Friday, June 6, 2014

UBAT DUKACITA:



UBAT DUKACITA
Dukacita adalah satu perasaan yang lahir di minda kita akibat daripada berlakunya sesuatu kejadian seperti kehilangan orang yang kita sayangi, seuatu keputusan yang berlawanan dengan kehendak kita, kehilangan benda yang kita sukai dan sebagainya. Persaan dukacit ini akan menebal di kalbu jika kita terlampau melihat sesuatu itu berdasarkan nafsu, tidak didasarkan kepada ketentuan Allah yang dikaitkan dengan qada dan qadar Allah tehadap makhlukNya. Sehubungan itu bagi mereka yang tinggi nilai keimanan dan ketaqwaan, jika berlaku kehilangan sesuatu yang disayangi atau dicintai, ianya hanya berdukacita untuk seketika sahaja ( pada saat mula kehilangan) kemudaiannya iaakan kembali kepada kekuasaan Allah yang menentukan segalanya, maka akan timbul persaan reda dengan ketetun Allah.

Dukacita boleh berlaku dalam keadaan seperti berikut:

1.Dukacita memikirkan perkara yang telah lalu.

Jika kita berdukacita memikirkan perkara yang telah hilang seperti keberuntungan, kekayaan, kemuliaan atau pangkat yang telah hilang, berdukacita seperti ini adalah perbuatan yang tidak berfaedah sama sekali. Sebab perkara yang telah berlalu jika kita kenangkan sebegitu kuat sekalipun tidak akan datang kembali. Masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Setiap detik masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Yang penting perlu membuat perancangan bagi masa-masa yang akan datang supaya perkara yang mendukacitakan itu dapat kita elakkan. Apa guna meretapi yang telah lalu, dia tak akan pulang, dan jika diratapi dia boleh merosakkan badan dan fikiran.

Rasulullah SAW  menjelaskan, "Apa-apa yang menimpa seorang muslim baik keletihan, penyakit akut, kebimbangan, kesedihan, gangguan, kebingungan, bahkan duri yang menusuknya, dengan itu Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." (H.R. Bukhari dan Muslim).


2. Dukacita Memikirkan yang sekarang.

Kebiasaannya mereka yang berdukacita memikirkab suasana sekarang, kelazimannya mereka yang tidak puas hati dengan apa  yang mereka dapat pada masa ini. Insan yang berdukacita untuk masa sekarang biasanya orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi orang lain, seperti dukacita kerana dai tidak kaya berbanding dengan dirinya. Dukacita sebegini adalah satu sifat yang tidak baik kerana mempunyai sifat dengki dengan kebolehan dan nikmat orang lain adalah sala satu sifat dukacita yang tidak baik. Sifat sebegini lebih kepada dengki dengan kelebihan orang. Sifat sebegini perlu dibuang jauh-jauh daripada bertapak di minda kita. Kerana ia lebih menjurus kepada perasaan dengki yang boleh menjadikan perhubungan diantara dua insan itu menjadi tegang .

Dukacita memikirkan yang sekarang tentang kejahilan dan kelemahan kita yang menyebabkan kita tidak dapat mencapai kejayaan, adalah satu tindakan yang baik, namum perlu disusuli oleh kita sendiri untuk mengatasi dukacita dan kelemahan itu. Umpama kita ambila tindakan untuk herusaha dengan lehih gigih dan juga berdoa kepada Allah (selepas kita berusaha sepenuhnya). Adalah tindakan yang akan dapat mengurangkn perasaan dukacita. Allah Swt. berfirman dalam salah satu ayatnya. "Barangsiapa yang mengerjakan amal shaleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (Q.S. An-Nahl [16]: 97).

