Sunday, October 5, 2014

PENERBITAN BUKU - TENTANG SUAMI MENJAGA ISTERI LUMPUH - HAMPIR 15 TAHUN



Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera,  
Pelawat yang dihormati dan dikasihi sekalian.       

       
Alhamdulillah pada masa ini saya dengan kerja sama editor dari Penerbitan :PTS sedang mengadakan editan terakhir manuskrip buku berkenaan bagaimana amalan saya dalam kehidupan  berumah tangga yang telah memakan masa 35 tahun. Dalam tempoh itu isteri pula telah menjalani pembedahan kepada akibat daripada berlaku pendarahan dalam otak pada Mac 2001. Kini isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan).

Akibat daripada situasi ini, saya menjaga isteri  untuk memenuhi keperluan kehidupan seharaiannya sperti, mandi-manda, makan-minum, solat, dan juga menjaga emosinya. Saya juga memberi semangat untuk memulihkan kembali fizikal dan emosi bagi membolehkan dia terus hidup seperti orang biasa.

Ahamdulillah. dengan hidayah Allah saya telah melalaui suka duka menjaga isteri lumpuh selama 15 tahun. sehinggakan pada masa ini saya boleh dikatakan mahir memasak pelbagai masakan sperti manu gulai dan nasi mengikut masakan tradisional Melayu.

Sikap dan amalan dalam mengendalikan kehidupan suami isteri yang saya tuliskan dalam buku ini yang mempunyai lebih 32 topik adalah faktor yang amat penting bagi membolehkan saya terus bersemangat menjaga isteri dan juga menjadi ketua keluarga bagi anak-anak saya;
walaupun masa telah berlalu hampir 15 tahun isteri sakit dan tempoh perkahwinan kami adalah 35 tahun, ini bermakna hampir separuh daripada tempoh perkahinan kami adalah dilalui dalam keadaan isteri lumpuh. Alhamdulillah hidayah Allah terus memberi kebahagian dan kesemarakan cinta kami sehingga kini.

Jika anda mengalami pasangan yang sakit lumpuh atau sakit kronik yang memerlukan rawatan dan pertolongan anda sepanjang masa, buku ini saya jangka amat berguna untuk di jadikan panduan dan teladan..Insya Allah.

Di dalam buku ini juga saya muatkan tips-tips bagaimana menjaga pesakit lumpuh yang perlu diketahui oleh penjaga dan ahli keluarga. Ini adalah penting kerana perilaku pesakit lumpuh akan bertukan secara mendadak dan ianya amat  berbeza dengan perilaku sebelum ianya mengalami kesakitan.

Penerbit telah mencadangkan buku ini di beri judul : CINTA SAMPAI KE SYURGA.

Jika mana -mana pelawat yang berminat memberi apa-apa pandangan boleh email saya di alamat ; nikraihanrahman@gmail.com

Wasalam.

RAIHAN PAHIMI
Panji, Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.
September 2014.
Mobil : 019 9831553







2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah semoga berjaya hasrat anda untuk bantu masyarakat. amin.

Anonymous said...

Buku cerita realiti kehidupan dalam menjaga pasangan yang lumpuh adalah amat perlu untuk memberi panduan kepada pasangan yang baru terkena sakit lumpuh atau stroke.

Powered by Blogger.