Cara Menunaikan Solat Tahajud Yang Lengkap
Solat Tahajud merupakan solat yang
dilaksanakan waktu malam hari setelah
tidur, meskipun hanya tidur dalam waktu yang sebentar. Sesuai dengan makna dari
kata “Tahajjud” yang berarti “bagun dari tidur”. Jadi syarat utama melakukan solat
tahajud ialah setalah tidur terlebih dulu, meskipun hanya tidur sebentar. Hukum
dari solat tahajud ini sendiri merupakan sunat mu’akkad, yang berarti sangat
dianjurkan atau digalakkan.. Kerana menurut hadis Nabi SAW, solat yang paling
utama dikerjakan setelah solat fardhu ialah solat tahajud.
Jumlah rakaat bagi solat tahajud ialah
2 rakaat itu untuk jumlah minimal, dan lebih baik jika dikerjakan dalam jumlah
yang banyak. Kerana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan solat tahajud
sebanyak 10 rakaat yang ditambah dengan 1 rakaat solat witir, jadi melakukan solat
tahajud adalah lebih baik jika ditambah dengan solat witir sebagai penutup. Solat
tahajud ini hendaknya dikerjakan sebanyak 2 rakaat kemudian salam, dan jika
anda ingin menambah lagi jumlah rakaatya. Anda boleh melakukannya hingga jumlah
rakaat yang anda inginkan dengan 2 rakaat dan 1 kali salam.
Ada pun cara pelaksanaan dari solat tahajud
ini sama seperti cara mengerjakan solat
fardhu baik untuk bacaan ataupun gerakannya, yang berbeza hanya pada bacaan
niatnya saja.
Niat Solat Tahajud adalah seperti berikut:
Niat Solat Tahajud adalah seperti berikut:
“USHALLIISUNNATATTAHAJJUDI RAK’ATAINI
LILLAAHI TA’AALAA”
Ertinya: (di dalam hati pada saat takbjratul ihram).
“Aku (niat). solat sunat tahajud 2 rakaat, kerana Allah Ta’ala”
Ertinya: (di dalam hati pada saat takbjratul ihram).
“Aku (niat). solat sunat tahajud 2 rakaat, kerana Allah Ta’ala”
Dan setelah selesai melakukan solat
tahajud sebaiknya dilanjutkan dengan solat witir. Dan sesudah selesai melakukan
solat witir, sebaiknya diteruskan lagi dengan membaca doa.
ALLAAHUMMA LAKAL HAMDU ANTA QAYYIMUS
SAMAA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA MALIKUS SAMAA WAATI
WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA NUURUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA
MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTAL HAQQU, WA WA’DUKAL HAQQU, WA LIQAA’UKA
HAQQUN, WA QAULUKA HAQQUN, WAL JANNATU HAQQUN, WANNAARU HAQQUN, WANNABIYYUUNA
HAQQUN, WA MUHAMMADUN SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WASALLAMA HAQQUN WASSAA’ATU HAQQUN.
ALLAAHUMMA LAKA ASLAMTU, WA BIKA AAMANTU, WA ‘ALAIKA TAWAKKALTU, WA ILAIKA
ANABTU, WA BIKA KHAASHAMTU, WA ILAIKA HAAKAMTU, FAGHFIRLII MAA QADDAMTU, WA MAA
AKH-KHARTU, WA MAA ASRARTU, WA MAA A’LANTU, WA MAA ANTA A’LAMU BIHIMINNII.
ANTAL MUQADDIMU, WA ANTAL MU’AKHKHIRU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, WA LAA HAULA WA
LAA QUWWATA ILLAA BILLAAR.
Ertinya:
“Wahai Allah! Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penegak dan pengurus langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah penguasa (raja) langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta makhluk yang ada di dalamnya. Milik-Mu lah segala puji. Engkaulah Yang Hak (benar),janji-Mu lah yang benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, perkataan-Mu benar, surga itu benar (ada), neraka itu benar (ada), para nabi itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, dan hari kiamat itubenar(ada). Wahai Allah! Hanya kepada-Mu lah aku berserah diri, hanya kepada-Mu lah aku beriman, hanya kepada-Mu lah aku bertawakkal hanya kepada-Mu lah aku kembali, hanya dehgan-Mu lah kuhadapi musuhku, dan hanya kepada-Mu lah aku berhukum. Oleh kerana itu ampunilah segala dosaku, yang telah kulakukan dan yang (mungkin) akan kulakukan, yang kurahasiakan dan yang kulakukan secara terang-terangan, dan dosa-dosa lainnya yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Engkaulah Yang Maha Terdahulu dan Engkaulah Yang Maha Terakhir. tak ada Tuhan selain Engkau, dan tak ada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Dan
setelah selesai membaca doa, sebaiknya dilanjutkan lagi dengan
membaca istighfar sebanyak mungkin.
Bacaan Istighfar
“ASTAGHFIRULLAAHALA AZHIIM. ALLADZII
LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBUILAIH”
Ertinya:
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung,yang tak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya”
Demikian Cara Solat Tahajud yang dapat kami
sampaikan kepada anda, kami mohon maaf bila ada salah-salah kata dalam
penyampaian cara solat ini. Kerana kami hanya manusia biasa,
Wallahu’alam.
Sumber: tuntutan shalat
0 comments:
Post a Comment