Sunday, March 1, 2015

TANGGUNG JAWAB ANAK LELAKI TERHADAP IBU BAPA SETELAH BERKAHWIN




Apakah Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Kedua Ibu bapa Setelah Berkahwin?

Ramai dikalangan anak lelaki yang telah berkahwin mengabaikan tanggungjawabnya kepada kedua ibu bapanya. Mereka menyerahkan kepada kakak atau adik perempuan untuk menguruskan ibu bapa mereka yang sudah tua dan  uzur. Perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Perlu difahami bahawa perhubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebaliknya anak perempuan apabila mereka berkahwin sahaja maka tanggungjawabnya dibawah jagaan suaminya. Darisegi tanggungjawab untuk menjaga dan memberi nafkah kepada ibu bapa untuk anak perempuan terputus. Melainkan dengan izin dan reda suami anak-anak perempuan atas kerelaannya boleh berkhidmat kepada kedua ibu bapanya.
Walaupun ia berhajat ingin berkunjung ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin daripada suaminya. Jika kita yakin bahawa keperluan hidup keluarga sendiri sudah terjamin dari segi tempat tinggal dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu kedua ibu bapa kita demi kebahagiaan kita sendiri baik di dunia mahupun di akhirat.
Sumgguhpun ibu bapa janganlah pula memaksa anak lelaki mereka supaya terus membantuk mereka setelah anaknya telah berkahwin sedangkan kemampuan anak lelakinya itu dari segi kewangan adalah amat fakir malah untuk perbelanjaan keluarganya sendiri tidak mencukupi setiap bulan. Jika keadaan  sebegini, keutamaan untuk menyara keperulan asas keluarga anak lelaki itu sendiri adalah lebih utama.
Keinginan isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan tangungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang tidak baik. Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan hikmah agar ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas seorang suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.
Disini kami kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".
Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".
Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".
Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".
Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)
Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".
Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:
"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.
Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.
Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.
Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.
Diriku takut jika engkau binasa.
Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.
Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.
Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.
Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

 Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kedekut kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".
Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".
Dengan hadis diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.
Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.
Sebagai seorang anak HARAM mengungkit-ungkit pemberian dan bantuannya kepada kedua ibu bapanya. Jika mereka (anak lelaki) tersebut tidak bertaubat dan minta maaf kepada kedua ibu bapanya kerana telah mengecilkan hatinya dia telah menjadi ANAK DERHAKA.
Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya dikampung terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur pula. Amalan ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.
Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud walaupun dia sudah mempunyai keluarganya sendiri.
Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya sahaja kerana anggaplah bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.
Sungguhpun begitu ibu bapa pula janganlah ambil kesempatan dengan memaksa anak lelakinya supaya memberi wang setiap bulan sedangkan dia sudah mempunyai wang yang mencukupi untuk sara hidup mereka. Walahal dia mengetahui pendapatan bulanan anak lelakinya adalah terhad dan tindak mencukupi untuk menyara keluarga mereka setiap bulan.
Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.

Wallahu a’lam.

Sumber ; fb

0 comments:

Powered by Blogger.