Memberi
nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suami dan keperluan keluarga.
Menurut Islam,
seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi
daripada suaminya Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum
laki-laki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita,
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan
sebahagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’ 4:34)
Seorang sahabat
bernama Hakim bin Mua’wiyah bin Hidah al-Qusyairi r.a. pernah mendengar ayahnya
berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah!
Apakah hak isteri kami ke atas suami?” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Memberinya makan apabila kamu makan dan memberinya pakaian apabila kamu
berpakaian.” (Hadis riwayat Abu Daud
dalam Sunan Abu Daud, no. 1830).
Menurut riwayat
ini, syarak mempertanggungjawabkan kepada para suami untuk menanggung perbelanjaan
makan minum dan pakaian isteri dan juga anak-anak, dan ini termasuklah tempat
tinggal yang sesuai, kenderaan, ilmu yang bermanafaat dan perubatan bila sakit.
Sebagai contoh, seorang suami mampu menyediakan makan minum yang mengenyangkan
untuk isteri dan anak-anak berupa nasi dan lauk yang sesuai, itu dikira telah
menyediakan nafkah yang cukup walaupun hari-hari makan ikan dan sayur dan hanya
sekali dalam sebulan makan daging atau ayam. Wang belanja harian juga tetap
perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai dan munasabah untuk
tabungan dan simpanan bagi menghadapi kes-kes kecemasan. Seorang suami
yang tidak memberikan wang saku yang sesuai dan munasabah adalah dikira telah
melakukan keganasan kewangan kepada isteri, sekiranya isteri adalah seorang
surirumah yang tidak mempunyai apa-apa hasil pendapatan selain daripada wang
yang diberikan oleh suami.
Seorang
isteri yang bekerja juga berhak mendapatkan nafkah 2 persalinan pakaian yang
lengkap termasuk kasut,pakaian dalam,tudung dsb dalam setahun.
Semua
keperluan ini bergantung dalam konsep yang munasabah menurut syarak. Bermaksud,
jika suami sediakan pakaian yang tidak baik, terlalu jarang hingga mendedahkan
aurat, atau sediakan rumah tetapi tiada bekalan elektrik atau air, atau
sediakan makanan tetapi yang tidak berkhasiat sedangkan suami
berkemampuan, maka suami seperti ini dikategorikan sebagai suami yang kedekut.
Syara’
juga menetapkan kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami
dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi kemampuannya yang sebenar.
Jika suami enggan memberi nafkah, maka isteri berhak mengambil duit
suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga.
Hal ini dibenarkan oleh syara’ . Ini berdalilkan kepada riwayat berikut.
Rasulullah
SAW telah ditanya oleh isteri Abu Sufian, Hindun binti Utbah bin Rabi’ah
yang datang mengadu kepada Baginda SAW, “Wahai Rasulullah, Abu
Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah aku mengambil sebahagian
hartanya untuk keperluan keluarga kami?” Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluanmu dengan cara yang makruf.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari no. 2460)
Maka jika isteri berhadapan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai untuk menampung perbelanjaan bagi keperluan yang patut dan wajar untuk diri sendiri dan anak-anak, pembantu jika ada, tanpa menanggung apa-apa dosa bahkan isteri sebenarnya telah meringankan beban siksa suami dihadapan Allah Taala di akhirat nanti.
Ulama berpendapat, dengan cara yang makruf di dalam riwayat bermaksud pengambilan harta tersebut tidak berlebih-lebihan dan tidak merosakkan harta si suami. Jika hal itu disedari oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.
Apa yang saya amalkan
semenjak mula-mula mendapat kerja dahulu
lagi dimana pada setiap bulan saya telah sediakan bajet
untuk nafakah isteri dan keluarga serta juga
untuk membantu ibu bapa saya.
Pada setiap bulan
saya akan berikan kepada isteri RM100.00
dan untuk ibu dan bapanya juga RM100.00 dimana hampir 10% untuk nafakah isteri
dan 10% untuk ibu dan bapanya, pada masa
itu pendapatan saya sebanyak RM1,000.00. sebulan.
“ Sayang ambil ni “
saya menghulurkan sampul kepada isteri sebaik sahaja menerima gaji pertama
saya.
“ Sampul apa ni bang”
isteri bertanya.
“ Ini lah duit ayang
tiap-tiap bulan abang akan bagi”.
Isteri membuka sampul
dan terpegung melihat duit RM100.
“ Terima kasih abang,
tak banyak ke ni”
“ Bukan banyak pun
seratus je”.
“ Gaji abang berapa”.
Isteri bertanya.
“ Seribu, abang akan
bagi 100 untuk ayang dan 100 untuk Wan dan Che” saya memaklumkan isteri tentang
hasrat saya.
Semenjak dari tarikh
itu setiap bulan saya akan bagi seprti di janjikan untuk isteri dan ayah dan
ibu yang saya panggil Wan dan Che.
Begitulah saya telah
meletakkan komitmen saya untuk pastikan nafkah kepada isteri dan keluarga pada
tahun 80 an dahulu.
Sejajar dengan
peredaran masa dan kurniaah rezeki Allah kepada kami sekuluarga. Pada tahun
1997 pendapatan bulanan saya telah menigkat lebih RM10K sebulan. Bermula dengan
nilai pendapat baru itu saya masih tetapkan nilai 10% itu masih saya kekalkan
untuk isteri dan 10% untuk ibu dan ayah).
“ Sayang, mari sini
sekejap” saya memangil isteri pada akhir bulan pertama saya berkerja di
syarikat swasta pada bulan Julai 1997.
