Zaman Ini Ramai Isteri Curang ?
Akhir zaman ini sering dipaparkan
masalah wanita khusus menceritakan masalah suami curang dengan wanita
lain, tetapi kisah kali lain, cukup menarik untuk perhatian kaum isteri, kerana
bukan suami yang curang, tetapi isteri - Zurina, itu cerita Om dalam emelnya panjang
lebar lengkap dengan data dan gambar.
“Om percaya kes isteri buat hubungan
sulit dengan lelaki lain zaman dulu, memang kurang tetapi sekarang
terdapat banyak kes isteri berzina dan sembunyikan dari suami. Bila suami dapat
tahu mereka nafikan malah salahkan suami sebagai jahat dan kaki pukul.
“Om sudah berkahwin dengan Zu lebih
15 tahun, sepanjang 14 tahun Om rasa hidup mereka cukup bahagia, hingga
mendapat dua orang anak. Mereka berjaya mengumpulkan wang dan membeli sebuah
rumah di Shah Alam dan menabung untuk masa depan anak-anak.
“ Sepanjang perkahwinan, mereka juga
pergi berhibur bersama anak-anak, seperti ke Freazer Hill, Cameron Highland,
gunung Jerai, Singapura, Thailand, Langkawi dan banyak lagi. Tetapi kepada
Zu itu semua tidak cukup, dengar cerita kawan-kawan dia hendak panjangkan
langkah ke luar negara. Pada Om pelajaran anak-anak lebih penting.
“Dalam pada itu Om ingatkan Zu
bahawa dia harus bertanggungjawab kepada kedua ibu bapanya yang sering tak berduit,
bantuan bulanan mereka masih tak cukup terutama setelah mereka berhenti kerja.
Ayah Zu laburkan duit KWSPnya bermain saham termakan pujukan jiran. Kalau duit
setakat puluhan ribu, jawabnya hanguslah apa lagi tak berilmu.
“Lepas tu nak dapatkan permit bawa
teksi pula yang memerlukan RM3,000 dalam akaun banknya. Siapa lagi membantu
kalau bukan Om.
“Beli apartmen kerana tak bayar bank
pulak nak lelong. Om berusaha menjualnya atas permintaan emaknya dalam jangka
masa setahun . Tapi setelah dijual mereka kata Om jual terlalu murah. Bukan nak
ucapkan terima kasih pun.
“Dalam pada itu Zu ingin menyambung
pelajaran buat Diploma luar kampus, Om izinkan dan dia berjaya. Tapi malangnya
dia memang tak ambil perduli untuk mendidik anak-anak semua dilepaskan pada Om,
di samping masalah ibu bapanya pun Om kena bantu. Emaknya buat medical
check up pun Om kena hantar ke Klinik Kesihatan.
“Masalah ayahnya bila teksi rosak,
tak bayar pada syarikat teksi yang disewanya akhirnya teksi ‘ditarik’. Kata
emak Zu barang kemasnya banyak tergadai sebab suaminya terjebak hutang Ah Long.
Pernah tak bayar ansuran apartmen kerana bayar ah long. Akhirnya ayahnya tak
tahan melarikan diri ke kampung jadi penoreh getah.
“Awal tahun lepas Zu terpilih
menghadiri kursus di Korea selama seminggu. Om turut bangga. Masalah mengurus
keperluan anak-anak selama ini pun jadi tugas Om seperti mencuci pakaian,
mengampai kain, melipat dan seterika baju. Kerana dia tak pernah buat kerja
rumah, apa lagi memasak. Sejak kahwin dia tak pernah ke dapur, walaupun nak
masak sardine, buat telor mata atau goring sayur.
“Biasalah alasannya badan tak sihat
kerana lelah, kerana itu semua tugas Om bereskan. Om berusaha menjadikan bilik
dan rumah mereka bebas dari abuk. Kemudian beli alat pembersih udara dalam
bilik tidur berharga lebih seribu ringgit. Om jugalah selalu lap abuk yang
melekat pada bilah kipas, dan mencuci/service econ dari segala abuk/sawang.
“Om lakukan semua itu kerana terlalu
sayangnya Zu, hinggakan apa sahaja yang diperlukan akan disediakan. Kerana hendak
kuruskan badan ikut program kuruskan badan RM4000 hangus. Tapi Zu makan separuh
jalan sahaja. Pendek kata apa saja tersiar di tv dia nak cuba tapi tak
kesampaian.
“Awal tahun ini Zu hendak berkursus
ke China. Di sinilah bermula segala-galanya Zu bertemu bekas kekasihnya.
