KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG……
Semua manusia mahu kehidupan yang sempurna.
Namun semua manusia juga tahu, di dunia ini tidak ada yang sempurna kecuali di
syurga. Antara banyak perkara yang mahu dijadikan sempurna, ada satu yang semua
manusia berusaha, untuk mendekati sempurna, iaitu cinta.
Di situlah kisah saya dan isteri bermula. Pada
ketika semuanya nampak hampir sempurna, pada ketika itulah Tuhan mendatangkan
ujian-Nya. Ujian yang pada mulanya membuatkan saya terfikir, di mana salah
saya? Apa dosa saya sehingga saya dilakukan begini?
Namun pada akhirnya saya mengerti, Tuhan turun
ujian-Nya itu bagi menjadikan cinta saya kepada isteri, mendekati sempurna.
Cinta sempurna yang tidak meletakkan syarat. Cinta yang tidak perlu cantik,
tidak perlu bersuara manis, tidak perlu tersenyum anggun, dan tidak perlu
memeluk saya pun, tetap akan saya membalasnya dengan cinta.
Beginilah kisah saya bermula.
***
Pada 21 Ogos 1980, saya mendengar kata-kata
tegas dan keras ini dengan penuh rasa syukur dan gembira.
“Sah!”
“Sah!”
Alhamdulillah, akhirnya saya menjadi seorang
suami, kepada seorang perempuan yang paling cantik pada mata saya. Perempuan
yang sudah mencuri hati sekian lama, semenjak di sekolah menengah lagi dan pada
hari itu, sah menjadi isteri. Kehidupan pun berlangsung dengan permulaan yang
manis-manis.
“ Abang sayang kat yang tak” itu luahan isteri
pada malam pertama.
“Siapa yang tidak sayang.”
“Betul abang sayang?”
“Sumpah abang sayang.”
Kami sama-sama tersenyum bahagia. Lalu selama
hampir 20 tahun Allah, pinjamkan saya dan isteri, perkara yang bernama manis.
Kami hidup bersama menjalani era 80-an dan 90-an dengan penuh suka duka. Kami
diberi rezeki oleh Tuhan, bermula pada 1 September daku di lantik sebagai
Pegawai Tadbir Negeri, dengan harta yang
sedikit-sedikit kami kumpul, dan kemudian di anugerahkan oleh Allah dengan
rezeki yang tidak ternilai – anak. Anak yang menjadi bukti dan pengikat cinta
kami. Sehinggakan kami terpaksa mengangkat dua belah tangan untuk menghitungnya,
iatu tujuh orang. Empat putera dan tiga puteri. Kehidupan kami sekuluarga,
Alhamdulillah dukurniakan dengan kebahagian dan keceriaan seadanya.
Sehinggalah pada tahun 2 Mac 2001, isteri saya
terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan. Sesuatu yang saya tidak
jangka. Sesuatu yang saya baru tahu, dan tidak pernah tahu pun penyakit itu
wujud kerana dia semenjak kami disatukan tidak pernah sakit berat, kecuali deman
selsema sekali sekala... Yang paling kerap sakitnya ialah perut berbondol
didepan dek mengandung anak-anak hampir setahun sekali pada awalnya dan di
selang-seli tiga tahun sekali selepas anak ketiga dan seterusnya..
“Isteri Tuan terkena penyakit, berkaitan dengan
ganetik yang mungkin berlaku atas nisbah 100 ribu hingga 150 ribu orang manusia
seorang yang mengalami penyakit ini.
mengikut istilah kedoktoran penyakit ini dikenali sebagai “Arterio-Venous Malformation” (AVM).”
Pada ketika doktor
memaklumkan perkara itu kepada saya, saya masih belum berasa apa-apa lagi.
Sekiranya kanser ataupun penyakit jantung, masih saya mampu bayangkan
bahayanya, tetapi tidak dengan penyakit ini. Suatu mesteri bagi saya, panyakit
pelik yang berkitan dengan saraf otak. Bila dia menyerang insan yang sihat
boleh koma serta merta...Itulah sunnatullah yang banyak lagi insan bergelar
manusia tidak mengerti dan jahil tentang ke Agungan dan Kekuasaan-Nya.