“ Kenapa bang” isteri
menjawab dari dapur.
“ marilah sekejap,
ada hal penting ni”. Sambil menunjukkan sampul surat kepada isteri.
Isteri begegas dari
dapur dan mengambil sampul surat yang saya hulurkan.
“ Eeh bang, duit apa
ni,” setelah membuka sampul surat.
“ Elaun ayang setiap
bulan”
“ kenapa banyak
sangat ni. Kan selalunya RM 100 je, ni banyak sangat bang”.
“ Tak lah, seperti
biasa je, 10 % dari gaji bulanan abang yang dijanjikan dulu tu’.
“ Alhamdulillah….,
sayang abang” sambil isteri memeluk erak saya.
“ Syukurlah , rezeki
kurniaan Allah” samabil saya memeluk balas erat isteri.
Setiap bulan saya
akan memberi amanah kepada isteri untuk menyimpan sebahagian duit perbelanjaan
keluarga kami untuk tempoh sebulan. Bila diperlukan saya akan meminta
daripada isteri sejumlah wang belanja mingguan. Anda mahu tahu apakah
rasionalnya saya melakukan kaedah ini, Sebenarnya rasional saya amalkan kaedah
ini kerana ia dapat memberikan isteri satu tanggung jawab penting dalam menjaga kewangan
keluarga (menteri kewangan keluarga).
Amanah ini sengaja
saya berikan kepada isteri sebagai satu dorongan kepada beliau untuk
meningkatkan motivasi perasaan tanggung jawab kepada keluarga dan juga untuk
dapat merasai sendiri tentang tanggung jawab menjaga kewangan dan kebajikan
keluarga lebih-lebih lagi isteri saya adalah suri rumah sepenuh masa. Situasi
sebegini memberi kesedaran kepada isteri perlunya berjimat cermat dalam
berbelanja dan perlu berbelanja mengikut kemampuan si suami.
Cara ini juga telah dapat memberi keyakinan kepada
isteri bahawa saya sebagai suami adalah seorang yang begitu yakin dan sayang
kepada isteri sehinggakan duit belanja setiap bulan isterinya yang menyimpannya..
Lagipun saya lakukan sedemikian rupa setelah didapati pada bulan pertama saya
memberi amanah kepada isteri menjaga kewangan keluarga, dia seorang yang cukup
amanah dalam menyimpan akaun perbelanjaan keluarga.
Disamping itu saya
melakukan taktik sebegini adalah untuk
menjalinkan hubungan mesra diantara isteri dengan ibu mertua dan bapa mertua (
iaitu ibu dan bapa saya). Pada setiap
bulan wang yang akan diberikan untuk menampung perbelanjaan kedua ibu bapa
saya. Saya memberi amanah kepada isteri untuk menyampaikan wang berkenaan
setiap bulan. Cara ini akan timbul
perasaan kasih sayang diantara isteri dengan kedua ibu dan bapa saya. Kerana di
kaca mata ibu dan bapa saya ia akan wujud satu tanggapan positif yang menantunya
adalah seorang yang yang amat penyanyang dan ambil berat tentang orang tua
mereka. Taktik ini menjadikan hubungan kekeluagraan di antara isteri dan ibu
bapa saya sentiasa dalam keadaan amat baik sehingga ke hari ini.
Sekali sekala apabila
mempunyai wang lebih sedikit, saya pula akan memaklumkan kepada isteri yang
saya akan memberi sedikit wang kepada ibu bapanya, dan saya sendiri akan
menghulurkan wang berkenan kepada mertua saya. Tindakan ini dilakukan oleh sayai
adalah untuk memberi keyakinan kepada mertua bahawa menantu lelaki ini adalah
seorang yang baik hati dan pemurah bilamana mempunyai lebihan kewangan akan
diberi kepada mereka berdua. Amalan ini telah menjadikan ikatan kemesraan
keluarga di kedua dua belah pihak suami dan isteri dapat dikekalkan dalam
keadaan aman damai dan sentiasa mesra dan ceria saban masa.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Pemberian nafkah
kepada isteri adalah tanggung jawab suami senbagaimana telah ditetapkan oleh
Islam. Suami perlu memberi nafkah zahir dan batin secukupnya dan mengikut
keampuan suami. Suami perlu bertanggung jawab untuk mempastikan kewangan yang
dierolehi setiap bulan itu mampu sekurang-kurangnya memenuhi keperluan asas
bagai melangsaikan semua keperluan keluarga.
2.
Memberi tanggung
jawab kepada isteri untuk menyimpan dan mengurus wang belanja dapur setiap bulan
adalah satu amalan yang baik. Tindakan ini akan melahirkan bentuk kerajsama diantara
suami dan isteri. Persefahaman dalam mengurus rumah tangga akan membawa
kebahagiaan suami isteri dan keluarga.
3.
Pemberian wang kepada
kedua ibu bapa suami dan isteri perlu mendapat persefahaman bersama. Bagi anak
lelaki adalah menjadi tanggung jawab untuk membantu ibu bapa jika mereka tidak
mampu. Isteri perlu faham tanggung jawab ini adalah ketetapan Allah. Bagi
isteri yang mempunyai kesedaran tetang tannggung jawab suami kepada ibu bapa mereka,
tindakan dirinya menyampaikan wang permberian suami kepada kedua mertuanya
adalah tindakan bijak untuk melahirkan perhubungan yang ikrab diantara mertua
dan menantu.,
0 comments:
Post a Comment