Introducing San Francisco

Friday, December 12, 2014

CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD



Cara Menunaikan Solat Tahajud Yang Lengkap
Solat Tahajud merupakan solat yang dilaksanakan waktu  malam hari setelah tidur, meskipun hanya tidur dalam waktu yang sebentar. Sesuai dengan makna dari kata “Tahajjud” yang berarti “bagun dari tidur”. Jadi syarat utama melakukan solat tahajud ialah setalah tidur terlebih dulu, meskipun hanya tidur sebentar. Hukum dari solat tahajud ini sendiri merupakan sunat mu’akkad, yang berarti sangat dianjurkan atau digalakkan.. Kerana menurut hadis Nabi SAW, solat yang paling utama dikerjakan setelah solat fardhu ialah solat tahajud.
Jumlah rakaat bagi solat tahajud ialah 2 rakaat itu untuk jumlah minimal, dan lebih baik jika dikerjakan dalam jumlah yang banyak. Kerana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan solat tahajud sebanyak 10 rakaat yang ditambah dengan 1 rakaat solat witir, jadi melakukan solat tahajud adalah lebih baik jika ditambah dengan solat witir sebagai penutup. Solat tahajud ini hendaknya dikerjakan sebanyak 2 rakaat kemudian salam, dan jika anda ingin menambah lagi jumlah rakaatya. Anda boleh melakukannya hingga jumlah rakaat yang anda inginkan dengan 2 rakaat dan 1 kali salam.
Ada pun cara pelaksanaan dari solat tahajud ini sama seperti  cara mengerjakan solat fardhu baik untuk bacaan ataupun gerakannya, yang berbeza hanya pada bacaan niatnya saja.
Niat Solat Tahajud adalah seperti berikut:


 
“USHALLIISUNNATATTAHAJJUDI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’AALAA”
Ertinya: (di dalam hati pada saat takbjratul ihram).
“Aku (niat). solat sunat tahajud 2 rakaat, kerana Allah Ta’al
a”

Dan setelah selesai melakukan solat tahajud sebaiknya dilanjutkan dengan solat witir. Dan sesudah selesai melakukan solat witir, sebaiknya diteruskan lagi dengan membaca doa.


ALLAAHUMMA LAKAL HAMDU ANTA QAYYIMUS SAMAA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA MALIKUS SAMAA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA NUURUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTAL HAQQU, WA WA’DUKAL HAQQU, WA LIQAA’UKA HAQQUN, WA QAULUKA HAQQUN, WAL JANNATU HAQQUN, WANNAARU HAQQUN, WANNABIYYUUNA HAQQUN, WA MUHAMMADUN SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WASALLAMA HAQQUN WASSAA’ATU HAQQUN. ALLAAHUMMA LAKA ASLAMTU, WA BIKA AAMANTU, WA ‘ALAIKA TAWAKKALTU, WA ILAIKA ANABTU, WA BIKA KHAASHAMTU, WA ILAIKA HAAKAMTU, FAGHFIRLII MAA QADDAMTU, WA MAA AKH-KHARTU, WA MAA ASRARTU, WA MAA A’LANTU, WA MAA ANTA A’LAMU BIHIMINNII. ANTAL MUQADDIMU, WA ANTAL MU’AKHKHIRU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAR.

Ertinya:


“Wahai Allah! Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penegak dan pengurus langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penguasa (raja) langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah Yang Hak (benar),janji-Mu lah yang benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, perkataan-Mu benar, surga itu benar (ada), neraka itu benar (ada), para nabi itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, dan hari kiamat itubenar(ada). Wahai Allah! Hanya kepada-Mu lah aku berserah diri, hanya kepada-Mu lah aku beriman, hanya kepada-Mu lah aku bertawakkal hanya kepada-Mu lah aku kembali, hanya dehgan-Mu lah kuhadapi musuhku, dan hanya kepada-Mu lah aku berhukum. Oleh kerana itu ampunilah segala dosaku, yang telah kulakukan dan yang (mungkin) akan kulakukan, yang kurahasiakan dan yang kulakukan secara terang-terangan, dan dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Maha Terdahulu dan Engkaulah Yang Maha Terakhir. tak ada Tuhan selain Engkau, dan tak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Dan setelah selesai membaca doa, sebaiknya dilanjutkan lagi dengan membaca istighfar sebanyak mungkin.
Bacaan Istighfar

“ASTAGHFIRULLAAHALA AZHIIM. ALLADZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBUILAIH”
 
Ertinya:
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung,yang tak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya”

Demikian Cara Solat Tahajud yang dapat kami sampaikan kepada anda, kami mohon maaf bila ada salah-salah kata dalam penyampaian cara solat ini. Kerana kami hanya manusia biasa,
Wallahu’alam.

