Cerita ini adalah kisah kehidupan pasangan suami
isteri, yang sangat merindukan kehadiran buah hati, iaitu anak-anak
Perkahwinan itu telah berlangsung 4 tahun, namun
pasangan suami isteri itu masih belum dikurniakan seorang pun anak. Jiran
dari kanan dan kiri mula berbisik-bisik sesama mereka: “dah 4 tahun kahwin
masih takde anak. Salah sape ntah. Suami atau isteri ni?”
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, suami isteri itu
pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat, dan melakukan
pemeriksaan. Hasil makmal menunjukkan bahawa si isteri adalah seorang yang
mandul, sementara si suami tiada masalah apa-apa pun. Menurut doktor,
tiada harapan bagi si isteri untuk sembuh dan hamil serta mempunyai anak.
Mengetahui hasil itu, si suami mengucapkan
: inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, lalu menyambungnya dengan ucapan:
Alhamdulillah..
Kemudian, si suami seorang diri memasuki bilik
doktor dengan membawa hasil makmal dan sama sekali tidak memberitahu isterinya
dan membiarkan si isteri menunggu di ruang menunggu.
Si suami berkata kepada doktor: “Saya akan
panggil isteri saya untuk masuk bilik doktor akan tetapi, tolong ya doktor..
nanti tolong jelaskan kepada isteri saya bahawa masalahnya berpunca dari saya,
sementara dia tidak ada masalah apa-apa.
Terkejut, doktor menolak dan kehairanan. Akan
tetapi suami terus memaksa doktor itu. Akhirnya doktor bersetuju untuk
mengatakan kepada si isteri bahawa masalah berpunca dari suami dan bukan ada
pada si isteri.
Suami memanggil isteri yang telah lama
menunggunya, dan nampak pada wajahnya kesedihan
dan kemuraman. Lalu bersama si isteri dia memasuki bilik dokter. Maka
doktor membuka sampul surat hasil lab, lalu membaca dan mentelaahnya,dan
kemudian ia berkata “….Oooh,kamu wahai fulan yg mandul, sementara
isterimu tidak ada masalah,dan tidak ada harapan bagimu untk sembuh.
Mendengar pengumuman si doktor, suami berkata :
Innalillahi….
Dan terlihat pada raut wajahnya wajah seseorang
yg menyerah kepada qadha dan qadar Allah SWT.
Lalu… Pasangan suami isteri itu pulang kerumahnya
dam secara perlahan namun pasti, tersebarlah berita tentang rahsia tersebut
kepara tetangga,kerabat dan sanak saudara.
Lima tahun berlalu dari peristiwa tersebut dan
sepasang suami isteri bersabar, sampai akhirnya datanglah detik-detik yg sangat
menegangkan, di mana sang isteri berkata kepada suaminya: “Wahai fulan,saya
telah bersabar selama Sembilan
tahun, saya tahan-tahan untuk bersabar dan tidak meminta cerai darimu,
dan selama ini semua orang berkata: “betapa baik dan solehah-nya si isteri itu
yang terus setia mendampingi suaminya selama sembilan tahun,padahal dia tahu
kalau dari suaminya,ia tidak akan memperoleh keturunan”.
Namun, sekarang rasanya saya tidak dapat bersabar
lagi, saya ingin agar awak segera menceraikan saya,agar saya boleh menikah
dengan lelaki lain dan mempunyai keturunan darinya, menimangnya dan
mengasuhnya..
Mendengar emosi isterinya yang memuncak,si suami
berkata: “Isteriku, ini cubaan dari Allah SWT,kita mesti bersabar,kita
mesti…mesti…dan mesti…”.
Akhirnya sang istri berkata: “OK, saya akan tahan
kesabaranku satu tahun lagi, ingat, hanya satu tahun, tidak lebih”. Si suami
setuju,dan dalam dirinya,di penuhi harapan besar, semoga Allah SWT memberi
jalan keluar yang terbaik bagi keduanya.
Beberapa hari kemudian,tiba-tiba sang isteri
jatuh sakit, dan hasil lab mengatakan bahawa dia mengalami kegagalan ginjal.
Mendengar keterangan tersebut, jatuhnya moral sang istri, dan mulailah memuncak emosinya, ia berkata kepada
suaminya: “Semua ini gara-gara kamu,selama ini aku menahan kesabaranku, dan
jadilah sekarang aku seperti ini, kenapa selama ini kamu tidak menceraikan
saya, saya kan ingin punya anak, saya ingin memomong dan menimang bayi, saya
kan…saya kan…”.
Di saat2 yang genting itu,tiba-tiba suaminya
berkata:”Maaf, saya ada tugas keluar negeri,dan saya berharap semoga awak
baik-baik sahaja”. “Haaa,pergi?”. Kata si istri. “Ya, saya akan pergi kerana
tugas dan sekalian mencari penderma ginjal, semoga dapat”. Kata sang suami.
Sehari sebelum pembedahan, datanglah si penderma
ketempat sang isteri. Maka di sepakatilah bahawa esok akan di lakukan
pembedahan pemasangan ginjal dari si penderma.
Saat itu si isteri teringat suaminya yang pergi,
dia berkata dalam hatinya : “Suami apakah dia, isterinya pembedahan, dia pergi
meninggalkan diriku,terkapar-kapar kesorangan dalam bilik bedah”.
Pembedahan berjalan dengan sangat baik, Setelah
satu minggu, suaminya datang, dan nampaklah pada wajahnya tanda-tanda orang
yang kesakitan.
Ketahuilah bahawa si penderma itu tidak ada lain
orang melainkan si suami itu sendiri.
Ya,suaminya telah mendermakan satu ginjalnya
untuk isterinya,tanpa sepengetahuan si isteri, dan siapapun selain doktor yang
di pesannya agar menutup rapat rahsia tersebut..
Dan Subhanallah…
Setelah sembilan bulan dari operasi itu,si
isteri melahirkan anak. Maka bergembiralah suami isteri tersebut,keluarga besar
dan para tetangga.
Pada suatu hari,sang suami outstation, dan dia
lupa menyimpan buku hariannya dari atas meja, buku harian yang
selama ini dia sembunyikan. Dan tanpa sengaja si istri terjumpa buku harian
tersebut, membuka-bukanya dan membacanya.
Hampir saja dia terjatuh pingsan saat mengetahui
rahsia tentang diri dan rumah tangganya. Ia menangis meraung-raung. Setelah
agak reda, dia menelefon suaminya,dan menangis sekuat-kuatnya. Dia berkali-kali
mengulang permohonan maaf dari suaminya, Sang suami hanya dapat membalas suara
telepon isterinya dgn menangis pula.
Dan setelah peristiwa tersebut selama beberapa
waktu, si isteri tidak berani menatap wajah suaminya, tidak ada kekuatan untuk
memandangnya sama sekali,jika ada keperluan dia berbicara dengan menundukan
mukanya…..
0 comments:
Post a Comment