Bab 1 : IKHLAS
Allah menjelaskan melalui sura al –Baqarah ayat 5 bermaksud
: “Mereka dieperintahkan supaya menyembah Allah degan mengikhlaskan diri
beribadat kepada-Nya, tetap teguh atas tauhid, dan supaya mereka melakukan
sembahayang serta memberi zakat . Inilah agama yang benar.”
Allah menjelaskan
lagi menerusi al –Haj ayat 37 : “Daging dan darah haiwan korban ataupun hadiah
itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah. Yang sampai kepada Dia adalah amal
yang berdasarkan takwa”.
Allah menjelaskan juga menerusi surah Ali Imran ayat 29
bermaksud : “ Katakanlah wahai Muhammad, ‘sekiranya kamu sembunyikan ataupun
melahirkan perkara yang ada dalam dada kamu, nescaya Allah mengetahuinya’”.
Disamping itu terdapat beberapa hadis yang berkaitan dengan
ikhlas:
1.
Saidinar Omar bin Khattab r.a. “ Saya mendengar
Rasulullah menjelaskan, ‘amalan seseorang ditentukan oleh niatnya. Oleh itu
setiap orang mendapat apa yang dia niatkan, Itulah sebanya, orang yang
berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya , hijrahnya itu adalah kepada Allah dan
rasul-Nya. Tetapi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapat keuntungan
di dunia, atau mendapat isteri, ‘ mendapat apa yang dia niatkan semasa dia
berhijrah.”
2.
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad menjelasakan.
“ Percayalah, Allah tidak memandang tubuh saudara-saudara, tidak juga paras
rupa saudara-saudara, tetapi Allahll memandang hati dan amalan saudara-saudara “.
Direkodkan oleh Muslim.
Dari apa yang diterangkan oleh Al Quran dan hadis di atas cuba
kita nilai dan hisbah diri kita sendiri, sejuahmanakah kita ikhlas dalam
memasang niat untuk lakukan sesuatu perkara baik dalam bentuk ibadat khusus
atau ibadat umum. Jika kita membiasakan diri memasang niat kerana Allah sudah
pasti kerja yang kita lakukan itu dapat di sempurnakan dengan penuh ikhlas dan
penuh dedikasi sehinggalah kita dapat leksanakan dengan sebaik mungkin. Sebaliknya
jika kita niatkan sesuatu tindakan itu dilakukan kerana kepentingan dunia sudah
pasti berlaku ketidak ikhlasan dengan Allah.
Maka apa yang kita akan dapat
adalah manafaat dunia semata-mata dan kita tidak mendapat ganjara pahala dari
Allah. Maka kita akan jadi manusia yang rugi dan tidak banyak membawa amal jariah untuk
kehidupan yang lebih kekakal abadi di akhirat kelak , renung-renungkanlah .
Wallahualam.
Sumber :
Kitab Ryadus Solihin
0 comments:
Post a Comment