Adab-Adab Bersetubuh Dalam Islam
Perkara-Perkara Penting Ketika
Melakukan Persetubuhan @ jima’
1.
Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di
malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya
membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada
zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah
sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.Diharapkan
pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna dalam membina
kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
2.
Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa
masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ
المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا
تَوَكَّلْنَا
Ertinya
: “Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat
keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan
kepada Allah kami berserah.”
Dan
dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3.
Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya
apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang
sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah
Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti
berikut :
اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي
وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ
بِخَيْرٍ وَفرّق
بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
Ya
Allah, berkatilah bagiku di sisiku ahliku, dan berkatilah bagi mereka. Ya
Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah
kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.
Ya
Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada aku
daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayangku bagi mereka. Dan
jadikan kami semua saling cinta mencintai.
4.
Beramah Mesra
Selepas
itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada
isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi salam kepadanya.
Ini
adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya
ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5.
Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas
itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isterinya
bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم إني
اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه
وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya
: Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang
ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan
seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.
Adab Melakukan Persetubuhan
-
Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami
isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing dalam keadaan bersedia,
tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri juga hendaklah mengambil
kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika pasangan berada dalam
keadaan berikut;
- Sedang sakit yang memudaratkan
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
– Keletihan
– Kesedihan
– Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini
untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa, marah, sedih dan
tertekan.
-
Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di
antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya
selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya hendaklah
berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan
pakaian.
Tetapi
janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan
kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu. Adalah Rasul
(s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya.
Suaranya
diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani
isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.
Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak. Beginilah
tegasnya Al Khatab.
-
Bercumbu cumbuan
Di
antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda
dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau
senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami peringkat peringkat akal mereka
dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah
ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya
`Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka
baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah
berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya menjadi seperti seorang kanak-kanak
ketika berada di sisi keluarganya. Apabila mereka menuntut sesuatu daripadanya,
hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan
Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah
kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras,
megah dan angkuh”
Di
dalam riwayat Abu Daud : “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”
Maksudnya
orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir : “Kenapakah
kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra
dengannya”
\
Tetapi
sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam
lain-lain hal juga.
Sunat
dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’
kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan
tahlil. Kemudian menyebut :
باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها
ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي
“Dengan
nama Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Ya Allah, jadikanlah dia zuriat
yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.
Dan
baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan kelamin, bagi
melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya seperti
berikut;
بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب
الشيطان ما رزقتنا
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada syaitan dan
hindarilah anak yang Engkau anugerahi kepada kami daripada gangguan syaitan.”
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim),
daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
اللـــّــــــــهُمَّ جَنِبْنَا
الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Erti
maksudnya ialah; “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau
kurniakan untuk kami.“ Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya
tidak diganggu oleh syaitan.
Beginilah
doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin
Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :
لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم
الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya
: “Jikalaulah sesungguhnya siapapun daripada kamu hendak mendatangi
isterinya, dia berdoalah : “Dengan nama Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami dari
syaitan. Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada
kami.” Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh
dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak
fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan
buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak
mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti. Ertinya syaitan
tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini, hingga dia menjadi kafir. Pendapat
ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia. Yang mana
dia telah ditulis di masa dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan
mati kelak di dalam keimanan. Golongan ulamak yang lain pula berpendapat,
bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak
yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.
Apabila
hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan
dua bibirmu:
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا
فجعله نسبا طهرا وكان ربك قديرا
“Segala
pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan manusia
itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan
seperti menantu, ipar dan lain-lain). Tuhanmu Maha Berkuasa”
-
Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia tidak mengadap ke arah
qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.
-
Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia
perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke
puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan
merbahaya kepada syahwatnya …
Kemudian
jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan di segi
tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului,
isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih melazatkan. Kalau suami
berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu walaupun dia (isteri) belum
sampai ke peringkat tersebut.
Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu
berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang
dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar
tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar
keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui
perkahwinan itu menjadi kewajipan.
-
Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap syukur pada Allah S.w.t
kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan hubungan kelamin. Suami
isteri juga harus saling berterima kasih kepada pasangan dengan ucapan, ciuman
dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan menyuburkan kasih sayang dan
meningkatkan kendiri (self esteem).
-
Bersederhana – Hubungan kelamin @ jima’ yang baik ialah yang
dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami isteri
sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.
Suami
isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang boleh memudaratkan
kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan sebelum melakukan jima’.
Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton video lucah atau meniru aksi
yang bertentangan dengan nilai kemanusiaanbersetubuh-dalam-islam/”>.
-
Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan rahsia hubungan
kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah
S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di
sisi Allah pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya
kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia
menyebarkan rahsia itu.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sebagai
kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A.
Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1.
Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air
sembahyang.
2.
Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya
Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
3.
Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat
(lelaki atau perempuan).
4.
Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam
Khamis dan malam Isnin.
5.
Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu
kenyang.
6.
Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu
supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaAllah
akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini penting untuk
mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut dan rasa
tertekan.
7.
Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu hamparan elakan
daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8.
Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah bersetubuh.
9.
Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat
dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air
sembahyang (wuduk).
Imam
Al-Ghazali berkata : “Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari
Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri
(Pada hari Jumaat)”.
B.
Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
1.
Makruh jima’ pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15)
dan akhir tiap-tiap bulan Islam.
2.
Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang.
3.
Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
4.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya
boleh mewarisi buta.
5.
Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram
sekiranya sengaja dilihat orang.
Ada
pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam
bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan
bulan. Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali,
Mu’awiah dan Abu Hurairah.
Fatwa
sahabat bukanlah merupakan satu hujah syara’ yang diwajibkan mengikutinya, jika
fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah pendapat
jumhur (kebanyakan) ulama.
Ada
juga ulama’ berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl
Fitri dan Aidil Adha.
C.
Perkara yang haram dalam persetubuhan
1.
Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika bersetubuh
pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
“Mereka
bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”,
oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan
janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka
telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah
kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)
Dari
Masruuq b.Ajda’i berkata: “Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu
yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.”
‘Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
(Riwayat Bukhari)
2.
Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
“Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu
Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
3.
Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat
dan lain lain seperti azimat.
4.
Haram jima’ dalam masjid / surau.
5.
Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6.
Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.
7.
Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
\
Tambahan
Boleh
mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak kira depan,
tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan bukannya lubang
dubur.
Dari
Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata,
Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya melalui belakang maka
mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci
demikian:
“Isteri-isteri
kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang
kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat 223)
Bersetubuh @ berjima’ dengan isteri adalah satu ibadah dan
mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “…..dan apabila
engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para
sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala
dalam melampiaskan syahwat?
Nabi
menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya) di tempat yang
haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan (syahwatnya)
pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat Muslim).
Dan
jika mahu mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu zakar. Seperti
mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara kamu telah
mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka
hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat
Baihaqi)
Sumber: hafizamri.com
0 comments:
Post a Comment