Lalu pada ketika isteri saya
dibawa ke dewan bedah, saya hanya mampu berkata, “Doakan selamat semuanya.
Insya-Allah, abang doakan selamat.” Itulah luahan kata-kata yang dapat saya
lafazkan semasa melihat isteri yang koma di bawa oleh nurse ke dewan bedah.
Bila isteri telah hilang dari
pandangan dek ditelan daun pintu dewan bedah..... minda mengelamun mengimbas
kembali tentang isteri tercinta yang begitu setia kepada diri ini..... Nah
telah terbukti keikhlasan cinta dan sayangnya pada suami bila saya di takdirkan
menimpa musibah kesakitan ini pada tahun
1983.
“Abang biar saya yang
lakukan semuanya.... tak jadi masalah... nanti bila abang dah sembuh
betul-betul .... bolehlah buat kerja semula.” Luahan isteri kepada saya yang
terlantar di kerusi malas akibat kaki kanan di simen dengan POP selama setahun
dahulu... itulah bukti ciantanya ......
Dan sekarang kesetiaan
cinta saya pada isteri pula di uji...... mungkinkah Tuhan takdirkan semua ini
sebagai timbal balas ujian-Nya tehadap cinta
kami..... Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Bila dikenangkan isteri memang seorang yang baik dan jujur kepada
suami. Dia menjaga ku dengan sepenuh
hati tampa sebarang rungutan dan keluh kesah. Dia senggup lakukan semuanya,
basuh najis, air kencing, memandikan dan serba serbi lagi. Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya
jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati. Itulah bukti kesucian cinta isteri kepada ku..
“Encik” aku tersentak dari
mengelamun, bila mendengar suara nurse.
“ Isteri encik akan dibedah dalam tempoh 3 hingga 4 jam...encik boleh
tunggu di lobi sana. Bila dah selesai nanti saya panggil” katanya dengan senyum
menawan. Aku hanya melihat dengan hati yang kosong.
Di kerusi ruang
menunggu.... fikiranku masih terbang kesana kemari mengelamun memikirkan masa
depan kami sekeluarga...
Isteri yang sedang
menjalani pembedahan sekarang ini.... belum pasti apa akan kesudahannya....
sihat kah atau..... macam- macam ....situasi
yang belum jelas dan terjawab ....... ya Allah kau selamatkanlah isteri ku
semoga dapat terus kami bersama.... InsyaAllah.... hati kecil ku menjawab sendirian.
Dalam pada menunggu isteri
keluar dari dewan bedah..... fikiranku masih terbayang waktu-waktu diri ini
yang ditimpa kesakitan, dan bagaimana isteri menjaga ku dengan penuh kasih
sayang dang taat setia.
“Abang dah lebih lapan
bulan berehat di rumah” isteri memberitahuku pada suatu petang.
Bila masa abang dapat
berjalan......tanya isteri kepada ku yang masih terbaring di kerusi malas.
“Entalah sayang, terserah kepada takdir Allah.
Abang terima sahaja’ jawabku ringkas.
Situasi itu masih terbayang
di minda ini..... masih aku ingat segalanya ....bagaiman isteri mengahdapi
segala dugaan bila aku sakit lutut pada tahun 80an dahulu...
Dia masih setia walaupun
diri ku sudah diketogri sebagai seorang suami yang cacat. Mana tidak, kaki
kanan hanya dapat digerakkan lebih
kurang 25% sahaja, menyebabkan saya terpaksa berjalan seperti orang memakai
kaki palsu. Bermula masa ini saya mula dilihat sebgai seorang yang cacat
anggota, apabila solat semasa duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir
kaki kanan terpaksa di bawa ke hadapan secar belunjur.
“Sayang terima seadanya....
biarlah abang sekarang tak sama seperti dulu....’ luah isteri ku semasa diri
ini baru saja kelusr dari hospital satu masa dahulu.
“ Sayang tak menyesal
kahwin dengan abang ? “ aku pernah luahkan kepada isteri setelah sakit lututku
tidak sembuh sepenuhnya.. kaki kanan ku telah tidak seperti dulu lagi.... telah
cacat.
