Friday, September 19, 2014

KELUARGA BAHAGIA ( Cinta Sampai Ke Syurga) PAMER KEMATANGAN YANG TINGGI



Pamer kematangan yang tinggi

Sebagai ketua keluarga, suami haruslah matang dan bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Peranan suami dalam mengemudi rumahtangga perlu bersandarkan kepada beberapa perkara seperti kewajipan memberi nafkah atau sara hidup kepada isteri dan anak-anak. Sara hidup ini berupa makanan, minuman, pakaian seta tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. 
Untuk menjadi suami yang matang seseoran itu perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu, samada ilmu agama yang asas yang membolehkannya menjadi penraju kepada keluarga dan juga sebagai pembimbing kepada isteri dan anak-anak dan keluarga semgo ianya dapat membawa kejayaan keluarga untuk mendapat keredaan Allah di akhirat nanti. Disampin itu seorang suami juga mesti mempunyai ilmu yang berkaitan dengan keperluan hidup keluarga seperti merancang ekomoni , merancang masa depan keluraga serta mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk men gemudi rumah tangga supaya menjadi rumah ku syurga ku.
Apabila si suami memiliki kedua-dua ilmu berkaitan dengan kefahaman agama dan juga ilmu berkaitan pengurusan keduniaan seperti ekonomi, pendidikan, rumah tangga dan kekluargaan ianya akan menjadi suami yang matang, dimana dia akan membuat keputusan untuk mempastikan semua keluarga mematuhi arahan agama secara hikmah dan mengikut sunnah dan juga berjaya memberi segala keperluan asas kehidupan di dunia ini.
Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Sebaliknya jika suami adalh seorang yang kurang matang ianya akan menyebabkan timbul beberapa masalah dalam kehidupan berkeluraga. Seorang yang kurang matang dapat dilihat  berdasarkan kepada tingkah lakunya sperti berikut:-
a) Tidak mampu berdikari dan banyak bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu perkara.
b) Tidak pandai menguruskan diri seperti memilih pakaian yang sesuai dengannya.
c) Kurang pembersih dan tidak pandai menjaga pakaian, tempat tidur, tempat kerja dan sebagainya.
d) Kurang pandai bergaul dengan orang lain. Suka menyendiri dan seperti berada dalam dunianya shaja tanpa mempedulikan orang lain.
e) Tiada perancangan untuk masa depan yang lebih cerah. Pentingnya perancangan ini adalah sebagai motivasi untuk dirinya untuk berusaha sebaik mungkin agar impiannya mampu tercapai.
f) Tidak bijak berbelanja dan banyak menghabiskan wang pada perkara yang tidak bermanfaat.
g) Tidak dapat mengawal emosi dalam perkara kecil mahupun besar.
h) Kurang serius apabila menangani permasalahan yang boleh dianggap serius.

Dalam menentukan sifat kematang sebagai seorang suami, saya sendiri tidak pasti. Adakah saya seorang suami dan juga bapa yang matang dalan menentukan apa-apa tindakan yang perlu di ambil untuk mnyelesaikan beberapa masalah dalam keluarga kami. Kerana adalah sukar bagi kita untuk menilai diri sendiri tentang sesuatu perstasi yang di capai. Apa yang boleh saya lakukan hanya melihat kembali beberapa keputusan yang saya lakukan untuk keluarga sebelum ini bagi mencari penyelesaian yang  terbaik.

Salah satu dugaan yang dialami saya dalam menangani masalah besar yang dihadapi oleh isteri yang berlaku pada bulan Janjuari 2001.  Pada satu pagi saya telah menerima panggilan telefon oleh anak yang memberitahu bahawa isteri  yang dirawat di hospital telah koma, waktu itu lebih kurang jam 6.00 pagi, setelah mendapat berita yang cemas itu, saya terus menunggu waktu subuh dan setelah selesai solat subuh terus bergegas ke hospital yang terletak lebih kurang 3 km dari rumahnya. Sesampai di hospital doktor memaklumkan bahawa isterinya koma kerana mengalami pendarahan dalam otak. Ianya perlu di bedah segera untuk menyelelamatkan  nyawanya.

