Saturday, September 20, 2014

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke syurga) : MEMULIAKAN SEMUA PEREMPUAN




Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.

Lelaki disyaratkan oleh Islam untuk melindungi wanita, elakkan melakukan kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34).                                                                                                                                                               .

Islam menetapkan lelaki hendaklah sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekbali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda ermaksud:                                                                                                                                                      .

"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).                                                                     .

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat “ringan tulang” suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih   disayangi dan di hormati,                                                                                                                               .

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

 
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri sahaja . Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."

Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran: 
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
 
Ianya meliputi  tutur kata yang baik, memberi nafkah secukupnya, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga,  bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah SAW juga pernah menyatakan di dalam hadis baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka. Sabda baginda:

"Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut)."

Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana, nescaya banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga.

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.

Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:

"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk mengadap Allah Yang Maha Agung.

Syarat yang  mengkehendaki lelaki memuliakan semua perempuan bukan sekadar sisterinya, merupakan satu perkara yang mudah disebut tetapi agak sukar untuk dilaksanakan atau dipratikkan sebagai satu pandangan sejagat bagi semua lelaki. Telah menjadi tabiat semulajadi manusia mempunyi  citarasanya sendiri bak kata pepatah Melayu “ Rambut sama-sama hitam tapi hati lain-lain” dan juga bidulan nenek moyang mengatakan: “ Lain padang lain belalang”;  “ manusia boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”.

Bagi mereka yang egonya tinggi pada kebiasaanya akan memandang orang lain adalah rendah berbanding dengan dirinya sendiri. Apatah lagi jika ianya seorang lelaki sudah tentu akan mempuyai padangan yang rendah terhadap perempuan, lebih- lebih lagi jika perempuan itu tidak diminati dari segi rupa paras atau keturunan.

Bagi saya untuk mengatakan bahawa diri ini  mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap semua wanita tanpa mengira keturunan, pangkat dan pendidikan adalah satu perkara yang sukar di buktikan. Cuma saya berprinsip  wanita perlu diberi penghormatan yang tinggi kerana wanita merupakan ibu kita, jika tidak  kerana pengorbanan wanita untuk mengandung selama lebih Sembilan bulan bagi membesarkan kita dalalm janinnya, sudah pasti kita semua kaum lelaki tidak akan dapat merasai kehidupan di dunia ini.

Pengorbanan yang lebih besar lagi dimainkan oleh wanita sebagai ibu adalah memberi tumpuan sepenuh masa untuk membesarkan kita semasa  bayi sehingga kita dewasa dan dapat berdikari. Betapa susah payah ibu menjaga anak kecil  yang pada masa itu adalah sangat lemah dan perlu mendapat perhatian dan belaian ibunya sepanjang masa.

Jika kita memberi penghormatan kepada isteri sebagai mewakili wanita, akan menjadi ikutan kepada anak-anak kita. Bila mereka besar dan berumah tangga kelak mereka juga akan memberi penghormatan kepada wanita, sama ada isteri, ibu dan keluarga wanita. Bila ibu mereka telah tua dia akan mengambil inisiatif untuk menjaga ibunya, perkara ini amat dituntut oleh Islam. Malah Islam memberi penghormatan kepada anak-anak yang sanggup menjaga ibu mereka yang telah tua dengan memberi ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak iaitu ganjaran syurga yang penuh dengan kenikmatan. Di mana Islam meletakkan taraf yang begitu tinggi kepada wanita yang bergelar ibu dengan memberi pahala kepada anak yang melihat wajah ibunya dengan penuh kasih sayang. Status ini adalah bersamaan dengan melihat kaabah, Al-Quran.

Malaha semua pembantu rumah saya yang pernah bertugas di rumah kami di anggap sebagai keluarga. Mereka akan makan semua makanan yang dimakan oleh keluarga kami. Tidak pernah dirasakan bahawa pembantu rumah  adalah pekerja yang mesti disuruh melakukan kerja-kerja rumah dari pagi sehingga ke malam. Waktu rehat yang amat sedikit sahaja di beri atas alasan mereka telah dibayar gaji untuk menjalankan kerja.