Patutlah sebelum itu dia juga pernah melancong ke Shenzen dan Hong Kong,
katanya melancong dengan kawan-kawan. Kelainan sifat Zu membuat Om berfikir dan
membuat sedikit penyelidikan.
“Terutama bila Zu selalu sangat
berkursus, kata nak ke Langkawi. Entah mengapa malam itu terlintas di fikiran
untuk trace lokasi hp Zu sedang aktif. Rupanya Zu ada di genting bukan di
Langkawi. Bila ditanya lagi Zu segera matikan talian. Bila balik kau
bercerita kau ke Genting menemani kawan kau Ayu. Memang tak masuk akal.
“Beberapa hari selepas itu, dia
bertugas malam. Dari tempat kerja, Zu hantar sms meminta dilepaskan dengan cara
baik. Alasan Zu, Om adalah suami yang
baik tetapi dia bukanlah perempuan yang baik. Berdebar jantung Om kerana benda
ini tak boleh dibuat gurauan, tetapi sms seterusnya menampakkan kesungguhan Zu
meminta cerai.
“Keesokkan harinya, Om ambil cuti
kecemasan ajak Zu balik kampung untuk
bercerita depan ibu bapanya. Ketika bercerita Om lebih banyak menangis. Tetapi
Zu banyak mendiamkan diri. Emak Zu menasihatkan anaknya jangan bercerai, kerana
dia tidak akan mendapat suami sebaik Om. Fikirkan kau ada dua orang anak. Tapi
Zu tetap membisu.
“Sejak itu Om mula jalankan
siasatan, Om minta rekod Touch & Go untuk melihat pergerakan Zu, Om juga ke
rumah Ayu bertanya sama ada dia pernah tidur di genting bersama Zu, tetapi Ayu
diamkan diri. Om melihat misteri di sebalik cerita Genting ini.
“Malam itu Zu balik ke rumah. Dia
cuma melihat Om menangis. Untuk menenangkan fikiran Om solat. Selesai solat
anaknya berbisik katanya `Pa, cuba periksa hp mama mesti ada banyak rahsia’
kata anak Om dia tahu password mama. Om terus bangun dan mengambil hp, Zurina cuba merampasnya, berlaku pergelutan dan Om
terlanjur menampar Zu. Tapi Zu semakin agresif cuba merampas kembali. Om lantas
memberikan hp Zu pada anak untuk dibuka. Kerana Zu masih berkasar Om membawa
anak menaiki kereta untuk membuka hp Zu dan membaca apa yang terkandung dalam
hp misteri itu.
“Berdiri bulu roma Om ketika membaca
sms mereka. Dan terbukti Ayu bukanlah orang yang pergi ke genting, tetapi bersama lelaki bekas kekasih lamanya Wan. Om
cuba membuat laporan polis tentang ketelanjurannya melempang Zu, tetapi Zu
terlebih dahulu telah buat aduan.
“Kemudiannya Om ke Jabatan Agama
Islam untuk mebuat adaun dan meminta sessi kaunseling rumahtangga. Om cuba hubungi Wan tetapi dia telah menutup
talian hp. Zu akhirnya beritahu Wan hanya kawan biasa.Kenapa baru kini
bercerita setelah terperangkap.
Sebenarnya Wan seorang yang bijak
dalam teknologi selular phone terutama mengenai LTE. Tapi Zu mendakwa Wan
seorang warak dan bijak dalam soal agama.
“Tapi kalau orang beragama tentu dia
tak mahu lepak di Starbuck dengan isteri orang, dan memanggil sayang setiap
kali bersms. Setelah diselidik jelas Zu kerap mengambil MC tetapi bermalam ke
Genting, dan beberapa buah hotel sekitar, KL, KLIA dan Putrajaya. Semakin di
teliti semakin banyak pembohongan terbongkar akhirnya Om suruh Zu bersumpah
tetapi Zu enggan. Ketika itu tanpa Om
sedar dia terus menampar Zu.
“Beberapa hari kemudian Om
dikejutkan kedatangan kereta peronda polis mengarahkan Om pergi ke balas polis. Om di soal bagaikan
penjenayah diugut akan diberhentikan kerja, dan macam-macam lagi tanpa sekali
pun memberi Om peluang menceritakan keadaan sebenar. Om terfikir kalau hilang pendapatan
bagaimana anak-anaknya akan meneruskan
kehidupan?
“Om pernah ke rumah Wan tetapi dia
tidak ada di rumah Om tinggalkan nota meminta dia bersemuka tetapi dia enggan.
Kerana tidak ada persepakatan dan Zu masih menafikan walaupun pelbagai bukti
dibentangkan termasuk dia pernah menjalani ujuan kehamilan setelah balik dari
China, sebaliknya dia bungkus pakaian mahu keluar rumah.
