Setiap
pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan satu kehidupan yang bahagia
kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup
dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling
kasih mengasihi, sayang menyangi, hormat menghormati dan menjalankan
aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan.
Perjalanan
hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan
mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa
menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan. Selain daripada itu, setiap
suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat
dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitif
dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.
Kebahagiaan
hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam
menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian
akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan
bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau
bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut masih dapat dikekalkan. Tahap
keparahan krisis rumah tangga itu amat bergantung kepada peranan suami
bagaimana dia selaku ketua keluarga menangani krisis yang berlaku. Keadaan ini
hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokongan daripada
isteri dan ahli keluraga.
2)
PENGERTIAN KONFLIK RUMAHTANGGA
Merupakan
satu keadaan di mana kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang
tidak harmoni dan berkrisis. Suami isteri saling benci membenci di antara satu
sama lain.
Krisis
rumahtangga boleh di dapati di dalam keadaan-keadaan beikut:
1.
Jelas /
Ketara:
Iaitu suami isteri mudah
bertengkar, saling tuduh menuduh, maki hamun dan cepat bercekalan sebaik-baik
sahaja terdapat perselisihan faham dan
sesuatu yang tidak kena.
2.
Tidak
jelas:
Di mana perselisihan suami isteri
tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan hubunngan mereka rukun dan damai tetapi sebenarnya kehidupan
mereka hambar tidak mesra dan perhubungan yang renggang. Keadaan rumahtangga
yang sedemikian selalunya memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa
anak-anak.
3) TAHAP-TAHAP
KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA:
Krisis dalam rumahtangga selalunya bermula dengan perbalahan
kecil dan ianya mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada kemuncaknya.
Dalam jangka masa yang sama ini dapat dilihat tahap demi tahap berlaku dan
suasana menjadi semakin genting jika salah satu pihak / keduanya tidak
mengambil sesuatu inisiatif untuk membendung dan mengatsinya. Di antara
tahap-tahap atau petanda berlaku krisis di dalam rumahtangga ialah:
i.
Penurunan tahap aktiviti :
Selalu suami atau isteri tidak
lagi seaktif biasa, kerja-kerja atau tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan
sempurna, suka termenung dan berfikir.
ii.
Tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan semua ahli keluarga
Suami isteri tidak boleh saling
menghormati di antara satu sama lain.
Selalunya mereka akan menghadkan
masa untuk berinteraksi seminima yang boleh ataupun hanya sekadar perlu sahaja.
Nada suara akan turut berubah, kian menurun atau kerap gunakan bahasa yang kasar
dan kesat. Di samping suka menggunakan kata-kata sindiran ataupun perli.
.
iii.
Seringkali menunjukkan tingkahlaku permusuhan terhadap pasangannya
Suami atau isteri saling tuduh
menuduh bahawa pasangannya adalah sumber kebosanan atau penderitaan yang dialaminya
dan pasangannya juga yang sering menjadi sasaran kemarahan serta suka menentang
apa-apa cadangan atau tindakan pasangan.
.
iv.
Kurang keupayaan mengawal emosi sendiri
Di dalam keadaan ini kerap
terjadi ketegangan emosi, suka menengking ahli keluarga dan selalu menimbulkan
ketegangan dalam perhubungan keluarga. Kadang kala akan merosakkan peralatan
rumah tangga untuk melepaskan geram masing-masing.
.
v.
Selalu mengasingkan diri
Pada tahap ini suami atau isteri
suka mengasingkan diri (boikot). Di antara mereka berdua tidak lagi bertegur
sapa dan segala keperluan diuruskan melalui perantaraan ataupun secara
‘message’ (nota). Mereka selalunya akan tidur berasingan bilik. Kedua-dua pihak
pada hakikatnya sudah tidak menjalankan fungsi dan tugas masing-masing walaupun
masih tinggal sebumbung.
.
vi. Kerap bertengkar
vi. Kerap bertengkar
Pertengkaran yang sengit kerap
terjadi. Mereka akan bergaduh asal saja bersua muka. Suami isteri sering
mencari-cari punca kemarahan pasangan dan segala ketidakpuasan hati diluahkan
di samping kata-kata ungkitan. Kadangkala bila kemarahan memuncak akan libatkan
masalah keluarga, keturunan dan sebagainya.