Setelah berbincang dengan keluraga, ada pelbagai pendapat  di antaranya mengatakan tidak perlu dibuat operation di kepala kerana risikonya amat tinggi dan mengikut pengalaman hospital kebanyakan pesakit yang mengajalani pembedahan lebih 80% meninggal dunia atau jika hidup pun tidak akan sempurna malah akan terlantar di katil untuk menunggu ajal sahaja.

Masih teringat di minda saya bahawa kakak saya yang sulung memang menentang habis-habisan untuk membenarkan isteri yang koma di bedah.

“ Han, jangan beri kebenaran kepada dokotor untuk lakukan pembehan kepada Ani tu”, kakak bertegas.

“ Kenapa ?”.

“ Mengikut doktor pakar Prof. Abd. Rahman, pendarahan dalam otak yang serious sperti di alami Ani tu sukar untuk pulih kembali  bila lakukan pembeahan”. “ Majoriti yang jalani pembedahan tak lama hidup, berkesudahan dengan kematian”. Kakak cuba yakinkan pendapatnya.

“ KaK Na, saya tidak setuju, jika tidak  buat pembedahan bermakma kita buang ikhtiar, dalam keadaan koma sekarang Ani tidak boleh diselamatkan tanpa pembedahan, takkan kita nak biarkan dia mati begitu saja”. Saya memberitahu kakak.

“ Bagi saya baik kita benarkan doktor bedah , itu saja cara ikhtiar yang ada. Saya yakin jika dia di bedah kita cuba ikhtiar yang terakhir, kemudian kita solat hajat minta pertolongan Allah, hanya Allah sahaja yang dapat bantu kita dalam keadaan yang kritikal sebegini”. Saya cuba yakinkan kakak.

Kakak diam tanpa sepatah kata apabila mendengar hujjah saya.

Setelah mendengar pandangan dari beberapa pihak termasuk seorang doktor pakar yang menasihatkan supaya tidak menjalani pembedahan.

Saya selaku suami telah menggunakan pendapat dan pemikiran sendiri dan setelah melakukan solat hajat mohon pertunjuk dari Allah, dengan penuh yakin bahawa perlu dibuat pilihan yang tepat, iaitu isteri mesti menjalani pembedahan, kerana  jika menjalani pembedah berkemungkinan akan selamat adalah 50%. Sebaliknya jika tidak lakukan pembedahan juga  50% untuk terus hidup dan lebih kepada hanya menunggu ajal tiba sahaja.Jika tidak membuat pembedahan bermakna kita telah tolak kebarangkalian untuk Berjaya 50%. Degan kata lain di saat yang getir dan putus ikhtiar sebegini hilang kebarangkalian 50% adalah satu kerugian yang bersar. Oleh itu saya meyakinkan diri, setelah solat hajat, bahawa perlu di buat pembedahan kerana kita ada lebihan kemungkinan untuk selamat, saya membuat andaian jika diizinkan Allah setelah pembedahan ada peluang 25% bermakna peluang untuk selamat lebih . Oleh itu saya membuat persetujuan untuk isteri menjalani pembedahan kepala. Alhamdulilah setelah pembedahan dikurniakan oleh Allah peluang lebih 45%, kini isteri masih hidup dan dapat teruskan kehidupan bersama keluarga walaupun mempunyai sedikit kekurangan iaitu cacat sebelah tubuh.

Setelah menjalani pembedahan Allah Maha Agung telah memberi kelebihan kepada kami yang begitu mengharapkan pertolongan Allah, isteri telah dapat diselamatkan, dan ianya hanya mengalami lumpuh sebelah kaki dan tangan kanan sahaja, dan fungsi lain-lain anggota badan adalah seperti biasa. Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang masih memberi peluang kepada isteri untuk menghirup udara dan melihat pembesaran anak-anak dan cucu-cucu.

