KELUARGA BAHAGIA:
Menjadi idaman semua suami dan
isteri yang berkahwin adalah untuk mencapai matlamat pembentukan Keluarga
Bahagia, sungguh pun begitu tidak semua pasangan mencapai kejayaan dalam
perkahwinan mereka. Malah dalam melayari bahtera perkahwinan banyak ranjau dan
rintangan yang terpaksa ditepuhi sebagaimana sebuah kapal yang berlayar di
lautan dalam akan menghadapi rintangan angin , ribut, gelora dan pelbagai cabaran lagi. Bagi suami yang tidak
kaut ketahanan minda dan siasah untuk mengurus keluarga akan kecundang di
pertengahan jalan.
Oleh itu untuk memcapai matlamat
yang murni itu, suami dan isteri mestilah mempunyai ilmu serta sikap yang
positif dan proaktif untuk membolehkan mereka berdua saling bantu-membantu
dalam menjalankan kehidupan berumah tangga. Salah satu cara memperolehi ilmu
ialah dengan menjalani kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan,
serta mendapat iktibar daripada mereka yang berpengalaman dan telah berjaya mencapai
matlamat pembentukan keluarga bahagia.
Artikel ini mengemukakan beberapa
petua yang telah diamalkan oleh mereka yang berjaya membentuk keluarga bahagia
disepanjang kehidupan mereka sebagai suami isteri. Diantra petua-petua yang
disarankan ialah:
1. Anggap Pasangan Seperti Diri Sendiri:
Menganggap pasangan sebagai diri
sendiri yang harus dihargai, dibelai, disayangani, dikasihi dan dihormati.
Menjadi naluri setiap insan untuk mendapat kasih sayang dan belaian lebih-lebih
lagi bagi pasangan suami isteri. Jika
suami isteri dapat menghayati petua ini, ia akan saling berhati-berhati dalam
melakukan apa jua tindakan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan
pasangan masing-masing.
Kelazimannya bagi rumah tangga
yang bermasalah suami dan isteri dengan ego masing-masing dan cuba menegakkan
benang basah perasaan hormat kepada orang lain telah luntur. Berlainan sekali
semasa merekan dalam alam percintaan
dahulu, keutamaan menjaga hati pasangan di amalakan dalam setiap gerak geri
dalam pergaulan seharian. Oleh itu perlulah dikekalkan sikap saling menjaga hati
pasangan.. Pasangan kita adalah cermin diri kita sendiri. Kemanapun kita pergi
potret wajah pasangan kita perlu dibawa bersama. Tidakan sebegini jika diamalkan
selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri Kita Bukan Pembantu Rumah:
Majoriti suami beranggapan
kerja-kerja rumah adalah tanggung jawab isteri sepenuhnya. Sedangkan dalam
Islam tidak ada nas yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja
rumah. Cuma ajaran Islam mengatakan wanita yang berkahwin perlu taat Allah dan
suami. Menjaga maruah dan harta suami dengan sebaik-baiknya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Atas jaminan inilah ramai wanita yang tidak ambil berkira dengan
kerja-kera rumah yang mereka lakukan selama ini. Sedangkan pihak lelaki pula
mengambil kesempatan situasi ini untuk menjadikan satu budaya bahawa
kerja-kerja rumah perlu dilakukan sepenuhnya oleh isteri.
3.
Isteri Adalah Manusia Biasa:
Isteri adalah kaum wanita yang
penuh dengan perasaan emosi. Jika mereka
gembira dengan apa yang dilakukan maka perasaan dan emosi mereka akan tenang dan
berada dalam suasana riang dan gembira.
Sebaliknya jika mereka dalam
keadaan tertekan dan tidak reda dengan apa yang berlaku, maka perasaan akan
berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang
dihadapi. Jika suami tidak pandai amabil hati dan menjaga perasaan isteri
sewaktu begini. Berkemungkinan orang ketiga akan mengambil kesempatan untuk
masuk campur, sekiranya orang ketiga itu dari kalangan keluarga atau ipai duai
maka akan timbul ketegangan perhubungan diantara isteri dan suami, dan lebih
parah lagi jika orang ketiga itu adalah lelaki lain seperti rakan sekejra atau
rakan seperniagaan maka akan berlakulan luahan perassan kepada rakan yang simpati
dengan tekanan yang dihadapinya , jika tidak dikawal perasan boleh berlaku perbuatan
menumpang kasih dan akhirnya berlaku perhubungan yang rengang diantara suami
isteri dan jika dibiarkan berlarutan boleh memporak perandakan rumah tangga.
Oleh itu suami sebagai peneraju
utama dalam memimpin rumah tangga perlulah sentiasa mengambil berat tentang
masalah dan tekanan yang di hadapi oleh isteri dan cuba mengatasinya dengan
sebaik mungkin dan dalam kadar yang segera. Jika tindakan ini diambil oleh
suami pada setiap masa kerukunan rumah tangga dapat dikekalkan dan Keluarga
Bahagian dapat direalisasikan.