3. Dukacita Memikirkan Masa Akan Datang.
Bagi diri yang mempunyai sifat pemikiran negetif sering memikirkan masa depan dengan perasaan yang tidak menentu. Sentiasa memikirkan tidak ada kebahagiaan di masa depan, masa depan penuh dengan masalah. Jika ini situasi pemikiran kita menandakan kita tidak yakin dengan ketentuan Allah. Perlu kepada memantapkan keimanan dan ketaqwaan serta perlu menambah ilmu ugama untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perbanyakkan bacaan Al Quran dan menghayati isi kandungannya. Jadikanlah Al Quran sebagai panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini yang sementara bagi mencapai matlamat kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Kesimpulannya dukacita adalah perasaan naluri setiap insan dan ianya pasti di alami dalam kehidupan kita. Untuk  mengatasi perasaan dukacita yang melampau yang akan menggangu keharmonian hidup kita perlulah mendekati dengan Allah pada setiap masa. Ilmu agama perlu ditingkatkan dari masa kesemasa. Periksa solat kita adakah kita lakukan dengan penuh ilmu atau dengan ikutan sahaja. Bagi mendapat mencari jalan bagi mengatasi masalah dukcita melampau yang di alami dalam kehidupan kita, terdapa beberapa panduan yang telah dikemukan oleh para ilmuan, diantara lain ialah:
1.       Menyedari dalam kehidupan seorang yang beriman pun tidak akan lepas dari rasa kecewa, bimbang, dan sedih. Kita perlu syukur atas banyaknya  kenikmatan lain yang telah Allah Swt. berikan kepada kita. Terpenting, sedarilah bahawa semua musibah dalam kehidupan kita adalah ujian Allah untuk meningkatkan keimanan kita, oleh itu  kembalilah kepada Allah Swt. sebagai satu-satunya tempat untuk memohon pertolongan. Insya Allah,  Selanjutnya, setelah menempuhi segala musibah tersebut dengan sabar, hati akan bertambah tenang dan tenteram kerana kita diketemukan dengan kebahagiaan yang hakiki, yaitu mencintai dan dicintai oleh Allah SWT.

2.       Kebahagiaan hendaknya tidak diukur berdasarkan matlamat duniawi saja. Kita harus utamakan mengejar kebahagiaan akhirat kerana ianya lebih kekal dan merupakan kebahagiaan yang hakiki dan kekal abadi. Bukankah Allah SWT pernah berfirman bahwa satu-satunya tempat yang bebas dari kebimbangan dan kesedihan hanyalah surge?. "Dan mereka berkata: 'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya, di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu.”
 (Q.S. Faathir [35]: 34-35)

3.        Rasulullah SAW. menjelaskan, "Apa-apa yang menimpa seorang muslim baik keletihan, penyakit akut, kebimbangan, kesedihan, gangguan, kebingungan, bahkan duri yang menusuknya, dengan itu Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." (H.R. Bukhari dan Muslim). Insya Allah jika kita rasa kecewa, bimbang, dan sedih (bila dihadapi dengan penuk sabar dan syukur) akan mendatangkan keberkatan dan keampunan-Nya.

4.       Dunia Tak Akan Kekal Abadi - Hakikat dunia adalah fana, binasa, tidak abadi, dan sementara. Kesenangan yang ada padanya sangatlah sedikit serta silih berganti antara rasa suka dan duka, menangis dan tertawa, lahir dan wafat. Perhatikan firman-Nya:"...Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)..." (Q.S. Ali Imran [3]: 140)

5.       Matlamat Menuju  Akhirat Menjadikan  Kita Kaya Hati - Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa yang menjadikan negeri akhirat sebagai matlamtnya maka Allah akan menjadikan kekayaan di dalam hatinya dan Dia akan mengumpulkan segala kekuatannya sementara dunia ini akan datang mengejarnya dengan penuh ketundukan, dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya maka Allah akan menjadikan kefakiran dihadapannya dan mencerai-beraikan kekuatannya dan dunia tidak datang kepadanya kecuali apa yang telah ditetapkan baginya." (H.R. Tirmidzi).

6.       Allah Sumber Ketenangan Hakiki – Kerana-Nya, hidupkan hati dengan mengkaji dan mengamalkan Al-Quran, selalu berdoa, berzikir setiap saat kepada Allah SWT, jangan biarkan fikiran kosong berangan-angan dan mengelamun nanti di nodai oleh syaitan untuk melakukan kejahatan atau mempengaruhi untuk kecewa dengan musibah ujian Allah.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku makbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..." (Q.S. Al-Baqarah [2]: 186)

Jika di rujuk kepada  salah satu doa Nabi Musa a.s. dalam menghadapi ujian dukacita seperti berikut ini. "...Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku." (Q.S. Thaha [20]: 25)
Salah satu fungsi Al-Quran adalah menenangkan hati orang mukmin. Allah SWT berfirman

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..." (Q.S. Al-Israa' [17]: 82).

Kesimpulannya apa bila kita berdukacita perlu berdoa kepadaNya, Kerana Allah Yang Maha Pencipta amat mengetahui naluri manusia dan jika kita berdoa kepada-Nya akan dikabulkan doa dengan memberi ketenangan sebagaiman firman Allah SWT. "(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (Q.S. Ar-Ra'd [13]: 28).

0 comments:

Powered by Blogger.