Kini telah melewati  masa hampir 15 tahun dari peristiwa yang cemas dan gentir itu. Saya kini mampu untuk meneruskan khidmat bakti kepada isteri dan keluarga sebagai seorang suami dan bapa yang penuh bertanggung jawab.  Pengajaran yang dialami dari peritiwa  itu, ialah kita perlu yakin kepada diri sendiri dan juga pertolongan Allah dalam membuat keputusan bagi menyelsesaikan sesuatu masalah penting dalam hidup kita. Pandangan orang lain boleh didengar, tapi keputusan muktamad adalah terletak di bahu kita sendiri. Setelah itu bertawakalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang.InsyaAlah kejayaan akan mendatang.

Satu lagi peristiwa yang boleh memberi penilaian bagaimana pentingkan mempunyai kematangan dalam membuat sesuatu keputusan oleh ketua keluarga bagi mendapat keputusan yang memberi kebaikan kepada  semua. Insiden ini berlaku pada tahun 2001. Pada suatu petang saya dan isteri keluar berkereta untuk bersiar-siar di Pantai Irama, Bachok. Ianya merupakan perkara rutin yang biasa saya lakukan untuk memberi ketenagan kepada isteri yang lumpuh, dengan bersia-siar di pantai dan dikunjungi oleh ramai orang ia akan dapat memulihkan minda isteri yang agak murung kerana peyakit lumpuhnya. Sedang kami berihat di tepi pantai tiba-tiba saya di kejutkan.

“ Abang lihat tu, nampak macam kak long jer.” Isteri memberitahu sambil menuding jari kerah dua pasangn yang sedang berbual di bangku di tepi pantai.
“ Betul ke tu along” saya memerhati ke arah yang ditunjukkan.
“ Betul lah tu, kan tadi along pakai baju macam tu” isteri cuba yakinkan.
“ nanti, abang pergi tengok” saya bergegas ke sasaran.

Setelah saya berjalan lebih kurang 2 minit. Saya cuba perhatikan wajah gadis yang sedang berborak dengan seorang jejaka dan saya begitu pasti bahawa gadis itu adalah anak perempuan saya.

“Assalamualaikum” saya memberi salam. Lantas gadis berpaling ke arah saya kelihatan wajahnya agak terkejut.
“ Waaaaasalikumussalam. Oh dady,” wajah kak long tiba-tiba berubah pucat lesi.
“ Along datang dengan siapa kat sini”
“ kawan politek”
“ Along ikut daday, mama nak jumpa” sambil saya memgang tangan along.

Saya bersama along menuju ke kereta dimana mamanya sedang menunggu.
Sesampai di kereta.
“Along, siapa lelaki yang along beborak tadi tu” tanya isteri dengan nada agak kuat
“dia tu kawan politek ma” along  nampak risuau.
“ along tahu tak, bercakap lelaki dan perempuan di tempat macam ni tak baik, bila orang tengok nanti dady malu, dikatakan anak dady bebas bersosail, dady kau tu ramai orang kenal, along tahu tak”. Isteri berleter.
“Along bukang buat benda tak baikpun, bercakap-cakap aje’ along cuba membela diri.
“ye lah tu, mula-mula bercakap-cakap lama-lama lain jadinya, faham tak, Agama kita melarang lelaki dan perempuan bukan murhim berdua-duan, berdosa tau”. lagi keluar dari mulut isteri bak peluru M 16.
“Ok lah along, dady minta along bagitahu kawan tu, jika dia minat kak along datang jump dady kita bincang”.
Saya cuba mententeram keadaan.
“ Along mari balik bersama-sama mama”. Isteri mengajak pulang.
Semasa dalam perjalanan pualang isteri masih lagi berleter kepada anak perempuan sulungnya yang masih menutut di Politiknek, masih ada dua semsester lagi untuk tamat. Saya yang memandu kereta berlegar-legar di minda untuk mencara apakah kaedahya untuk mencari jalan penyelesaian masalah itu dengan cara tarbaik.

Dua hari selepas itu .

