Wednesday, November 19, 2014

Tanda-tanda hubungan cinta suami isteri yang jitu



TANDA-TANDA ISTERI DAN SUAMI SALING CINTA MENCINTAI

CINTA adalah perasaan yang timbul di naluri seseorang insan. Cinta tidak bermakna jika hanya dilafazkan dibibir, ia perlu kepada pembuktian melakui tindakan yang ahkirnya terpahat di hati.
Cinta tak boleh di paksa kerana ianya berkaitan dengan perasaan dan hati.

Cita sepasang kekasih yang dibuktikan dengan terjalinnya hubungan kasih sayang yang ihklas dan saling kasih mengasihi dan sayang menyangi diantara satu sama lain. Cinta ini akan mancapai kemuncaknya apabila pasangan itu telah mengikatkan tali percintaan secara kekal melaui lafaz akad untuk membolehkan mereka menjadi suami isteri yang sah di sisi sarayak.

Tanda-tanda Cintanya Isteri dan suami terhadap pasangan  Sungguh Mendalam  akan dijelmakan dengan perbuatan,  Jika sumi isteri mengamalkan sikap-sikap seperti di bawah, ia membuktikan bahawa cintan mereka sungguh mendalam :

1. Isteri yang mencintai suami dengan sesungguh hati dan sebaliknya, biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suami. Perasaan isteri tidak berubah-ubah. Umpamanya minggu ini dia kelihatan sangat mencintai, sedangkan pada masa yang lain, sikapnya berubah. Pasangan juga tidak menuntut sesuatu daripada suami, sebaliknya menerima seadanya, sama seperti ketika baru berkahwin dahlu. Siisteri akan sentiasa redha dengan apa yang diperolehi oleh suaminya.

 2. Suami  isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cinta dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ini termasuklah saling membantu menyiapkan tugasan peribadi dan  rumah tangga secara bersama.

 3. Tidak selesa ketika berjauhan, timbul perasaan kesunyian. Semasa berdua-duaan mungkin tidak ada perkara yang ingin dibicarakan, kerana dengan adanya pasangan di sisi, sudah cukup untuk membuatkan hati tenang.

4. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus sesama mereka. Mereka selalu berbincang, berhumor serta selalu membuat jenaka lucu yang dapat menggembirakan hati. Mereka juga saling mendorong untuk menjaga badan dan  kesihatan diri.

 5. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan  kasih sayang selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang @ daring, ungakapan “I Love You” ataupun memanggil sesamanya nama panggilan yang manja lagi romantic merupakan amalan lumrah dalam kehidupan seharian.

6. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara dengan baik, dan juga wajah berseri2 serta sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk pinggang isteri dan pelukan itu disambut baik oleh isteri. Suana romantis sentiasa mekar dalam hubungan mereka.

7. Setiap kejayaan yang dikecap pasangan, selalunya akan mereka rasakan dan menikmati bersama. Hal itu misalnya diungkapkan degan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan. Sering memgeluarkan ucapan ‘Tahniah” setiap kali pasangan memperolehi sesuatu kejayaan.

8. Jika seseorang isteri betul-betul mencintai suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya dan begitu juga sebaliknya. Dia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang akan menyinggung perasaan pasangan sepert "Awak tidak pandai jaga badan" @ "Awak terlalu gemuk @ kurus" serta ungkapan-ungkapan lain yang boleh menyinggung perasaan pasangan.

 9. Pasangan yang saling mencintai akan selalu memberikan pujian yang sesuai, sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan. Masing-masing akan sentiasa berhati-hati untuk menjaga  hati pasangan demi menjaga hubungan cinta mereka.

10. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong kata-kata pasangan. Dia hanya akan berbicara hanya apabila diminta untuk memberi pendapat.

 11. Suami isteri sanggup menerima kekurangan antara mereka. Isteri yg sangat mencintai suami sanggup menerima hakikat keperibadian si suami serta cara percakapan suami. Dia bukan sekadar mencintai suami lantaran suami pandai mencari harta & wang.

 12. Orang yang saling mencintai tidak akan berahsia sesama mereka. Sebaliknya, mereka selalu berkongsi suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

 13. Pasangan yg bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merosakkan perasaan pasangan. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya, isteri sedar jika dia bercerita masalah rumah tangga ketika suami sedang letih, akan menimbulkan kemarahan suami.

 14. Sentiasa dapat membaca isi hati pasangan melalui bahasa badan, pancaran mata dan nada percakapan. Tanpa bertanya atau berterus terang pun, mereka sudah tahu rasa hati pasangan, sama ada mereka gembira atau sebaliknya.

Sungguhpun dua pasangan akan cuba menjaga hati masing-masing demi menjaga hubungan cinta mereka. Namun kita perlu ingat bahawa cinta di antara dua pasangan itu tidak akan kekal jika tidak mendapat hidayah Allah.

Oleh itu marilah kita semua sentiasa mnejaga hubungan kita dengan Allah semuga kita menjadi hambanya yang beriman dan bertaqwa yang mendapat kerdehaan Allah. Mudah-mudahan cinta suci suami iateri akan terus berkekalan sehinga ke jannah. Amin.



Source:  Mirwan Choky

0 comments:

Powered by Blogger.