1.
Pulang dengan senyuman.
Bukan mudah untuk pulang
ke rumah dengan senyuman dan bersemangat apabila hampir 10 jam kita berada di
pejabat dengan pelbagai perkara yang diurus dan diselesaikan. Bagi mempasti
masalah pejabat tidak terbawa-bawa ke rumah, kita perlu melatih minda supaya
dapat membezakan tanggung jawab di pejabat dengan tanggung jawab di rumah.
Sebaik sahaja hendak
keluar pejabat biasanya saya akan fokas sesuatu akativiti yang akan dilakukan
bila pulang nanti.
“ Hari nak masak apa ya”
minda saya mula membuat perancangan.
“ masak ikan patin cili
api tempoyak, sedap dan kaya dengan omega 3” .
“ kalau macam tu kena
pergi Pasar Tok Guru, di sana ada patin fresh”. Diri ku menjawab sendiri sambil
meneruskan pemanduan kereta menju ke destinasi.
Bila sampai di rumah saya
lebih fokas kepada tugas untuk memberi kebahagian kepada isteri, anak-anak dan
keluarga. Sifat sebeigini membolehkan kita mewujudkan suasana bersemangat untuk
menjalankan tugas-tugas membantu isteri dalam menyelesaikan urusan rumah
tangga.
Untuk menyakinkan lagi saya sogokkan motivasi di dalam minda bahawa kerja-kerja "extra" di rumah adalah salah satu cara untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak, lebih-lebih lagi bila berbakti untuk isteri yang sakit dan juga kedua-dua ibu dan ibu mertua yang sudah lanjut usia.
Untuk menyakinkan lagi saya sogokkan motivasi di dalam minda bahawa kerja-kerja "extra" di rumah adalah salah satu cara untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak, lebih-lebih lagi bila berbakti untuk isteri yang sakit dan juga kedua-dua ibu dan ibu mertua yang sudah lanjut usia.
Sebagai contoh apabila
pulang dari pejabat, pada hari-hari tertentu saya akan membawa pulang lauk pauk sayur dan
sebagainya untuk dimasak bagi makanan sekeluarga. Walaupun waktu itu saya pulang
dari pejabat lebih kurangan jam 6 petang, saya sempat lagi membuat kerja-kerja
dapur seperti membersih ikan, sayur dan juga memasak nasi dan lauk pauk untuk
makan malam. Selepas semua kerja selesai barulah saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat
maghrib dan isyak berjemaah.
Saya terpaksa melatih
diri ini untuk membolehkan pulang ke rumah dengan bersemangat, ini adalah satu
tugas penting yang saya perlu bereskan sebagai rutin harian semenjak isteri
mengalami sakit lumpuh sebelah badan hampir 15 tahun lalu hingga kini.
Keikhlasan yang saya
amalkan menyebabkan Allah menganugerahkan kesihatan kepada saya dalam
menyempurnankan tugasan untuk mengurus rumah tangga dan juga tugas sebagai
pengurus di sebuah syarikat swasta.
Saya juga pernah ditanya
oleh rakan sepejabat, bagaimana saya dapat lakukan kerja di pejabat dan bila
pulang ke rumah dapat lakukan kerja-kerja rumah.
“ Nik I salute you ni,
dapat mengurus kerja-kerja rumah sendirian” Zul memuji ku semasa kami sedang
berborak di kedai makan pada suatu petang.
“dah terpaksa, apa boleh
buat” response saya.
“ You ni suami mithal, susah nak dapat orang macam you".
“Tak adalah, macam orang
lain juga” saya memberi response,
“ Bukan apa saya lakukan
itu semua kerana amanah dan tanggung jawab, lebih-lebih lagi isteri saya yang
sakit tu”. Saya cubah beri penjesalan. Zul angguk-angguk kepala tanda setuju.
“ satu sahaja petuanya, kita mesti menanam sikap bahawa segala tugas
yang kita lakukan sebagai suami adalah satu amanah Allah yang perlu dipikul,.
Jika dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan keikhlasan Allah akan memberi
ganjaran pahala yang tidak terhingga di akhirat kelak. Itulah motivasi diri
saya Zul”. Saya cuba beri penjelasan kepada Zul.
