Intipati Khutbah Jumaat Masjid Mukim Panji -6/6/2014 (Hukum
Hudud)
Khatib menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah SWT dengan
melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan penuh kesabaran dan kepatuhan. Islam datang untuk menyelamatkan manusia daripada terpesong dari landasan kebenaran, oleh itu Islam amat menitikberatkan untuk menjaga dan memelihara perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan.
melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dengan penuh kesabaran dan kepatuhan. Islam datang untuk menyelamatkan manusia daripada terpesong dari landasan kebenaran, oleh itu Islam amat menitikberatkan untuk menjaga dan memelihara perkara asas dalam kehidupan manusia iaitu agama, nyawa, harta, akal, dan keturunan.
Islam menghalang jenayah murtad demi menjaga akidah dan
agama, Islam mengharamkan membunuh bagi
memelihara nyawa, mengharamkan mencuri dan merompak untuk menjaga harta
manusia, mengharamkan minum arak untuk memelihara akal manusia dan melarang
melakukan perbuatan zina demi menjaga menjaga kehormatan dan kemuliaan nasab
keturunan.
Hukum Islam adalah dicipta khas oleh Allah SWT untuk
mendidik dan mencegah umat manusia dari melakukan perbuatan keji dan munkar
secara yang paling berkesan, contohnya hukum keatas pencuri sebagaimana firman
Allah SWT : “ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri
maka (hukuman) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan,(juga sebagai) satu hukuman pencegahan (pendidikan)
dari Allah dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.(Al Anbia’:ayat
38)
Cara perlaksaan hukum sebat, memotong tangan dan hukum bunuh
yang dijalankan dihadapan orang ramai
akan membuatkan para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar
merasakan bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Disinilah terletaknya factor-faktor
keberkesanan hukuman hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang
berkesan sehingga membuat setiap orang bercita-cita untuk melakukan jenayah-jenayah
hudud yang keji itu terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke alam
jenayah itu. Masyarakat perlu diberi kefahaman yang jelas bahawa hukum hudud
itu adalah bersifat mencegah dan mendidik.
Dalam melaksanakan hukuman bagi kesalahan yang berkaitan
hudud, tidak semudah yang disangkakan. Sesuatu kesalahan yang dinyatakan
mestilah dengan penuh keyakinan yang betul dan tepat dan tidak juga mengandungi
sebaran keraguan, Nabi Muhammad SAW bersanda: maksudnya “Ketepikan hukum hudud
sekiranya terdapat keraguan (subahah)
Hukum hudud walaupun bersifat mandatory amat sukar
dilaksanakan melainkan keatas penjenayah-penjenayah yang amat jahat dan
benar-benar wajar di hukum atau penjenayah yang amat jujur dan tinggi keinsafan
dan ketaqwaannya hingga sanggup minta
hukuman dijalankan keatasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak
membuat pengakuan seperti itu sebagaimana kisah dalam hadis Rasullah SAW yang
diriwayatkan daripada Ibnu Abas R.A. Kes Muaz bin Malik yang mengaku di hadapan Rasullah SAW bahawa dia telah berzina,
lalu Baginda Sabda Baginda :
“ Barangkali engaku baru mencium atau baru memegang sahaja
atau engkau baru melihat”, “tidak ya Rasullah”, lalu Rasullah SAW bertanya: “adakah
kamu telah ‘Mohsan’” Muaz menjawab “ya aku telah mohsan’. Maka Rasullah SAW
memerintahkan sahabat-sahabat merejam Muaz.(Hadis riwayat Bukhari).
Hukum hudud adalah satu hukum yang berbentuk pendidikan dan
pencegahan. Pendidikan dan pencegahan dapat dihasilkan melalui kesan
perlaksanaan hukum hudud sebagaimana berikut:
1.
Individu : Hukum hudud yang dilaksanakan mendidik
manusia menjadi insan yang bermanafaat kepada dirinya sendiri dan alam sejagat,
mencegahnya daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar syariat Allah
SWT serta dapat menghalangnya daripada melakukan kesalahan yang seterusnya.
2.
Masyarkat:
Dengan perlaksanaan hukum hudud ini, ia dapat mewujudkan dan melindungi
maslahah umum dan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan. Didalam
masyarakat manapun ada orang jahat sebagaimana juga dalam badan manusia, pasti
ada penyakitnya sama ada banyak atau sedikit. Seseorang pembunuh atau
penjenayah adalah manusia berpenyakit dan sangat berbahaya dalam kehidupan
masyarakat. Adanya penjenayah pasti akan
mengugat ketenteraman masyarakat. Dalam hal ini peranan syariat dalam mengubati
masayarakat sama seperti peranan seorang doktor mengubati pesakit (jika pesakit
kencing manis yang serius, anggota badan yang luka teruk perlu dipotong),
3.
Agama:
Perlaksanaan hukum hudud dapat memberi gambaran positif kepada
penganut-penganut agama lain tentang agama Islam. Ini kerana perlaksanaan sistem
ini amat memerlukan ketepatan bukti, ketelitian,keyakinan, adil dalam
meletakkan keputusan, tegas dalam melaksanakan hukum dan mempunyai rasa belas
terhadap pesalah yang tidak memenuhi syarat-sayarat hudud atau menarik balik
pengakuan.
4.
Negara:
Perlaksanaan system hukum hudud ini dapat melahirkan Negara yang jauh lebih
aman, makmur, penuh dengan keberkatan, keampunan dan rahmat Allah SWT.lam
adalah agama yang lengkap dan penuh kesempurnaan. Maka kita sebagai hamba Allah
SWT sentisasa mematuhi segala bentuk arahan daripada Allah SWT dan meninggalkan
segala larangan.
Melaksanakan hukum Islam, antaranya
termasuklah perlaksanaan hukum hudud, qisas dan takzir merupakan satu tanggung jawab dan
amanah untuk mentadbir, mengurus dan permerintah hendaklah sedaya upaya
berusaha untuk memastikan undang-undang Allah ini dapat dilaksanakan. Kita
semua akan dipersoalkan dan dipertanggung jawabkan oleh Allah Rabul Jalil
di hari akhirat kelak mengikut bidang kuasa yang ada pada diri masing-masing
semasa di dunia. Apakah kita tergolong dalam golongan mereka yang menentang
syariat Islam atau tergolong dalam kalangan mereka yang berusaha dan berikhtiar
untuk melaksanakan undang-undang Alallah SWT ?. Semua pihak mestilah BERSATU
dalam menjayakan syariat yang murni ini. Masyarakat hendaklah diberi kefahaman
yang secukupnya tentang undang-undang Allah SWT ini dan ianya merupakan sebahagian
daripada amanah Allah SWT. Sebarang kekeliruan dan salah anggap perlaksanaan
undang-undang hudud ini hendaklah ditangani dengan cara yang hikmah dan
bijaksana. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment