Solat adalah salah satu ibadat yang
paling utama dalam mengabdikan diri kita kepada Allah. Ianya adalah amal ibadat
yang mula-mula sekali akan ditanyakan oleh Allah setalah manusia dibangkitkan
semula di akhirat kelak. Selain solat limat wakatu yang wajib ditunaikan oleh
setiap orang muslim, solat sunat murupakan amalan ibadat tambahan yang
disarankan kepada setiap muslimin dan muslimat melakukannya dalam kehidupan
seharian mereka dan akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai di akhirat
kelak.
Diantara solat sunat yang boleh diamalkan
ialah solat malam atau Solat Tahajud, ia adalah satu peluang keemasan
ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang
jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia
menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan
berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat
dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan
air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian
mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan,
dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
\
Amalan solat malam bukan hanya
diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini
bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat
Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan
kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam
(tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di
dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat
ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan
wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang
penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya,
“Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Baginda menjawab
dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh
oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik
dan berhak mendapat anugerah rahmat-Nya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut
menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah
hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W
berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan
solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan,
Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan
orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus
kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar
bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W
masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu
kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat
menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di
masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan
membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi
itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung
kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata
padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah
S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu
solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah
S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan.
Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’
Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan.
Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah
satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya
tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah
S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga
malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku
kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang
memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan
Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah
malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir
mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah
S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu
kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang
selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Marilah kita semua melakukan solat malam
sebagai salah satu usaha kita untuk mengumpul sebanyak mungkin saham akhirat,
yang ianya adalah amat bernilai bagi setiap manusia untuk mendapat kesenangan,
kerahmatan dan kebahagaian hidup yang kekal adabadi di Syurga Allah di akhirat
kelak. Jika di dunia ini kita
berlumba-lumba berusaha siang malan untuk mencari rezeki dalam pelbagai bidang
bagi membolehkan kita hidup kaya raya
dan senang di dunia yang sementara ini, kenapakah kita tidak berusaha lebih
lagi untuk mempebanyakkan saham akhirat yang merupakan matlamat kehidupan yang
kekal abadi di alam akhirat kelak.
Allahu’alam.
Sumber : Jalan Akhirat
0 comments:
Post a Comment