“ Jika kita tahu betapa
besarnya ganjaran pahala apabila membantu orang sakit yang kita akan dapat di
akhirat kelak , sudah pasti kita tidak akan jemu-jemu membantu mereka, lebih-lebih lagi
membantu untuk ambil wudud dan memakai pakaian untuk solat, pahalanya besar
Zul”. Saya memberi penjelasan lagak seperti ustaz berkuliah.
“ Jika setiap
pertolongan itu di kira 10 kali ganda, bayangkan jika 5 kali kita akan dapat
ganjaran pahala 50 pahala sehari, mengikut gambaran ustaz satu pahala sahaja di
Syurga kita akan di beri kenikmatan tinggal dalam mahligai yang diperbuat
daripada emas sebesar sebuah istana,
bayangkanlah betapa besarnya nikmat yang kita akan dapat nanti, Bukankah itu adalah saham akhirat Zul."
“ oleh itu bila kita di uji dengan musibah seperti isteri sakit
teruk yang perlu dibantu setiap masa adalah satu peluang yang amat bernilai dan
anugerah Allah kepada kita untuk membolehkan kita mendapat pahala berganda.
Bukankah itu satu rezeki namanya”. Saya teruskan cerita, Zul mendengar dengan
penuh tumpuan.
“ Bila kita dah mempunyai kesedaran seperti ini, perasaan susah,
penat dan jemu tidak akan terasa oleh kita, malah kita rasa bersyukur dan
seronok pula, Cuma yang penting kita mohon semoga Allah terus memberi nikmat
kesihatan supaya dapat teruskan kerja-kerja untuk membantu isteri yang sakit
tu”.
“ Kalau macam tu beruntunglah you”. Zul mencelah tanda yakin
dengan hujjah saya.
Pemikiran sebegini boleh
menjadikan kita tidak terasa penat apabila melakukan kerja-kerja rumah sebaik
sahaja balik dari pejabat. Itulah
caranya saya memotivsi diri untuk sentiasa pulang dengan senyum dan bersemangat
untuk lakukan kerja-kerja rutin di rumah. Secara psykologinya jika kita menetapkan dalam
fikiran bahawa sesuatu tugas itu adalah wajib
dilakukan oleh suami dan juga akan mendapat ganjaran pahala Allah di akhirat
kelak Sudah tentu tidak akan terasa keletihan dan jemu.
“ Bagaiman dengan isteri
sekarang” tanya ustaz Hj Mohammad semasa perbualan kami.
“Alhamdulillah, sihat
cara-cara orang sakit” saya memberi maklumbalas.
“ Dah berapa lama isteri
Nik sakit”. Dia bertanya untuk kepastian.
“ 15 tahun dah ustaz”.
“MasyaAllah, sungguh
bertuah Nik, itu satu anugerah Allah”.
“ Tak ramai suami macam
Nik dapat memberi bakti untuk isteri dalam tempoh selama itu” ustaz cuba
memberi rangsangan kepada saya.
“Alhamdulillah, saya
masih mampu lakukan itu semua dengan hidayah Allah”.
“ Nik bertuah
sebenarnya, tidak ramai di kalangan kita yang dapat peluang seperti ini”
“ Peluang apa ustaz”.
Saya ingin penjelasan.
“ Peluang itu adalah
amat besar ganjaranya Nik, kerana dengan keadaan isteri yang lumpuh tu, Nik
mamapu sabar membantunya dalam kehidupan seharian, terutama menyediakan segala
keprerluan isteri untuk solat dan beribadah itu adalah satu ganjaran pahala yang
amat besar Nik”. Ustaz cuba beri pendapatnya. Saya anggukkan kepala mengiakan
pendapat ustaz itu, mana tidaknya dia seroang alim dan tinggi ilmu agama.
“ Sebenarnya Nik adalah
diataran orang yang bertuah kerana di beri peluang oleh Allah untuk menghadapi
ujian-Nya dengan tenang. Dan ketahanan Nik menerima segala ujian itu dengan
sabar dan seiklas hati adaalah satu tiket untuk ke Syaurga “. Ustaz berkata
sambil merenung kepada saya.
