Thursday, January 1, 2015

ADAKAH ISLAM MEMBOLEHKAN SUAMI MEMUKUL ISTERI ?




ADAKAH ISLAM MEMBENARKAN SUAMI MEMUKUL ISTERI ?
Kebelakangan ini sering kita baca berita tentang suami memukul isteri sehinggakan mencederakan isteri secara serious, malah ada yang membawa maut. Tindakan sebegini menyebabkan mereka yang belum Islam menganggap bahawa dalam Islam membenarkan berlaku kekerasan dalam rumah tangga.

Untuk merungkai persoalan ini marilah kita kaji secara teliti adakah Islam membenarkan suami mukul isterinya jika mereka melakukan kesilapan atau ingkar perintah suami.

Bagi mereka yang memukul isterinya sering dihujjah dengan menggunakan Surat An-Nisaa ayat 34:

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Apa ada yang salah dengan ayat di atas? TIDAK . . .

Sederhananya begini: dari ayat di atas jelas, memukul sebagai alternatif terakhir. Menurut ayat di atas, apabila si isteri telah nusyuz (durhaka), maka yang pertama harus dilakukan adalah menasihatinya. Namun jika dinasihati tidak memberi kesan dan masih lagi durhaka, maka pisahlah dari tempat tidur mereka (pisah ranjang) agar si isteri merasa bersalah atas perbuatan  durhakanya. Jika kedua cara yang baik ini masih juga tidak mampu dan si isteri masih juga  mendurhaka, maka pukullah.

Walaubagaimana pun  “pukullah” itu,  merupakan pukulan yang  ringan yang tidak mengeluarkan darah serta tidak menyebabkan berlaku kecacaatan pada tubuh badan seperti patah tulang, buta mata dan sebagainya.(dharb ghoiru mubbarih). Tujuannya adalah untuk mendidik, memperbaiki, dan meluruskan. Dan bukannya pukulan yang kuat hingga membuatkan isteri menjadi takut dan lari dari suami.

Dan juga seorang suami di teggah  memukul muka isterinya, meski terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya kerana si isteri telah berbuat durhaka kepada suaminya. Memukul wajah si isteri adalah haram hukumnya.

Sabda Rasulullah Saw:

“Bertakwalah kamu kepada Allah dalam perkara para wanita (isteri), kerana kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah. Hak kamu terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seseorang yang kamu benci untuk menginjak (menapak) di hamparan (permadani) kamu. Jika mereka melakukan hal tersebut maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak keras.” (HR. Muslim no. 2941)

Contoh kisah nabi Ayub a.s:

Ketika nabi Ayub ditinggalkan oleh isterinya, beliau bernazar jika kelak ia sembuh, ia akan memukul isterinya 100 kali. Dan beliau melakukannya. Tapi dengan seikat lidi berjumlah seratus batang, dan memukul hanya sekali sahaja. (QS. Shâd [38]: 44)

Kesimpulannya Islam hanya memebenarkan memukul isteri yang durhaka, yang tidak mengindahkan nasihat dan tindakan peringatan suami dalam bentuk pisah tempat tidur.

Islam menetapkan batasan-batasan dan syarat-syarat dalam pelaksanaan pukulan sehingga tidak keluar dari tujuan asalnya iaitu untuk memperbaiki, meluruskan, dan mendidik. Bukannya untuk membalas dendam, menghinakan dan merendahkan. Pukulannya pun harus pukulan yang tidak kuat. Tidak boleh melampaui batas. Juga ditetapkan bahawa kawasan muka dan dada dilarang dan jika dilakukan dikawasan ini hukumnua haram.


Perintah “Pukullah” pada Surat An Nisaa ayat 34 di peruntukan bagi isteri yang melakukan Nusyuz. Nusyuz adalah keadaan dimana si isteri melakukan pelanggaran terhadap perintah dan larangan suami dan meninggalkan kewajiban berumah tangga secara mutlak.

Nusyuz merupakan petaka bagi bahtera rumah tangga, bahtera itu akan karam ditengah laut jika dibiarkan. Dan Islam tidak menginginkan hal tersebut terjadi, kerana itulah agama Allah SWT ini menyediakan peraturan agar hal tersebut tidak terjadi. “Pukullah” semata-mata merupakan tindakan mendisiplikan bukan untuk menzalimi atau mendera isteri,

Dan Allah SWT menyediakan empat cara yang berurutan untuk menangani isteri Nusyuz, dan pukulah merupakan langkah ke 3 BUKAN pertama:

Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (An Nisaa 4:34).

Pukullah dilakukan setelah menasehati kemudian pisah tempat tidur. Jika tindakan “Pukullah” terjadi itu membuktikan si isteri benar-benar sudah melampau dan tindakan fizikal sera pukulan ini diperlukan demi menjaga keutuhan rumah tangga, namun ingat bukannya untuk mengajarnya habis-habisan seperti yang sering diperkatakan oleh mereka yang bukan Islam.

Kerana di dalam Islam tidak dibenarkan menyiksa isteri, seperti yang di contohkan oleh prilaku dan anjuran Nabi Muhammad SAW agar setiap suami berlaku baik kepada isterinya:

Di riwayatkan oleh Mu’awiyah al-Qushayri: “Saya mendatangi Rasulullah (saw) dan menanyakannya: Apakah tuntunan baginda berkenaan masalah isteri? Nabi menjawab: Berikan mereka makanan seperti yang engkau makan, berikan pakaian seperti yang engkau pakai, dan jangan kamu pukul mereka, dan jangan mencaci-maki mereka. (Sunan Abu-Dawud, Kitab 11, Nikah, nomor 2139)

Diriwayatkan oleh Mu’awiyah ibn Haydah:”Saya bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana saya harus mendekati isteri-isteri kami dan bagaimana saya seharusnya meninggalkan mereka? Nabi menjawab: …..jangan engkau mencaci-maki mereka, dan jangan pula memukul mereka. (Sunan Abi Dawud, kitab 11, Nikah, ms 2138)”

“Engkau beri makan isterimu apabila engkau makan, dan engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Janganlah engkau memukul wajahnya, jangan menjelekkannya, dan jangan memboikotnya (mendiamkannya) kecuali di dalam rumah”. (HR. Abu Dawud)

Rasulullah SAW mengisyaratkan sebaik-baiknya kaum Mukmin adalah yang terbaik pada isteri-isterinya:

“Kaum mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baiknya kamu ialah yang terbaik kepada isteri-isterinya”. (HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga menganjurkan agar setiap suami bersabar bahkan terhadap prilaku buruk isterinya:

“Barang siapa-diantara para suami- bersabar atas perilaku buruk dari isterinya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Nabi Ayyub a.s atas kesabarannya menanggung penderitaan.” (HR. Nasa`i dan Ibnu Majah)

Dan juga perilaku sabar Rasulullah terhadap isterinya:

Beliau lebih memilih untuk tidur diluar rumah daripada membangunkan isterinya ketika pulang lewat malam, dan Beliau tidak pernah menjadi marah apabila makanan belum tersedia. Dari salah satu kisah, disebutkan bahwa pada suatu pagi Rasulullah bertanya kepada Aisyah apakah makanan sudah tersedia. Aisyah menjawab bahwa ia belum mempersiapkan makanan untuk pagi itu. Dengan sabarnya, Rasul hanya berkata bahwa ia akan berpuasa saja pada hari itu. Rasulullah tidak sedikitpun menjadi kecewa ataupun marah akan keadaan tersebut. Rasulullah bahkan pernah berkata: “sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Juga mengenai ayat-ayat suci Al Quran yang menyerukan berlaku baik kepada isteri:

“Bergaullah kamu dengan para isteri secara patut. Bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”. (An-Nisa`: 19)

“Bertakwalah kepada Allah dalam perihal wanita. Kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan dihalalkan atas kamu kemaluan mereka dengan kalimat Alah. Maka hak mereka atas kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang ma’ruf”. (HR. Muslim)

Seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT sudah sewajarnya mengikuti perintah Islam untuk berlaku baik, bersabar dan memuliakan isterinya seperti yang di contohkan oleh Khalifah Umar Bin Khattab RA saat ia ditanya kenapa ia diam saja saat di marahi isterinya:

Tahukah kamu seberapa berat beban yang harus dia tanggung, setelah dia membersihkan seisi rumah sendiri, memasak untuk diriku, merawat dan mendidik anak-anakku. Semua dia lakukan sendiri kerana saya tidak mampu membayar pembantu untuk meringankan bebannya, padahal semua itu adalah tugas saya. Memuliakan seorang isteri di dalam rumahnya adalah tugas suami. Tapi saya terlalu miskin untuk menggaji pembantu sehingga dia harus mengerjakan semua sendiri. Untuk itu hanya ia sekedar membebel  saja kenapa saya harus marah, demi melihat pengorbanannya kepada keluarga. (Umar Ibn Khattab RA)

Melihat semua perintah mulia agama Islam dan hadis serta tindakan nabi Muhammad SAW berkaitan tindakan berbuat baik dan memuliakan isteri, maka adakah lojik dengan tuduhan bahwa Islam memerintahkan memukul isteri dengan kasar  seperti yang di propaganda-kan oleh mereka yang  anti-Islam?

Apa yang dilakukan oleh sesetengah umat Islam dimana suami memukul isteri secara melampau adalah satu tindakan yang patu di cegah dan masyarakat Islam perlu memberi kerfahaman kepada semua suami supaya mempunyai kesabar yang amat tinggi dalam menangi perilaku isteri yang kurang baik dan perlu mendidik secara hikmah supaya isteri dapat diberi kesedaran tetang kesalahan dan kesilapan yang di lakukan oleh mereka sebelum ini, dan juga perbuatan mereka itu meungkin kerana kecetekan ilmu agama atau keraan jahil.



(sumber:almanhaj) Posted by Lampu Islam

0 comments:

Powered by Blogger.