 Bagi saya kita perlu memberi penghormatan kepada sesiapa sahaja sebagai insan ciptaan Allah di dunia ini. Mereka juga mempunyi kelebihan  dan kelemahan tersendiri. Saya memegang kepada perinsip jika kita hendak mendapat penghormatan dari orang lain maka kita juga mestilah tahu menghormati orang lain.

Saya masih iangat jasa seorang pembantu rumah yang telahpun berusia 40an semasa kami tingggal di Jajahan Tanah Merah pada tahun 1985.

“ Mak Cik buatlah rumah kami seperti rumah mak cik sendiri, masak apa saya yang mak cik rasa nak masak”
Saya memberitahu kepada pembantu rumah yang baru berkerja dengan kami.

“ Baik lah cik Nik, mak cik tak pandai masak sangat, sikit-sikit tu bolehlah”  mak cik Jah menyapa.

“ JIka ada apa-apa keperluan dapur yang tak ada, mak cik beritahu sajalah, saya akan belikan”.

“ Baik lahl cik” samabil melihat kepada saya.

Semenjak hari itu, mak cik menyediakan masakan untuk kami mengikut menu yang dia suka, kebiasaanya dia akan tukar menu setiap hari,  masakan mak cik Jah memang sedap, terutama masakan tom yam, paprek, nasi kerbau dan  nasi air. Memang betul cakap   Che Yam emak sepupu isteri yang merekomen pembatu rumah ini kepada kami dahulu.

Mak Cik Jah yang tinggal dengan kami lebih tiga tahun telah kami anggap sebagai ibu kami. Dia bukan sahaja pembantu rumah untuk menyiapkan kerja-kerja rumah, tetapi sentiasa memberi pandangan apabila ada sesuatu isu yang berbagkit dalam keluaraga kam. Itu semua telah menjadi kenangan yang tidak kami lupakan sehingga ke hari ini. Malah perhubungan kami dengan Mak Cik Jah terus erat sehingga hari ini, yakni tali persehabatan kami terus kekal lebih 30 tahun. Itulah mungkin boleh memberi gambaran bagaiman saya suami isteri menghormati perempuan yang tinggal bersama kami.

Sekiranya seorang  suami mempunyai persepsi bahawa kaum wanita adalah insan yang perlu diberi penghormatan di atas jasa dan pengorbanan yang diberikan sebagai seorang ibu, maka perbuatan yang tidak berperi kemanusian seperti pederaan fizikal dan penderaan sex terhadap wanita tidak akan berlaku dalam masyarakat kita. Senario terkini dalam masyarakat kita memperlihatkan bahawa wanita telah jadi alat oleh kaum leaki untuk mendapat pulangan wang yang lumayan, wanita dipaksa menjada hamba sex, di jadikan model untuk lariskan jualan sesuatu produk. Unsur negetif ini yang jauh terpesong dari ajaran Isalam perlu kepada usaha semua pihak untuk mencegah dan membendungnya dari lebih parah lagi.

Marilah kita semua kembali meletakkan kaum wanita sebagai insan yang paling penting dalam kehidupan berkeluarga , bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana yang disarnkan oleh Islam. Marilah kita semua mempraktikkan hadith Rasulullah SAW yang meletakkan wanita itu adalah insan yang perlu di hormati oleh anak-anaknya sebagaiman diterangkan oleh hadith berikut:
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu atau wanita di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan  selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan  dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Pengajaran dan iktibar:

1.     Sikap menghormati wanita tanpa mengira pangkat dan kedudukan oleh lelaki yang bergelar suami akan meberi impat yang amat besar kepada si isteri. Sikap suami yang sebegini akan mendapat respect yang amat tingga oleh wanita yang bergelar isteri. Kerana telah menjadi kelaziman bagi isteri yang mempunyai sasitiviti terhadap golongan sejenis mereka.

2.      Lelaki yang menghormati wanita di pandang mulia kerana sikap ini akan menyebabkan lelaki yang berkenaan tidak akan  mendera kaum wanita, terutama isterinya.

3.      Sewajarnya kaum lelaki menghormati wanita, kerana tanpanya kaum lelaki tidak akan ada didunia.Anak-anak juga patut hormati wanita kerana mereka adalah ibu kepada kita. semua . Perlu di ingat “ syurga adalah di bawah tapak kaki ibu".
 ".
ta

1 comments:

Anonymous said...

Jika kita memuliakan orang lain, kita akan dimuliakan ....

Powered by Blogger.