CADANGAN PENGKUATKUASAAN HUDUD DI
NEGERI KELANTAN:
Pernah
satu ketika apabila “Enekmen Kanun Jenayah Syariah II” di luluskan oleh DUN Kelantan. Ada pemimpin
utama Negara memberi komen sebegini:
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang
menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah
mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya?
Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali
pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Sebagai menyahut pertanyaan
pemimpin tersebut, seoran penuis blog
menulis artikel ringkas ini memberikan input kepada umum berbubung isu
berbangkit.
ARAK DAN STATISTIK
KEBURUKANNYA
Sebelum saya menghuraikan ringkas
jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca
berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu
bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia
sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak
individu.
Menurut statistik rasmi di United
Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah,
mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes
serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga
melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang
berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang
mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/08)
Manakala di Russia pula, sekitar 72 %
kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati
bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati)
rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan
berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak
berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga
turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata
umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini
biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital
akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan,
di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan
minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan'
arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat
dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan
sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas
ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB'
sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan
hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan
individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya,
membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat
Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya
sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN
MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah
haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja
larangannya. Demikian juga
dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما
أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya
: Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun
belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya
terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil
dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain.
Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas
kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ
أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka
bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada
kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa
pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ
وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman,
sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi
nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka
jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan
( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam
dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama
jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan
melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu
adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith
As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil,
selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya
dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI
PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari
kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak,
jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak
adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا
شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak,
sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan
kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن
النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh
seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua
pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان
يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat)
bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali
(Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن
النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين
فلما كان عمر ودنا الناس من الريف
والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال
عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w
merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu
Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di
ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan
desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?,
lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang
paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3],
maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat
Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال
علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة
وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah
menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80
sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah
lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke
penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w
mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan
sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana
dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ
لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al
Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan
kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang
bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang
menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN
ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti
dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit.
Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman
sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya
ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi,
Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman
hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain
seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi,
Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah
kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau
tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti
sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan
berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang
dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza
menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan
hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu
hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar
diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman
ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh
melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan
hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan
tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7].
Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud
semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan
penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan
mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan
bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang
perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para
ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama
: Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali
sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua
: Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati
kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih
dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal
adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK
DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang
dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima
sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak
boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak
Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu
itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti
zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas
seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau
kali pertama[8]
melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis
Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia
kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan
sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan
hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia,
khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN
INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk
dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang
keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke
nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan
memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil
Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia
yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya.
Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu
tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar
dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
Kedua
Sebatan ini, tidak zalim sama sekali
kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis
kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran,
seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas
asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan
telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9]
:-
- Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
- Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
- Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
- Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
- Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun
dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul,
adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun
masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana
bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim
dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak
menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi
perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan
pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk
mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai
gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda
dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
Keempat
Bukankah keputusan hakim patut
dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan
luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan
mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau
diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah'
(contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini
dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
Kelima
Di dalam Islam, adil atau tidak bukan
terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah
melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.
Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman
tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak
pesalah untuk mendapat hukuman.?
Petikab
dari artikel:
Wednesday,
August 26, 2009
0 comments:
Post a Comment