Setiap manusia lelaki dan wanita diciptakan oleh
Allah sememangnya memerlukan pasangan yang saling lengkap dan melengkapi di antara
satu sama lain sepertimana Allah menciptakan Siti Hawa a.s. untuk menjadi teman
dan pasangan kepada Nabi Adam a.s.
Hampir kesemua lelaki, mempunyai idaman untuk
menjadikan dirinya sebagai orang yang dikagumi. bukan saja untuk memiliki perawakan menarik
tetapi juga mempunyai satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi
teladan kepada semua – disayangi oleh isteri, dihormati dan mentor kepada anak-anak,
disanjungi oleh keluarga dan masyarakat serta sekali gus mahu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat
untuk mendapat keredaan Allah. Kalaulah lelaki sebegini dimiliki oleh seorang
teruna, pasti ramai wanita yang memujanya.
Oleh itu semua lelaki perlu berusaha untuk menjadi lelaki yang sempurna dan
cuba memenuhi apa yang diinginkan oleh wanita.
Jika anda mengidam untuk mendapat pasangan
yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki
yang sesempurna mungkin. Matlamat untuk membina sebuah keluarga yang dilimpahi
kebahagiaan dan keberkatan bukanlah menjadi satu impian yang tidak mampu
dicapai sekiranya kita semua mempunyai iltizam yang tinggi untuk
mencapainya. Sebagaimana kata pepatah Melayu “ Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan”.
Saya pernah terbaca catatan artikel bagaimana hendak menjadi “suami mithali “ yang menjadi impian oleh semua kaum hawa atau isteri. Setelah di halusi artikel berkenaan, terdapat tip-tip yang digariskan itu ianya satu realiti dalam amalan kehidupan saya sendiri setelah isteri yang disayangi dan sebagai pembantu utama dalam melayari bahtera rumah tangga kami telah ditadirkan mengalami pendarahan dalam otak pada 2 Mac tahun 2001.Beliau terpaska dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. Kesan pembedahan kepala (AVM) isteri yang cantik jelita dan amat disayangi telah mendapat kecacatan kekal sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebelah tubuh bahagian kanan telah lumpuh. Semenjak detik itu bermulalah episod sedih dan muram dalam keluarga kami.
Mungkinkah ini adalah satu musibah Allah
terhadap saya sebagai balasan terhadap
dosa-dosa yang penah saya lakukan sebelum ini atau satu ujian Allah untuk
melihat bagaimana hambanya yang kerdil ini dapat mengatasinya dan berusaha
untuk terus melayari bahtera walaupun dengan seribu kepayahan dan kesusahan.
Alhamdulillah hidayah Allah telah memberi
kekuatan kepada hamba yang kerdil ini
bertukus lemus mendayung bahtera keluraga bagi mencapai hala tuju yang
diredaiNya walaupun ianya terpaksa akur dengan serba kekurangan kerana isteri
yang menjadi pembantu utama sebelum ini telah ditarik nikmat kesihatan olehNya,
Bermula dari tarikh pembedahan sehinggalah kehari ini isteri tercinta telah
menjadi seorang insan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu kepada bantuan hampir
hampir 100 peratus untuk mengurus kehidupan sehariannya kerana sebelah tubuh
bahagian kanan (tangan dan kaki) tidak dapat berfungsi (lumpuh).
Alhamdulillah
saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi ketabahan untuk saya hadapainya
semua ini. Pejam celik-pejam celik kini telah melewati masa hampir 15
tahun. Jika dicongak dengan tempoh perkahwinan
kami selama 34 tahun, secara realitinya
hampir separuh masa perkahwinan kami telah dilalui dengan penderitaan kesakitan
isteri. Sugguhpun begitu Alhamdulillah saya selaku suami dan ketua keluarga masih
dapat mencapai kebahagian dalam berumah tangga semenjak hari pertama diijab Kabul
sehiggalah ke hari ini. Alhamdullilah kami telah dikurniakan dengan 7 orang
cahaya mata, 4 lelaki dan 3 perempuan. dan kini telah juga dikurniakan 6 orang
cucu.
