1 Sering bergurau senda.
Bagi pasangan yang baru sahaja di
ijabkabulkan adalah perkara biasa untuk bergurau senda diantara sumi dan
isteri, maklumlah mereka baru sahaja dapat mengenali secara hakiki di antara satu
sama lain, dapat mengenali hati budi secara zahir dan batin. Lebih-lebih lagi masih
dalam suasana kemeriahan dan kegairahan berbulan madu, semuanya manis-manis
belaka, hatta bau kentutpun dikatakan wangi.
Suasan gurau senda di antara suami
dan isteri sepatutnya di kekalkan pada bila-bila masa, kerana ianya bukan
sahaja merupakan sunnah Rasulullah SAW, di samping dapat mengekalkan semarak
cinta dan kasih sayang suami isteri. Untuk itu kita perlu contohi baginda
Rasulullah SAW untuk terus mengekalkan susanan ceria dan bergurau senda.
Kita perlu meneladani perilaku
kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak dalam
mendapat pedoman yang paling tepat untuk
mengauli dan bermesra bersam isteri dan keluarga kita.
Dalam menggauli dan memperlakukan
isteri-isteri Baginda, Rasulullah SAW senantiasa menghormati dan menjaga
perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lain. Satu saat ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam,
beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata:" Di tengah malam beliau
mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik,
“Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”
Kita bayangkan betapa besar
penghormatan Rasulullah SAW kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan
solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada isterinya pada tengah
malam, di saat isterinya memerlukannya. Situasi sebegini tergambar
kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap isterinya.
Raulullah SAWi adalah insan yang sangat sabar
dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah
seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah
yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman
makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah SAW
hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan
makanan yang sama.”
Rasulullah SAW mengecam suami-suami yang
suka memukuli isteri-isterinya, sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat
suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Rasululah SAW pun mengecam suami-suami yang
menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya berbicara,
dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda:
“Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."
Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
“Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."
Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
Kemesraan pasangan adalah penting
untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga dan Rasulullah SAW telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan
isteri-isteri baginda.
Baginda paling
banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang
isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan
Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah
menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah
berkata :
“(Demi
Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak
dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan
disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh
Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori
wajah Aisyah, Rasulullah SAW terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya).
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi
SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah SAW memujuk Aisyah untuk
menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam
riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumah tangga
Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat
Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Perilaku sentiasa
bermesra, bergurau senda dan sentuhan kasih sayang dengan isteri ini merupakan
amalan yang telah diamalkan semenjak
mula kami berkahwin sehingga kini. Tindakan ini diibaratkan sebagai usaha untuk
recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami.
Biasanya saya akan lakukan
perkara ini setiap malam sebelum kami tidur, kebiasaanya saya akan bercerita
untuk memberi suasana ceria kepada isteri, kadang kala saya memuji kecantikan
isteri,
“ Ayang kelihatan cantik
malam ni. Lebih muda dari semalam” saya mengusik isteri.
“ Ada apa-apa ke tu
bang, puji melabung je” isteri membuka mulut sambil mecubit sayang di paha
saya.
“ tak kan tak faham
lagi, biasa-biasa lah” saya jawab selamba .
“Heeeh, abng ni, tak
puas, puas”. Isteri menjawab sambil memegang erat tangan saya
Dan selepas itu akan
diikuti dengan pelukan mesra. Tindakan ini akan menyebabkan isteri menjadi
bertambah manja dan selalui mengasihi suami.
Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Saya mengatakan bahawa
perbuatan memeluk isterinya sering
dilakukan kerana saya pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika
kita memeluk isteri dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebabkan keluarnya
hormone yang boleh menguatkan imun tubuh seseorang untuk mengindar dari
dijangkiti oleh penyakit. Mengikut kajian, satu pelukan akan menyebabkan tambah
panjang umur 5 minit, dengan izin Allah.
Bagi saya masa yang
paling berkualiti untuk begura senda dengan isteri ialah semasa kita bersama
isteri untuk bersiap sedia tidur malam. Semasa ini kita telah meletakkan
matlamat untuk tidur dengan lena dan disebelah kita di temani oleh isteri
tercinta. Oleh itu tindakan bergurau senda dan bermesra dengan isteri sebelum
kita tidur akan menjadikan minda kita tenang dan dapat tidur dengan lena.
Jika kita tidur dengan
suasana keringan dan penuh emosi cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita
itu tidur yang berkualiti. Sausana ceria semasa mula hendak tidur
diikuti dengan bacaan Basmallah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa
tidur. InsyaAllah tidur kita akan menjadi satu tidur yang selesa tanpa di ganggui oleh mimpi ngeri, bila kita
bangun esok pagi akan merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.
Pengajaran dan iktibar:
1. Mengadakan gurau senda diantara
suami dan isteri dapat mengurangkan stress yang dialami oleh suami dan isteri.
Gurau senda akan melahirkan suasana persekitaran keluarga yang riang dan ceria.
Suasana keriangan ini akan mebuahkan satu keadaan perhubungan yang bahagia diantara
suami dan isteri dan seterusnya akan terbawa-bawa kepada anak-anak.
2.
Gurau senda suami dan isteri adalah satu sunnah yang dituntut oleh
Islam. Perbuatan gurau senda itu akan dapat melahirkan suasana ceria dan kasih
sayang diantara suami dan isteri. Ikatan hubungan batin akan bertamah kuat
bila diikuti dengan gurau senda saban masa.
3. Gurau senda suami isteri
jika dilakukan semasa waktu hendak tidur akan membolehkan tidur kita menjadi
satu tidur yang berkualiti kerana dimulai dengan perasaan gembira dan ceria
masa hendak tidur. Tidur yang berkualiti akan membolehkan proses recaj tenaga
yang diperlukan oleh anggota tubuh badan semasa kita tidur akan menjadi lebih
baik. Bila kita bangun keesokannya akan dapat merasakan satu kesegaran yang
amat sangat.
4. Suami yang sering
begurau senda dengan isteri dan anak-analk adalah suami yang penyayang dan
mencintai keluarga. Suami yang sering bergurau senda dengan isteri adalah suami
yang romantis. Tindakan melahirkan suasana romantis dalam menjalin hubungan
denggan isteri adalah satu tindakan yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Jika kita amalakan sifat romatis ini di dasarkan kerana ianya sunnah Nabi SAW
maka setiap perbuatan kita itu adalah dikira pahala.. Bukankan ini adalah satu tindakan yang bijak bagi memperolehi kejayaan di
dunia dan kenikmataan dari ganjaran pahala di akhirat.
0 comments:
Post a Comment