Saturday, October 11, 2014

SABAR DALAM MENERIMA UJIAN ALLAH - isteri lumpuh hampir 15 tahun." Pengalaman bagaimana memotivasi diri untuk hadapi ujian Allah".



Bismillah hirRahman nir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Hirwabarokuh dan Salam Sejahtera,

Para sahabat yang di hormati sekalian.

Saya ingin berkongsi bersama anda sekelian tentang perasaan saya semasa isteri mulai mengalami lumpuh setelah beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan AVM pada 1 Mac 2001. Selepas pembedahan itu beliau telah di tahan untuk rawatan pemulihan di wad hospital selama 29 hari.

Pada hari pertama beliau di bawa pulang ke rumah setelah di discharge diri wad hospital. Beliau sememangnya tidak boleh berjalan, perlu kepada pertolongan saya untuk bergerak. Suasana ingatan beliau juga amat berubah berbanding dengan sebelum di timpa kesakitan sebulan sebelum. Bila beliau sedar dari tidur ianya mengambil masa untuk membolehkan beliau membuka mata dan melilihat di sekelilingnya. Serta juga mengambil masa untuk boleh berkata-kata dan untuk mengenali orang yang berada di hadapannya.

Untuk itu saya terpaksa mengambil cuti selama sebulan untuk membolehkan saya menjaganya setiap waktu. Melihat keadaan isteri yang tidak sempurna itu sama ada dari segi pergerakan fizikal dan juga ingatan minda. Saya mula merasai bahawa kehidupan saya akan menempuh masa depan yang gelap dan penuh dengan cabaran dan penderitaan. Bagi menguatkan semangat saya pada setiap waktu solat akan berdoa ke hadrat Allah SWT moga di beri kekuatan minda dan kesihatan untuk menempuh satu era baru dalam keluarga kami.

Sememngnya pada hari pertama hingga bulan ke empat isteri berada di rumah, saya amat sibok sekali untuk meayani kerenah pesakit lupuh ini. Saya mula terasa tertekan dan fikiran agak celaru, mana tidak pada hampir setiap masa perlu berada di samping isteri dan melayani segala keperluanya, hinggakan saya sendiri tidak terurus seperti biasa- kurang tidur, stress dan makan tidak menentu. Fikiran bercelaru memikirkan bilakah isteri akan pulih dan dapat berdikari, juga memikirkan tentang anak bongsu perempuan yang pada masa itu berusia 4 tahun lebih. Bagaimanakah ianya akan membesar dengan ibunya yang cacat dan dapatkah dia mendapat kasih sayang ibu seperti abang dan kakaknya yang lain. Apakah akan berlaku kepada emosi anak yang masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tentang dugaan kehidupan.

Setelah masuk bulan ke enam dan seterusnya, saya mula terasa bahawa suasan di rumah dengan keadaan isteri yang sakit lumpuh itu mula dapat dijadikan sebagai satu rutin kehidupnan . Segala kesusahan,keperitan dan penderitaan yang kami sekeluarga tanggug itu telah dapat di terima sebagai sudah menjadi takdir kami sekeluarga yang Allah tetapka. Bila saya meletakkan segala permasalahan yang dihadapi itu adalah pemberian oleh-Nya, maka jiwa saya dapat di tenteramkan dari perasaan bercelaru dan tidak menentu yang cuba di hasut oleh syaitan dan kuncu-kuncunya supaya saya merasa dukacita dan kecewa terhadapa Tuhan, dengan kata lain ia cuba menjadikan saya seorang yang syirik terhadap segala nikmat Allah yang tidak terhitungnya  banyak sekali. Alhamdulilah sedikit sebanyak ilmu agama yang di terapkan oleh ayah semenjak saya kecil lagi dapat melawan dan menjadi perisai segala perancangan jahat syaitan laknatullah itu.

Untuk itu saya terpaksa medekati diri saya dengan para alim ulama dan ilmuan Islam untuk mendapat nasihatd mereka. Hasil dari nasihat mereka itulah saya dapat bertahan dan memperkasakan diri saya dengan sifat sabar dan menerima segala taqdir Allah dengan  rela hati. Saya mengambil banyak masa pada setipa hari untuk membaca kitab suci Al-Quran dan memahami serta menghayati segala isi kandungnya. Ini adalah hasil daripada saya dapat nasihat dari beberapa orang tok guru dan ustaz.

Dalam saya mencari ketenangan melalui pembaca Al-Quran  dan menghayati makanya setiap hari itu, Saya amat bersyukur ke hadarat Allah SWT yang telah memberi ketenangan kepada hamba yang kerdil ini untuk terus bersabar dalam menerima segala kesusahan dan kerumitan semasa menjagi isteri lumpuh. Juga saya bersyukur kerana Allah memberi hidayah sifat sabar kepada hamba-Nya ini, sehinggakan saya tidak kahwin satu lagi walaupun isteri sakit lumpuh. Berkat niat untuk berbakti kepada isteri yang di cintai itu, kini kami dapat meneruskan hidup dengan merasai nikmat cinta suci kami yang telah membahagiakan kami semenjak kahiwin di awal tahun lapan puluhan dahlulu dan berkekalan sehingga kini yang telah memakan masa hampit 35 tahun dan dalam tempoh itu isteri sakit lumpuh telah melewati masa hampir 15 tahun. Syukur Alhamdulillah.

Jika di teliti di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang Allah terangkan bagaimana kelebihan orang-orang yang bersabar apabila menerima ujian Allah.

Ayat- ayat al-Quran kepada manusia yang di uji –( al-Fatihah dan al-Baqarah)

surah al-Fatihah ayat 5:
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

surah al-Baqarah ayat 45:

"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

surah al-Baqarah ayat 112:
"tidak! barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

surah al-Baqarah ayat 143:

"....dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu. sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia".

surah al-Baqarah ayat 152-153:

"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar".

surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

surah al-Baqarah ayat 186:

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran".

surah al-Baqarah ayat 195:
" dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

surah al-Baqarah ayat 197:

"....segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!".

surah al-Baqarah ayat 200-202:
"....maka di antara manusia ada yang berdoa, 'ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
dan di antara mereka ada yang berdoa 'ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' 
mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya".

surah al-Baqarah ayat 207-209:
"dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 
tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

surah al-Baqarah ayat 212:
"kehidupan dunia di jadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan".

surah al-Baqarah ayat 214:

ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

surah al-Baqarah ayat 216:

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

surah al-Baqarah ayat 233:
".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."

surah al-Baqarah ayat 245:
"siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". 

surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".


Berasarkan maksud ayat-ayat di atas, ianya merupakan faktor motivasi kepada saya untuk menerima segala kesusahan dan keperitan hidup akibat isteri mengalmi lumpuh yang kini telah menghampiri 15 tahun. Dengan meletakkan segala ujian All\ah itu akan diberi ganjaran pahala di akhriat yang kekala abadi kelak, maka kita tidak akan berasa berputus asa malah ini nya memberi semeangat kapada kita untuk terus memberi bakti untuk membantu isteri yang sakit pada saban masa kerana  ganjaran pahala yang dijanjikan Allah amat besar dan tidak semua orang yang mendapat ujian seumpama ini.

Wallahu’ alam.

1 comments:

Anonymous said...

Jika sabar dalam menerima ujian Allah,pasti kegembiraan akan dikurniakan Allah akhirnya. Insyaalla.h

Powered by Blogger.