Cara-
Cara Memujuk Isteri Merajuk
Isteri merajuk memang sukar untuk
dipujuk jika tidak kena cara. Masalah ini akan menyebabkan keretakkan rumah
tangga dan sebenarnya perkara ini haruslah diambil serius. Suami yang ingin
memujuk isteri boleh mengunakan cara-cara pemujuk ini untuk memujuk isteri
anda.
1. Cara untuk memujuk isteri yang
pertama adalah. Beri isteri ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap
anda. Beri dia ruang untuk bercakap, marah atau apa-apa perbuatan yang
menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.
2. Cara untuk memujuk isteri yang
kedua ialah, apabila dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan
apa yang dia katakan. Berikan penjelasan pada isteri anda yang anda akan
berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius
untuk ikut apa yang isteri anda suruh.
3. Cara untuk memujuk isteri yang
ketiga ialah. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu
maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. TAHNIAH
!!.. Anda ambil peluang ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.
4. Cara untuk memujuk isteri yang
keempat ialah. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda
luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa
bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara
keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur
dengan pasangan anda.
5. Cara untuk memujuk isteri yang
kelima ialah. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup
seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai
kesalahan yang sama di masa hadapan.
Source: News1Malaysia
0 comments:
Post a Comment