Thursday, December 11, 2014

CARA MEMULIHKAN SAYANG SUAMI YANG PUDAR



MEMULIHKAN SAYANG SUAMI YANG PUDAR

Perhubungan suami isteri mempunyai banyak cabarannya. Ada kala suka, ada kala duka. Namun kebijaksanaan kedua-duanya mengatasi segala-galanya. Jika bijak menanganinya maka rumah tangga itu akan bahagia tetapi jika sebaliknya, maka berantakan..

Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri harus sama-sama tahu bagaimana untuk mengukuhkannya. Sekiranya kasih sayang nampak semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkannya. Ini kerana jika dibiarkan, akan terus melarat sehingga mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.

Teringat kisah seorang kawan yang sedang menghadapi krisis dengan suaminya iaitu Noraini (bukan nama sebenar) dan suami, Ismail (bukan nama sebenar).

Menurut Noraini, mereka tidak bergaduh tetapi dia cuma berasa suaminya tidak menyayanginya lagi. Namun begitu Ismail masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada dua orang anak.

Masalah di sini, Noraini merasakan bahawa agak sukar untuknya menjadi isteri yang terbaik kepada Ismail apabila kasih sayang itu tidak diperoleh.

Kata Noraini, Ismail cuma mahu dirinya bertindak sebagai ibu kepada anak-anaknya dan bukannya sebagai wanita, isteri dan rakan karib.

Namun, Noraini yakin Ismail masih menyayanginya dan sayangnya pada suami juga masih kental seperti awal perkahwinan, cuma masing-masing tidak pandai untuk meluah atau membajai kasih sayang tersebut membuatkan ia semakin pudar.

Inilah antara asam garam kehidupan rumah tangga yang sentiasa berada dalam ranjau dan duri, jika tidak dibaja oleh perasaan dan ikatan yang ada sebaik mungkin, maka ia akan layu dan gugur ke tanah.

Bagi membantu Noraini dan wanita lain yang mengalami nasib sama, berikut beberapa tip yang mungkin boleh memulihkan semula rumah tangganya yang semakin pudar supaya bahagia dan sejahtera.

Apa yang anda boleh dilakukan

·   Luahkan masalah yang selama ini dipendam, pilihlah masa yang sesuai untuk berbincang mengenainya. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati supaya luahan hati tidak menjadikan suami anda semakin marah, tersinggung dan bekecil hati. Anda mesti bersifat terbuka dan perlu tunjukkan sikap bertolak ansur dalam mencari persefahman dan persamaan.

·         Sentiasa mendengar apabila suami bercakap, jangan sesekali memotong atau menyampuk percakapannya. Jadi teman mendengar yang setia. Cuba fahami apa yang dicapkan oleh suami, buat analisa tentang kebenarannya dan cuba buat perubahan diri anda jika yang nyatakan itu tetang kelamahan anda melayaninya. Terimalah kritikan suami itu sabagai satu cermin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan imej diri supaya lebih disayangi oleh suami , saudara mara dan sehabat handai.

·         Mendahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak pihak lain sekali pun anak atau saudara mara. Apabila keperluannya di utamakan dia akan terasa bahawa dirinya di sayangi oleh anda. Ingatlah ajaran agama setiap wanita apabila bersuami maka segala-galanya hendaklah dirujuk kepada suami dan sentiasa mematuhi perintah suami (selagi tidak bercanggah dengan syariat agama).

·         Menjauhi kata-kata dan tingkah laku yang boleh menyinggung perasaan suami. Perlu di ingat suami adalah ketua keluarga, dia adalah pemimpin utama dalam keluarga, isteri adalah dikehendaki mematuhi segala arahan suami untuk kebaikan keluraga dan rumah tangga. Jika isteri mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dengan suami perlu di beri secara hikmah supaya tidak menyinggung perasaan dan ego seorang lelaki.

·         Bercuti atau menghabiskan masa berdua tanpa anak-anak bagi mengeratkan perhubungan suami isteri. Berbulan  madu adalah satu kaedah yang  amat sesuai untuk membaikpulih hubungan kasih sayang suami isteri. Apabila anda becuti berdua ala berbulan madu akan mengembalikan ingatan manis semasa mula-mula kahwin dahulu. Suasana sebegi akan menigkatkan semula hubungan cinta suami isteri dan ianya akan menjadi satu inspirasi baru untuk mesemarakkan cinta dan kasih sayang suami isteri. Insya Allah.

·         Berhias dan memakai bau-bauan untuk suami. Ini adalah amalan sunnah yang di tetapkan oleh Islam. Si isteri di haruskan berpakaian cantik, berperawatan seksi untuk memberi godaan kepada suami. Cara ini adalah amat digalakkab oleh Islam dan ia akan di beri ganjaran pahala yang amat besar dan tinggi nulainya. Apabila isteri memakai pakaian yang cantik dan bau-bauan yang wangi akan memberi kepuasan hubungan intim suami isteri yang maksima dan jika ini selalu di amalkan akan menjadikan ikatan suami isteri bertambah kukuh dan jita. Mendorong suami untuk sentiasa berada di rumah bila pulang dari tempat kerja dan dapat mengelakkan suami dari tergoda oleh wanita lain di luar sana.

·         Berbicara dengan nada lembut dan baik ketika bersama suami. Amlan sebegini amat digalakkan bagi pasangan suami isteri. Apabila isteri bercakap dengan suami dengan suara lemah lembut dan sopan santum membuatkan suami semakin sayang dan mudah menurut kemahuan isteri. Sifat sebegini adalah telah menjadi budaya bagi kaum wanita di Indonesia dan Thailand, itulah sebabnya lelaki mudah terpikat dengan mereka. Sememangnya sifat lelaki mudah kesihan dan sayang kepada wanita yang pandai berbicara dengan bahasa yang sopan dan lemah lembut.

·         Pamerkan wajah riang dan senyuman manis ketika suami pulang.

·         Tunjukkan gambar-gambar di saat gembira terutama pada hari perkahwinan dan percutian bersama- sama anak-anak.

·         Berusaha untuk melayan suami mengikut kegemaran dan kesukaannya sama ada dari segi makanan dan keperibadian.

·         Ketika suami sedang marah, isteri perlu mendiamkan diri kerana akan meredakan kemarahannya dan menghindari daripada pertengkaran.

·         Tidak mudah merajuk dan mengeluh tetapi haruslah bersabar terutama ketika hati disakiti oleh suami.

·         Selalu berdoa kepada Allah supaya kasih sayang berpaut dan suami kembali kepada kita.

·         Fikirkan kebaikan pasangan selama ini. Jangan cari kelemahan tetapi keistimewaan yang ada padanya sehingga jatuh cinta kepadanya dahulu. Ini akan menimbulkan kembali kasih sayang yang mendalam terhadap pasangan.


Sumber : dunia cinta -  SADATUL MAHIRAN ROSLI

0 comments:

Powered by Blogger.