Secara reality dalam kehidupan “ pasang niat “ adalah kunci utama dalam apa jua tindakan. Mengikut ajaran Rasullah SAW “mulakan sesatu pekerjaan dengan niat kerana Allah”. Sekiranya kita melakukan sesuatu kerja kerana Allah sudah pasti hasil dan natijah tindakan kita itu akan berlandaskan kepada syariah dan peraturan yang digariskan oleh Allah. Bila kita niat lakukan sesuatu kerana Allah ianya tidak akan tergelincir daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam yang berkisar kepada hukum wajib, haram, sunat, harus dan makruh. Jika ini berlaku ianya akan memperolehi kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Kerana sebarang kerja yang dimulakan dengan niat kerana Allah akan diberi pahala olehNya. Contohnya jika kita berpagi-pagi keluar rumah untuk pergi bekerja kerna mencari rezeki yang halal bagi membolehkan kita memberi nafkah kepada isteri dan memberi makanan dan tempat kediaman serta kenderaan kepada ahli keluarga ianya akan dikira ibadah, sebaliknya jika kita tidak pasang niat ianya tidak akan mendapat ganjaran sebagai satu ibadah. Alangkah ruginya…. Tetapi secara realitinya berapa ramai yang mengamalkannya.
Reflek kepada realiti kehidupan saya, semasa mula-mula
berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun 80an dahulu. Niat utama
adalah untuk memilih wanita idaman ( beriman, berilmu,cantik,berada) untuk dijadikan
isteri. Dengan tersematnya niat sebegini,
mendorong saya tidak bersosial. Berbanding dengan pemuda lain yang pada masa
itu telah bercouple semasa sedang menuntut di universiti lagi.
Isteri yang dikahwini sekarang ini adalah wanita yang saya
sembunyikan keinginan saya kepadanya semasa bersama-sama menaiki bas untuk ke sekolah
sejak hampir 2 tahun lebih. Bila kami terserempak semasa menunggu bas untuk ke
sekolah, hanya jelingan mata dan senyuman sahaja yang
dizahirkan oleh kami, hasrat tersimpan di dalam hati masing-masing. Minat saya
terhadap isteri saya sekarang ini disebabkan oleh kecantikan rupa parasnya yang
tiada tandingnya bagi saya pada masa itu. Kecantikannya yang mempunyai raut
wajah yang sentiasa kelihatan muda (cute) dengan rambut ekar mayang, warna
kulit yang puteh melepak, bentuk tubuh badan yang kurus ramping dengan
ketinggian sederhana menyebabkan banyangan wajahnya sentisa terbayang dalam
fikiran. Mirip wajahnya sehampir-hampir sama
dengan pelakon filem dan drama popular pada tahu 80an (Rubiah Suparman).
Setelah kami berkahwin barulah isteri saya menceritakan yang ia juga
mempunyai minat pada saya semasa kami bersama-sama menaiki bas setiap hari menuju
ke sekolah, Cuma dia malu untuk
menyatakan isi hatinya. Mungkinkah ini adalah realiti apa yang diperkatakan
bawa jodoh seseorang lelaki atau perempuan telah ditentukan olehNya di Luh
Mahfuz lagi.
Perkenalan kami secara serious terjalin setelah
kami secara tidak sengaja, berjumpa pada
suatu malam di tempat Persembahan Pentas
di sebuah sekolah, bertembung dengan isteri yang pada masa itu bersama ibu dan keluarga untuk menyaksikan
persembahan tersebut. Setelah bertegur
sapa dan berkenalan, kami terus memaklumkan kepada keluarga masing-masing.
Seterusnya disusuli dengan majlis pertunangan.
Majlis perkahwinan disempurnakan selepas setahun bertunang.
Kami mengenali hati budi
masing-masing semasa tempoh pertunangan selama satu tahun lebih sahaja, itu pun
berjumpa dua tiga kali sahaja secara bersemuka, selebihnya adalah melalui
surat, disitulah diluahkan segala perasaan kami untuk mengenali dengan lebih
dekat bagi mencari keserasian. Mungkin faktor
jarak tempat tinggal yang menjadi penghalang,
si dara di Kota Bharu, Kelantan dan si teruna
di USM Penang.
Jika diimbas kembali
niat saya pada mula kahwin dahulu, terdapat juga kelemahan diri ini yang jahil
tentang tuntutan agama, kerana pada mula pasang niat itu, masih ada niat ego
orang muda yang inginkan isteri yang cantik, yakni cantik rupa paras lebih diutamakan, kemudian barulah diikuti
dengan ilmu agama, kekayaan, keturunan keluarga dan budi pekerti. Sedangkan
dalam nasihat agama Islam kepada bakal suami supaya memberi keutamaan kepada
pegangan agama dan amalannya, kemudian barulah diikuti dengan kencantikan,
kekayaan dan kekeluragaan. Bagi saya
kecacatan yang dialami oleh isteri setelah kami berkahwin dan hidup bahagia
bersama lebih 20 tahun, merupakan satu peringatan oleh Allah kepada saya bahawa
jika kamu memilih kecantikan seorang wanita, ianya tidak akan kekal lama dan
Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Nah sudah terbukti terhadap diri
ini yang ada juga tersasar niat yang mendahulukan kecantikan, kini dia menjadi kenyataan sebagai
satu iktibar bahawa isteri yang dibanggakan kencantikan oleh saya sebelum ini
sudah menjadi seorang wanita yang cacat. Bila ini telah berlaku membuatkan saya
terasa sensitif apabila melihat orang yang cacat yang biasa dipandang sinis
oleh kebanyakan orang. Sedarlah wahai insan mereka juga adalah makhluk ciptaan
Allah. Dia tidak diminta dilahirkan cacat – bukan salah ibu mengandung. Oleh
itu marilah kita sama-sama membantu mereka yang cacat atau OKU dengan memberi
peluang kepada mereka untuk sama-sama menikmati kebebasan kehidupan seperti
orang normal. Bagi Allah rupa paras, sempurna atau cacat bukan menjadi batu
ukur status seseorang. Allah menilai manusia berdasarkan keimanan dan
ketaqwaan. Mereka yang tinggi nilai keimanan dan ketaqwaan adalah yang disanjug
oleh Allah. Mereka inilah yang akan dimasukkan kedalam syurga Allah yang penuh
dengan kenikmatan di hari akhirat yang kekal abadi.
Bila dikenang kembali
terhadap niat yang dipasang dahulu ada juga unsur mengikut hawa nafsu, kini
Allah tunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya untuk mengubah segala kejadian insan.
Pengajaran yang amat mendalam kepada diriku yang hina ini bahawa kita
hendaklah sentiasa ikhlas apabila memasang sesuatu niat untuk lakukan
sesuatu bagi mendapat keredaan Allah.
Mujurlah pada awal
kahwin dahulu telah disemat niat dikalbu bahawa saya akan menjadi suami yang
terbaik kepada isteri dan anak-anak yang akan dilahirkan kelak serta cuba
sebaik mungkin untuk menjadi seorang insan yang disenangi oleh keluarga dan
ipai duai. Niat ini Alhamdulillah Allah telah makbulkan walaupun tidak
100%. Ini saya luahkan kerana Allah
telah memberi ketabahan, kecekalan, dan kemampuan fizikal kepada saya untuk
menghadapi kesusahan menjaga isteri yang lumpuh sehinnga kini telah menjangkau
tempoh masa hampir 15 tahun. Hidayah
Allah membuatkan terdengar suara-suara pujian dari sanak saudara bahawa saya
memampu bersabar untuk menjaga isteri yang sakit lumpuh dan perlu dicontohi
oleh keluraga yang lain. Sebenarnya pujian sebegini membuat saya lebih khuatir
untuk menerimanya kerana, kita belum tahu masa depan kita adakah ianya akan
sentiasa baik seperti hari ini atau hari semalam atau hari-hari sebelumnya.
Kerana sejarah telah mencatatkan banyak cerita kejayaan seseorang pada mulanya dan
setelah meniti kemuncak kejayaan dia
mula lupa diri dan akhirnya kecundang dengan sifat ego yang begitu tinggi
hingga akhirnya dia mula dikutuk dan dikeji. Ya Allah aku momohon supaya Engaku
jauhkanlah sifat sebegini terhadap diriku dan keluarga serta sahabat karib ku
ini. AminehYa Rabil Alamin.
Sungguhpun begitu terdengar
juga rungutan seorang dua ipai duai yang
merasa iri hati terhadap kemampuan saya menjaga isteri yang sakit dan juga menyebabkan mertua saya telah
menetap di rumah saya hampir 15 tahun, kerana mertua begitu rapat dengan isteri
saya. Perasaan tidak puas hati ini timbul kerana bila mererka mengajak ibunya
untuk berziarah ke rumah mereka, jika mertua saya pergi pun hanya untuk semalam
dua sahaja dengan alasan dia tidak dapat tinggal lama kerana kesehan kepada anak
perempuan yang sakit lumpuh itu. Ini membuatkan
mereka mula sedikit renggan berhubung dengan saya. Namun begitu saya diberi
hidayah oleh Allah untuk menjadi isu sebegini
sebagai isu kecil yang pasti dihadapi dalam kehidupan kita. Allhamdulilah
salitulrahin kekeluargaan dapat saya kekalkan.
Kadang kala kita telah
pasang niat dengan begitu baik sekali untuk menjadi suami, yang beriman dan bertaqwa, supaya dapat membimbing
keluraga menjadi orang yang soleh dan solehah.Tetapi yang menentukan
pencapainnya adalah Allah Yang Maha Berkuasa. Manusia hanya merancang tetapi
Allah yang tentetukan pencapaiannya.
Bagi insan yang tinggi
tingkat keiman dan ketaqwaan akan reda dengan ketentuan Allah terhadap dirinya,
dan dia yakin kepada Qada dan Qadar Allah. Namun begitu kita tidak semestinya
menyerahkan bulat-bulat kepada qada dan qadar Allah, kerana kita diberi ikhtiar
untuk terus berusaha dan juga disarankan supaya sentiasa berdoa kepadaNya
setiap masa. Mudah-mudahan doa kita akan dimakbulkan. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment