Wednesday, November 26, 2014

URUT TRADISIONAL MELAYU UNTUK MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT



URUT TRADISIONAL MELAYU
Urut merupakan satu keadah rawatan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu semenjak turun-temurun lagi. Ianya adalah salah satu keadah yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk merawat berbagai penyakit pada zaman dahulu, dan ianya masih releven sehingga kini. Pakar urut tradisional Melayu mempelajari cara-cara mengurut yang di warisi dari nenek moyang mereka.  Keberkesanan urut tradisional ini memang tidak dapat dinafikan kerana ianya kadang kala mampu merewat beberapa penyakit yang berkaitan dengan saraf yang kadang kala tidak dapat di rawat secara lebih berkesan melalui perubatan moden.

Sebagai contoh urutan tradisional bagi merawat pesakit strok didapati lebih cepat dan lebih berkesan berbanding rawatan secra fisiotrapi. Ini dapat dibuktikan dimana tukang urut tradisional Melayu dapat memulihkan saraf yang lemah akibat serangan strok lebih kepada puncanya berbanding kepada keadah fisotrapi yang lebih tertupu kepada cara-cara untuk memulihkan saraf melalui pergerakan tertentu dan juga menggukan alatan terapi yang lain.

Di sini diceritakan secara ringkas beberapa penyakit yang boleh di rawat melalui cara urut tradisional Melayu.

Penyakit dan Rawatan 

Sukar Tidur Malam

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini:-
1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
4. Penyakit yang sedang dihadapi.
5. Gangguan makhluk halus

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.
CARA MENGATASI

* Elakkan minum minuman beralkohol atau merokok
* Elakkan tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Jauhi masalah dari tempat tidur anda
* Jangan memaksa diri untuk tidur
* Amalkan mandi dengan air suam
* Bangun pada waktu yang tetap dan tidur pada waktu yang tetap
* Elakkan tidur di siang hari dalam tempoh yang lama
* Berzikir atau selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W
* Urut sekitar mata dengan mengendurkan urat-uratnya (dapat melegakan mata)
* Urut satu badan, bagi membetulkan perjalanan darah dan merehatkan badan
* Ianya juga dapat mengurangkan tekanan darah atau perasaan.


SUSAH BERNAFAS

Punca susah bernafas
· Batuk
· Radang paru-paru
· Lelah
· Bronchitis (saluran pernafasan terdapat banyak udara / angin)
· Radang / sakit di kerongkong
· Kegiatan fizikal yang melampaui batas.
· Tekanan perasaan
· Gemuk / berbadan besar
· Sihir

CARA MENGATASI

Lakukan aktiviti harian atau senaman mengikut kemampuan
Kurangkan merokok

Bersabar / bertenang apabila menerima berita buruk.

Jangan terlalu kerap mengadakan hubungan seksual di dalam satu hari.

Memandu atau menaiki kenderaan berhawa dingin di waktu malam, pada perjalanan yang jauh.

Melakukan senaman bagi orang-orang berbadan besar supaya dapat mengurangkan lemak di kawasan jantung dan meyihatkan tubuh badan.

Memakai pakaian yang tebal semasa memandu di waktu malam.

Melalui urutan ia mampu melancarkan perjalanan darah dan udara di kawasan jantung.

SAKIT JANTUNG

Sakit Jantung berlaku akibat kurangnya bekalan oksigen mungkin disebabkan penyumbatan saluran darah koronari tetapi Lemah Jantung berlaku akibat kerosakan pada otot jantung di mana ianya gagal untuk mengecut (Contract) dengan sempurna akibat ototnya yang sudah lemah mungkin disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan sel-sel jantung yang bertenaga. Tenaga ini biasanya dihasilkan oleh mitokondria yang membebaskan ATP untuk pengecutan otot jantung. Kajian menunjukkan pesakit lemah jantung mempunyai jumlah mitokondria yang terlalu sedikit yang terdapat di dalam otot-otot jantung dan inilah menjadi punca kenapa jantungnya menjadi lemah.

