Imam al-Bukhārī dalam kitab al-S!ah)īh) menyebutkan beberapa kisah yang
bernilai bagi para pembaca yang dapat dijadikan teladan dalam masalalah
kesabaran. Di antaranya adalah kisah kesabaran Zaid bin Arqām r.a. yang
kehilangan kemampuan melihatnya (penglihatannya). Zaid menyebutkan kisah
peribadinya: “Kemampuan penglihatan mataku berkurang. Suatu hari baginda
Rasulullah s.a.w. berziarah kepadaku dan berkata: Wahai Zaid. Jika
penglihatanmu hilang apa yang akan kamu lakukan? Zaid menjawab: Saya akan
bersabar dan dalam keadaan seperti itu saya akan mencari pahala dari Allah
s.w.t.. Apabila mata kamu hilang kemudian kamu menerimanya dengan bersabar dan
mencari pahala dari Allah (dengan keadaan itu) maka pahalamu adalah surga (kamu
akan mendapatkan surga kelak di hari Pembalasan).[1]
Terdapat juga kisah yang serupa,
iaitu kisah kesabaran Umm Hārithah r.a. di saat puteranya meninggal dunia yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Muslim. Sahabat Anas r.a. menceritakan
bahawa Hārithah bin Surāqah r.a. meninggal dunia sewaktu ia mengikuti rombongan
perang Badar. Pada waktu itu, Hārithah berada dalam barisan pelapis kedua, yang
sedang bersiap-siap menunggu perintah komando untuk menyerang. Namun anak panah
mengenai tubuhnya dan akhirnya dia meninggal dunia sebelum masuk terjun dalam
medan pertempuran. Ibu Hārithah datang dan bertanya kepada Rasulullah:
Wahai Rasul, beritahukan kepadaku nasib Hārithah! Jika ia berada di surga maka
aku menerimanya dan bersabar. Namun jika ia tidak di surga maka biarkan Allah
melihat apa yang akan aku lakukan (iaitu meratapi kematian Hārithah. Pada waktu
itu meratapi kematian seseorang (niyāh)ah)) belum diharamkan), Rasulullah
s.a.w. menjawab: Wahai ibu, Kenikmatan surga sangat melimpah. Sesungguhnya
puteramu mendapatkan surga Firdaus yang paling tinggi”[2]
Dalam sunan al-Baihaqū, dari riwayat
sahabat Anas r.a. disebutkan bahawa Umm Hārithah berkata: Wahai Rasulullah,
bagi tahu kepadaku nasib Hārithah! Jika ia berada di surga maka aku menerimanya
dan bersabar. Namun jika ia tidak di berada dalam surga maka aku akan menangis
meratapinya. Rasulullah s.a.w. menjawab: Wahai ibu. Kenikmatan surga sangat
melimpah. Sesungguhnya puteramu mendapatkan surga Firdaus yang paling tinggi.[3]
Kisah tentang kesabaran yang lain
yang tercatat dalam kitab hadith adalah kesabaran Abū T)alh)ah
dan Umm Sulaim atas kematian puteranya.
Imam al-Bukhārī meriwayatkan kisah
dari sahabat Anas r.a. yang menceritakan bahwa, Putera Abū T)alh)ah
r.a. merintih kesakitan. Di saat Abū T)alh)ah
pergi, puteranya meninggal dunia. Setelah ia kembali ke rumahnya, dia bertanya
kepada isterinya: Bagimana keadaan puteraku? Isterinya yang bernama Umm Sulaim
menjawab: Dia dalam keadaan sangat tenang. Kemudian Umm Sulaim menghidangkan
makan malam kepada suaminya. Setelah selesai makan malam Abū T)alh)ah
kemudian menggauli isterinya. Setelah selesai, Umm Sulaim berkata: Orang-orang
telah mengubur puteramu. Ketika pagi menyingsing, Abū T)alh)ah
datang menghadap Rasulullah dan menceritkan apa yang terjadi. Rasul bertanya:
Apakah kalian semalam melakukan hubungan suami isteri? “Benar wahai Rasul”
jawab Abū T)alh)ah. Kemudian Rasulullah berdoa: “Ya Allah semoga Engkau
memberikan keberkahan kepada keduanya’. (Beberapa bulan kemudian) Umm
Sulaim melahirkan. Abū T)alh)ah datang dan berkata kepadaku (Anas), Jagalah puteraku
sampai kamu menghadap Rasulullah s.a.w.! Kemudian Abū T)alh)ah
menghadap Rasul dengan membawa puteranya itu, dan Umm Sulaim memberikan kurma
kepada Abū T)alh)ah untuk dibawa. Semasa ia sampai di hadapan Rasulullah,
Rasul menggendong putera Abū T)alh)ah dan bertanya: Apakah dia mempunyai sesuatu? “Ada
wahai Rasul, kurma,” jawab orang-orang yang hadir di sekitarnya. Rasul kemudian
mengambil kurma tersebut, mengunyahnya lantas membuka mulut putera Abū T)alh)ah
dan memasukkan kurma yang dikunyahnya itu ke dalam mulut putera Abū T)alh)ah,
kemudian Nabi memberikan nama ‘Abdullāh kepada putera tersebut.[4]