“Ketika itu Om beri amaran kepadanya
`jika Zu keluar dari rumah juga pada malam ini juga maka jatuhlah talak.’ Zu
tetap keluar dan setelah kes di bawa ke mahkamah syariah, maka jatuhlah
talak. Kini Om faham, perasaan Zu terhadap Om telah mati. Kini dengan rezeki
yang Allah kurniakan padanya, akan Om jaga dan besarkan dua anak mereka kerana mereka adalah amanah yang wajib Om pikul,’’
Itu cerita Om tentang kehidupannya kini.
Ulasan Saya:
Berdasarkan cerita yang dibentangkan
di atas saya merumuskan bahawa Om adalah seorang suami yang tidak berperanan
sepenuhnya untuk menangung amanah sebagai suami seperti yang ditetapkan oleh
Islam.
Situasi ini berlaku mungkin berpunca
Om merupakan seorang suami yang kurang ilmu agama ini didasarkan semenjak
perkahwinan mereka 15 tahun lepas, Om merasa amat bahagia untuk tempuh 14
tahun. Cuma tahun-tahun kebelkangan ini dia mula mencuragai isternya Zu.
Kelemahn Om sebagai suami dia
tidak berperanan untuk mendidik
isterinya menjadi seorang isteri yang solehah. Kerana mereka berdua terlampu
mementingkan harta dunia Om membiarkaan sahaja perlakuan Zu yang suku melancung
keluar Negara tanpa di temani oleh Om, sebaliknya pergi dengan rakan-rakan
sekerja Zu. Bila tidak ada tegoran dan Om juga tidak ada perasaan ceburu
semenjak awal lagi memyebabkan Zu naik toncang. Dia selalu menggunakan
kelembutan dan sifat penyayang Om untuk melepaskan tugasnya sebagai seorang
isteri . Ini di tegaskan oleh Om semenjak kahwin 15 tahun Zu tak pernah memasak
dan mengemas rumah atas alasan letih bekerja. Om membiarkan saja kerana terlalu
sayangkan Zu.
Disinil bolehlah disimpulkan Om
adalah seorang suami yang “dayus” kerana membiarkan isteri keluar tanpa muhrim
kemana sahaja dan boleh bermalam di mana sahaja. Oleh itu Om terpaska menjaga
dua orang anak mereka yang sedang membesar. Zu tidak berperanan sebagai seorang
ibu yang sepatutnya memberi kasih sayang dan membesar anak dengan didikan yang
berpandukan ajaran Islam.
Om juga saya berpendapat seorang yang tidak romatik
dan kurang bijak dalam hubungan intim dengan isterinya Zu. Ini didasarkan
tempuh perkahwinan mereka telah berlalu 15 tahun tetapi mereka memperolehi dua
orang anak sahaja. Sedangkan mengkikut kelaziman suami isteri di Malaysia
kebiasaanya merek akan memperoleh anak seorang dalam tempoh tiga tahun. Malah
ada yang dua tahun seorang jika suami seorang yang pandai memainkan peranan
semasa hubungan intim suami isteri.
Boleh juga dibaut andaikan Zu cari keseronakan di
luar secara bersembunyi-sembunyi kemungkinan dianya tidak puas semasa hubungan
intim dengan Om. Dan Om juga tidak ambil kisah untuk memberi kepusasan yang
terbaik kepada isterinya. Ini juga Om perlu di persalahkan kerana kurang mahir
mengurus hubungan cinta suami isteri
terutama berhubung kemahiran dalam hubungan seks.
Yang paling ketara kelemahan Om ialah dia telah
gagal membimbing isterinya supaya patuh kepada ajaran syariah dalam meneruskan
hidup sebagai isteri kepada Om dan ibu kepada dua orang anak mereka. Sikap tak
peduli dan tidak mentarbiahkan isteri dengan ilmu agama menyebabkan isteri
hanyut dan galamor dengan kedudukan
pangkat di tempat kerjanya dan lebih menumpukan mencari harta dunia tetapi
mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak
mereka.
Kesimpulannya dari cerita yang di bentangkan di atas
dapat di ambil kitibar bahawa suami perlu memaikan peranan utama untuk meneraju
perjalana rumah tangga. Ia jua perlu ada ilmu agama dan ilmu keduniaan untuk
membolehkan menjadi suami yang berjaya
menerajui rumah tanggan untuk berjaya di dunia dan juga mendapat
kejayaan akhirat dengan semuanya keluarga hidup dalam bimbingan agama dan
sentiasa mematuhi syariat dalam segala tindkan seharian.
Wallahu alam.
Sumber
cerita : Mona · 7 January,
2014
0 comments:
Post a Comment