Sunday, August 31, 2014

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke Syurga) SENTIASA AMALKAN MESYUARAT KELUARGA



Sentiasa amalkan mesyuarat keluarga.

“Dady dan mama ucapkan berbanyak terima kasih kepada Along, Abang idan, Esyah,Ewan, Mat , Paie dan Adik Bihah” saya memulakan bicara dalam satu mesyuarat keluarga lebih 3  tahun lalu.

“Dady bersyukur Alhamdulillah kepada Allah, kerana semua anak-anak dady dapat melaksankan tuntutan ajaran Islam dalam kehidupan kita, walaupun banyak lagi yang perlu kita tingkatkan”.

“ Cuma dady ingatkan solat 5 waktu perlu ditingkatkan lagi untuk disempurnakan pada awal waktu”.

Ungkapan itu adalah kebiasan yang saya luahkan kepada anak-anak semasa kami adakan mesyuarat keluarga samabil makan malam. Kebiasannya dilakukan samasa sambutan Hari jadi  isteri atau saya. Kadangkala diadakan juga semasa kami makan sekluarga semasa Hari Raya.

“ Daday beri peluang kepada semua untuk memberi maklum balas tenang stail dady dan mama mengurus keluarga kita di sepanjang tahun ini” saya beri peluang kepada merka. Anak-anak memandang serious kepada saya.

“Along ucap terima kasih kerana sumbangan mama dan dady”. Along memulakan bicara. Adik-adik lain hanya mengangguk kepada tanda setuju.

“ orang juga begitu, tertima kasih banyak-banyak, dady dan mama ‘care’ kami semua. Cuma idan harap dady dapat kawal ‘pongoh’ (cepat marah) “

Adik-adik lain kebiasannya banyak mendiamkan diri sahaja, kecuali ada sesuatu yang penting untuk di cakapkan,

Begitulah suasana mensyaurat keluarga kami yang diadakan sekali sekala, paling tidak dua kali setahun. Pada sambutan hari lahir saya dan juga isteri. Jika ada sesuatu isu besar saya akan adakan meyuarat keluarga tergempar.

Amalan bermesyuarat menarik hidayah Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

“Bermula pada tahun ini dady dah pencen. Jumlah pencen tak seberapa” saya memberi tahun anak-anak semua.
“ jumlah duit pencen hanya mampu untuk menampung berbelanjaan makanan mama dan dady dan juga bayar bil air sahaja. Manakala bil letrik perlu di kongsi bersama oleh anak- anak. Saya meneruskan agenda mesyuarat keluarga.
“Siapa ingin memberi pandangan berhubung hal ini’ saya memberi ruang kepada anak-anak untuk beri pendapat.
“ Kerana duit pencen dady hanya cukup untuk dady dan mama sahaja, orang cadangkan supaya bil lektrik dan air di kongsi bersama oleh anak-anak” abang Idan beri cadangan,
“ orang setuju benar, pakat sama-sama bantu”. Celah abang Ahmad
‘ Kongsi secara sama rata, untuk bil air dan bil lektrik bayar ikut kegunaan, mana bilik ada air cond bayar lebih sikit”. Abang Ewan beri cadangan balas.
“ semua setuju’ saya cuba dapat maklum balas.
“ setujuuuu” kedengaran sauara anak-anak.
“Dady ucapkan terima kasih kepada semua anak-anak yang ingin membantu dady dan mama .
Itulah suasana mesyuarat kami sekeluarga, boleh di katakan penuh dengan kerjasama dan bertolak ansur. Alhamdulillah.

Amalan mesyuarat keluarga pernah juga saya  adakan walaupun tidak sekerap mana. Biasanya saya mengadakan mesyuarat keluarga apabila ada isu penting yang perlu kepada pandangan dan pendapat daripada ahli keluarga semua. Tujuannya untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.  Lazimnya mesyuarat saya adakan pada ulang tahun hari kelahiran sama ada saya atau isteri.

Apa yang dilakukan pada makan malam bersama semua keluarga saya akan mengucapakan terima kasih kepada anak-anak kami yang telah memberi kerjasama dalam mewujudkan keharmonian keluarga, saling bantu membantu antara satu sama lain. Seterusnya saya akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk membuat teguran terhadap pencapaian saya dalam menerajui keluarga dalam tempoh setahun yang lepas. Biasaya teguran dibuat secara tulus ikhlas untuk menyatakan sikap yang kurang disukai  oleh anak dengan memberi alasannya sekali. Saya akan mengambil segala teguran anak-anak sebagai satu feedback untuk saya memperbaiki diri demi menjadi bapa  yang lebih baik dan dapat memenuhi kehendakan sunnah.

