Islam
perintahkan suami sabar tangani kerenah isteri
SIFAT pengasih dan penyayang Allah adalah sifat yang pertama sekali ditonjolkan dalam al-Quran iaitu melalui ayat pertama yang bermaksud: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
SIFAT pengasih dan penyayang Allah adalah sifat yang pertama sekali ditonjolkan dalam al-Quran iaitu melalui ayat pertama yang bermaksud: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Senarai
Asma-ul-Husna yang mengandungi 99 nama-Nya yang indah itu juga dimulai dengan
Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).
Bertolak
daripada sifat-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu, Allah
memerintahkan sekalian hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang
hamba hanya akan memperoleh kasih sayang Allah apabila dia mengasihi
makhluk-Nya.
Jika ada dua sahabat berkasih sayang antara satu sama lain, maka yang lebih disayangi Allah antara kedua-duanya ialah yang paling kasih kepada sahabatnya.
Manusia
yang memiliki sifat kasih sayang yang paling tinggi dan agung ialah Rasulullah
saw.
Baginda sangat mengasihi umatnya hingga perasaan kasihnya yang amat mendalam itu dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)
Baginda sangat mengasihi umatnya hingga perasaan kasihnya yang amat mendalam itu dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)
Kasih
sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati
serta sedia berkorban demi kebahagiaan insan tersayang.
Kedamaian
dan kasih sayang adalah teras paling utama dalam hubungan suami isteri.
Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.
Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.
Lantaran, Allah menjadikan perasaan kasih mesra antara suami dan isteri sebagai satu sunnah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan. Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." (Surah ar-Rum, ayat 21).
Justeru,
Rasulullah sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani
isteri dengan sebaik-baiknya.
Baginda
menegaskan bahawa "suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap
isterinya." (Maksud hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi)
Dalam
hadis lain pula, Baginda berpesan kepada suami dengan sabdanya yang bermaksud:
"Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita
(isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu.
"Kamu
tidak memiliki apa-apa pun daripada mereka, kecuali hak untuk menikmati
hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan
kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka dan pukul mereka
dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan.
"Jika mereka kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka.
"Ingatlah
bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke
atas kamu. Hak kamu adalah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas
tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah
kamu.
"Adapun hak isteri ke atas kamu adalah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka". (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hadis
ini dengan tegas menyatakan bahawa meskipun kehidupan isteri terikat dengan
suami laksana seorang tawanan, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba
yang boleh diperlakukan sesuka hati.
Isteri
mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai
layanan buruk yang diterima daripada suami mereka.
Apabila
Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka.
Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada
kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Diriwayatkan
bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki yang
bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala
seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang
menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai
suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti
Muzahim, isteri Firaun."
Sebagai
kesimpulan, sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar
bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar
pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang
meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Lelaki itu
beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan
Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan
aku?"
Selepas
itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar
memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?"
Umar
berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar
leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
"Sesungguhnya
dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan
menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."
Lelaki
itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."
Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."
petikan artikel:
Prof
Madya Maznah Daud
PENULIS
ialah pensyarah syariah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.
0 comments:
Post a Comment