“ Alhamdulilah ustaz,
kerna sama mampu lakukan semua itu sebagai tugasan rutin harian, saya juga
berdoa semoga di beri kesihatan oleh Allah untuk teruskan kerja sebegini”. Saya
cuba memberi persetujuan di atas pendangan utstaz dan memberi response postif.
Persitiwa itu berlaku
hampir 5 tahu lepas. Nasihat utstaz itu saya jadikan sebagai faktor motovasi
kepada diri saya dalam menghadapi keletehan dan kepenatan semasa kembali dari
pejabat setelah seharian bertugas untuk menyelsaikan tugasan yang berlambak
itu. Keadaan ini membolehkan saya pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan
lapang. Bila sesampai sahaja di rumah saya dapat meneruskan rutin kerja rumah
setiap hari.
Sikap sebegini akan
mendatangkan keseronokan untuk melakukan kerja rumah. Kita boleh lakukan dengan
baik tanpa rasa letih dan jemu kerana set minda kita telah dapat memberi
kekuatan kepada keadaan fizikal badan kita. Komitmen yang begitu tinggi untuk
mepastikan segala tanggung jawab sebagi seorang suami kepada isteri dan keluarga.
Bila di lihat dari sudut tuntutan Islam sebagai seorang suami yang perlu
memberi tanggung jawab sepenuhnya kepada keluarga untuk melahirkan umat yang
soleh dan solehah hasil zuriat kita nanti, ini adalah faktor dorongan motivasi
yang tingggi yang selalu saya pasangkan dalam minda saban masa. Ia telah sebati
dengan kehidupan seharian saya. Dan ganjaran pahala yang begitu besar
membuatkan kita akan bertambah bersemangat untuk pulang ke rumah bagi
menunaikan amanah sebagai seorang suami.
Pengajaran dan iktibar:
1. Suami mestilah mempunyai
kemahiran untuk memisahkan di antara tugas di pejabat dan tugas sebagai ketua
keluarga di rumah. Bila suami mempunyai kemahiran untuk memisahkan tugas
pejabat dan tugas rumah akan membolehkan suami menumpukan perhatian bagi mengadi
ketua keluarga yang betul-betul beperanan dan bertanggung jawab. Situasi
sebegini jika berjaya dilakukan oleh
seorang lelaki bergelar suami , sudah pasti rumah tangga mereka akan bahagian
dan ianya akan menjadi rujukan kepada anak-cucu mereka. Suami sebegini akan menjadi mentor dan idola kepada
anak cucu untuk mereka menempuh dunia yang fana ini di masa-masa hadapan.
2. Satu kelebihan kepada suami
yang mempunyai sikap sebegini, ianya akan menjadi idola kepada anak cucu mereka
dalam menempuh kehidupan bekerja. Setelah ianya menjadi idola keluarga sudah
pasti, apa jua pandangan si bapa berkaitan dengan masalah kekeluargaan akan
diikuti oleh anak cucu mereka.Menjasayan saya adalah orang yang paling dihormat
oleh seluruh keluarga. Situasi ini akan
melahirkan suasana hormat-menghormati
dan kasih- mengasihi dikalangan ahli keluarga.
3. Jika kita melektakkan
sesuatu kerja itu sabagai satu amamah Allah dan juga akan memperolehi ganjaran
pahala yang besar di akhirat kelak. Ianya dapat disempurnakan dengan baik dan
kita tidak akan rasa jemu untuk melakukannya. Sebenarnya inilah caranya jika
kita berusah untuk mendapat kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat
seprtimana doa yang sering kita baca selepas solat setiap hari.
4. Sebgai seorang Islam,
pengharapan untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat adalah satu cara yang
paling efektif untuk memberi rangsangan diri bagi mengekalkan kecergasan minda
dan fisikal setiap hari. Bila kita memunyai matlamat yang begitu tinggi dan
dengan seribu perharapan dari Allah. Kita akan dapat satu sumber tenaga dalaman
yang dapat memberi ‘booster’ kepada kudrat fizikal kita untuk terus bekerja.
0 comments:
Post a Comment