Situasi sebegini dilakukan setelah anak-anak kami telah mencapai umur remaja dan dewasa. Kak Long kini telah berumur 33 tahun dengan empat orang anak, Abang Idan anak keduanya berusia 32 tahun masih bujang, Kak Esyah anak ketiga berusia 29 tahun dengan 2 orang anak, Abang Ewan telah mencapai umur 27 tahun belum berkahwin, dan Abang Mat anak kelima telah mencapai usia 24 tahun tamat pengajian kolej peringkat diploma dan abang Rafie anak keenam sedang menuntut di kolej berumur 22 tahun dan Adik Bihah anak yang bongsu berumur 20 tahun lepasan sedang menuntut di kolej peringkat diploma.

Setelah diamalkan mesyurat keluarga, banyak isu yang timbul dapat diselesaikan degan sebaik mungkin, Tindakan ini juga dapat mengeratkan lagi kerjasama diantara keluarga. Satu keseronokan yang dapat dirasai oleh kami, setelah diamalkan mesyuarat keluarga saya dapat merasai kepuasan dan lebih tenang.  Sebagai ketua keluarga  maklumbalas yang diberikan oleh semua anak-anak dapat dijadikan “KPI” bagi saya membuat penilaian prestasi dan juga melakukan penambahbaikan bagi kritikan yang dibentangkan.

Amalan mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam keluarga adalah salah satu sunnah yang diamalkan oleh Baginda Rasullah SAW.
"Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah [‘Ali Imran 3:159].
Dari ibnu Abbas r.a berkata,bila mana turun ayat ini :
"washa wir hum fil ard" (sentiasalah bermesyuarat dengan mereka dalam urusan-urusan penting) Maka, Rasulullah SAW telah bersabda: Allah dan Rasul-Nya tak perlupa mesyuarat, tapi Allah telah menjadikan sebagai rahmat bagi umatku, maka barang siapa dikalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus dan barangsiapa yang tak bermesyuarat dikalangan umatku, dia akan sentiasa dalam kesusahan. Hadis Riwayat imam Baihaqi. munthakab hadith, m.s 753,bab adab2 dan amalan.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, aku tak pernah melihat seorang yang amat banyak bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya lebih dari Rasulullah SAW (baginda banyak bermesyuarat). Hadis riwayat Tirmizi (muntakhab hadis m/s 752 bab adab2 dan amalan)
Pentingnya mesyuarat dalam  membuat keputusan untuk dapat rahmat Allah, oleh itu amalan bermesyuarat dengan keluarga adalah satu cara bagi kita memperolehi hidayah dan ramat Allah dalam kita meneraju bahtera rumah tangga. Disamping meraih pahala di akhira nanti kerana amalan bermusyuarah adalah sunnah Rausulullah SAW.

Pengajaran dan iktibar:

1.       Mesyuarat keluarga dapat menilai keberkesanannya sebagai ketua keluarga. Semasa mesyuarat keluraga inilah bapa akan meberi peluang kepada anak-anak untuk melahirikan perasaan mereka terhadap ibu bapa mereka. Dan menyatakan  cara pergaulan mana yang di sukai oleh anak-anak dan cara pergaulan mana yang tak disukai. Makluamat ini amat penting bagi ibu bapa untuk membuat penbetulan cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak.

2.    Dapat meningkatkan perasaan kekitaan dalam keluarga. Peluang yang diberi oleh ibubapa kepada anak-anak untukk memberi cadangan cara yang lebih baik dan dapat disesuaikan dengan kehendak mereka dalam mengurus rumah tangga. Jika situasi ini berlaku dalam mesyuarat kelurga akan memberi rangsangan kepada anak-anak bahawa ibu bapa mereka adalah “sporting” kerana memberi peluang kepada mereka memberi idea. Apabila

3.       Dapat keberkatan hidayah dari Allah setelah setiap isu di selesaikan secara bermesyuarah dan keputusan bersama. Setelah mendapat persetujuan bersama, kami semua akan berkerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu berbangkat. Kami saling bantu membatu mencari cara untuk atasi masalah secara terbaik. Satu kepuasan bersama dirasai apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.

4.       Amalan bermesyuarat adalah sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu jika kita amalkan dalam kehiduupan kita seharian sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala kerana kita melakukan sunnah nabi.

5.       Jika kita bermesyuarat untuk mendapat sesuatu keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang di hadapi dalam keluraga. Ianya adalah satu keputusan yang baik kerana telah diperolehi melalui percambahan minda melalui mesyuarat yang sertai oleh ahli keluarga. Bila melaksanakan tindakan tersebut ianya akanl mendapat sokongan semua pihak dan akan berjalan dengan lancer. Insya Allah.




0 comments:

Powered by Blogger.