“Apa pula menyesal, kerana
semasa kahwin dulu abang memang hensem, macam Amita Bacham,,,,,hee..hee. jenaka isteri kepada ku’.
“ Yalah.....sungguh...
sungguh tu” aku persoal kembali untuk mempastikan keikhlasan isteri.
“ jika abang tak percaya, tak apalah “ jawab isteri
dengan penuh sindiran kepada ku. Sebagai tindak balas atas soalan ku itu.
Itu adalah cerita lama di
tahun-tahun 80an dahulu.... Di takdirkan cinta manis kami hanya bertahan selama
tiga tahun sahaja, masa itu semuaya indah-indah.... suami isteri yang
romantis. Happy sentiasa hidup kami
sekeluarga.
Semuanya telah jadi
kenangan dalam lipatan sejarah rumah tangga kami....
Itu semua saya dapat hadapi
dengan penuh keinsafan dan tabah hati kerana sudah ditakdirkan Allah, mungkin
untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya kepada-Nya. Masa berlalu dengan
pantas, dan saya dapat mengadoptasikan kesakitan kaki kanan sebagi satu takdir
yang telah diberi kepada saya dan keluarga. Namum begitu kebahgaian rumahtangga
kami tetap utuh seperti sebelumnya.
Kini cinta ku pula kepada
isteri di uji Allah. Apa yang berlaku kini sebagai satu ujian getir cinta ku...
adakah ianya benar-bernar setia.. sebagaimana kami lafazkan semasa mula-mula
aku dan isteri berkenalan dulu. Adakah mampu bertahan dengan kesakitan isteri
yang mungkin lumpuh dan tidak dapat berkata-kata lagi selepas pembedahan
ini....
” Your wife may be
paralizyed one side of the body. She also may be cannot talk due to shortern of
her tounge” kata doktor pakar yang memjelaskan sitausi isteri yang akan dibedah
itu kepada ku.
Akau hanya mendengar saja
kata-kata doktor itu... apa yang dapat dilakukan dalam suasana kecemasan
seperti ini, yang penting bagi ku hanyalah mengharapkan nyawa isteri dapat
diselamatkan. Moga dia dapat terus menyudut udara di dunia ini..... Hanya pada Allah
yang aku serahkan segala-segalanya.
Jam di ruang mengunggu
menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku tetap sabar menunggu kuputusan pembedahan
isteri, belum menampakkan apa-apa berita lagi dari dewan bedah.Tunggu tetap
tunggu..........
Dalam pada itu aku masih
tidak dapat terima kenyataan.... bahwa isteri yang tercinta yang menjadi
pembantu utama kepada ku dalam mendayung kehidupan berkeluarga kami.. kini
telah diambil nikmatnya oleh Yang Maha Berkuasa. Dia telah koma, dan perlu
pembedahan segera untuk selamatkan nyawanya.
Selepas pembedahan masih belum pasti apa situasi kesihatannya.... boleh
pulih kah, atau tidak... dapat terus bernafas atau terus terhenti .... itu juga
tidak pasti... daku hanya berserah
kepada Allah SWT.
Masih aku soal-soalkan di
benak hati ini.. apakah kesalahan ku sehingga Allah menguji diri ku ini dengan pelbagai dugaan dari masa ke semasa.
Mungkinkah ini satu cara untuk menguji tingkat keimana dan ketaqwaan ku....
persoalan ini tidak dapat ku jawab dengan pasti.... wallahualam.. terserahlah
kepada-Nya.
Peristiwa yang berlaku ke
atas isteri ku ini banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada diri ku dan
juga ahli keluarga kami. Mana tidak dengan tidak semena-mena isteri yang sihat
telah ditarik nikmatnya serta merta. Terus koma di hospital semasa mendapat
rawatan sakit kepala.... yang ku anggap sakit biasa sahaja. Doktor pun berkata
begitu.
“ Encik jangan risau, sakit
kepada isteri ini biasa sahaja. Bila dapat rawatan sembuhlah dia” kata doktor
kepada ku semasa menghantar isteri ke hospital dahulu.
