Indahnya bercinta selepas
kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia
beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta
dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt
telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya
bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut
dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal
dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta
selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan
berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta
selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan “I love
you” adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah
ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan
juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita
dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita
akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari
Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala
maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga
turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga
dan keredhaan Allah.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali. Jika pasangan yang kurang iman dan taqwa boleh membawa kepada berlaku penzinaan satu perbuatan yang terkutuk dan dosa besar.
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali. Jika pasangan yang kurang iman dan taqwa boleh membawa kepada berlaku penzinaan satu perbuatan yang terkutuk dan dosa besar.
Bercinta bagai nak rak,bila putus
ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang
cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah
tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling…”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
“I love you so much darling…”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya
pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan
ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang
dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang
mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang
hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan
mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa
pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa
rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
“Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan –
lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu”. (An-Nisaa’ ayat:1)
“Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan
sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu
sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan
perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan
rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi
bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha
Mendengar) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nuur ayat:21)
“(Lazimnya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan
lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat);
mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia”. (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang”. (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang”. (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
“Tidak
berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan
syaitanlah orang ketiganya”.
Marilah kita sama-sama renung samada
kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
Sumber: Remaja & Cinta
: Fira Fahmi
0 comments:
Post a Comment