Tanda umum dan gejala lain bahwa seseorang dapat memiliki saat serangan jantung meliputi:

* Tubuh bagian atas ketidaknyamanan dalam satu atau kedua lengan, punggung, leher, rahang, atau perut

* Sesak nafas sering dapat terjadi dengan atau sebelum ketidaknyamanan dada
Mual (rasa tidak enak pada perut Anda), muntah, sakit kepala ringan atau pingsan, atau melanggar keluar keringat dingin.

* Melalui urutan ia mampu melancarkan perjalan darah dan udara di kawasan jantung. Ia juga dapat melegakan sakit jantung.

SEMBELIT

Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.

GEJALA-GEJALA

*Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar.

* Meneran semasa membuang air besar.

* Sakit semasa pergerakan usus.

* Kekejangan di bahagian abdomen.

* Melalui urutan ia mampu membantu orang yang mengalami sembelit, pulih sediakala.

TERSELIUH

Tanda-tanda terseliuh

Terdapat tanda-tanda lebam / bengkak warna hitam di tempat yang terseliuh.
Terasa sakit di tempat sakit

Cara mengatasi terseliuh :-

Apabila pesakit terseliuh, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakitan, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan bahagian yang tercedera. Kemudian ambil pembalut yang sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.

Sepanjang pengalaman saya, rawatan urut akibat terseliuh didapati sepuluh kali ganda lebih cepat sembuh dari perubatan moden. Pergelangan kaki atau bulu lali yang tidak dapat berdiri dan berjalan, didapati boleh berdiri semula dan berjalan secara perlahan sesudah berurut.

PEDIH ULU HATI

Mungkin ramai di kalangan kita pernah mengalami masalah pedih hulu hati. Tanda-tandanya adalah rasa loya dan diikuti dengan muntah-muntah ini sebenarnya hadir dengan gejala yang berbeza-beza antara individu. Ada juga kes pedih hulu di hati disebabkan oleh radang di lapisan perut (gastritis) atau peptik ulser, radang pankreas, radang hati (hepar), radang apendiks, kanser hati, aortic aneurysm, radang pundi hempedu dan juga boleh disebabkan oleh serangan jantung dan jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia). Jika pedih hulu hati ini berpunca daripada radang saluran makanan (esofagitis), sakit yang bermula di bahagian hulu hati akan naik ke atas yang dikenali sebagai heartburn. Keadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami rasa panas pada bahagian depan dan belakang dada.

Punca pendih ulu hati :-

· Batu di saluran hempedu akibat radang pankreas.

· Tabiat meminum minuman keras dalam jangka masa yang lama dan dengan jumlah yang banyak.

· Cacing ascaris yang hidup dalam usus kerana pesakit kurang menitikberatkan aspek kebersihan juga boleh menyebabkan radang pankreas.

· Radang pundi hempedu yang berpunca daripada batu dalam hempedu (cholecystitis) turut menyebabkan pedih hulu hati.

· Tidak makan pada waktunya (tidak sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam).

· Mengenai makanan tertentu yang menyebabkan berlakunya pedih hulu hati ( makanan yang pedas, berlemak atau minuman yang bergas).

· Pengambilan ubat ponstant bagi mengurangkan kesakitan ketika haid boleh menimbulkan pedih perut di kalangan wanita.

· Pesakit yang mengambil aspirin bagi merawat penyakit jantung, angin ahmar dan lain-lain, mengakibatkan sakit di bahagian hulu hati yang berpunca daripada radang perut (gastritis).

· Pengambilan ubat-ubatan untuk sakit tulang dan sendi seperti NSAIDs akan mengalami kesan sampingan yang serius seperti pedih perut.

· Kebimbangan/kerisauan (Anxiety) – Ini juga boleh menyebabkan terasa pedih ulu hati.

Melalui urutan ia mampu melegakan sakit ulu hati, dengan mengurangkan angin di kawasan ulu hati dan perut.

