Sentiasa menjadi penawar
hati kepada isteri.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya dalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isterinya."
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya dalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isterinya."
(HR Tarmidzi, Abu Daud, (Hassan
Shahih)
Ambil berat
keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang
bahagia membentuk keluarga sejahtera.
Antara ciri ciri suami menjadi penawar hati isteri :
§ Sentiasa bersikap manis setiap
kali bersama isteri. Mulai pertemuan dengan salam kerana salam itu memberi
berkat kepada dirimu dan semua ahli rumah.
§ Perlihatkan wajah yang berseri
setiap kali bertemu kerana wajah yang berseri mendatangkan kebahagiaan dang
menghilangkan buruk sangka.
§ Tutur kata yang baik. Ketika
bercakap dengan isteri gunakan perkataan yang baik dan menarik.
§ Memanggil isteri dengan nama
kesukaannya.
§ Memanggil dengan manja.
§ Menteteramkan fikiran dan
bergurau senda. Islam membenarkan bergurau senda untuk mewujudkan dan mengukuhkan
ikatan sayang suami isteri.
§ Jangan menjadi suami yang terlalu
garang dengan isteri dan keluarga
§ Suami haruslah mendoakan
isterinya.
§ Suami sangat digalakkan membawa
isteri bersama ketika bermusafir kerana banyak kebaikannya.
§ Sentiasa mesra walaupun di meja
makan.
Amalan mengambil
berat tetang keperluan dan kemahun isteri adalah salah satu punca kebahagian
rumah tangga kami, saya memang sentiasa perihatin terhadap emosi isteri bagi
mempastikan isteri sentiasa mempunyai perasaan ceria dan gembira berada
disamping diri sebagai suami yang bertanggung jawab. Bagi saya isteri adalah salah satu insan yang
amat penting kerana ianya merupkan “Queen” yang akan melahirkan zuriat kami
yang akan menjadi hamba Allah dan mukmin dan mukminah yang bersama-sama
membantu perjuangan Islam yang dibawa oleh junjungan Rasullah SAW. Semoga kami
sekeluarga di beri hidayah oleh Allah untuk memasuki syurgaNya di akhirat
kelak. InsyaAllah.
Keperihatian terhadap
emosi isteri amat perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi semasa
isteri sedang hamil. Pada awal
perkahwinan kami pernah berlaku situasi dimana isteri yang sedang mengandung anak sulung (tahun 1981) Atas
kehendak isteri yang mengidam ingin makan buah salak, saya terpaksa mengambil
cuti untuk ke Gua Musang, Kelantan, semata-mata ingin mencari buah salak yang
diidamkan itu. Pada masa itu sistem perhubungan jalanraya tidak begitu baik
dari Kota Bharu ke Gua Musang. Perjalanan mengambil masa hampir satu hari dan
juga terpaksa menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Gua Musang setelah berkereta
selama lebih satu jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai.
Pada masa-masa
tertentu, saya kadang kala terpaksa memujuk isteri yang merajuk dek kerana saya
tersalah cakap dengan nada yang agak kasar dan suara agak nyaring bagi mengatauiuikan
sesuatu isu. Mengikut amalan yang biasa dilakukan oleh saya apabila isteri
menangis dan merajuk setelah berlaku perselisihan faham, saya akan memeluk erat
isteri untuk satu ketika (beberapa minit) sambil melafazkan perkataan “abang
minta maaf sayang” berkali-kali denga nada suara yang manja, sehinggalah isterinya
berhenti menangis, dan diikuti dengan
‘body languange’ (Bahasa badan) yang memberi isyarat saya telah memafkan
suaminya. Kebiasanya isteri akan memeluk erat kepada si suami dan seterusnya
disertakan dengan ciuman manja. Adengan
sebegini biasanya berlaku di atas katil, kerana telah menjadi amalan isterinya
bila ia marah, ia akan menyediri di dalam bilik dan tidur berselimut di atas
katil.
Pada masa-masa
tertentu, ada juga dimana kes berselisih faham diantara kami agak memuncak,
saya akan mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan kembali emosi isteri.
Pernah pada satu ketika situasi peluk-memeluk untuk mengawal emosi isterinnya
mengambil masa lebih setengah jam, kadang kala kami tertidur dalam suasana agak
emosinal. Bila keadaan reda dan dalam kawalan, saya akan meluahkan semula
perasan rasa bersalah saya kepada
isteri, dan isteri akan memberi isyarat yang dia telah memberi
kemaafan.
Amalan mengambil
berat terhadap emosi dan perasaan isteri ini merupakan “ kunci emas” sebagai
strategi suami untuk mengekalkan keutuhan kasih sayang dan kebahagian rumah
tangga kami. Dalam hal ini suami perlu mempunyai ilmu untuk memikat emosi
isteri, dan juga perlu ada sifat sabar yang tinggi, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud, jika mahu membentuk wanita
hendaklah berhikmah dan dengan cara lemah lembut, kerana wanita sebagai tulang
rusuk yang bengkok, jika diperbetul dengan kuat atau keras ianya akan patah.
Jika kita mahu
menjadi suami yang benar-benar bertanggung jawab, kita sebagai suami perlulah
menjaga hati isteri, kerana emosi isteri
jika tidak di jaga ia akan memberi kesan kepada pendidikan, pembelajaran dan
pembesaran anak-anak kita. Ibu yang emosi tidak stabil jika disebabkan oleh
sikap suami yang panas barang, suka marah-marah tanpa usul periksa, boleh
memberi kesan kepada kasih sayang isteri kepada anak-anak kita. Ibu yang
terganggu eosi akan melepaskan geram marahnya kepada anak-anak. Jika perbuatan
sebegini berterusan ia akan menggangu pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.
Pengajaran dan
iktibar:
1.
Suami perlu mempunyai
ilmu dan kepakaran dalam mengendalikan krisis rumah tangga.
2.
Si sumai perlu
berperanan sebagai penggerak utama untuk
meredakan krisis dalam rumah tangga, kerana telah menjadi lumrah semulajadi,
wanita mudah tersinggung dan merajuk, jadi suami sebagai peneraju dalam
keluraga perlu pandai mengendalikan emosi si isteri yang sedang bergelora denga
kemarahan.
3.
Jika si suami pandai
mengambil hati isteri, dan mudah untuk meminta maaf kepada isterinya atas apa
kesilapan atau keterlanjuran marah, akan mudah melembutkan hati isterinya
kerana sememang wanita mudah memberi kemaafan bila dipujuk rayu oleh lelaki,
terutamanyan suami mereka.
4.
Bila si suami
mempunyai kemahiran dalam menangani suasana kemurangan atau isteri beremosi,
akan memberi natijah yang amat positif sekali, dimana perhubungan kasih sayang
dalam keluarga akan dapat dipupuk sepanjang masa, jika berlaku perselisihan
faham cepat-cepat di harmonikan semula oleh suami dan isteri. Situasi ini akan
memberi kesan jangkan panjang kepada emosi isteri yang merupakan ibu kepada
anak-anak mereka berdua, Mengikut kajian para pengkaji sosliologi kehidupan
manusia, si ibu yang sentiasa hidup dengan penuh kebahagian dan kasih sayang
akan medidik anak-anak mereka secara lebih sempurna dan boleh memberi kesan
postif kepada persekitaran pedidikan dan pembersaan anak-anak mereka.
Kebiasaannya anak-anak yang membesar dalam persekitaran sebegini akan lebih
berkeyakinan diri dalam menempuh kehidupan mereka. Mereka akan menjadi insan
yang berjaya dalam karier mereka. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment