Sebab Mengapa Perempuan Curang
Fitrah
manusia sememangnya perlu kepada pasangan untuk hidup dengan sempurna. Allah
jadikan semua makhluk di dunia ini berpasangan. Bertujuan supaya kehidupan yang
berpasangan itu dapat melahirkan zuriat dan seterusnya meramaikan umat manusia
di dunia supaya meraka dapat saling bantu di natara satu sama lain bagi
membolehkan kehidupan manusia dengan
keperluan individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
Sebab Mengapa Perempuan Curang | Kenapa Perempuan Curang?
Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan
dengan kaum perempuan.walaupun ada juga kaum lelaki yang curang , tetapi
kali ini saya ingin bercerita mengenai
kenapa perempuan curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu
sebab-sebab perempuan berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa
perempuan sering curang dengan pasangannya..
1. Merasakan dirinya terlalu cantik
.
Merasakan diri terlalu cantik
dan over konfiden selalunya terjadi kepada perempuan. Dia merasakan dirinya
terlalu cantik apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut
wajah, tubuh badan dan gaya penampilannya. Harus diingat bahawa muka
cantik bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam
perhubungan suami isteri. Setia kerana muka cantik? Tidak mungkin berlaku
jika perempuan itu tidak pandai menjaga hati suami. Lumrah manusia mempunyai
citarasa yang berbeza-beza. Ada lelaki yang tidak terlalu memilih perempuan
cantik atau lawa untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada kaum hawa,
janganlah terlalu merasakan diri terlalu cantik
2. Terlalu ego dengan perasaannya
2. Terlalu ego dengan perasaannya
Sifat ego selalunya tidak pernah
lari dari diri seseorang perempuan. Ego merupakan satu sifat yang secara
lumrahnya ada di dalam setiap diri manusi, tapi bagi perempuan lebih kuat
egonya. Apa yang membezakan seseorang perempuan dengan perempuan lain adalah
tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta
terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari lelaki lain untuk mencari sayang
dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana
seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan
kesempurnaan.
3. Ramai lelaki lain menyukainya.
Perempuan akan merasakan selesa
berlaku curang jika ramai lelaki lain menyukainya. Tidak hairanlah jika
kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai
lelaki lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.Selain daripada itu
juga,perempuan juga akan memberi alasan-alasan yang boleh dikatakan “bodoh”
untuk mencari sebab untuk ke pangkuan lelaki lain.
4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai perempuan yang curang
selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa
hidupnya masih panjang. Selalunya perempuan yang tidak mempunyai matlamat untuk
berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk
setia”.
5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti
pernah dipermainkan oleh lelaki juga antara penyebab perempuan membalas dendam.
Mereka merasakan lelaki patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah
terluka kerana lelaki. Ada juga penyebab lain menjadikan perempuan berniat
membalas dendam kepada lelaki antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan
oleh ayahnya,selalu dipukul oleh ayahnya,serta pernah diperkosa oleh ayahnya
dan sebagainya.
6. Kurang ilmu agama
Diantara punca mereka yang berlaku curang dengan pasangannya
adalah cetek ilmu agama, bagi mereka bersiafat curang dalam perhubungan
bukanlah satu kesalahan. Mereka bebas melakukan apa sahaja mengkut keinginan
nafsu mereka. Sedangkan dalam Islam perbuatan curang adalah satu perkara yang
dikutuk dan ianya merupakan dosa, apatah lagi curang itu berlaku diantara
pasangan suami isteri. Bagi mereka yang beriman tidk akan beralaku curang
kerana takut akan azab Allah di akhirat kelak.
0 comments:
Post a Comment