KENCING TAK LAWAS

Masalah kencing tak lawas atau tersekat-sekat ni selalunya terjadi kerana anda kurang meminum air putih. Ataupun anda sering menahan atau menangguhkan kencing.Ataupun pendi kencing jatuh akibat aktiviti lasak yang dilakukan. Jika anda mengalami masalah jangkitan kuman dalam pundi kencing, perbuatan kerap ke tandas adalah salah satu simptom jangkitan kuman pada saluran kencing. Tanda-tanda lain ialah kencing pedih, panas, sakit pada ari-ari dan kadangkala demam.

Antara simptom pundi kencing aktif ialah:

· Kerap kencing (lebih lapan kali sehari)
· Tidak dapat menahan kencing
· Sakit pada bahagian ari-ari apabila menahan kencing
· Mengalami kebocoran air kencing apabila menahan kencing Masalah ini timbul akibat pundi kencing yang tidak berupaya menakung air kencing pada kapasiti normal.

Untuk pengetahuan saudara, pundi kencing boleh menakung sebanyak 300 hingga 350 mililiter (ml) air kencing sebelum seseorang terasa mahu membuang air kecil. Bagi masalah pundi kencing aktif, pundi kencing hanya mampu menakung 100 ml air kencing atau kurang daripada jumlah itu.


Melalui urutan, ia mampu membetulkan kedudukan pundi kencing, melawaskan kencing dan air kencing lebih laju / deras.

SAKIT BADAN @ DEMAM URAT

Masalah lenguh-lenguh badan lebih dikenali sebagai demam urat. Ianya terjadi akibat tidak adanya penyelarasan dan keseimbangan pada waktu-waktu berkerja dengan waktu berehat, tidur, makan dan bersenam bagi mengeluarkan peluh. Perederan zaman memaksa kita berkerja melampaui batas tanpa mengira keupayaan fizikal, mental dan perinsip kehidupan. Akibatnya berlakulah ketegangan urat saraf, pembekakan otot-otot, memperlahankan perjalanan darah pada anggota tubuh badan dan badan menjadi letih tak bermaya, maka terjadilah penyakit lenguh-lenguh atau demam urat.

Golongan yang sering mengalami penyakit demam urat;-

* Orang yang baru mendirikan rumahtangga.

* Pemandu atau penumpang kenderaan pada perjalanan yang jauh.

* Orang politik semasa musim Pilihan Raya.

* Ahli sukan atau pemain bola yang sudah bersara.

* Orang yang berkerja pada waktu malam.

* Berkerja seharian sehingga tidak tidur atau rehat.

* Pesakit gout dan kencing manis.

* Berpindah rumah, angkat barang sendiri.

* Perkerja yang bertugas di atas kapal terbang.

* Orang yang pernah mengalami kemalangan yang teruk.

Melalui urutan ia mampu melancarkan perjalanan darah, dapat merehatkan tubuh badan, melegakan kesakitan, menghilangkan tekanan perasaan dan menyehatkan tubuh badan. Yang paling penting ia mampu mengembalikan tenaga supaya dapat berkerja seperti biasa.


TEKANAN DARAH TINGGI

Selama ini kita kerap dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah bagitahu bagaimana kolesterol itu menyebabkan tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau kembalikan keadaan kesihatan badan. Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini. Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Pola makan dan pola hidup yang tidak teratur ditambah dengan masalah2 yang dihadapi di tempat kerja dan bahkan permasalahan di rumah dapat meningkatkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.

CARA MENGATASI

· merubah pola makanan dan pola kehidupan.
· Istirehat atau riadah
· Berurut dapat menurunkan tekanan darah tinggi
· Berzikir dan berselawat ke atas Nabi S.A.W

LUMPUH SEPARUH BADAN

Penyakit strok boleh dilihat dalam beberapa keadaan seperti tidak dapat berkata-kata, tidak dapat mengangkat tangan, menggerakkkan jari, mengangkat betis dan menggerakan kaki. Kes strok berlaku sekelip mata sahaja, terutamanya ia sering berlaku pada waktu malam. Ia berlaku disebabkan kerosakan pada pembuluh darah di dalam otak dan bekalan darah tidak mencukupi, akibatnya urat saraf di otak akan rosak. Kes yang paling serius boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri dan kandangkala boleh menyebabkan maut.
Antara tempat atau anggota badan yang sering diserang adalah di muka, mulut dan pipi, tangan dan lengan serta kaki dan betis. Penyakit ini sering menyerang kaum lelaki berbanding kaum wanita. Penyakit strok atau lumpuh ada empat sebab, iaitu lumpuh otak kerana kemalangan, lumpuh di otak kerana kejang, lumpuh kerana gangguan saraf dan lumpuh di muka.


Orang yang sering diserang penyakit strok :

* Pengidap kencing manis yang teruk.
* Pengidap sakit jantung.
* Pengidap tekanan darang tinggi.
* Mangsa terbabit dalam kemalangan.
* Lelaki yang terlalu gemuk.
* Usia yang terlalu lanjut.
* Ibu yang yang lepas bersalin.
* Akibat dari perbuatan orang yang dengki iaitu melalui sihir.
* Urut tradisional mampu membantu pesakit strok kembali normal seperti biasa dengan izin ALLAH pencipta sekelian mahluk di muka bumi ini. Insyaallah.


MASALAH TENAGA BATIN

Berkenaan Masalah Seperti :

* Tidak ada keinginan atau perasaan untuk seks .

* Cepat puas, kadang baru nak mula dah terpancut (Pasangan tidak mendapat kepuasan ).

* Alat kelamin tidak tegang 100 % .

* Alat Kelamin Lembik ,langsung tak keras ( Mati Pucuk ).

* Alat kelamin Lembek semasa buat hubungan . tak sempat mencapai kepuasan, hubungan seks tidak dapat diteruskan.

* Gangguan sihir.


Melalui urutan ia mampu melancarkan perjalanan darah, dapat membetulkan urat saraf, mengembalikan kejantanan dan menghilangkan tekanan perasaan. Yang paling penting ia mampu mengembalikan tenaga, mengembalikan kerohanian rumahtangga dan mendapat zuriat. Dari pengalaman saya, gangguan sihir yang menyebabkan alat kelamin tak tegang adalah disebabkan jin berada diantara telor dan dubur, yang meyekat darah mengalir pada alat kelamin. Insyallah di atas izin ALLAH semua masalah dapat di atasi.


GANGGUAN SIHIR

Penyakit ini melibatkan jin dan sekutunya (musuh orang yang diganggu) secara langsung. Ia berpunca disebabkan oleh :-

* Jin yang suka pada manusia tersebut ataupun ia membenci / membalas dendam pada manusia tersebut.

* Jin yang di hantar bagi tujuan mendatangkan sakit / penyakit (sihir)
Saka, iaitu jin yang di turunkan oleh generasi yang dahulu.

* Pengamal ilmu hitam (ilmu pengasih, penunduk, kebal, susuk) dan lain-lain.

Gangguan sihir boleh menyerupai penyakit fizikal dan penyakit mental. Sebagai contoh sakit kepala atau sakit belakang, walaupun telah mendapatkan rawatan dari doctor dan ubatan tetapi ia masih tidak sembuh. Setelah di berikan rawatan melalui rawatan islam, nyata sekali ia adalah gangguan jin. Manakala penyakit mental adalah penyakit benci pada suami / isteri, ini berpunca dari jin yang ada di dalam tubuh pesakit. Tujuannya adalah supaya pasangan suami dan isteri itu bercerai. Kadang-kadang orang yang datang berurut tidak mengetahui bahawa mereka telah di sihir. 

APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN ATAU KITA KERJAKAN HENDAKLAH DENGAN NIAT YANG IKHLAS DAN YAKIN DENGAN KEKUASAAN ALLAH.



Sumber :                  Dollah Ujang – Urut Tradisional Meoayu

0 comments:

Powered by Blogger.