SIFAT-SIFAT CALON
ISTERI IDAMAN LELAKI
Berpegang Kepada
Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian
yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.
Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang
beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
Pandai Menjaga
Kecantikan
Tak semestinya perempuan itu mesti tampil dengan cantik dan
bergaya, tetapi menjaga kecantikan itu bermakna perempuan tersebut tahu
bagaimana cara untuk menjaga dan merawat dirinya sendiri.
Jika anda sedang berbual dengannya face-to-face, perhatilah
"make-up" yang dia pakai.. Adakah ia terlalu overtampal ataupun sekadar
untuk melindungi kulitnya dari UV.
Dan adakah "make-up" yang dipakai sangat
berlebihan sehingga menarik perhatian orang sekeliling anda?... Biarlah cantik kerana "natural beauty" nya
sendiri, tak perlu nak over-over "make-up"... Menjaga kecantikan juga
bermaksud menjaga penampilan secukupnya dan sewajarnya mengikut masa dan tempat
yang sesuai.
Kecantikan
Dalaman Dijaga
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya
tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari
oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai
kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk
mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau
berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula?
Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa
jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang
tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil. Tapi kalau
sekadar dia komen benda-benda yang patut, itu bukan cerewet, itu mungkin satu
teguran.. Kadang-kandang perempuan bersuara untuk mendapat perhatian..
Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi
yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam
keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat
membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi
kekuatan.. Dan jangan terlalu mendesak dan memaksa dalam segala hal. Cuba untuk
fahami hatinya.
Dewasa dan Bijaksana
Lelaki sememangnya suka jika perempuan idamannya mempunyai
sifat-sifat ini. Dewasa tu bermaksud berfikiran matang. Di saat
kesusahan, lelaki sememangnya memerlukan seorang wanita yang dewasa dan bijaksana
dalam mengambil keputusan.
Sejuk Mata
Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan
mendamaikan perasaan seorang lelaki.
Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat
manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu,
sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang. And take note ye kaum-kaum hawa
sekalian, lelaki boleh tahu anda manja
tulen atau manja buat-buat.
Keibuan
Perempuan biasanya kalau dia suka dan senang dengan kanak-kanak,
boleh menggendong baby, menunggu baby tidur dan sebagainya lah. Inilah
tanda-tanda dari wanita tersebut yang kamu boleh bayangkan saat mereka menjadi
isteri kamu. Dia akan menjadi seorang ibu yang sangat penyayang dan pandai
menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Oleh itu periksa diri anda.
Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita
solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita
solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
Tidak Terlalu Cemburu
Ini memang sifat yang tak boleh dielak lagi samaada pada lelaki
mahupun perempuan, sifat cemburu sememang naluri manusia.Tetapi bila cemburu
biarlah bertempat, jangan cemburu membabi buta. Orang cakap cemburu tanda nya
sayang. Tapi dah kalau over cemburu, maka berlaku lah perang dunia yang ke
brape entah.. Wahai kaum hawa, just rileks and cool okay?.. Dont be too
jealousy okay?..Kalau kita tahu dia sayang kat kita, kita kena percaya kat dia,
tak perlu nak jelous banyak-banyak, sikit-sikit je boleh lah.
Tapi jangan mudah percaya pada lelaki kalau dia belum sah
menjadi suami anda.
Tidak Mempamir Aurat
atau Keseksian
Kebanykan lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat
wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu
seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
Penyabar
Okay, contohnya anda terlambat 15 minit untuk lunch
sama-sama, dan di saat anda datang gadis itu tenang je, tak marah pun
walaupun menunggu dalam kelaparan. Kenapa sabar tu ciri-ciri baik?. Cuba bayangkanr kalau anda bergaduh atau dalam situasi apa saja yang berbau negatif,
kesabaran itu akan membantu suasana itu agar tidak menjadi lebih buruk. Cuba
bayangkan jugak kalau anda bercakap dengan gadis yang tidak sabar, sikit-skit
nak marah, sikt-sikit nak mengamuk, perbualan yang seharusnya senang akan menjadi
lagi rumit. Perhubungan sentiasa tegang.
Sentiasa Memaniskan
Muka
Hati lelaki mana tak cair kan kalau tengok gadis yang
sentiasa senyum?. Senyuman yang ikhlas
bermaksud gadis tersebut senyum dengan ikhlas bukan di paksa-paksa. Anda boleh
perhatikan cara gadis tersebut bercakap dengan rakan-rakan mereka, mahupun
orang sekelilingnya, kalau si gadis sentiasa memaniskan muka ketika berbual,
bermakna dia sememangnya ikhlas dengan semua orang bukan sahaja dengan anda.
Sumber: Diyahoneydew
0 comments:
Post a Comment