“ Dady kawan along nak jumpa dady, dimana”.
“ OK, besok kita jumpa di restoran Hotel  Raudah, pukul 11.00 pagi”. Saya menetapkan tempat pertumuan.

Kesoakan harinya hampir jam 10.40 pagi saya bergegas ke Hotel Raudah. 10 minit kemudian saya sampai di restoran Hotel Raudah.

“ Encik mahu order makan” pelayan restoran memberi kad menu kepada saya.
Saya memerhatikan senarai menu sambil mencari-cari makanan yang sesuai.
“ Bagi saya carot jus, kurang gula dan ais”.
Pelayan restoran beredar setelah mendapat pesanan saya.

Beberapa minit kemudian;
“ assalamualaikum, lama dah dady sampai” along memberi salam.
“ waalaikumussalam, baru sekeja je”
“ Ini kawan along, Edzuan”
“ Apa Khabar Pak Cik’ sambil mengulur tangan bersalaman dengan saya.
“ Alhamdulillah, khabar baik”.
Along mengambil tempat di meja sebelah kiri dengan saya dan Edzuan duduk di sebelah kanan selang sekerusi.
Suasana menjadi hening sebentar.
“ Edzuan belajar jurusan apa”. Saya memulakan perbualan.
“ Saya jurusan engineering , Pak cik”.
“ Dah semester ke berapa”
“ Semester akhir Pak Cik”.
Pelayan restoran tiba membawa menu.
“ nak minum apa, pesanlah” saya pelawa.
“ along nak orange jus”,
“ saya pun sama”. Edzuan memberi kad menu kepada pelayan restoran.

“ Berapa lama Edzuan kenal anak pak cik” saya memulakan tajuk perbicangan
“ dekat dua tahun”.Edzan memberi jawapan sambil memerhatiakan kepada saya.
“ Betul-betul kenal perangai dia” saya cuba dapat kepastian.
“ Dah berkenan dengan dia”
“ kiranya begitulah’ jawab Ezuan ringkas sambil matanya menjeling kepada Along.
“Kalau dah bekenan, pak cik minta Edzuan bagitahu keluarga untuk bincang lanjut”.
“ Bertunang sahaja dulu sajalah, kahwin lepas habis politek” Along mencelah.
“ Kita bincang lanjut bersama keluarga Edzuan nanti”. Saya beri pandangan.
“ Baiklah pak cik, nanti saya bagitu abah” Edzuan tunduk malu, mukanya kelihatan ceria.
“Ok lah  Along, dady ada mesyuarat petang ni, dady minta diri dulu”. Sambil bersalaman dengan mereka berdua.
Saya beredar dari meja makan dan ke kaunter untuk jelaskan bil.

Dua hari selepas itu keluarga Edzuan datang ke rumah. Kami sekeluarga telah buat persiapan ala kadar setelah mendapat makluman daripada along. Perbicangan berhubung masa depan anak kami berdu dibincangkan pada hari berkenaan.

“ Saya setuju sangat kita percepatkan perkahwinan mereka berdua”. Kata cik Rosdi.
“ Bagi saya bertunang lama-lama tak berapa elok kerana mereka berdua di Politek yang sama, Lebih baik kita kahwin saja mereka berdua, baut kenduri ringkas-ingkas sudahlah, asalkan yang wajib dari segi hukum kita bereskan’. Saya memberi pendangan balas.
“ Saya pun begitu juga”. Jawab bapa Edzuan.

Selepas perbincangan awal keluarga Edzuan di rumah saya itu, dua bulan kemudian Majlis Pertungan di adakan dan dikuti dengan Majlis perkhwinan dua bulan kemudian.

Saya masih ingat lagi bagaimana saya memberi cadangan supaya hantaran kahwin untuk anak saya hanya RM1,000 sahaja. Ibu Edzuan pernah memberi cadangan untuk memberi hantaran lebih.

