Perbandingan
Bertunang, Nikah Gantung dan Pasangan Suami Isteri Biasa
Maksud
Nikah Khitbah atau Nikah Gantung
Khitbah bermaksud pertunangan. Nikah khitbah atau nikah
gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi
nikah khitbah adalah pernikahan yang memenuhi syarat pernikahan yang biasa,
cuma tak ada kenduri dan pasangan masih duduk berasingan (sebab itu sering
dipanggil nikah gantung). Bezanya, pasangan yang bertunang cara biasa
masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi
pasangan yang telah nikah gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.
Nikah gantung bukan nikah yang
dirahsiakan. Nikah rahsia dipanggil Nikah
Siri, dari perkataan Arab, sirri yang bermaksud rahsia.
Pasangan yang nikah siri akan merahsiakan pernikahan mereka dari Pejabat
Agama atau dari keluarga, terutamanya wali pengantin perempuan.
Cara
dan Syarat Nikah Gantung menurut Islam
Tak ada bezanya cara dan syarat nikah
gantung berbanding pernikahan biasa. Rukun nikah perlu dipatuhi:
Yang membezakan nikah gantung dari
perkahwinan biasa ialah pasangan tidak tinggal bersama dan kenduri kahwin
tidak diadakan sehingga pasangan bersedia untuk tinggal bersama seperti
pasangan lain, atau berlaku senggama diantara mereka.
Dalam pada itu, pernikahan di mana
pasangan tidak tinggal bersama tetapi mereka melakukan senggama dipanggil nikah
misyar. Perkahwinan misyar pun memenuhi syarat-syarat sah nikah
dan sering berlaku dalam poligami dimana isteri pertama tidak diberitahu
tentang kehadiran isteri kedua.
Hukum
Nikah Gantung
Oleh kerana nikah khitbah memenuhi
semua syarat sah nikah, maka hukumnya ialah sah. Rasulullah dan Aisyah pun
telah nikah khitbah untuk tempoh selama hampir 3 tahun. Maka ini membuatkan
hukum nikah khitbah bukan saja sah, tetapi juga sunnah.
Penjelasan Nikah Gantung;
Antara
Nikah Gantung dan Bertunang
Bertunang adalah amalan lazim
masyarakat kita. Tapi pertunangan bolehlah dianggap sebagai perjanjian
untuk berkahwin. Perkahwinan belum lagi berlangsung. Hubungan diantara
pasangan belum lagi halal. Mereka belum boleh berdua-duaan. kalau berlaku
hubungan seks diantara mereka, mereka berzina.
Nikah gantung pula adalah
pernikahan yang sah disisi hukum syarak, cuma mereka belum tinggal serumah
seperti pasangan suami-isteri yang lain. Namun begitu, pasangan yang telah
nikah khitbah bebas untuk berdua-duaan. Kalau berlaku hubungan seks diantara
mereka, mereka tidak berzina kerana mereka telah berkahwin dengan sah.
Dalam masyarakat yang membenarkan
lelaki dan perempuan bergaul agak bebas seprti dalam masyarakat di Malaysia
ini, adalah lebih baik jika pasangan disatukan dengan nikah gantung, bukan
ditunangkan, sementara menunggu hari kenduri kahwin dan pasangan berkenaan
hidup bersama serumah.
Zina
Semakin Berleluasa
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai
dikalangan remaja dan dewasa yang terlibat dengan zina. Ini dapat dilihat
dari bilangan anak yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa nama
bapa. Setiap anak yang didaftarkan tanpa nama bapa adalah anak yang dilahirkan
diluar perkahwinan. JPN melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran
didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai
2008 - tempoh 91 bulan. Ini bermakna bahawa purata lebih kurang 33,900 orang
anak tak sah taraf dilahirkan setiap tahun, atau seorang anak tak sah taraf
dilahirkan setiap 15 minit!
Kita tahu bahawa tak semua kes
zina menghasilkan anak tak sah taraf. Mungkin dalam berpuluh kes zina, hanya
satu yang berkesudahan lahirnya anak tak sah taraf. Dan kita tak tahu berapa
ramai pula wanita yang hamil hasil zina, kemudian menggugurkan kandungan
mereka. Ada juga yang berzina tapi bernasib baik - belum hamil. Yang lainnya
pula mungkin mengamalkan salah satu cara perancang keluarga untuk mengelak
dari hamil.
Jika ada 33,900 bayi tak sah taraf
yang lahir dalam setahun, tentulah bilangan pasangan yang terlibat pun 33,900
pasangan juga. Dan jika satu anak lahir bagi hanya 15 pasangan yang berzina,
ini bermakna bahawa 508,500 pasangan - atau lebih sejuta orang - hidup dalam
zina! Amat jelas bahawa masalah yang dihadapi adalah besar! Nikah gantung
adalah SALAH SATU cara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan berkesan,
terutamanya di kalangan remaja.
Marilah kita membuat perubahan dalam mengadakan Majlis Perkahwinan dengan mempermudahkan
Sumber : nikah ganatung.
|
Thursday, January 15, 2015
NIKAH GANTUNG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment