INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 21/11/2014
IKHWAN MUSLIMIN,
Mariah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan iaitu dengan melaksankan segala
suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
menjadi insan yang bertaqwa seterusnya berjaya dan selamat di dunia dan
di akhirat.
IKHWAN MUSLIMIN,
Pendidikan mempunyai peranan yang besar terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan Negara. Pendidikan berkualiti dapat menjamin setiap
individu untuk memperolehi dan menegakakan kulaiti kehidupan yang baik.
Pendidikan yang berkualiti menurut Islam bukan sahaja bakal
memberikan peluang kehidupan yang baik di dunia sahaja seperti kemampuan
membenteras kemiskinan, meningkatkan ekonimi, membina kestabilan hubungan social,
membentuk masyarakat dan Negara maju atau sebagainya tetapi hasil pendiikan
berkualiti mengikut Islam menjamin peluang kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Kualiti hidup yang
terbaik merupakan satu kebahagian dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap insan.
Sesungguhnya Islam menutut umatnya menguasai kedua-dua bidang
ilmu terutama imu akhirat. Apabila setiap individu masyarakat telah mendapat
pendidikan berkaitan keduniaan dan ilmu berkaitan akhirat maka pasti kehidupan
terbimbing untuk mencapai kehidupan terbaik dan kecermerlangan di dunia serta akhirat.
Sesungguhnya pendidikan Islam menekankan pembangunan semua
aspek untuk melahirkan insan yang berperikemnusiaan dan benar-benar sempurna yang
mencakupi kesempurnaan akidah, syariat, ahklak, justru antara ciri-ciri penting
yang perlu dititikberatkan dalam pendidikan atau pengajian Islam ialah:
1.
Pendiikan
yang membolehkan manusia mengenal ALLAH.
Untuk melahirkan jenerasi manusia
yang mengenal Allah dan patuh kepada suruhan-Nya. Kerana sesungguhnya tujuan
manusia dan jin dicitpakan adalah untuk mengabikan diri kepada Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud: “ Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan
beribadat kepada Ku”. (Al-Anbia’:52)
2.
Pendidikan
dan pengetahuan yang mengajar manusia berkaitan Islam secara syumul.
Mengajak manusia kepada Islam dan
pengamalan syariat Allah SWT secara berhikmah merupakan kaedah terpenting dalam
aktiviti dakwah kepada Islam. Dakwah biasanya difahami sebgai usaha untuk
menyapaikan, mengajak atau menyeru bukan Islam untuk mengenali Islam, menerima
dan menghayatinya. Namum hakikatnya dakwah itu mempunyai maksud yang lebih luas
meliputi individu muslim dan bukan muslim. Dengan itu dakwah bermaksud mengajak
seluruh manusia kepada mempercayai dan mentaati ajaran Islam serta syariat
Allah SWT secara menyeluruh. Inilah antara aspek penting yang perlu ada dalam
perlaksanaan pendidikan Islam yaitu melahirkan insan yang mampu membawa manusia
lain kepada penghayatan dan kesyumulan Islam sebagai cara hidup.
3.
Pendidkan
yang mengajak manusia mengamalkan syariat Allah secara berhikmah.
Mengajak manusia kepada Islam dan pengamalan syariat Allah SWT
secara hikmah merupakanh kaedah terpenting dalam aktiviti dakwah kepada Islam. Dakwah
biasanya difahami sebagai usaha menyampaikan, mengajak atau menyeru bukan Islam
untuk mengenali Islam, menerima dan mengamalkannya. Namun hakikatnya, dakwah
itu memberi maksud yang lebih luas iaitu meliputi indiviu muslim dan bukan
muslim. Dengan itu dakawah bermaksud mengajak seluruh manusia kepada
mempercayai dengan mentaati ajaran Islam serta syariat Allah SWT secara
menyeluruh. Itlah antara aspek penting yang perlu ada dalam falsafah pendidikan
Islam iaitu melahirkan insan yang mempu membawa manusia lain kepada penghayatan
dan kesyumulan Islam sebaga cara hidup.
4.
Pendidika
yang memperkasakan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang luhur.
Sebagaimana maksud hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud: “ sesungguhnya aku
di utus untuk menyempurnakan (manusia dengan) akhlak yang baik (riwayat
Al-Bukhari)
Bedasarkan hadis di atas, dapatlah
kita fahami bahawa ajaran Islam membaw manusia kepada metauhidkan Allah SWT dan pengamalkan kepada
syariat yang benar, Islam juga mengajak manusia untuk menjadi insan yang indah
budi pekerti bukan sahaja kepada sesame manusia tetapi kepada seluruh makhluk
Allah.
5.
Pendidikan
yang meratakan pengetahuan Islam secara
bersepadu kepada seluruh umat manusia.
Sesungguhnya Islam telah meletakkan
asas-asas dan tatacara kehidupan secara umum seperti mengharamkan kezaliman,
menegakkan keadilan dengan memberi hak-hak tertentu kepada mereka yang layak
dan sebagainya. Melalaui usaha penyebaran
pengetahuan Islam yang sahih dan
pengetahuan lain yang bermanafaat dalam kehidupan akan melahirkan isan yang
seimbang dan mampu menempuh cabaran kebidupan ini.
Firman Allah yang ertinya: “ Dan
(Tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membawa kepada mereka (pintu pengurniaan) yang
meiimpah-limpah berkatnya dari langit
dan bumi tetapi mereka mendustakan (Rasul kami) lalu kami timpakan mereka
dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan ( Al – A’raaq :92.)
sumber : MAIK
0 comments:
Post a Comment