Semenjak tarikh keramat 2 Mac 2001, saya terpaksa
melalui liku-liku hidup yang penuh
dengan dugaan dan cabaran, kerana isteri yang sebelum ini menjadi “Pengurus
Besar” di rumahku tidak lagi dapat bekerja, malah ianya perlu kepada orang lain
untuk mengurus keperluan sehariannya seperti , mandi manda, makan minum, buang
air besar dan kecil, ditolak dengan kerusi sorong, dan juga untuk menyempurnakan
wudud serta memakai telekung untuk solat.
Pernah saya cubah mendapatkan pembantu rumah
warga Indonesia melaui Agen Pekerjaan bagi membantu kerja-kerja rumah dan
menjaga isteri yang sakit. Keseluruhan kos untuk tujuan itu dihabiskan hampir
RM 4,000.00, Pada bulan pertama saya berasa amat lega kerana kerja-kerja rumah
sudah ada pembantu yang boleh diharapkan. Tetapi bila masuk bulan kedua dan
ketiga mula ada unsur-unsur yang tidak menyenangkan, Bila pulang ke rumah
isteri mula termenung dan berlinang air mata, bila saya tanyakan kenapa, dengan
esakan tangisan dia mengatakan sakit kepala dan sakit hati kerana pembatu rumah
tidak lagi cerdas dalam menjalankan
kerja-kerja rumah. Situasi sebegini membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan
darstik untuk memberhentikan pembantu rumah Indonesia bagi mengelakkan keadaan
sakit isteri semakin serius, kerana saya telah diberi pesanan oleh doktor
supaya menjaga hati dan emosi isteri jangan sampai ianya rungsing dan terkejut,
kerana jika berlaku secara berterusan kerungsingan akan menyebabkan berlaku
‘fit’ yang akan mengakibat berlaku pendarahan dalam otak kali kedua, jika ini
berlaku secara kerap akan membolehkan isteri saya kembali koma dan paling serius
boleh membawa maut. Untuk itu saya dengan penuh tekad membuat keputusan
memberhentikan pembantu rumah, dan bertekad untuk melakukan sendiri semua-kerja
kerja rumah bagi memberi ransangan minda isteri supaya sentiasa gembira dan
ceria. Mudah-mudahan isteri dapat kembali sembuh dan anak-anak masih dapat
melihat dan bermanja dengan ibunya.
Bermula pada tarkih itulah saya melakukan
sendiri kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih pakaian dan lain-lain
kerja berkaitan, di samping menjaga
keperluan isterinya seperti, mandi, makan minum, mengambil wudud dan memakai
telekung untuk solat. Mujurlah saya telah ada sedikit pengalaman berhubung
kerja-kerja rumah kerna semasa bujang dahulu saya pernah membantu ibu dan kakak
untuk melakukan kerja-kerja rumah, bagi mengisi masa lapang saya yang pada
ketika itu duduk dirumah sahaja kerana sakit lutut, dan diberi cuti sakit oleh
pihak sekolah selepas saya tamat Sijil Rendah Pelajaran (LCE) pada tahun 1969.
Kini tempuh masa telah menjangkau hampir 15
tahun dan saya dapat lakukanya sebagai satu rutin kehidupan seharian.
Kesyukuran yang tidak ada nilainya saya panjangkan kepada Allah Yang Maha
Pengasih dan Penyang, kerana memberi kekuatan minda, fizikal kepada hambaNya
yang kerdil ini untuk melakukan segala kerja-kerja rumah dan juga kerja di
pejabat untuk menanpung kewangan keluarga.. Yang lebih penting Allah memberi
ketenanagan dan kegembiraan di kalbu saya dalam menghadapi kehidupan yang penuh
mencabar ini. Dengan izinNya segala kerja-kerja berkenaan dapat saya lakukan
dengan mudah tanpa rasa penat dan jemu. Alhamdulillah.
Sebagai tanda kesyukuran
kepada Allah atas hidayahNya yang
memberi, kekuatan, ketabahan dan kecekalan kepada hambaNya yang begitu kerdil
ini dalam menghadapi cabaran dan dugaanNya.
