INTIPATI KHUTBAH
JUMAAT – 31/11/2014
Ikhwan muslimin : Marilah
sama-sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabdian diri
kepada Allah dengan menlaksanakan perintah-perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya.
Sejak sekian lama umat Islam
telah diingatkan oleh Allah swt bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan. Saidina Alh ra pernah berkata “ Hai dunia,
tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikan dengan talak tiga. Umur mu
pendek, perhiasan mu sulit dan bahaya mu sangat besar. Betapa sedikit bekalku,
betapa panjang perjalanan ku dan betapa suci jalanku”.
Justru dalam mengabdikan diri
kepada Allah swt, manusia ini dapat digulungkan kepada dua. Gulungan pertama
mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah swt, gulungan kedua mereka yang ingkar dengan ketentuan
Allah swt;,
Allah befirman – surah Hud ayat 42
ertinya: “ Bandingan dua gulungan itu samalah seperti orang yang buta serta
pekak, dengan orang yang celek serta mendengar. Adakah kedua-dua gulungan itu
sama keadaanya, maka tidakkah kamu mengambil perhatian”
.
Orang-orang yang beriman mereka
meyerahkan kehidpannya hanya kepada Allah swt dan bukan kepada selain daripada
Allah. Mereka lebih mementingkan keradaan Allah daripada bermewah-mewah dengan
kehidupan dunia. Menjaga ibadat dan melakukan dengan khusuk, menjauhkan diri
daripada perbuatan dan perkataan tidak berguna. Tidak melampau batas dalam
bertindak dan merka juga sentiasa menjaga amanah. Begitu juga sebaliknya bagi
yang engkar dan maksiat, mereka berpegang teguh dengan tali sayitan yang
menguasi dalam kehidupan mereka.
Firman Allah swt.yang bererti ; “Syaitan
telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengigati Allah, mereka itulah
puak syaitan. Ketahuilah , bahawa puak syaitan itu orang yang rugi.’
Musuh Allah swt iaitu syaitan
menggunakan dua cara untuk mewujudkan pintu godaan kelembah maksiat iatu dengan
lisan atau pun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana
disitulah terhimpun segala pujuk rayau dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada
tubuh manusia kerana ia juga kan membawa hidup; penuh sengsara didalam neraka. Syaidina
Maad pernah berkata kepada Rasulullah saw tentang amalan yang dapat masuk ke
dalam syurga dan menjauhkan diri daripada api neraka. Maka Rasulullah saw
memegang lidahnya sendiri lalu bersabda “ Hendaklah kamu menjaga ini”. Selanjutnya
baginda bersabda “ Sesungguhnya kita akan dipertangungjawabkan atas apa yang
kita perkatakan”.
Allah swt telah mengingatkan
rancangan-rancangan musuhNya sebagai jalan atau pintu masuk yang akan
merosakkan manusia diantara lainnya adalah. Ajakan kepada kejahatan, menanam
rasa takut miskin, menyemai nilai-nilai dusta, menanamkan permusuhan diantara
individu , keluarga, masyarakat hinggalah ke sesuatu bangsa,mencegah dari
mengingati Allah swt sama ada dengan kesenagan atau kesulitan, menghalalkan
apa-apa yang diharamkan ole Allah swt, menanam rasa putus asa, taaksub dengan
diri sendiri, ego, takabur, memperbanyakkan harta untuk sekadar di simpan bukan
untuk kepentingan umum. Hasilnya lahirlah manusia yang terpaut dengan ajakan
serta bisikan yang mendatangkan kerosakan kepada kehidupan manusia yang
bergabung dengan pengikut kemaksiatan ini. Dengan demikian, mereka yang dibawah
takluk dan lemas dalam gudaan maksiat jatuh kedalam lumpur dan lembah kehinaan.
Manusia yang hidup dalam
kemaksiatan adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya dan menjadi pengikut
jalan para perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk daripada Allah swt sedikit pun. Didalam hatinya
terdapat sifat-sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati, malah
mendorong kearah kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah swt. Syidinia Ali ra
berkata; “ yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan
mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan
akhirat.sedangkan mengikut hawa nafsu menghalang kebenaran”.
Pelaku maksiat sudah tentu merka
yang dikalahkan oleh hawa nafsu, kebatilan menguasi hati, mereka melupakan
Allah swt melakukan maksiat dan dikuasi oleh syaitan. Maka ingatilah bahawa
musuh Allah ini sentiasa mengintai-intai sasarannya dan menuggu mangsa untu
dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw
bersabda maksudnya: “ tidaklah beriman seseorang penzina itu ketika ianya
berzina, tidak beriman seseorang pencuri itu ketika ia mencuri, tidak beriman
seseorang yang penegak arak itu ketika
ia meneguknya dan tidak beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika merampasnya.”.
(hadis riwayat Al Bukhari).
Bagi menutup segala pintu maksiat, maka hendaklah
kita sedar dan insaf bahawa sebagai hamba Allah swt, pintu taubat sentiasa
terbuka. Jadinya Rasulullah saw bersabda yang maksudnya “ sebaik-baik orang
yang sering berbuat kesalahan adalah sering bertaubat kepada-Nya ( riwayat Al
Tarmizi).
Bagi mereka yang ingin bertaubat
dan ingin hidup tanpa maksiat, maka hendaklah ikhlas dan menuyerah diri
sepenuhnya kepada Allah swt didalam tuubatnya. Bermunajat dengan
bersungguh-sugguh untuk mengelak diri dari diperhambhakan oleh hawa nafsu. Mengawal
nafsu dari melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan sekali dua tatapi ianya perlu berterusan kerana Allah
swt. Apabila seseorang bermujadah melawan nafsunya, kebaikan dan keburukan akan
datang kepadanya.
Dalam kehidupan hari ini ramai
manusa yang didup bermaksiat, ingatlah wahai muslimin sekelian bahawa
kejaddian-kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala social, keruntuhan
akhlak, kes-kes jenayah, pembunuhan, penindasan sesama manusia, membunuh diri
dan melakukan kejahatan, kezaliman keatas makhluk Allah adalah perbuatan yang dipengaruhi hawa nafsu. Ingatlah bahawa
mereka yang menajadi nafsu sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan
akhirnya. Merela sentiasa resah kerana
sentiasa di buru perasaan bersalah. Bukan sahaja kepada Allah tatapi juga
kepada diri sendiri. Gulunga ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah swt dan
di akhirat kelak mereka akan di azab dengan api neraka yang sangat pedih.
Marilah kita sama-sama merenung
diri kita, dimanakah sebenarnya kedudukand kita, adakah dilandasan kebenaran
atau masih lagi berada di jalan yang beriku-liku yang penuh dengan duri-duri
maksiat. Marilah kita sama-sama kembali kejalan yang benar dengan
melakukan amal soleh, menutup segala
pintu maksiat dan mengigati akhirat agar kita sedar tentang hakikat kehidupan
sebenar serta meinilik wajah kita agar ia berseri-seri dengan amalan mulia
disepanjang kehidupan ini.
Untuk panduan hidup kita marilah
sama-sama kita reungkan firman Allah yang bermakusud ;
‘ Berlumba-lumbalah kamu untuk
mendapat keampunan dari tuhan kamu, dan syurga itu luasnya seluas-seluas langit
dan bumi, yang disedikan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Rasul-Nya, itulah kurniaan-Nya, itulah kurniaan Allah, diberikan kepada
sesiapa yang dikhehndaki, dan Allah mempunyai kruniaan yang besar”.
Sumber : MAIK
0 comments:
Post a Comment