Tapi hakikatnya kejadian di
masa hadapan setiap manusia tidak benar-benar pasti, kita hanya mampu membuat
ramalan sahaja. Yang menentukan segala-galanya adalah Allah. Nah terubukti lagi
bahawa sebenarnya kita manusia ini tidak ada apa-apa kuasa dan kekuatan.
Segalanya adalah kurniaan dan pinjaman dari Yang Maha Berkuasa iaitu Allah.
Allah hu Akhbar ! Kita tidak ada apa-apa, semuanya Allah yang punya.
Masih akau terbayang situasi bermula pada 2
Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib, tiba-tiba kedenganran suara meraung
kesakitan isteri.
“ Adooooh, sakitnya kepala ini bang..
tolonglah bang…..ayang sakit ni…”
“ Tunggulah kejap , nanti abang selesai solat ni… kita pergi
jumpa doktor” jawabku kepada rungutan isteri yang sedang sakit.
Sebaik sahaja selesai solat, aku terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa
doktor.
“
sakit apa puan ?” tanya doktor yang memeriksa isteri ku .
“
Sakit kepada yang amat sangat doktor. Tangan dan kaki kanan rasa kebas nak
gerakpun tak daya,” isteri mebalas soalan doktor.
“
Tekanan darah puan normal, migrin kut” kata doktor ringkas, sambil menjalani
prosidur pemeriksaan pesakit yang biasa diamalkannya.
“Insya
Allah, selepas makan ubat nanti sembuh lah” kata doktor lagi.
“
untuk cepat tahan sakit, saya bagi suntikan… macamna boleh paun, tanya doktor
kepada isteri.
“
okey” jawab isteri ringkas.
Doktor memberi ubat suntikan dan juga ubat untuk dimakan bagi menahan
kesakitan….
Malam itu kesakitan isteri terkawal.
Pada
tengahari keesokan harinya, isteri
memaklumkan kaki dan tangan disebelah kanan terasa macam kebas dan agak lemah untuk
berjalan.
“
itu mugkin kesan suntikan malam tadilah
kut.” Aku memberithu isteri sebagai respon kepada soalannya.
“
Bersabarlah. Kan ubat dah makan. Nanti hilanglah sakit tu”. Aku cuba menyakinkan isteri yang maseh
dalam kesakitan di atas katil.
Setelah
hampir magrib waktu maghrib. Tiba-tiba kedengaran ….
“Eweeek,
eweeek,” bunyi suara isteri dari bilik air.
Aku
yang berada di atas sejadah untuk solat maghrib, bergegas ke bilik air
“
Kenapa ni yang, muntah ke” tanyaku pantas bila tiba di dalam bilik air,
“Eweek,
Eweeek.” Isteri masih muntah, tapi kali ini tidak ada apa yang keluar, cumi air
lur sahaja….
Aku
mengambil air dari paip bagi membantu untuk bersihkan kesan muntah isteri.
“Abang
tolong, tolong,… kenapa ayang ni….. muntah-muntah…. Kami kanan rasa macam
kebas.”
Aku
cuba membantu isteri, kelihatan ia agak susuah
hendak berdiri, dan aku papah isteri dan bantu dia bejalan ke katil,
“
Ok, mari kita pergi jumpa doktor” aku mengajak isteri.
Sekali
lagi membawa isteri berjumpa doktor di
klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan didapati keadaan masih
normal, tetapi oleh kerana isteri mengalami muntah-muntah dia memberi surat
untuk mendapat rawatan susulan di hospital, yang jaraknya lebih kurang 4 km
dengan rumah kami.
“
encik, isteri dah selelamat di bedah”
aku terdengar suara nurse, yang memberitahu kepadaku, aku terjaga dari
mengelamun, dan mendapati isteri sedang terbaring di atas katil yang di tolak
oleh dua orang pembantu hospital menuju ke wad.
“
encik boleh ikut kami” kata nurse kepada ku.
Aku
hanya mengikut mereka dari belakang.
“
Isteri akan dimasuk ke wad ICU dahulu. Bila dah sedar nanti akan dipindah ke
wad biasa” terang nurse kepada ku semasa kami berjalan menuju ke wad ICU.