“ Tak malu kepada orang kampong ke Nik letak hantaran sebanyak RM1,000”. Kata Cik Hasnah, ibu Edzuan.
“ Bagi ambo tak apa, sebanyak tu,yang penting kita selesaikan perkara wajib dan permudahkan urusan kahwin”. Saya memberi jawapan balas.
“ lagipun saya sebenarnya ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dalam urusan kahwin ini tidak di galakkan meletakkan harga hantaran mahal sangat, berbelas ribu, menyusahkan anak menantu”. Saya bercakap ala ustaz memberi ceramah agama untuk menyakikan pendapat saya.
”Saya bukan apa, nak jaga nama Nik” Cik Hasnah beri pendapatnya.
“ Tak apa cik Nah, saya penting agama bukannya kata orang, yang kita buat ini ikut sunnah dan memudahkan anak kita juga, mereka tu sedang belajari lagi, nanti menyusahkan”. Saya cuba yakinkan.

Itu semua adalah kisah kami mengadakan perbicangan untuk memudahkan majlis perkahwinan anak sulung saya dan pasangannya pada tahun 2001 dahulu. Bila saya kenang kembali keputusan yang dibuat itu adalah amat bermakna sekali kerana banyak memberi kemudahan kepada anak menantu untuk berumah tangga dan mereka hidup bahagia semenjak hampir 13 tahun lepas dan kini telah mempunyai 4 orang cahaya mata.




Pengajaran dan iktibar:

1.       Suami perlu mempunyai kemantangan yang tinggi dalam membuat sesuatu keputusan yang penting dalam keluarga. Ini bertepatan peranannya sebagai ketua keluarga, dengan ada kematangan yang tinggi sesuatu kuputusan yang di buat semasa kecemasan akan menghasilkan keputusan yang paling tepat sekali dalam menyelsaikan sesuatu masalah. Tanpa kematangan yang tinggi menyebabkan sukar bagi suami untuk membuat keputusan yang paling tepat dan terbaik untuk keluarganya. Jika keputusan boleh dipengaruhi oleh orang luar disebabkan  si suami tindak kompeten untuk membuat sesautu keputusan yang kritikal dan genting, maka akan timbulnya perasaan kurang sepect daripada keluarga mereka. Untuk memiliki kemahiran dalam membuat keputusan ini, kita sebagai suami dan peneraju rumah tangga perlu pada setiap masa mencari ilmu untuk tingkatkan kemahiran membuat keputusan.

2.       Suami perlu banyak bersabar apabila menghadapi sesuatu keadaan yang kritikal dan gentir.. Kesabaran yang tinggi membolehkan saya berfikiran waras dan mencari rasional yang paling tepat dengan sesuatu masalah sabagai alternatif yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah penting. Kesabaran juga membolehkan si suami berfikiran lebih rasional dalam mencari pilihan yang terbaik untuk tentukan sesuatu keputusan.

3.       Orang yang mempunyai kematangan yang tinggi akan mempunyai wibawa untuk menerajui sesuatu oraganisasi. Dalam kes suami sebagai ketua keluarga ia akan menjadi kepala keluarga yang berwibawa dan dihormati oleh si isteri,anak-anak, mertua dan ipai duai.

4.       Seseorang yang memunyai kematangan dan wibawa yang tinggi akan menjadikannya mendapat respect dari orang lain. Peribadi yang begini mebolehkan ianya menerajuai sesatu organasi dengan baik dan mempunyai krisma kepimpinan. Pemimpin yang berwibawa  dan mempunyai krisma akan mendapat sokongan yang padu dari para pengikutnya. Kerjasama yang jitu diantara pemimpin dan pengikut akan membawa kejayaan kepada organisasi berkenaan. Dalam kes keluraga dan rumah tangga ianya akan menjadikan rumah tangga berkenaan mencapai staus rumah tangga bahagia yang akan mebawa kejayaan dunia dan akhirat,  jika kepimpinannya sentiasa berpandukan kepada syariat Islam dalam membuat sesuatu keputusan. Hidayah Allah akan diperolehi. InsyaAllah.



0 comments:

Powered by Blogger.