Di tempat lain Imam al-Bukhārī
meriwayatkan hadith yang serupa dengan tambahan sedikit dan perbezaan susunan
kalimat. Dalam hadith tersebut disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa: “Semoga
Allah memberikan keberkahan kepada keduanya pada malam tersebut.” Sufyān
menceritakan bahawa salah seorang sahabat Ans),ār berkata: “Saya perhatikan budak tersebut (‘Abdullāh)
mempunyai sembilan anak dan semuanya pandai dalam al-Qur’an (ahli al-Qur’an).”[5]
***
Setelah penghuraian
kisah-kisah di atas, muncul pertanyaan berkaitan dengan pembahasan kita
sekarang ini, iaitu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kesabaran. Dalam
literatur keilmuwan Islam kita menemukan banyak definisi yang telah diajukan
oleh para ulama mengenahi erti perkataan sabar ini. Di antaranya adalah definisi
yang disebutkan oleh Imam al-Ghazālī. Dalam kitab Ihyā’ Ulūm al-Dīin, Imam
al-Ghazālī berkata: “Sabar adalah menerima dengan lapang dada terhadap
hal-hal yang menyakitkan dan menyusahkan serta menahan rasa marah atas
perlakuan kasar. Sesiapa masih mengeluh apabila diperlakukan buruk oleh orang
lain, maka hal itu menunjukkan masih buruknya akhlak orang tersebut, kerana
akhlak yang mulia sesungguhnya adalah menerima dengan lapang dada semua bentuk
perlakuan yang menyakitkan.”[6]
Di tempat lain dalam kitab Ihyā’ Ulūm al-Dīn, Imam
al-Ghazālī berkata: “Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan sabar adalah
ketetapan hati yang didorong oleh dorongan keagamaan untuk melawan
keinginan-keinginan yang muncul akibat dorongan hawa nafsu.” Sabar terbagi
menjadi dua:
Pertama, kesabaran lahiriyah, seperti menahan kejengkelan ketika
menghadapi kesusahan-kesusahan dalam melaksanakan ibadah atau tindakan-tindakan
yang lain selama tindakan tersebut masih sejalan dengan semangat ajaran Islam.
Kedua, kesabaran batiniyah, iaitu menahan diri dari
dorongan-dorongan syahwat dan keinginan hawa nafsu. Jika kesabaran itu untuk
menahan keinginan nafsu perut dan kelamin maka dinamakan dengan al-‘Iffah atau
menjaga kehormatan. Jika kesabaran tersebut untuk berjuang melapangkan dada
menerima musibah yang sulit diterima maka kesabaran itu disebut al-S)abr
(kesabaran), kebalikan dari sikap tersebut adalah al-Jaz‘u (sikap cemas)
dan al-Hal‘u (sikap panik serta berkeluh kesah). Jika potensi
kesabaran itu untuk menahan nafsu memburu kekayaan maka namanya adalah menahan
diri atau D!abt) al-nafs, kebalikan
darinya adalah al-Bat)r atau sombong dalam berobsesi. Jika
kesabaran itu digunakan untuk melapangkan dada menghadapi musuh dalam
peperangan maka namanya adalah keberanian atau al-Sajā‘ah. Jika
kesabaran itu digunakan untuk menerima bencana-bencana alam yang menimpa maka
namanya adalah kelapangan dada atau Sa‘ah al-S)adr dan
kebalikannya adalah al-D!ajr atau
gelisah dan al-Tabarrum atau keluh kesah. Apabila kesabaran itu
digunakan untuk menahan ucapan maka namanya adalah menyimpan rahasia atau Kitmān
al-Sirr. Dan jika digunakan untuk menahan diri dari menikmati keperluan-kepeluan
sekender atau komplementer dalam hidup ini, namanya adalah Qanā‘ah atau
menerima dengan senang hati dan kebalikannya adalah al-Syarah atau
rakus dan tamak.
Begitulah, kebanyakan
perilaku-perilaku yang muncul dari dorongan semangat keimanan termasuk dalam
kategori kesabaran. Kerananya di saat Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apa itu
Iman, Beliau menjawab: “Iman adalah kesabaran.” Kerana sabar merupakan
asas dari segala macam amal perbuatan kebajikan yang bersumber dari keimanan,
bahkan termasuk amal perbuatan yang paling utama, sebagaimana ketika Rasul
ditanya tentang apa itu hají, Beliau mejawab: “Haji adalah wuquf di Arafah.”
Ini menunjukkan bahawa wukuf di Arafah adalah amalan terpenting dalam ritual
ibadah haji.
[2]
Lihat, al-Bidāyah wa al-Nihāyah (3/274).
[3]
H. R. al-Baihaqī (9/167).
[4]
H. R. al-Bukhārī (2/822).
[5]
H. R. al-Bukhārī (1/174).
[6]
Ihyā’ Ulūm al-Dīn (3/61).
0 comments:
Post a Comment