Di
wad ICU, isteri ditempatkan di atas katil berhampiran dengan meja Ketua
Jururawat yang bertugas. Mungkin untuk memudahkan pengawasan.
Aku
hanya mempu memerhatikan dari jauh sahaja, kerana di ICU ahli keluarga tidak
dibenarkan menunggu pesakit, hanya dibenarkan semasa waktu melawat untuk
melawat pesakit dengan masa terhad dan prosidur yang ketat. Semuanya untuk
meberi keselesaan kepada pesakit dan mempastikan pesakit mendapat rawatan yang
terbaik, lebih-lebih lagi pesakit seperti isteri yang menjalani pembedahan
kepala.
“Encik
jangan risau, kami akan jaga isteri encik.” Itu kata-kata nurse kepada ku
setelah dia melihat aku agak gelaisah dan serba salah semasa menunggu iseteri
di lobi wad ICU.
Sedang
aku asik mengunggu perkembangan isteri
selepas pembedahan. Di minda masih terfikir tentang kebesaran Alla Yang Maha
Pemurh dan Penyanyang. Aku sebenarnya tidak terfikir yang isteriku semasa
sedang koma di hospital di Kota Bharu, dan mengikut doktor hanya menunggu masa
sahaja untuk menemui Pencipta-Nya.
Kini
masih dapat bernafas dan ada kemungkinan akan dapat sedar kembali setelah
mejalani pembedan kepada bagai membetulkan system saraf otak dan membuang darah
yang mengalir sebelum ini.
“
Encik jangan risau, pembedahan ini simple sahaja, setiap bulan saya lakukan
hampir lebih 20 pebeahan” kata doktor pakar untuk menyakinkan aku semasa
diminta menandatangi surat kebenaran pembedahan pagi semalam.
Aku
juga terharu bagaiman VVIP di Kota Bharu yang datang melawat isteri di hospital
pada petang 2 Mac 2001, telah memberi arahan kepada doktor supaya membawa
isteri ke Hospital Pakar di Ampang, Kuala Lumpur. Itu semua tiada dalam
jangkaan aku.
Mungkinkah
ini adalah takdir Allah… semua perkara yang tak kita sangka-sangka boleh
berlaku. Atuapun ini juga mungkin apa yang dikatakan oleh beberapa orang ustaz
semasa memberi kuliah agama yang peernah ku hadiri beberapa masa dahulu,
mengatakan:
“
Jika kita suka membantu orang dalam kesusahan, nanti apabila kita dalam keadaan
kesusuhan dan kebuntuan akan datang pertolongan Allah dengan cara yang tidak
kita duga dan terfikir, itulah kelebihan orang yang mempunyai sifat pemurah dan
suka menolong orang”.
Jam
di ruang lobi menunjukkan pukul 3.20 petang.
Aku rasa agak bertengan semula setelah pergi mandi dan menukarkan
pakaian yang ku pakai semenjak malam semalam lagi, lebih menyegarkan apabila
aku dapat lena seketika selepas solat zohor di surau hospital tadi.
“
En. Raihan. Sila masuk ke wad” kedengaran suara nurse yang memanggil nama ku
dari pintu wad ICU.
Aku
bergegas ke pintu Wad ICU, dan mengikuti nurse masuk ke dalam wad dan di bawa
menghamiri katil isteri yang sedang terlantar.
Aku
memerhatikan suasan isteri yang masih terlantar di katil, telah kelihatan
pegerakan kepalanya yang berbalut dengan bandange yang tebal, dan jarinya yang
masih terkepit dengan alat pengawasan nadi dan didadanya dipenuhi denga ware
yang mengawasi perjalanan jantung dan tekanan darahnya, mesin pengawasan
memperlihatkan catatan system tubuh isteri adalah normal. “ Alhamdulilllah “
berbisik hati kecil ku bersendirian.
Sedang
aku memerhati kepada isteri ku. tiba-tiba .
“
Abang……. Lapar” kedengan bisikan perlahan dari mulut isteri yang telah mula
sedar……
“
Alamdulilllah…….” Keluar sepontan dari mulut ku, sambil tangan ku memegang erat
tangan isteri.
Betapa
bersyukurnya diri ku kepada Allah…. Kerana telah memakbulkan doa ku….. isteri
yang menjalani pembedahan telah sedar dan dapat berkata-kata semula. Situasi ini telah mengembalikan keykinan ku
yang sebelum ini didalam seribu persoalan dan ketidak tentuan kerana doktor
meramalkan isteri ku tidak dapat bercakap selepas menjalani pembedehan di
kepalanya.
Kejadian
ini memberi kesedaran yang mendalam kepada diri ini yang cetek ilmu agama, Ia membuktikan bahawa kekuasaan Allah akan
mengatasi segala-galanya di dunia ini. Allah boleh menidakkan segala tanggapan
manusia yang berdasarkan hukum akal bahawa sesuatu keadaan itu akan berlaku
mengikut tabiinya. Tapi ilmu Allah yang boleh mengatasi ilmu tabii. Sesuatu di
luar kebiasaan tabii alam akan berlaku bila Allah menghendaki ianya berlaku.
Peristiwa
yang dialami oleh daku dan isteri memberi keinsafan bahawa jika kita bertawakal
dan berserah kepada Allah setelah
berusaha sedaya upaya mengikut kemampuan kita. InsyaAllah akan ada jalan
penyelesaian yang ditentukan oleh-Nya.
Kesimpulan
dari cerita yang saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan
segala-galanya kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang
untuk mendapat kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala
perancangan kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang
kita harapkan. Sungguhpun begitu ianya ada hikmahNya, untuk menguji sejauhmana
kita beriman dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa itu adakah
kita mengadapNya untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran
dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan
akan merasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah, kerana mereka yakin seagala
janji Allah bahawa setiap kesusahan yang dihadapi dengan penuh kesabaran akan
diganti dengan kegembiraan dan keseronokan bila tiba masanya. Kita sebagai
manusia hanya berusaha dan berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap
penyakit akan ada ubatnya, setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.
Atas kesedaran dan
niat untuk sama sama berbakti kepada masyarakat Islam di Malaysia yang
menghadapi pelbagai masalah dalam mengurus dan menerajui rumah tanagga, berikut
ini dicatit TIP –TIP yang saya pernah amalkan yang membolehkan cinta kami yang dipupuk
sejak 35 tahun lalu dapat bertahan sehingga kini. Dugaan Allah yang datang
bertalu-talu dalam menguji kesetiaan cinta kami dan juga keimanan dan
ketaqwaan, sudah dapat kami lalui dengan penuh sabar dan tabah, atas satu
kesedaran dan keinsafan, bahawa ujian Allah itu ada seribu hikmah yang kita
tidak ketahui. Tapi Allah Maha Mengerahui, Allah uji hamba-Nya dengan dugaan yang
dapat dihadapi olehnya, jika kita tabah dan bersabar memenpuh segala dugaan.
InsaAllah akan diikuti dengan kabar gembira. Begitulah cerita yang berlaku
kepada diri ku dan isteri dalam membuktikan cinta kami, satu cinta yang abadi,
cinta yang diukir dengan keikhlasan kerana Allah sudah pasti akan kekal abadi,
walaupun isteriku telah lumpuh hamapir 15 tahun lalu sehingga kini. Nami begitu
dalam perkiraanku matlamat perkhawinan kami kerana cinta yang berteraskan
sunatullah, telah dapat kami kekalkan untuk mencapai idaman cinta suci yang
abadai sehingga ke syurga. InyaAllah.
Atas tanda kesyukuran terhadap
hidayah Allah yang membolehkan cinta kami terus kekal setia dan bahagia,
setelah kami hayati puncanya adalah kerami kami suami isteri mengamalkan
beberapa perkara yang bertujuan untuk mengekalkan kebahaian dan keabadian cinta
kami dalam berumah tangga dan kami ketengahkan untuk perkonsian bersama
maysarkat dalam catatan buku ini sebagai satu perkongsian bersama.
Mudah-mudahan ianya akan dinaggap sebagai sedekah jariah kami kepada masyarakat.
0 comments:
Post a Comment