TIP-TIP MENDIDIK
ANAK-ANAK MENCINTAI RASULULLAH S.A.W.
Baginda Nabi Muhammad SAW
merupakan Rasul Akhir Zaman dan Penghulu kepada semua Rasul-Rasul dan
Nabi-Nabi. Baginda merupakan manusia paling agong dari kalangan manusia di muka
bumi ini. Keperibadian Rasulullah SAW adalah yang terulung dikalangan manusia
di dunia. Oleh itu sebagai seorang muslim kita perlu menanam sikap kepada
anak-anak kita supaya menjadikan Baginda Rasulallah SAW sebagai idola dan
ikutan dalam kehidupan. Untuk itu disenaraikan tip-tip yang boleh dijadikan
panduan dalam mendidik anak-anak untuk mencintai Rasulullah SAW.
1. KENALKAN SIAPA RASULULLAH:
Jika mahu mendidik anak-anak
mencintai dan mengasihi nabi, kenalkan dahulu siapa Rasulullah. Jika tidak
kenal Rasulullah bagaiman anak-anak mahu cinta dan kasih kepada baginda. Ibu
bapa digalakkan bercerita kepada anak-anak tentang kisah-kisah hidup nabi,
perjuangan baginda, suka duka baginda menyebar dakwah Islam kepada umat arab
jahilliah dan kejayaan baginda membina sebuah Negara Islam di Madinah. Apabila
anak-anak sudah kenal barulah datang rasa cinta dan kasih kepada baginda.
2. CERITA TENTANG KEHEBATAN AKHLAK RASULULLAH:
Salah satu cara untuk menyemai
rasa cinta dan rindu anak-anak kepada Rasulullah ialah bercerita tentang
kehebatan akhlak baginda kepada anak-anak. Kita perlu menekankan contoh
kehebatan beribadi baginda yang sesuai dengan dunia kanak-kanak. Antaranya:
a. Baginda
suka membantu orang-orang susah. Didik anak-anak untuk menanam sikap suka
membantu orang yang dalam kesusahan dan memerlukan.
b. Rasululah
seorang dermawan iatu suka memberi. Didik anak-anak supaya memberi derma
apabila ada orang datang meminta derma. Semasa membawa anak-anak solat
berjemaah di masjid berikan duit kepada anak-anak supaya dia memasukkan kedalam
tabung derma masjid.
c. Didik
anak-anak supaya mengasihi binatang kerana baginda amat sayang pada binatang.
Jangan menyiksa binatang kerana ianya adalah satu dosa dan perbuatan yang tidak
berakhlak mulia.
3. AJAR ANAK-ANAK MENZAHIRKAN KECINTAAN KEPADA RASULULLAH:
Apabila anak-anak telah mengenal
banginda Rasulullah, barulah lahir kecintaan kepada baginda. Bimbing dan ajar
anak-anak beselawat ke atas nabi kerana Islam sangat anjurkan kita umatnya
sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah. Terangkan fadilat berselawat dan
ganjaran pahala yang dijanjikan Allah terhadap sesiapa yang berselawat ke atas
nabi. Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas Jujungan Besar Nabi
Muhammad Rusulullah SAW, maka kita juga sebagai umatnya perlu berselawat.
4.BUAT APA YANG DUSURUH DAN TINGGAL APA YANG DILARANG OLEH RASULULLAH:
Beri kefaham kepada anak-anak
sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda Rasulullah SAW, maka kita hendaklah
membuat semua perkara yang disuruh oleh nabi dan meninggal semua perkara yang
dilarang oleh nabi. Bagi memberi kesan yang lebih bermakna kepada anak-anak,
ibu bapa hendaklah menjadi contoh ikutan keapada anak-anak dengan mengamalakan
semua yang diperintah oleh nabi dan meinggalkan semua perkara yang di larang
oleh nabi. Dengan memperlihatkan contoh teladan yang baik ini akan memudahkan
anak-anak mengikuti dan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan yang
dilarang.
5. PANTU TINGKAH LAKU ANAK-ANAK:
Sebagai ibu bapa kita perlu
pantau tingkah lakuk anak-anak pada setiap masa.
a. Puji
anak-anak apabila dia berjaya melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh nabi.
b. Jika
anak-anak tidak melakukan perkara yang disuruh nabi. Galakkan anak-anak supaya
amalkan suruhan nabi.Kalau mereka terlupa tolong ingatkan anak-anak setiap
hari.
c. Jika
anak-anak masih tidak buat, tegurlah mereka, teguran perlukan dibuat secara
hikmah dan bijaksana supaya tidak menganggu emosi mereka, teguran perlu dibuat
secara berulang-ulang setiap hari supaya mereka tidak lupa.
d. Jika
mereka masih gagal melakukannya , berilah hukuman yang setimpal dengan
kesalahan dan juga bersesuai mengikut umur anak-anak.
\
6. IBU BAPA SEBAGAI CONTOH:
Walau bagaimanapun, ibu bapa
hendaklah menjadi contoh yang terbaik berhubung mendidik anak-anak supaya mencintai
nabi . Sebagai ibu bapa hendaklah kita sendiri terlebih dahulu telah
memperlihatkan diri kita sememangnya telah cintai dan kasih kepada banginda
Rasulullah SAW. Sebagai contoh dalam berpakaian ibu bapa perlu memberi contoh
dengan memakian pakaian yang menutup aurat. Bilamana ibu bapa telah
melaksanakan suruhan Rasulullah SAW makan anak-ana akan ikut sama memakai
pekaian menutup aurat.
7. HADIRI MAJLIS MAULIDURRASUL, CERAMAH, KULIAH ATAU TEATER SIRAH
RASULULLAH:
Majlis-majlis seumpama ini bila
dianjurkan, secara tidak langsung akan meninggalkan kesan kepada diri kita dan
keluarga. Jika tidak dapat hadir ke majlis kerana kesibukan masa, bolehlah
tonton sama-sama di TV atau Your Tube atau seumpamanya.
8. ATUR PROGRAM SEHARI BERASAMA ANAK-ANAK BERSELAWAT:
Program sebegini perlu diatur
oleh badan-badan NGO atau AJK Masjid untuk membolehkan anak-anak meyertai dan
mengambil bahagian. Untuk memeriahkan lagi program sebegini boleh juga diadakan
majlis bercerita sirah nabi atau sejarah perjuangan Rusulullah. Semoga dengan
cara ini akan dapat membentuk sikap dan keperibadian anak-anak kita sepertimana keperibaian Rasulullah SAW.
Sesugguhnya anak-anak adalah permata dan aset penting bagi kita. Didiklah
meraka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Rasulullah SAW bersabda: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara:
Cinta kepada Nabi Kamu, Cinta Kepada Kaum Keluarganya serta Membaca Al-‘Quran. Sesungguhnya para pembaca
Al-Quran berada di bawah baungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan
naungan-Nya bersama-sama para Nabi-Nya dan hamba-hamba-Nya yang terpilih. (H.R.
Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJH).
Kita sebagai umat yang cintakan
kepada Rasulullah SAW, hendaklah juga mencitai semua keluarga Baginda
Rasulullah SAW. Sayangilah zuriat dan keturunan Rasulullah daripada
isteri-isterinya, keturunan Baginda daripada cucunya Sayyidina Hassan dan
Sayyidina Hussin, anak kepada Siti Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali r.a dan
sahabat-sahabat baginda yang dianggap sebagai keluarga baginda sendiri seperti
Abdullah bin Masud. Wllahualam.
0 comments:
Post a Comment