyenangkan kerana ia akan ditiru dan dipaparkan anak-anak di depan orang.

Nikmati masa berkualiti dengan anak-anak - Waktu makan adalah waktu yang
tenang dan menyeronokkan. Ketika inilah anda boleh berinteraksi dengan
anak-anak. Antara topik yang boleh kita tanyakan ialah peristiwa menarik di
sekolah pada hari itu, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak
atau mengenai kawan rapatnya.
Cara ini secara tidak langsung akan merangsang anak berinteraksi dan dapat meluahkan pandangan mereka dengan lebih baik. Bahkan ketika inilah juga kita secara rahsia boleh mengesan pergerakan harian anak-anak terutama yang sudah masuk usia remaja.

Kajian menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah
kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, minum
minuman keras, mengambil dadah, berasa murung, menjauhi seks sehingga tiba
waktu sesuai dan mengalami masalah pemakanan. Pada masa sama emosi mereka akan
bertambah baik, menunjukkan prestasi baik di sekolah, belajar perkataan baru
dan tahu mengenai adab di meja makan.
Menurut pakar antropologi di Universiti Rutger di New Jersey, Robin Fox, makan bersama keluarga adalah cara untuk membentuk adab sopan kepada anak-anak. Ia adalah cara mengajar mereka menjadi anggota masyarakat yang berbudaya dan berhemah.

Anak-anak mempunyai pandangan negatif positif terhadap ibu bapa mereka -
Masa makan juga adalah masa terbaik untuk memuji anak-anak dengan berterima
kasih kepada perlakuan baik dan kerajinan mereka membantu anda. Paling mudah
anda boleh berterima kasih kerana mereka rajin ke sekolah dan belajar.
Anak-anak dari keluarga yang jarang makan bersama akan rasa tertekan apabila sesekali berpeluang berkumpul dengan ibu bapa. Apa yang lebih membimbangkan ialah kajian mendapati anak-anak ini berasa diri mereka tidak begitu penting dan tidak menjadi kebanggaan ibu bapa kerana jarang makan bersama.
Kemahiran berfikir dan bertutur anak-anak akan bertambah baik. Ini boleh dicapai kerana ada perbualan panjang antara ibu bapa dan anak-anak ketika makan.
Anak-anak lebih cepat belajar perkataan baru ketika perbualan di meja makan berbanding perkataan yang dikutip ketika ibu atau bapa membacakan mereka buku cerita.
Keakraban hubungan keluarga yang terbentuk daripada makan bersama seisi keluarga memberi kesan besar kepada kehidupan anak dan kesan positif ini akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tabiat pemakanan yang baik dipupuk dari kecil akan diamalkan sepanjang hayat.
Bagi remaja, kekerapan makan bersama keluarga bermakna akan berkuranglah pengambilan makanan segera dan minuman ringan yang mengandungi banyak lemak dan gula.

Berbual mesra dan
nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Allah dan mengeratkan
hubungan salitulrahim di kalangan keluarga. Elakkan berbual perkara yang
melalaikan atau perkara yang boleh mengakibatkan isteri terasa teringgung
semasa makan. Jangn sekali-kali marah kepada isteri atau anak-anak semasa
makan.
Saya meyakinkan bahawa
amalan ini telah sayamalkan semenjak mereka mula kahwin sehingga sekarang ( lebih
34 tahun). Kecuali jika suami tidak
sempat balik makan dirumah kerana ada urusan luar. Katanya amalah sebegini dapat mengeratkan
perhubungan suami isteri dan keluarga. Disamping itu makan bersama akan
menjimatkan makanan terutama lauk-pauk kerana dengan makan bersama setiap orang
dalam ahli keluarga dapat merasa semua menu makanan , jika ianya banyak ,
setiap orang boleh makan lebih, sebaliknya jikak menu sedikit, masing-masing dapat
makan sedikit untuk merasai kenikmatan menu tersebut.
Semasa makan bersama ini
juga dapat terapkan budaya makan yang betul sebagaimana di ajar oleh budaya
orang Melayu yang sayamalkan oleh datuk nenek moyang kita, dan juga dapat
menerapkan cara makan yang sayajar oleh sunnah Rasulallah SAW. Sebagai contoh,
ibu bapa boleh memberi teguran kepada anak-akan jika didapati mereka makan
secara gelojoh, suka mendahuli menu yang sedap walaupun letaknya agak jauh dari
tempat duduknya. Kerana Islam mengajar kita makan secara bersopan, dahulukan
menu yang berada dihadapan kita, tidak kira sama ada ianya kita suka atau
tidak, kemusayan barulah diikuti mengambil menu-menu lain yang agak jauh dari
pinggan kita.
Pengajaran dan iktibar:
1. Amalan makan bersama sayantara
suami dan isteri serta anak-anak akan melahirkan suasana hubungan mesra dalam
keluarga. Lebih-lebih lagi hubungan suami isteri, semasa makan adalah masa yang
paling harmoni dalam benak pemikiran seseorang, kerana pada masa makan kita
akan memberi fokus terhadap makanan yang berada di hadapan kita, lebih-lebih lagi
semasa perut keroncong kelaparan. Bila sahaja makanan berada di hadapan kita, lebih-lebih
lagi yang dimasak oleh isteri, kita akan merasa begitu bersyukur kepada Allah
yang telah memudahkan rezeki untuk megalas perut yang sedang lapar. Kesyukuran
juga akan dipanjangkan secara tidak langsung oleh minda dibawah sedar bahawa
kita banyak berterima kasih kepada isteri atau ibu kepada anak-anak kita yang
berpenat lelah dan bersusah payah menyediakan menu yang sentiasa “best “ untuk
dimakan oleh ahli keluarga.
2. Si isteri atau si ibu
semasa makan bersama keluarga yang melihat suasana selera makan yang
ditunjukkan oleh semua keluarga, sudah pasti merasa dirinya dihargi oleh
keluarga mereka kerana menu makan yang dimasak untuk keluarga dapat membuka selera
makan.. Suasana dan perasaan sebegini akan melahirkan suasana kerharmonian
rumah tanagga mereka dan matlamat untuk menjadikan “rumahku syurgaku ‘ akan
tercapai, insya Allah.
3. Bagi anak-anak pula,
amalan makan bersama ini akan memberi kesedaran dan sikap berterima kasih
kepada ibu dan bapa mereka yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk
mempastikan semua anak-anak dapat makanan, pakaian dan lain-lain keperluan
disediakan secukupnya. Makan bersama keluarga juga merupakan medan ilmu bagi
anak-anak bagi mepelajari tatacara makan yang dianjurkan oleh Islam dan adat
nenek moyang terun temurun. Menjadikan anak-anak yang berbudi pekerti mulia
dengan bimbingan kedua ibu bapa mereka.
0 comments:
Post a Comment