4. Suami Bantu Ringankan Tugas Isteri:
Suami perlu turun padang dan ‘bercawat
kotel’ untuk sama-sama membantu isteri di rumah, terutamnya pada hari minggu
dan cuti umum. Jika pada hari-hari biasa isteri bertungkus lumus untuk
menyaipkan kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih lantai, mencui pakaian
dan berkemas rumah untuk keselesaan keluarga. Sekali sekali pada cuti hujung
minggu jika suami turut sama membantu isteri mengemas rumah dan mencuci kawasan
rumah adalah satu bentuk kerjasama yang akan mengembirakan isteri. Jika suami
tidak padai memasak, boleh membantu isteri memasak seperti goring ikan atau telor.
Cuba kita perhatikan bagaimana kegembiraan isteri apabila makan masakan yang
disediakan oleh suami.
5. Sentiasa Ingat Tarikh Penting:
Menjadi naluri manusia suka dihargai
dan dipuji, Jika suami membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada isteri pada
tarikh-tarikh penting seperti hari jadi, ulang tahun perkawinan, hari ibu dan
sebagainya, betapa gembiranya isteri. Tindakan ini boleh mengukuhkan lagi
jalinan kasih sayang dan rasa cinta isteri kepada suami. Untuk mengigatinya tak
perlu kepada hadiah yang berharga, cukup dengan sekuntum bunga atau kad ucapan
telah memadai, tetapi jika suami orang berada adalah lebih baik memberi hadiah
istemewa mengikut kemapuan.
Amalan sebegini akan memberi
kesan yang mendalam di naluri isteri. Cinta dan kasih sayang isteri kepada
suami akan bertambah kukuh dan jitu. Situasi sebegini amat membantu dalam
membina Keluraga Bahagia.
6. Bawa Isteri Berehat:
Telah menjadi kebiasaan bagi
suami untuk meninggalkan isteri kerana mempunyai tugas di luar kawasan. Sekali
sekali bawalah isteri untuk berihat di tempat percutian dan peranginan. Bila
suami dan isteri bersama berehat di temapat sebegini akan melahirkan perasaan
kegembiraan kepada isteri kerana suami menghargai segala penat lelah isteri
menjalankan kerja-kerja rumah.
Percutian ini juga akan memberi
keyakinan kepada isteri bahawa suaminya seorang yang bertanggung jawab kepada
isteri dan keluarga. Apabila suami ada tugas luar untuk beberapa hari, isteri
tidak ada perasaan cemburu atau syak wasangka. Suasana sebegini dapat
mengeratkan lagi hubungan suami isteri setiap masa.
7. Ciuman Kahs Untuk Isteri:
Cuba kita tanyakan diri sendiri
berapa kerapkah kita mencium isteri yang sendang berihat kerana kepenatan
setelah melakukan kerja rumah. Jika jawabnya sering dilakukan, maka kita adalah
suami yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggung jawab. Jika jawabannya sudah
lama tidak dilakukan atau tak pernah lakukan, maka kita perlu buat perubahan
segera untuk lakukanya. Tahukah kita bahawa ciuman suami samada di dahi atau
dibibir semasa isteri rehat akan dapat menghilangkan perasaan penat isteri.
Begitulah anjaibnya kuasa ciuman suami terhadap isterinya.
8. Dengar Pendapat Isteri:
Suami isteri perlu amalkan sikap
terbuka dalam membincangkan sesuatu isu keluarga. Bawa bebincang dengan isteri
untuk selesaikan sesuatu masalah, bila isteri memberi pendapat suami patut
mendengarnya dan laksanakan pendapat isteri jika ianya satu pendapat yang baik
dan praktikal. Sentiasa berbincang bersama dalam merancang masa depan keluarga.
Beri peluang kepada isteri untuk sama-sama memberi sumbangan idea tidak kira
ianya seorang yang berkelulusan tinggi atau sekolah menengah sahaja.
Jika isteri sering diberi peluang
untuk memberi pendapat akan menjadikan ianya berkeyakinan diri dan bertambah
matang dalam menyelesaikan masalah keluarga. Pada masa-masa tertentu jika
ketiadaan suami di rumah dan berlaku sesuatu masalah rumit akan membolehkan isteri membuat keputusan yang
tepat dalam mencari penyelesaian.
9. Beri Pujian Kepada Isteri:
Amalan memberi pujian kepada
isteri seperti memuji kecantikan dan kekemasan dirinya adalah satu tindakan
yang dapat menaikan semangat isteri. Pujian suami yang dilakukan saban masa
dapat memperbaharui perasaan cinta dan kasih sayang isteri kepada suami. Pujian
ini lebih bermakana kepada isteri apabila ianya telah dimamah usia dan kekuatan dirinya semakin luntur.
10, Penuhi Hajat Isteri:
Tidak semua hajat isteri dapat
dipenuhi oleh suami. Namun begitu bukan semua hajat isteri itu memerlukan
perbelanjaan yang besar untuk ditunaikannya. Kadangkala hajat isteri hanya
inginkan suami becuti dan tinggal di rumah seharian bersamanya, itu saja. Jika
suami yang perihatin sekali-sekala bila ada permintaan isteri untuk sesuatu
perkara dia akan sedaya upaya menunaikannya. Alangkan gembiranya isteri bila
hajatnya ditunaikan oleh suami tersayang, dia merasakan dirinya di hargai dan
disayangi oleh suami.Ini akan meningkatkan lagi aura kasih sayang isteri kepada
suami. Jalinan kasih sayang yang amat kuat dan jitu ini adalah salah satu faktor
penting untuk capai matlamat Keluarga Bahagia.
0 comments:
Post a Comment