Sumber: tuntutan shalat

Thursday, December 11, 2014

CARA MEMULIHKAN SAYANG SUAMI YANG PUDAR



MEMULIHKAN SAYANG SUAMI YANG PUDAR

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan..

Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya. Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).

Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.

Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.

Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.

Apa yang anda boleh dilakukan

·   Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati supaya luahan hati tidak menjadikan suami anda semakin marah, tersinggung dan bekecil hati. Anda mesti bersifat terbuka dan perlu tunjukkan sikap bertolak ansur dalam mencari persefahman dan persamaan.

·         Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia. Cuba fahami apa yang dicapkan oleh suami, buat analisa tentang kebenarannya dan cuba buat perubahan diri anda jika yang nyatakan itu tetang kelamahan anda melayaninya. Terimalah kritikan suami itu sabagai satu cermin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan imej diri supaya lebih disayangi oleh suami , saudara mara dan sehabat handai.

·         Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara. Apabila keperluannya di utamakan dia akan terasa bahawa dirinya di sayangi oleh anda. Ingatlah ajaran agama setiap wanita apabila bersuami maka segala-galanya hendaklah dirujuk kepada suami dan sentiasa mematuhi perintah suami (selagi tidak bercanggah dengan syariat agama).

·         Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami. Perlu di ingat suami adalah ketua keluarga, dia adalah pemimpin utama dalam keluarga, isteri adalah dikehendaki mematuhi segala arahan suami untuk kebaikan keluraga dan rumah tangga. Jika isteri mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dengan suami perlu di beri secara hikmah supaya tidak menyinggung perasaan dan ego seorang lelaki.

·         Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri. Berbulan  madu adalah satu kaedah yang  amat sesuai untuk membaikpulih hubungan kasih sayang suami isteri. Apabila anda becuti berdua ala berbulan madu akan mengembalikan ingatan manis semasa mula-mula kahwin dahulu. Suasana sebegi akan menigkatkan semula hubungan cinta suami isteri dan ianya akan menjadi satu inspirasi baru untuk mesemarakkan cinta dan kasih sayang suami isteri. Insya Allah.

·         Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami. Ini adalah amalan sunnah yang di tetapkan oleh Islam. Si isteri di haruskan berpakaian cantik, berperawatan seksi untuk memberi godaan kepada suami. Cara ini adalah amat digalakkab oleh Islam dan ia akan di beri ganjaran pahala yang amat besar dan tinggi nulainya. Apabila isteri memakai pakaian yang cantik dan bau-bauan yang wangi akan memberi kepuasan hubungan intim suami isteri yang maksima dan jika ini selalu di amalkan akan menjadikan ikatan suami isteri bertambah kukuh dan jita. Mendorong suami untuk sentiasa berada di rumah bila pulang dari tempat kerja dan dapat mengelakkan suami dari tergoda oleh wanita lain di luar sana.

·         Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami. Amlan sebegini amat digalakkan bagi pasangan suami isteri. Apabila isteri bercakap dengan suami dengan suara lemah lembut dan sopan santum membuatkan suami semakin sayang dan mudah menurut kemahuan isteri. Sifat sebegini adalah telah menjadi budaya bagi kaum wanita di Indonesia dan Thailand, itulah sebabnya lelaki mudah terpikat dengan mereka. Sememangnya sifat lelaki mudah kesihan dan sayang kepada wanita yang pandai berbicara dengan bahasa yang sopan dan lemah lembut.

·         Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

·         Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.

·         Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.

·         Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.

·         Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.

·         Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.

·         Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.


Sumber : dunia cinta -  SADATUL MAHIRAN ROSLI
Powered by Blogger.