Bila dikenang kembali tempoh masa yang agak lama, terdetik di hati kecil
ini untuk membukukan rutin kehidupan yang saya lalui itu untuk menjaga isteri yang lumpuh dalam
tempoh hampir 15 tahun dan berterusan sehingga ke hari ini. Semoga catatan yang
dibukukan ini dapat dijadikan bahan bacaan kepada bakal suami atau isteri yang
baru mendirikan rumah tanagga, setidak-tidaknya dapat memberi sedikit info
untuk di jadikan teladan dan sempadan. Bagi saya keizinan Allah yang memberi
ilham kepada saya untuk menulis buku inil adalah satu sumbangan yang tak
seberapa daripada saya, sebagai tanda kesyukuran di atas rahmatNya yang memberi
kebahagian kepada keluarga kami yang saya diamanahkan sebagai penerajunya.
Catatan ini mungkin
dapat didijadikan sebagai satu pedoman awal atau diambil teladan oleh para suami atau isteri yang pawsangannya baru
mengalami kecacatan kekal, kerana di saat-saat awal dugaan sebegini adalah yang
paling getir, jika kita tidak sabar dan cekal hati berkemungkinan rumah tangga
yang dibina akan runtuh dan kecundang di pertengah jalan ( Saya juga pernah
dihantui perasaan untuk berkahwin satu lagi di peringkat awal dahulu).
Kemungkinan ini saya utarakan kerana mengikut catatan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dalan tempoh sepuluh tahun (2003 – 2013) Jumlah pasangan Islam
yang bercerai di Malaysia purata lebih 20 ribu setahun, bilangan ini sentiasa meningkat setiap tahun dimana pada
tahu 2013 jumlahnya mencecah 28 ribu lebih. Kajian JAKIM juga mendapati mereka
yang bercerai ini adalah dari kalangan pasangan yang berkahwin kurang 6 tahun.
Faktor ini juga merupakan satu dorongan yang kuat untuk saya berkongsi segala
pengalaman jerit-gentir yang dilalui oleh saya untuk mengurus isteri OKU
sehingga dapat bertahan hampir 15 tahun hingga ke hari ini. Malah saya amat
bersyukur kerana saya dianugarahkan olehNya ketabahan dan kecekalan hati, serta
yang lebih penting kini telah lahir satu perasaan ehsan dan belas kasihan yang
amat sangat untuk membantu isteri dan dua orang ibu yang tua dengan penuh
bersemangat, malah Allah telah kurniakan satu perasaan beruntung pula dengan
apa yang diduga olehNya ini, sebagai salah satu peluang untuk saaya berbakti
bagi mendapat pahala akhirat di
penghujung usia ini. Yang lebih terharu saya dikurniakan kesihatan yang lebih
baik berbanding sebelum kedua-dua ibu
tinggal bersama keluraga kami.
Pernah beberapa rakan
akrab memberitahu kepada saya, jika situasi sebegini dialami olehnya, dia tidak
yakin dapat bertahan untuk tempoh yang begitu lama, katanya sudah lama dia akan
kahwin seorang lagi untuk mengurus keperluan harian hidupnya. Malah mereka
pernah memberitahu bahawa apa yang saya alami ini bukannya musibah tetapi
adalah satu anugerah Allah kepada saya, Seandaiannya telahan mereka itu betul,
saya amat bersyukur kerana Allah telah memilih saya sebagai hamba yang untuk di
uji. Saya juga memohon kehadaratNya supaya sentiasa memperbetulkan niat hati
saya yang kerdil ini untuk menyikirkan sebarang perasaan bangga atau riak
terhadap apa yang dicatit dalam buku kecil ini. Ya Allah ampunkanlan hamba Mu
yang begitu kerdil ini. Amin Ya Rabbil Alamin.
Mungkin ujian kedua ini
Allah berikan kepada saya sekali lagi kerana ujian pertama ke atas saya pada
tahun 60an dahulu, dengan izinNya saya dapat lalui sehinggalah saya berada pada
situasi sebagai seorang pesara pegawai perkhidmatan awam, yang telahpun
mencapai umur 61 tahun 7 bulan . Kadangkala bila saya merung nasib hidup saya
semenjak kecil sehingga lah menjadi warga emas yang di beri gelaran Tokayah
oleh cucu, saban masa saya di uji. Pada masa saya dalam ketegori belia telah
dihidapi penyakit sendi lutut. Walaupun ayah saya yang saya panggil WAN telah
berikhtiar untuk mengubatinya sama ada di klinik swasta, hospital dan melalui
perubatan tradisional, penyakit tidak juga sembuh. Malah penyakit telah sampai
ke kemuncaknnya pada tahun 1969, lutut yang bengkak itu telah mengeluarkan air
kekuningan yang amat hanyir sekali baunya. Saya redha dengan apa yang di alami
dan meneruskan persekolahan untuk peperiksaan LCE pada bulan Oktober 1969 .
Saya menjalani peperiksaan di hospital kerana perlu di rawat di dalam wad.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan LCE, saya berjaya memperolehi kelulusan
pangkat A. Mulai tarikh itulah saya terpaksa menjalani kehidupan sebagai
seorang pumuda yang sakit lutut dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Saya
diberi cuti sakit oleh pihak sekolah, tetapi sakit tidak juga sembuh, dengan
demikian saya keseorangan terkandas dalam pelajaran berbanding dengan rakan
sekelas yang lain. Pada tahun 1972 mereka semua telah melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam sebagai pesiapan ke Menara Gading. Sedangkan saya terkapai-kapai
di rumah dengan melihat sijil LCE yang
tidak mampu untuk mendapat pekerjaan bagi diri ini yang sedang sakit.
Kadang kala saya menangis
keseorangan dalam menghisab masa depan saya yang tidak menentu. Untuk
mempastikan saya boleh berdikari dimasa depan apabila kedua ibu bapa sudah
tiada nanti, saya mengambil keputusan untuk belajar membaiki radio dan
talevision dengann harapan akan menjadi makanik Radio/TV, namum begitu saya
tidak dapat teruskan pembelajaran kerana kaki sentiasa sakit. Sehinggalah pada
tahun 1972 saya telah membuat keputusan
untuk mengambil peperiksaan SPM secara calon persendirian. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah
dengan izinNya saya berjaya memperolehi pangkat dua SPM. Dan pada tahun
1975 berjaya mendapat 4 prinsipal STP dan melanjutkan pelajaran ke
USM pada tahun 1975 dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1980
diikuti dengan memperolehi ijazah Saraja Sains (Pengursan Projek) pada tahun
1992. Pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajran ke ijazah Doktor
Falsafah pada tahun 2001. Tepati terpaksa minta menarik diri kerana kesuntukan
masa untuk menjaga isteri yang sakit.
Memandangkan liku-liku
kehidupan insan yang kerdil ini penuh dengan cabaran semenjak dari remaja,
belia, dewasa dan bekerja diliputi dengan kisah-kisah duka dan mencabar, saya
begitu insaf bahawa Allah sentiasa menguji saya namun begitu Allah Yang Maha
Mengetahui bahawa ujian yang diberikan itu adalah bersesuaian dengan kebolehan
dan kemampuan saya untuk mengahadapi
ujian tersebut. Saya tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha
Berkuasa dan Maha Mengetahui kerana dengan menganugrahkan kesabaran dan
ketahanan minda saya dalam menghadapi cabaran hidup semejak remaja,dewasa dan
dipenghujug senja usia sentiasa diuji dengan kesakitan dan penderitaan dalam
menjalani kehidupan, namu ianya satu anugerah yang tidak ternilai kerana
kekasiktan dan kesusuhan yang sering dilalui sepanjang jalan penghidupan saya
ini telah memberi kesan yang mendalam terhdap sikap dan tingkah laku saya
setiap masa, dengan kesukaran untuk mengatasi segala kesusahan dan kesakitan
yang boleh dikatakan saban masa saya hadapinya membuatkan saya sentiasa mendekati
Allah, kerana setiap masa saya memohon doa kepadanya untuk memberi taufik dan
hidayah supaya segala kesusahan,kesakitan dan kesegsaraan yang dilalui itu
dapat dihadapi dengan jayanya. Situasi kehidupan sebegini membuatkan saya tidak
terpesong jauh dari pedoman hidup yang telah digariskan oleh Islam.
Alhamdullilah.
0 comments:
Post a Comment