AL-QURAN
PEMBINA AKHLAK MULIA
AKHLAK
ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh
seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya
terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar
daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan
diyakininya
Aqidah
yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi
oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan
memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan
mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah
yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup
bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan
memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan
akhlak yang buruk.
Akhlak
yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang
berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya
memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat.
lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan
akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera.
Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh
nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau.
Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan
luhur.
Sejarah
membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula
daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur
kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan
tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk
daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam
kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat
manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai
murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
'Sesungguhnya
aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi).
Para
sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina
keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi
pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta
ketinggian hidup manusia di bumi ini.
Kepentingan
akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi
berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan
mengenai nitai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran
dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam
bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk
digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti
kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.
Al-Quran
menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang
mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan
merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam
perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana
perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam
kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan
kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia
sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Sebagaimana
yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang
dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang
kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana
manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam
hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan
manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar?
Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan
mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu
kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan
tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia
yang mencorakkan berbagai sikap dan Al-Quran
telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada
persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah
mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah
orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang
munafiqin.
Aqidah
orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang
beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang
mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin
bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian
Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia.
Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat,
gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui
oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan
sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut
kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam
ilmu-Nya.
Aqidah
ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah
S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup
manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap
tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T.
menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.
Pergantungan
semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan
tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada
perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa 'Tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T.'
Manusia
beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada
Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa
selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi
mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan
segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah
bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh
seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum,
yang bermaksud:
'Allah
sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya
daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada
kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman
agama-agama kepada keadilan Islam.'
Seorang
mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.
Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu
ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan
memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la
sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.
Seorang
mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia
adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan
dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama.
Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia,
tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik
dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di
dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.
Aqidah
dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam
jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk
beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang
membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang
beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama
manusia.
Hubungan
manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan
mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap
manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang
ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah
S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan
perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.
Aqidah
dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang
kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quran memaparkan
aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru
terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia.
Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar
yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan
itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
'Maka
berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak
lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih
daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t
Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan
Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24).
Kekufuran
juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa
tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini
tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh
al-Quran 'kehidupan ini cuma di dunia'. Manusia dilahirkan dan kemudian mati,
mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:
'Kehidupan
kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan
hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.
Maksudnya:
'Dan
berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan
akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang
ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan
dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33).
Kekufuran
juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada
perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran
Iblis yang bermaksud:
'Dan
ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud,
kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.
(al-Baqarah:
34)
Aqidah
orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya
kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa,
yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum
Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan
dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan
luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
'Dan
orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi
tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)
Mereka
tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka.
Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya
semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain
dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara
hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang
pincang dan bercelaru.
Satu
lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang 'pepat di luar
rencung di dalam,' 'telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini
sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang
yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran
kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T.
tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah
kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
'Dan
di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari
akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)
Aqidah
munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii
akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar
belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tiga
perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq.
Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi
amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain
daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan
praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan
orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran
menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh
orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan
kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan
pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w.
dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun
akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk
akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat
relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, t
Nilai-nilai
yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama
ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang
mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan.
Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang
telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan
tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif
sifatnya.
Nilai-nilai
akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata
bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik.
Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada
hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai
baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap
demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram
dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan
sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian
nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan
kepincangan akhlak.
Rasuluilah
s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh
berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan
kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem
peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang
bermaksud:
'Mereka
tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias
serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)
Orang-orang
kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah
manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu
Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak
berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan
sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat
daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan
mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di
kalangan generasi baru masyarakat barat.
Akhlak
Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan
dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia
dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan.
Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan
Rasuluilah s.a.w.
Rasuluilah
s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara
akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T.
untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan
teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
'Dan
sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)
Juga
firman-Nya yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)
Rasuluilah
s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T.
yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah
S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya.
Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi
pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata
mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya
yang bermaksud:
'
Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas
terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan
mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)
terdapat pada muka mereka dari kesan sujud'. (al-Fath: 29)
Rasulullah
s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan
tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah
hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu
ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah,
pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan
terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
'Tidakkah
aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukur
adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T.
Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada
tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu
kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai
Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa
mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
'Demi
sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada
kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku
amatiah keras'. (Ibrahim:
7)
Rasuluilah
s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan
kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni
ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan
menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T.
semata-mata.
Beribadah
dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian
yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara
sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T
menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang
dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:
'Mereka
ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab
dari Allah dan adanya sebab dari manusia'. (a-li'lmraan:
112)
Justeru
itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang
mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem
yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin
jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari
kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan
kehormatan.
Pada
suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat
mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam.
Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang
lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah
s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, 'kamukah yang berkata
demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu.
Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa
malah aku mengahwini wanita-wanita'.
Tumpuan
kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya
mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan
ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah
dan arahannya.
Al-Qurran
dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan,
menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang
beriman, secara terperinci.
Hubungan
antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan
yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
'Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua
saudara kamu'. (al-Hujuraat..
10)
Persaudaraan
itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Perumpamaan
orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan
belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa
seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)
Perasaan
kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman.
Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada
kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tidak
beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya
daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)
Dalam
hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan
iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam
kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
'Tidak
sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana
ia mencintai dirinya.
(Riwayat
Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai
kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan
Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan
untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman
dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama
Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang
dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Melemparkan
senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah.' (Riwayat
At-Tirmizi)
lni
diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan
dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'...Sebarkantah
salam di kalangan kamu'. (Riwayat
Muslim)
Seterusnya,
Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara
terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.
Bagi
memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan
Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan
yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim
di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang
menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah
S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang
dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran
melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila
dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi
dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh
seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
'Allah
tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus
terang melainkan mereka yang dizalimi'. (al-Nisaa'..
148)
Keburukan
yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan
itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di
mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita
mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan
disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
'Sesiapa
yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan
diakhirat'. (Riwayat
Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Seterusnya
orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan
kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan
kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Memadai
seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang
didengarnya'. (Riwayat
Muslim)
Mengenai
budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
'Bukaniah
seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka
mengeluarkan kata buruk dan kesat'. (Riwayat
Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang
Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah
saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Cukup
seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya
(RiwayatAt-Tirmiz).
|
Wednesday, July 9, 2014
AL QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment