Apabila Suami Berlaku Curang? Isteri
Perlu Ambil Tindakan Positif Berikut:
Kenapa
suami mula berlaku curang terhadap isteri, sedangkan semasa mula berkahwin
dahulu suami dan isteri telah berjanjai untuk sehidup semati dalam membahterai
rumah tangga mereka. Apakah puncanya suami berlaku curang ?
“Kajian Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati bahawa; antara punca
utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curang atau isteri
enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap
suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.”
Kajian ini menjadi salah satu
sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan
seorang suami. Dek kecurangan suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika
tindakan sewajarnya tidak diambil. Berhati-hati dengan suami curang jika terus di
biarkan boleh meruntuhkan rumah tangga dan kesan yang paling ketara adalah
penderitaan dan tekanan kepada anak-anak pasangan yang bercerai.
Beberapa Langkah Yang Perlu Isteri Lakukan Apabila
Berdepan Masalah Kecurangan Suami.
Awas suami curang. Hati mana yang
tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain.
Namun, jangan sesekali mudah putus harapan dan terus ingin berpisah.
Perkahwinan anda masih boleh diselamatkan. Cuba anda buat anlisa apakah
puncanya adakah disebabkan oleh sikap anda sendiri yang mengabaikan segala
keperluanya atau ada unsur-unsur luaraan yang mempengaruhi suami anda.
Berikut 5 langkah yang boleh anda
lakukan jika berdepan dengan masalah ini:
·
Dekatkan diri kepada Allah dan
sentiasa berdoa mohon hidyah-Nyal
·
Jangan ikutkan hati dan ingin terus
meninggalkannya
- Jangan ambil sikap tidak peduli
- Ambil masa redakan tekanan perasaan
- Dapatkan sokongan dan nasihat
Dekati Allah dengan memperbanyak doa
dan mempertingkat amalan
Kadang-kala kita mungkin tidak sedar
bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Tuhan yang Maha Agung
iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang
dan bahagia hidupnya. Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan.
Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung
dengan-Nya.
ALLAH Maha Mendengar doa
hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menyeru agar setiap insan berdoa kepada-Nya.
Firman-Nya,
“…Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
(Surah Ghafir:60)
Jangan ikutkan hati dan
terus ingin meninggalkannya
Sebagai seorang isteri yang masih
sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk
terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk
kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap
akan mengekori.
Jangan ambil sikap tidak peduli
Bersikap tidak peduli seolah-olah
menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita
yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal
mereka sudah tahu akan perkara tersebut.
Si isteri beranggapan dengan cara
membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan
sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu.
Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil
peduli.
Ambil masa redakan tekanan dan
perasaan terhadap suami curang
Jiwa mana yang akan tenang bila
menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin
difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri
patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan
juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila
hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.
Dapatkan sokongan dan nasihat
daripada orang yang berpengalaman
Jika keadaan makin rumit dan sukar
untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan
daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor
atau pakar dalam masalah rumah tangga.
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang
mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah
lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam
perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar
bahagia pasti akan menerangi kembali. Wahai suami curang, kasihanilah
isteri kamu yang telah berkorban nyawa untuk melahirkan zuriat kamu.
Dan ingatlah jika pada hari ini kita
menzalimi isteri dengan berlaku curang dengan wanita di luar sana, tetapi
nantilah masanya suami juga akan di beri kifarah oleh Allah pada suatu masa
nanti dan beekemungkinan ianya lebih parah daripada apa yang dirasai oleh kita
pada masa ini.
Sumber:
Bidadari.
0 comments:
Post a Comment