.
vii.
Mengambil tindakan yang nekad
Apabila pergaduhan suami isteri
berlaku, kerap kali juga mereka mengambil sesuatu tindakan yang agresif seperti
menggunakan kekerasan fizikal terhadap pasangan. Selain daripada itu ada di
antara suami isteri yang ambil tindakan keluar rumah atau buat hubungan sulit
di luar rumah. Di dalam setengah-setengah keadaan, kedapatan pasangan suami
isteri yang berusaha mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak lain bagi
memperkuatkan (backing) tindakan seperti sokongan ibubapa, saudara mara,
kawan-kawan dan sebagainya.
.
v. Pengaduan
Apabila sesuatu isu yang terjadi
di dalam rumahtangga berpanjangan tidak diselesaikan, pihak suami / isteri akan
membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu seperti imam, ketua kampung
ataupun ke pejabat agama untuk diambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan.
viii.
Tuntutan cerai
Kemuncak kepada krisis di antara
suami isteri ialah masing-masing akan mengemukakan tuntutan perceraian melalui
pejabat Kadi / Mahkamah.
4)
KATEGORI KONFLIK RUMAH TANGGA
Krisis rumah tangga boleh berlaku
sama ada berpunca daripada pihak suami atau pihak isteri. Oleh itu, kedua-dua
pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah rumah tangga bahagia
ataupun menjadikan rumahtangga mereka porak poranda.
1. Krisis yang disebabkan oleh
isteri berlaku apabila isteri enggan memenuhi kehendak suami,sering marah,
benci serta tidak taat kepada suami. Isteri juga meninggalkan tugas dan kewajipannya
serta meninggikan diri serta berlaku curang terhadap suami. Banyak
faktor-faktor yang menyebabkan isteri bertindak sedemikian, termasuk faktor
pada diri isteri sendiri, suami dan factor-faktor luaran.
a. Faktor diri istri sendiri meliputi kecantikan diri,
kedudukan dan pendidikan.
b. Suami memberi pengaruh yang
kuat kepada seorang isteri. Ia meliputi cara pergualan, akhlak dan juga
perlaksanaan tanggungjawab. Seringkali hal ini menjadi factor penggerak kepada
isteri untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga.
c. Pengaruh luar meliputi rakan
atau jiran, media massa dan juga keluarga (mertua, ipar dan sebagainya).
2. Konflik rumahtangga yang
berpunca daripada pihak suami terjadi apabila seorang suami bersikap keras,
isteri tidak bergaul dengan baik, tidak menjalankan kewajipan terhadap isteri,
buat hubungan dengan perempuan lain dan sebagainya.
Di antara
faktor-faktor yang mempengaruhi ialah faktor diri dan faktor luaran:-
a. Faktor kepada diri suami
sendiri ialah kedudukan, pendidikan dan juga pembawaan diri.
b. Faktor
luaran meliputi pergaulan, persekitaran dan keluarga.
5)
PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis
rumahtangga boleh berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun
ia boleh disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami
isteri untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam
rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan
pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan
membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif
seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa
pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi
pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami
isteri di dalam menyampaikan hasratnya.
Di antara
teknik agresif ialah :
a.
Paksaan :
Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang
keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk rayu,
berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan
bersama.
c.
Penilaian : Memberi
penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi : Tidak menyatakan sesuatu
dengan sebenarnya.
e.
Menangguhkan : Melengah-lengahkan
sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai
satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang lain : Berlaku bila seseorang rasa
marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk
melepaskan kemarahan.
3. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam
rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan
sempurna.
Tanggungjawab
di dalam rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah
: Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat
tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala
tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan
: Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan
anak-anak dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan
: Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih
sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk
supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak
berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.
4. Seksual
Seksual di dalam sesebuah
perkahwinan merupakan suatu tuntutan biokologikal. Ia juga merupakan terjemahan
kepada perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri. Oleh itu, hubungan seksual
adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan
isteri. Kerapkali berlaku krisis rumahtangga bila suami / isteri mengalami
masalah seksual seperti :
a. Rendah
nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri disebabkan oleh penyakit
atau kejemuan.
b. Nafsu
yang tinggi.
c.
Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau mencari helah untuk
tidak membuat hubungan seks.
d. Enggan
melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang sama berkeinginan untuk
melakukannya dengan orang lain.
e. Tidak
ada tindakbalas / dingin.
f. Tidak
sampai ke kemuncak
g.
Keuzuran
h.
Ketakutan
i. Takut
mengandung
j. Sakit
semasa atau selepas melakukan seks.
6)
CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
Di dalam sebuah perkahwinan,
suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah
disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang
bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum
lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki
membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
Sesuai dengan tanggungjawab dan
penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan
untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam
rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan
kebijaksanaan.
Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami
hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami
mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c.
Sebab-sebab kejadian.
Setelah tindakan tersebut
dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami
mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain
daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan
membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan
suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami mendapati
punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti melakukan
tindakan-tindakan berikut :
1. 1. Menasihati
isteri supaya hentikan perbuatan.
2. 2. Suami
patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. 3. Adakan
sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. 4. Suami
patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat
pilihan
i.
Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri
semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah
menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu
curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami)
menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di
tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan
pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka
janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya
Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
7)
MENASIHATI ISTERI
Dalam
menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri
dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan
akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar
oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan
peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah
bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang
dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan
berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abi
Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda :
“Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa,
hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita
kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling
bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia
patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia
bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat Muslim)
8) MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
Merupakan
langkah yang kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah
pertama menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami
tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur
berasingan (berlainan bilik).
c. Tidak
bertegur sapa atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur
dengan cara membelakangkan isteri
Tempoh
bagi suami melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini
dikiaskan kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah
apabila Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan
sehingga 4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.
Dalam
melaksanakan tindakan ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh
melampau di dalam tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami
hendaklah memberhentikan semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari
jalan untuk menyusahkan isteri atau membalas dendam.
9) PUKUL
Salah
satu langkah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah
langkah pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah
untuk menyedarkan isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke
pangkal jalan.
Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :
“Hendaklah
kamu memukul isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara
yang baik”.
Di dalam
melaksanakan langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut
:
1.
Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan
sebarang kesan.
2. Tidak
memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.
3. Tidak
menggunakan alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain
daripada itu, suami mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak
sekali-kali dengan mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras
suami memukul isteri yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan
daripada memukul isteri, sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.
10) MELANTIK ORANG TENGAH
Setalah
suami melakukan ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan
apa-apa kesan positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami
masih mengharapkan kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini
berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ : 35, maksudnya :
Dan jika
bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan
orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan
seorang dari keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas)
bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu
berpakat iaitu sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam
pengetahuannya”.
ii.
Konflik yang berpunca daripada pihak suami.
Dalam
menghadapi konflik rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri
hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128)
maksudnya :
Dan jika
seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka
tidak apa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan
perdamaian itu lebih baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya
kikir ……..
Daripada
ayat di atas, tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami
dengan menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak,
isteri hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan
kehidupan suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan
kesedaran suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam
keadaan ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau
mencerca. Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah
SWT.
Walau
bagaimanapun dalam keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan
nasihat daripada pihak tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang
dilantik untuk membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak
daripada krisis rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan
isteri perlu menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun
semasa krisis, isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa
persetujuan daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan
(kes-kes deraan dan sebagainya).
11) KESIMPULAN
Krisis
diantara suami isteri merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam
rumahtangga, walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis
dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau
ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami
isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga
sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur
dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan
dan rumahtangga akan terus kekal bahagia.
Suami
adalah yang mempunyai pengaruh dalam menangani krisis rumah tangga. Jika seseorang
suami itu mempunyai kemahiran dan berpekerti mulia dia akan dapat menjadi
pendorong utama dalam istitusi keluarga. Jika suami yang mempunyai intergriti
diri yang tinggi ianya akan menjadi idola kepada isteri dan anak-anak. Situasi
sebegini membolehkan dirinya mempengaruhi perjalanan rukun dan damai dalam
keluraga dan rumah tangga.
Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment